Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label lace. Show all posts
Showing posts with label lace. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Jom Skodeng Aktiviti Kampong Deredebi, Laut Hitam, Turki!

Assalamaualaikum dan Salama Hormat mengkome, apa kabor? Selamat datang kpd pembaca dan follower baru dan rakan-rakan blogger. Baru ler sempat nak hapdet. Yaa ampun! Nanti teman slow-slow balas ziarah ke blog kome yaa.
Teman balik Tanah Melayu awal musim bunga. Gambor kadbod atas tu pesen baju budak nak bersunnet! Lazimnya deme akan sewa atau beli baju anak raja tu dan bagi pakai pd calon sunnet, deme pakai ler 2-3 ari seblum bersunnet. Musim bersunnet lazimnya musim panas. Yang gambor atas ni pakaian pompuan bertunang masa malam berinai!
Sepanjang trip lepas, adalah 2-3 rombongan Cik Kiah yg sempat teman jumpa dan tolong jadi guide. Yang ni rakan blogger dan rombongan dari Johor yg dia bawak sebelum gi umrah. Teman tolong bawak shopping di Grand Bazaar!
Seperti lazimnya, teman berulang dari Istanbul dan balik ke kampong Mr T di Laut Hitam.Ni gambor pada hari teman baru sampai, sangat foggy dan sejuk!
Dan seperti selalunya, rumoh mertua dan Nevin ni semanjang ada orang lepak. Ni cucu Nevin dan yg pompuan tu mak sedara dia datang dr kampong deme...lepak 2-3 ari. Ater musim sejuk deme tak banyak koje ladang, nyongket ler deme!
Teman kabor nak bawak balik 3-4 kilo hazelnut. Nevin pun hangkut seguni dari loteng dan deme ramai-ramai tolong mesin dan kupas. Mursel, cucu sulung Nevin, buat semakkan dapur!
Nevin (biras teman ler, bagi yg tak tau), tengah mengaco stew kacang fesule dan kentang. Dia selalu masak periok besor sebab ada jer tetamu lepak rumoh deme nih! Kalau tak abis dan basi, boleh bagi lembu makan!
Ada masa dia buat butter guna susu lembu. Mertua dan Nevin ada 2 ekor ibu lembu dan dua ekor anak lembu. Kome agaklah berapa liter susu tu. Hok atas kuning-kuning tu lepa susu dah terapung lepas mesin tu putar lebih korang 20 minit. Bising bunyi mesin butter nih!
Sekali-dua kala Nevin buat roti kampong (koy ekmek dalam bahasa Turki). Dia bancuh dapatlah dua bekas, hok bekas kecik dan besor!
Ahhh ni hasil memutor susu tadi, dapat lebih korang 2-3 kilo butter tanpa garam (unsalted butter). Sedap butter ni, sapu kat roti atau buat kek! Takde pengawet, takde pewarna...ori! Susu yg lebih buat ayran, minumlah!
Udah siap roti kampong! Hok kecik ni mertua, Nevin dan teman baham panas-panas cicah madu dan sapu butter baru! Weeeeeeee lezet! Alhamdulillah!
Masa sesejuk kami banyak dok dalam rumoh. Tapi sebab teman ni tak betah, asyik nak nyongket jer. Teman pun susup-sasap gi sunga, Sunga Deredebi, lebih korang 200 meter dari rumoh mertua. Ayor tengah deragh masa tu sbb salji ataih bukit dah mula pelan-pelan cayor!
Ada masa teman ikut Nevin gi metik daun gatei, deme guna buat bubur paste yg likat macam muntah lembu. Tapi herba tu berkhasiat, boleh cegah barah kata deme. Ni kat tanah kebun Kak Emine dan mertua, belum ditanam utk musim bunga. Belakang tu rumoh pakcik Mr T dan rumoh sepupu dia.
Dalam trip ni, selama 85 ari teman duduk Stambul, jumpa Mr T lebih korang seminggu jer. Tu pun tiap hari dia jumpa orang tu, meeting dgn orang ni. Rasa bersalah jugak dia tu. Ni dia belanja teman aiskrim Mado, aiskrim tradisional Turki!
Untuk trip ni, teman bawak balik beberapa jenis lace. Sesapa berminat sila sebut nak berapa meter , hok ni teman dah lama jual kat FB teman. Hok nombor 2 dari atas dah SOLDOUT. Rega RM15 satu meter. Jumpa lagi kome!

Saturday, May 7, 2011

Setiap Hari Jumaat Adalah Hari Ibu di Bismakci, Turki!!!

Opah, Anak pompuan dan cucu meraikan Hari Ibu tiap Jumaat di bandar Bismakci, Afyon!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Hari ni ke Hari Ibu? Teman tak rai Hari Ibu, tau pun sebab terbaca sana-sini. Dikatakan Hari Ibu diraikan pada Ahad pertama bulan Mei,...betoi ke?

Kita orang Islam ingat ibu kita setiap masa, setiap hari (selain ingat Allah) dan sepatutnya mendoakan ibu-bapa kita sekerap yang buleh. Jadi tak payahlah kita boh satu hari tertentu untuk meraikan deme ni. Kita rai deme bila-bila masa, tiap-tipa ari kalau buleh. Ni Mothers' Day dan Fathers' Day ni adat orang barat dan untuk biznes jer.

Tapi di satu bandar di Basmakci, Afyon, Turki, Hari Ibu dikhaskan untuk meraikan ibu-ibu setiap hari Jumaat. Bermakna kaum ibu diraikan 52 kali setahun!
Perayaan ni dah biasa diamalkan di Basmakci ni beratus tahun (wooow!). Kalau kome tanya bebudok kat bandar ni sebutkan nama hari-hari dalam seminggu, deme jawab: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Hari Ibu, Sabtu dan Ahad!

Di bandar ni pada hari Jumaat, wanita-wanita yg dah berkahwin akan dibawa oleh suami atau pak mertua gi ziarah mak-mak deme. Semua pejabat, kecuali pejabat gomen, tutup. Sebuah pasar besor diadakan ditengah bandar dan wanita dan mak-mak deme akan berjalan/berkelah/bershopping.
Mak-mak deme akan menyediakan masakan istimewa untuk menyambut anak-anak pompuan deme. Dan tak lupa jugak tapau makanan istimewa dipangge 'kaynana durmeci' (tapau dr mak mertua) untuk menantu lelaki deme bila deme jemput isteri deme balik nanti.

Adat sambut Hari Ibu ni di diwujudkan supaya anak-anak pompuan yg dah kawin dapat menziarahi
mak-mak deme supaya tak putus hubungan silahturrahim sebab dalam budaya Turki, pompuan yg dah kawin lazimnya mengikut suami dan duduk dengan suami atau kuarga suami.

Menurut sorang peladang, Vehbi Ersoz, adat ni berjaya dan masih diteruskan hingga ke hari ni. Ia dapat mengeratkan sillahturrahim di kalangan ahli kuarga terutama di zaman moden ni, tambah pakcik ni.

Pelawat yg datang ke bandar ni tiap Jumaat rasa kagum dengan adat ni. Sorang pemandu teksi kata:"Deme heran nengok kegiatan ari Jumaat kami. Terpegun deme perhati mak-mak dan anak-anak pompuan deme berjalan dan bershopping sana-sini. Hari Jumaat kat sini cam hari cuti!"

Cool kan kome, adat ni!

Sumber dari Today's Zaman




Sebab kita nak fokus tentang Hari Ibu, meh tengok kegiatan hias-menghias di Turki. Orang pompuan deme ni suka buat koje kraftangan dan kemudian dihias kat rumoh.

Antara kraftangan yg lazim dan popular ialah yg guna benang dan jarum. Ni lace yg dah siap dikait kat tuala tangan dan tuala muka. Kekadang deme bagi kat penjual di pazar sari untuk dijual. Rega tengok pada rumit atau mudah pattern lace tu. Selai berlace cam yang werne pink tu dekat RM90 atau lebih kome.
Teman meleleh ayor liur jer nengok!



Ni pun alas meja kekenit yg dikait. Teman tak berani tanya bape selai, gerenti teman tak mampu beli. Beli satu tak ngam, korang-korang kena beli sepasang!



Lapik meja/perabut berlace kat bilik ayor Ilker. Tapi yg ni dibeli sebab lace nampak bukan dikait sendiri.



Kat toilet seat deme boh alas rambu-ramba. Ni kat apartment Ilker di Akcakoca.



Mesin basuh baju pun dipakakan baju. Mesin basuh di apartment Alper, anak tiri yg bongsu. Blok dia dekat jer dengan blok Ilker.



Yang ni mesin basuh di apartment Tahsin, anak tiri yg sulung di bandar Eregli.



Havlu
(tuala) tangan di bilik ayor Ilker. Rasanya lace dan hiasan ni dikait oleh isteri Ilker, si Pinar. Ia diletak di bilik ayor deme.
Ya kome, memang digunakan, bukan buat hiasan!



Bab makan-makan pulak.
Ada satu makanan Turki yang teman tak gemor - kokorec nama dia. Diperbuat dari usus lembu, dililit kat sebatang besi dan dipanggang. Teman tak tahan bau dia. Tapi menu ni ada penggemornya!



Menu biasa dan the most popular dan santai - kebab. Orang Greece kata kebab ni menu deme, orang Turki kata deme punya.
Lantak kome bergaduh pasa kebab!



Kekadang teman masak kofte sendiri. Beli satu peket kat supermarket, ada 8 keping. Masak kat rumoh dan boh side-dish kegemaran, ohhhh....tak hengat! Tapi dah baca Bismillah tu kira hengat jugak.
Meh kome makan kofte!

P.S Teman dah relocate (again...) untuk sementara di Pahang ni. Ada offer koje mengajor di sebuah sekolah berasrama penuh selama lebih korang 3 bulan. Mungkin entry tak buleh pos tiap ari sebab kekadang ada aktiviti malam dengan students. Nak merasa ngajor di sekolah pulak. Nanti buleh banding dengan ngajor kat universiti/kolej. Teman dah puas ngajor kat IPTS (di Shah Alam) dan satu semester kat IPTA (di Sabah tahun lepas). Hmmmm...