Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, May 29, 2013

Jom Skodeng Aktiviti Kampong Deredebi, Laut Hitam, Turki!

Assalamaualaikum dan Salama Hormat mengkome, apa kabor? Selamat datang kpd pembaca dan follower baru dan rakan-rakan blogger. Baru ler sempat nak hapdet. Yaa ampun! Nanti teman slow-slow balas ziarah ke blog kome yaa.
Teman balik Tanah Melayu awal musim bunga. Gambor kadbod atas tu pesen baju budak nak bersunnet! Lazimnya deme akan sewa atau beli baju anak raja tu dan bagi pakai pd calon sunnet, deme pakai ler 2-3 ari seblum bersunnet. Musim bersunnet lazimnya musim panas. Yang gambor atas ni pakaian pompuan bertunang masa malam berinai!
Sepanjang trip lepas, adalah 2-3 rombongan Cik Kiah yg sempat teman jumpa dan tolong jadi guide. Yang ni rakan blogger dan rombongan dari Johor yg dia bawak sebelum gi umrah. Teman tolong bawak shopping di Grand Bazaar!
Seperti lazimnya, teman berulang dari Istanbul dan balik ke kampong Mr T di Laut Hitam.Ni gambor pada hari teman baru sampai, sangat foggy dan sejuk!
Dan seperti selalunya, rumoh mertua dan Nevin ni semanjang ada orang lepak. Ni cucu Nevin dan yg pompuan tu mak sedara dia datang dr kampong deme...lepak 2-3 ari. Ater musim sejuk deme tak banyak koje ladang, nyongket ler deme!
Teman kabor nak bawak balik 3-4 kilo hazelnut. Nevin pun hangkut seguni dari loteng dan deme ramai-ramai tolong mesin dan kupas. Mursel, cucu sulung Nevin, buat semakkan dapur!
Nevin (biras teman ler, bagi yg tak tau), tengah mengaco stew kacang fesule dan kentang. Dia selalu masak periok besor sebab ada jer tetamu lepak rumoh deme nih! Kalau tak abis dan basi, boleh bagi lembu makan!
Ada masa dia buat butter guna susu lembu. Mertua dan Nevin ada 2 ekor ibu lembu dan dua ekor anak lembu. Kome agaklah berapa liter susu tu. Hok atas kuning-kuning tu lepa susu dah terapung lepas mesin tu putar lebih korang 20 minit. Bising bunyi mesin butter nih!
Sekali-dua kala Nevin buat roti kampong (koy ekmek dalam bahasa Turki). Dia bancuh dapatlah dua bekas, hok bekas kecik dan besor!
Ahhh ni hasil memutor susu tadi, dapat lebih korang 2-3 kilo butter tanpa garam (unsalted butter). Sedap butter ni, sapu kat roti atau buat kek! Takde pengawet, takde pewarna...ori! Susu yg lebih buat ayran, minumlah!
Udah siap roti kampong! Hok kecik ni mertua, Nevin dan teman baham panas-panas cicah madu dan sapu butter baru! Weeeeeeee lezet! Alhamdulillah!
Masa sesejuk kami banyak dok dalam rumoh. Tapi sebab teman ni tak betah, asyik nak nyongket jer. Teman pun susup-sasap gi sunga, Sunga Deredebi, lebih korang 200 meter dari rumoh mertua. Ayor tengah deragh masa tu sbb salji ataih bukit dah mula pelan-pelan cayor!
Ada masa teman ikut Nevin gi metik daun gatei, deme guna buat bubur paste yg likat macam muntah lembu. Tapi herba tu berkhasiat, boleh cegah barah kata deme. Ni kat tanah kebun Kak Emine dan mertua, belum ditanam utk musim bunga. Belakang tu rumoh pakcik Mr T dan rumoh sepupu dia.
Dalam trip ni, selama 85 ari teman duduk Stambul, jumpa Mr T lebih korang seminggu jer. Tu pun tiap hari dia jumpa orang tu, meeting dgn orang ni. Rasa bersalah jugak dia tu. Ni dia belanja teman aiskrim Mado, aiskrim tradisional Turki!
Untuk trip ni, teman bawak balik beberapa jenis lace. Sesapa berminat sila sebut nak berapa meter , hok ni teman dah lama jual kat FB teman. Hok nombor 2 dari atas dah SOLDOUT. Rega RM15 satu meter. Jumpa lagi kome!