Moh Kite Follow Sesame...

Monday, January 30, 2012

İSTANBUL NAK JADİ SİBERİA KOME!...SAPA POSA SUNAT ARİ Nİ?

Lapor ke ko, Sumeiyah?


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Semalam cuaca agak cerah dan salji dah mula cayor.

Kara Hanim teman tingge selonggok cam ayor kepal pagi semalam. Tapi petangnya suhu jatuh 0 Celcius semula dan malamnya salji merebas balik.

Bangun pagi tadi car park dah memutih balik. Salji masih turun dengan angin kuat lagi. Jawabnya rama orang tak guna keta sendiri gi koje.

Ni ropa Kara Hanim teman pagi semalam, pala dia dah hilang. Tapi skaf dia teman dah cabut awal2 lagi!

Mr T gi Gebze rumoh anak tengah, si-Asim. Teman kata drop teman kat Pazar Ahad. Ni pazar sehari. Teman sampa kul 11 tapi ada peniaga baru nak pasang khemah. Tapi satu koje nak pasang, angin kuat yaa amat buat deme susoh nak ikat tali khemah.
Salji manik-manik pulak turun.

Berdekatan pazar ada Supermarket Biçan. Teman check rega kat supermarket lebih muroh dari di pazar ni dan dari mini-market Uyum kat blok kami.

Sebuah Çami (masjid) dedekat tapak pazar.
Teman beli sepasang sarung tangan. Nak beli sayur kat Biçan jer.
Citer menyongket pazar Ahad ni nanti teman tulis entry lain yek.

Kul 11 pagi tadi Mr T dpt call, ada kawan ajak meeting. Dia sebenornya bercinta nak kuor rumoh bila salji dan angin kuat mengamuk ni.
Tapi projek best punya kawan dia offer. Masalahnya nanti kena koje luor negeri lagi.
Memula kena bersihkan salji dari ataih keta tu dulu Yob...

Ropannya dia tutup skrin depan dgn kain. Cerodik Mr T...tak payah main tolak-tolak salji dan lap cormin keta tu.
Si Sumeiyah jadi mangsa kena turun bawok naik kain tu ke rumoh!
Menurut laporan cuaca, cuaca ala-ala Siberia akan melanda İstanbul dalam sehari dua nih!

Meh bersahur!
Semalam kabor Mr T, teman nak posa sunat ari senin. Dia kata OK. Pastu Sumeiyah pun kata nak posa sama. Tapi dia bersahur kul 12 malam. Penyegan punya budak.
Teman sahur kul 5 pagi.
Sapa posa ari ni?
Sapa memola kata posa ari ni, teman nak bagi hazelnut.
Angkat tangan cepat!!!
(Tapi tunggu teman balik Malaysia baru dapat hazelnut yek!)

Sunday, January 29, 2012

KARA ADAM YANG BEGUK, SLİM, HUDUH DAN TERCOMEY!

Laman kami pagi tadi...
Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ari ketiga lepas salji turun, angin dah korang. Terdengor suara bebudak jerit-jerit main kat luor. Teman intai nampak ada yg main bebola salji, main sledging dgn kotak/plastik/ dulang pun ada.
Ehh tak buleh jadi...teman pun nak numpang sekaki!




On the way gi mini-market Uyum, teman usyar anak-anak jiran memain kat laman dan kawasan lapang. 2 orang budok pompuan dengan Kara Adam deme yg sakit beguk!
3 bujang dengan Kara Adam yang agak sihat.

Ni Kara Adam yg paling tinggi dan slim yg penah teman jumpa. Dibina oleh Yob sebuah kedai gunting ni.

Balik ke rumoh nampak Kara Adam yg paling huduh! Teman nampak dari tingkap dapur tadi ada 3-5 orang bebudak berusaha bina Kara Adam alien ni!

Pepaginya teman bukak pintu balkon nampak salji kat satu sudut dekat takat lutut. Enougn for one small Kara Hanim (Snow Woman)!

Lepas sarapan, teman main tempek-tempek salji kat atas balkon, buat base utk Kara Hanim. Sumeiyah tolong amik gambor.

Lepas 30 minit siaplah Kara Hanim yg sakit mata.
1Malaysia!

Agak elok cuaca ari ni. Sumeiyah gi ziarah sedara dia di İkitelli, Mr T kuor meeting dgn kawan. Tingge teman tengok TV dan perati Kara Hanim yg paling comey di Başakşehir!

Kahvaltı pagi tadi Sumeiyah yg buat. Roti simit dihiris kekecik dimakan dgn keju hiris.
Meh kome!

Friday, January 27, 2012

SALJİ DAH TURUN!

Laporan cuaca kul 7:30am
Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Check thermometer, aktiviti harian teman bila kat Turki, -4 Celcius.
Salji masih turun sejak malam tadi dan angin...amat kuat!

Semalam balik nyongket dari Mall Deposite, cuaca cantik jer, jerah dan nyaman. Anak-anak jiran sonok main soccer kat parking depan blok.

Masa nak ke apartment, lalu kat satu kumpulan anak-anak jiran ni berebut bola. Yang kecik sekali ni tengah heret anak patung Pink Panther. Nak join kecik bebenor!

Masa lalu kat taman, cantik dan nyaman. Tapi masih agak sejuk bagi orang nak lepak-lepak.

Pagi ni kat balkon.
Tulah teman rajin bersihkan balkon 2 ari lepas sebab dah jangka salji nak turun. Ada sebelah jer slipper teman.

Dari spot bebudak main semalam. Keta Mr T yg tengah tu. Kira tak tebal ni. Harap-harap tak tebal sebab kami nak kuar ke Bakirköy ada meeting. Kalau salji tebal tak buleh guna keta, kena naik bas.

Saljı ari ni lebih halus dan keras, bukan flaky dan lembut.
Tak best buat Snowman!

Dinner semalam.

Si-Sumeiyah yg buat ni. Bijiran bulgur campur bawang, tomato dan salad maydonaz.
Err...ada sesapa call dia semalam? Hiiiikssss!

Thursday, January 26, 2012

OH SUMEİYAH, SI-PENCULİK COMEY!

Sumeiyah, sambe kemas rumoh tengah check kamus, nak communicate dgn teman.

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Pagi ni 8 C dan ujan. Tapi nanti nak nyongket gak sebab Mr T kata nanti awak bosan dok rumoh jer. Pas kahvaltı (sarap) kang mintak dia drop kat mall nama Deposite.
Sejak 2 entry lepas teman sebut nama Sumeiyah kan?
Entry ni nak berkisah pasa dia sikit.


Alleycat!
Ni bukan Sumeiyah, ni kucin yg dikutip si Sumeiyah memain dalam apartment tanpa tanya teman dulu. Dia kuar kata nak amik sesuatu...ada sebut kucin, kucin. İngatkan dia nak tengok kucing.

Ropanya dihangkut kucin tak bertuan ni bawok balik!

Sumeiyah bukan suka kucin, tapi amat-amat gilakan kucin! Dia kata nanti jangan bagi tau Uncle dia bawok kucin balik rumoh. Nama kucin ni Manuş, Sumeiyah bertuah ni labun!

Dia buleh bagi si Manuş sosej yg Uncle dia beli semalam. Sosej tu mahal pulak tu!

'Now I'm happy!' kata Sumeiyah.
Seperti teman tulis semalam, Sumeiyah ni ada masalah sikit... kemurungan sebab masalah kuarga dia. Dapat tengok gambor kucin atau pegang kucin, hilang depression dia!

Ntah bapa kali dia gomoi dan cium si Manuş.
'Helime tak nak cium?' dia tanya kat teman.
Errr tak payahlah, dia tak mandi ni, teman kabor.
Sumeiyah patutnya pangge teman 'Halah', makcik, tapi dia pangge nama jer.
Bila Mr T dengor, Mr T suruh pangge Ablah (kakak), walaupun teman berpangkat Makcik. Sebab Mr T bukan Pak sedara direct line.

Sumeiyah tersedak!
Bila Mr T balik koje, Sumeiyah sorok kucin tu dlm bilik dia tapi Manuş nyelinap keluor!
Mr T hot sikit. Sumeiyah buleh buat bargain nak main lagi 1 jam jerrrr!
Si Sumeiyah ni pangkat anak sedara Mr T, dia dan sorang lagi anak dara (anak sedara Kak Emine) dok numpang apartment kami sejak November. Memasing buat kursus kat kolej berdekatan utk beberapa bulan. Yang sorang lagi balik kampong Deredebi cuti 2 minggu. Tapi kes Sumeiyah ni memeningkan Mr T.
'Mentally unstable' kata Mr T.

Meh join teman makan kahvalti , meh...
P.S Kalau ada Yob-Yob yg berkenan dengan si-Sumeiyah ni, nah ni nombor handphone dia +901234567890.

Wednesday, January 25, 2012

'Wattinii waazaituun...' dan Apa Hei Si-Sumaiyah Ni?


Masjid kecik di taman berdekatan

Assalamualaikum dan Gunaydin (Selamat Pagi kata orang Turkiye),

Sejak semalam dah 2 ari cuaca muram dan mendung. Jadi teman tak nyongket jauh. Setakat ke Mini-market Uyum. Beli sikit sebanyak sayur-mayur, ayam dan daging steak 2 kepin. Sini daging dan ayam mahal. Daging lembu sekilo RM45 lebih, kambin RM60 lebih...haruuuu!


Rajinkan diri sikit.
Semalam si-Sumeiyah mop dan bersihkan rumoh 2 jam. Ni dia dah diantor balik kampong (Mr T antor ke terminal bas jer), teman pun bertekad bersihkan balkon yg dah berbulan tak dibersihkan kot. Berhabuk dari kawasan yg sedang dlm pembinaan tak jauh dr kawasan kami. Kena bersih cepat-cepat sebab dijangka salji turun dalam 2-3 ari ni!

Pemandangan kejiranan dari balkon, apartment kami di tingkat 2 jer.



Ruang stor tempat boh satnika pokok indor, buah-buahan, dan perkakas yg tak diguna selalu. Dalam guni plastik putih ada lebih korang 20 kilogram fındık.




Fındık atau hazelnut dari kampong Mr T.
Hasil musim lepas 2 tan. Tahun ni İnsyaAllah 20 tan. Hasil dia turun naik berselang-seli tiap tahun. Tahun lepas dapat 2 tan, next season 18-20 tan, next year turun balik 2 tan...begitu silih berganti.
Pokok pun tau nak rehat gak...




Apa koje kamu ni Sumeiyah!
Budak ni ada masalah sikit....




Jem incer (buah tin) hasil dari Kampong Deredebi.
Sedapnya kome home-made jam ni!




'Wattinii waazaituun...' 2 menu lazim breakfast Turki!




Mr T sedang ngadap spegeti.
Kuah dia teman goreng patliçan (terung), havuç (lobak merah), soğan (bawang besor), tavuk (ayam) ditumih dgn minyak zeytin (zaitun).
Laju jer Mr T makan.
Memang sedap kalau guna minyak zaitun.
Kome dapat belajor bahasa Turki dlm entry ni kaaann?

Tuesday, January 24, 2012

MOH NYONGKET-NYONGKET TAMAN ERDOGAN...DAN SETAN MERAH!!

Perhentian bas nak ke Istanbul.
Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Teman dah more or less settled down kat Basaksehir ni. Cuaca sejak teman landing memang nyaman, tak terlalu sejuk. Pagi tadi check thermometer kat balkon (balcony) 10 C...ok tu, buleh nyongket!

Mr T kena bagi training satu jam untuk machine operator kat bahagian Asia Istanbul, so dia keluor elok jer lepas subuh. Dekat satu jam setengah sampa ler sana.

Kahvaltı (sarap) teman pagi ni memacam dalam pinggan (MR T tak breakfast, jadi main longgok jer). Ni salah satunya - roti dengan keju putih, jem buah dan butter...hmmm sedap, ada rasa masin dan manis!

Si- Sumeiyah masih tido, dah kul 9 dah.
Teman pun amik kot, kuar nak check apa-apa perubahan kat taman ni. Ni jalan yg nak menuju ke blok kami. Nampak bumbung masjid kecik belah kiri.

Blok bersebelahan...musim dingin pokok botak.

Hmmm dah makin banyak pokok yg ditanam Janitor cum Tukang Kebun blok kami, Encik Mehmet, bangsa Kurdish. Blok kami cat biru.

Ni jalan menghala ke kawasan kedai/gedung....bukan bandar. Tu masjid besor taman ni. Masjid yg kecik dekat blok kami. Teman gi ke kiri ada taman...duduk-duduk jap makan badam!

Dik buah badam tu bergaram, teman rasa dahaga. Malas nak balik rumoh. Teman pun cari kompleks beli-belah kecik kat satu kejiranan yg ada kedai çay (teh). Sambe minum tu (order 2 gelas, satu gelas 1 Lira, 2 hengget!) 'baca' paper sukan.

Kırımızı Şeytan lawan dengan Arsenal. Tulah Syaitan Merah - The Red Devil - orang Turki terus translate ke bahasa deme!

Agak setengah jam teman hilangkan dahaga dan panaskan badan, teman lalu kat dapur deme. Wow sedap tu kebab, tapi teman dah kenyang.
Breakfast teman pagi tadi pun Wow!