Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Kraftangan Turki. Show all posts
Showing posts with label Kraftangan Turki. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

APA KOJE KAUM IBU TURKI DI MUSIM SEJUK?

Ilif, hasil koje kaum ibu Kampong Deredebi, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam bahagia,

Kome rasa panah dok?

Teman rasa meroyan panah semacam nih.
Alhamdulillah ada ujan sikit semalam.

Ok, moh ikut teman skodeng aktiviti nyongket kaum ibu di Kg Deredebi nih di musim sejuk.
Ingat natang apa ilif kat ataih tu?
Ada antara kome yg beli sekeping dua dari teman,...teman hangkut balik Malaya ari tu kan?



Tau ni apa?
Haa tau tak pe.
Tudung Turki yg renda tepi kaum ibu deme kait.
Yang ni hasil koje kraftangan adik ipor Mr T, si Nevin.
Udoh teman jual 3-4 lai pd sorang kawan fesbuk.



Tau ni kaki sapa?
Kalau comey tu, kaki teman ler.
Teman peraga stokin bulu yg dikait dik salah sorang jiran Mr T.
Ni pun ada antara kome udoh beli.
Dah paka ke belum? Atau simpan jer dalam lemari?
Yang ni Yong Mulan punya.
Akak try test jer masa tu Mulan, nak tengok fit ke idak.



Kenei ni sapa?
Tak kenei?
Tak kenei tak pe....sebab teman pun tak kenei!
Eeeee...buat-buat muka cute!
Cubit pipi tu kang!



Tengah tonggang apa tu adik tembam?
Mak oiii...baju sikit punya glam.
Ibu-ibu Turki ni selalu over meregekkan anak-anak tine deme, walhal jalan ke rumoh jiran jer!


Ni kenei?
2 orang Yong nilah yg mengait ilif dan stokin kome tu!
Si Hanife ni ipor Kak Emine mengait ilif dan yg gempal tu mokcik dia, mengait stokin yg kome order tu.
Pulun deme bekoje nyiapkan order-order tu sebab teman kata nak balik Istanbul dalam 2 ari dan balik Tanah Melayu dalam 2 minggu!
Deme datang berlonggok di dapur Kak Emine sambe mengait sambe pot-pet, pot-pet, pot-pet... biase ler, pompuan kan!



Penuh dapur Kak Emine dgn ipor dan mokcik dia; anak mokcik dia dgn baby dan Boboi dia; dan anak dara si Hanife.
Teman sibuk buat cay (teh).
Deme kata, "tak payah!"
Teman kata, "tak susoh!"
Ayor panah dah ada ataih soba (dapur), rendam jer daun teh!



Kendian baby rasa ngantuk.
Mokcik Kak Emine letak cucu dia tu ataih kaki dia, dodoi-dodoi kasi tido. Kan teman kabor ari tu, ni cara tradisional deme tidokan baby.



Yaaahh...Mursel dan opah dia si Nevin pun nyongket mai!
Baby tu diubah masuk dlm bakui baby.



Mursel geram dgn baby.
Baby tu geram dgn teman.
"Ngape amik gambor teman? Bak 10 Lira!" kata pandangan mata baby!


Kiss, kiss, kiss!

Mursel gemor bebenor dgn baby. Kekadang baby tu sama besor atau lebih besor dari dia, dia geram jugak.
Penyayang si Mursel ni!



Yang ni hasil koje kaum ibu kat Istanbul...di Basaksehir kat apartment teman.
Ada jugak mengkome yg order pesen nih.



Pesen ni teman beli utk diri sendiri jer.
Lain kali kome buleh order, InsyaAllah.
Tengkew!


Kofte, pegedil Turki.

Bahan-bahan: daging cincang, bawang cincang, sikit bawang putih, sikit cili serbuk, marjoram atau oregano, daun sup cincang kalau suka, sebiji telur, serbuk roti atau breadcrumbs.
Gaul semua, buat ketul-ketul bujur ke, atau leper cam burger, pastu grill ler.
Ehh lupa, garam sikit yaa.


Saturday, May 7, 2011

Setiap Hari Jumaat Adalah Hari Ibu di Bismakci, Turki!!!

Opah, Anak pompuan dan cucu meraikan Hari Ibu tiap Jumaat di bandar Bismakci, Afyon!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Hari ni ke Hari Ibu? Teman tak rai Hari Ibu, tau pun sebab terbaca sana-sini. Dikatakan Hari Ibu diraikan pada Ahad pertama bulan Mei,...betoi ke?

Kita orang Islam ingat ibu kita setiap masa, setiap hari (selain ingat Allah) dan sepatutnya mendoakan ibu-bapa kita sekerap yang buleh. Jadi tak payahlah kita boh satu hari tertentu untuk meraikan deme ni. Kita rai deme bila-bila masa, tiap-tipa ari kalau buleh. Ni Mothers' Day dan Fathers' Day ni adat orang barat dan untuk biznes jer.

Tapi di satu bandar di Basmakci, Afyon, Turki, Hari Ibu dikhaskan untuk meraikan ibu-ibu setiap hari Jumaat. Bermakna kaum ibu diraikan 52 kali setahun!
Perayaan ni dah biasa diamalkan di Basmakci ni beratus tahun (wooow!). Kalau kome tanya bebudok kat bandar ni sebutkan nama hari-hari dalam seminggu, deme jawab: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Hari Ibu, Sabtu dan Ahad!

Di bandar ni pada hari Jumaat, wanita-wanita yg dah berkahwin akan dibawa oleh suami atau pak mertua gi ziarah mak-mak deme. Semua pejabat, kecuali pejabat gomen, tutup. Sebuah pasar besor diadakan ditengah bandar dan wanita dan mak-mak deme akan berjalan/berkelah/bershopping.
Mak-mak deme akan menyediakan masakan istimewa untuk menyambut anak-anak pompuan deme. Dan tak lupa jugak tapau makanan istimewa dipangge 'kaynana durmeci' (tapau dr mak mertua) untuk menantu lelaki deme bila deme jemput isteri deme balik nanti.

Adat sambut Hari Ibu ni di diwujudkan supaya anak-anak pompuan yg dah kawin dapat menziarahi
mak-mak deme supaya tak putus hubungan silahturrahim sebab dalam budaya Turki, pompuan yg dah kawin lazimnya mengikut suami dan duduk dengan suami atau kuarga suami.

Menurut sorang peladang, Vehbi Ersoz, adat ni berjaya dan masih diteruskan hingga ke hari ni. Ia dapat mengeratkan sillahturrahim di kalangan ahli kuarga terutama di zaman moden ni, tambah pakcik ni.

Pelawat yg datang ke bandar ni tiap Jumaat rasa kagum dengan adat ni. Sorang pemandu teksi kata:"Deme heran nengok kegiatan ari Jumaat kami. Terpegun deme perhati mak-mak dan anak-anak pompuan deme berjalan dan bershopping sana-sini. Hari Jumaat kat sini cam hari cuti!"

Cool kan kome, adat ni!

Sumber dari Today's Zaman




Sebab kita nak fokus tentang Hari Ibu, meh tengok kegiatan hias-menghias di Turki. Orang pompuan deme ni suka buat koje kraftangan dan kemudian dihias kat rumoh.

Antara kraftangan yg lazim dan popular ialah yg guna benang dan jarum. Ni lace yg dah siap dikait kat tuala tangan dan tuala muka. Kekadang deme bagi kat penjual di pazar sari untuk dijual. Rega tengok pada rumit atau mudah pattern lace tu. Selai berlace cam yang werne pink tu dekat RM90 atau lebih kome.
Teman meleleh ayor liur jer nengok!



Ni pun alas meja kekenit yg dikait. Teman tak berani tanya bape selai, gerenti teman tak mampu beli. Beli satu tak ngam, korang-korang kena beli sepasang!



Lapik meja/perabut berlace kat bilik ayor Ilker. Tapi yg ni dibeli sebab lace nampak bukan dikait sendiri.



Kat toilet seat deme boh alas rambu-ramba. Ni kat apartment Ilker di Akcakoca.



Mesin basuh baju pun dipakakan baju. Mesin basuh di apartment Alper, anak tiri yg bongsu. Blok dia dekat jer dengan blok Ilker.



Yang ni mesin basuh di apartment Tahsin, anak tiri yg sulung di bandar Eregli.



Havlu
(tuala) tangan di bilik ayor Ilker. Rasanya lace dan hiasan ni dikait oleh isteri Ilker, si Pinar. Ia diletak di bilik ayor deme.
Ya kome, memang digunakan, bukan buat hiasan!



Bab makan-makan pulak.
Ada satu makanan Turki yang teman tak gemor - kokorec nama dia. Diperbuat dari usus lembu, dililit kat sebatang besi dan dipanggang. Teman tak tahan bau dia. Tapi menu ni ada penggemornya!



Menu biasa dan the most popular dan santai - kebab. Orang Greece kata kebab ni menu deme, orang Turki kata deme punya.
Lantak kome bergaduh pasa kebab!



Kekadang teman masak kofte sendiri. Beli satu peket kat supermarket, ada 8 keping. Masak kat rumoh dan boh side-dish kegemaran, ohhhh....tak hengat! Tapi dah baca Bismillah tu kira hengat jugak.
Meh kome makan kofte!

P.S Teman dah relocate (again...) untuk sementara di Pahang ni. Ada offer koje mengajor di sebuah sekolah berasrama penuh selama lebih korang 3 bulan. Mungkin entry tak buleh pos tiap ari sebab kekadang ada aktiviti malam dengan students. Nak merasa ngajor di sekolah pulak. Nanti buleh banding dengan ngajor kat universiti/kolej. Teman dah puas ngajor kat IPTS (di Shah Alam) dan satu semester kat IPTA (di Sabah tahun lepas). Hmmmm...

Tuesday, April 12, 2011

PM Yahudi Bagi Warning pd Flotilla Mavi Marmara II


Kapal Mavi Marmara semasa lawatan teman ke situ dalam bulan Januari 2011, di Istanbul...eh yer ker, lupa tarikh, nanti check balik.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

PM Yahudi Netanyahu telah bagi warning pada NGO dan aktivis-aktivis dari lebih 25 buah negara agar tak meneruskan misi flotilla kemanusian ke Gaza. Ini merupakan misi kedua Mavi Marmara setelah misi sebelumnya pada bulan Februari 2010 diserang oleh komando Yahudi yang mengakibatkan 9 orang aktivis Turki terbunuh termasuk sorang rakyat US keturunan Turki.

Netanyahu berucap kepada ketua-ketua misi EU di Jurusalem dan menegaskan flotilla baru ni "mesti dihalang" demi kepentingan Israel dan Eropah.

Beliau mendakwa bahawa misi ini merupakan satu cubaan provokasi yang akan dilancarkan pada bulan Mei atau Jun, dan akan menimbulkan suasana genting di Timur Tengah.

Wakil-wakil dari 25 buah negara akan mencuba misi flotilla kedua ini pada bulan Mei bagi memperingati ulang tahun peristiwa berdarah dalam misi flotilla pertama dulu, di mana ianya telah dihalang oleh komando Yahudi lahanat. Pertubuhan bantuan Islam Turki, atau iHH, baru-baru ini mengumumkan ia sedang membuat persedian untuk melancarkan satu flotilla bantuan yang baru ke Gaza. Semenanjung Gaza mengalami sekatan sejak 2006 oleh regim Yahusi setelah seorang askar Yahudi ditawan militan Palestin.

Yahudi mengetatkan lagi impot dan ekspot setahun kemudian bila Hamas memperolehi kuasa dan mentadbir kawasan yang didiami 1.5 juta penduduk, menendang keluar para penyokong Mahmoud Abbas.

Err...Yahudi memang takut dan buat sekatan kat pelabuhan dia. Ada lagi satu pintu masuk ke Gaza - melalui Mesir. Awat kome tak masuk ikut pintu tu? Horse-ni Mubaraq bukannya ada lagi. Ni semua strategi PM Erdogan bagi menghadapi PRU Turki bulan Jun ni.



Ketua Pemerintah Yahudi di Israel.

Untuk entry tentang lawatan teman ke Mavi Marmara part 1, 2, dan 3; kome selongkar dalam entry 3-5 Januari 2011 ye.



Semalam citer hewan, ari ni nak citer kemahiran pompuan dan kaum ibu di Turki dengan kraft tangan. Ni mak kepada Kak Emine. Sampai sekarang teman tak tau nama dia walaupun kami ramah dan mesra. Makcik ni ler yang terer mengait stokin benang bulu tu.

Kait stokin bulu ni memerlukan kepakaran dan 5 batang jarum! Cer tengok...ada 5 batang jarum tuh!



Tiap kali teman gi Turki, mesti teman hangkut paling korang 10 pasang stokin hasil koje tangan dia. Pattern yang dia buat memang unik. Mana yang amat, amat cantik, teman amik untuk koleksi teman. Yang lain teman jual. Kali ni teman amik 10 pasang jer dan bagi kat kawan yang amik borong.



Isteri Asim, Busra 25 tahun, pandai menghias rumoh. Ni biji/buah (?) pokok fir yang dikutip di Kg Deredebi. Selalunya mende ni kami guna untuk bakor sebab ia bahan api yang efisyen sekali. Bawak balik Gebze, Busra cat dengan werne emas dan hah...boh dalam pinggang perak letak atas meja di salon, nampak anggun sekali. Kalau diikat reben meroh dan ijo, dah jadi cam hiasan Krismas!



Busra jugak panda mengait. Kraft ni teman pangge mengait...betoi ke kome? Ni guna benang yang halus tu dan jarum pun kecik.



Lagi hasil kaitan oleh Busra, guna benang werne perak.



Renda ni akan digunakan pada tuala, buat cantik-cantik pastu pakaiguna. Kalau dijual mau berpuluh ringgit untuk 1 kaki panjang ni.



Ni Yeter, adik ipor kepada anak tiri teman, si Tahsin. Dia ni lebih korang 26 tahun, single lagi. Selain koje berat di ladang hazelnut masa musim bunga dan musim panas, dia pun panda mengait. Ni dia kait renda untuk tuala tangan.



Renda yang Yeter buat yang kat bawoh jer, yang atas memang ada bunga masa beli tuala ni. Jarang pompuan Turki beli tuala dan tak buat hiasan dengan renda kait deme. Teman beli 5 helai dari Yeter untuk koleksi teman. Nak buat lap tangan.




Yang ni hasil kerja tangan kawan kepada isteri Tahsin. Kawan Zuleyha ni surirumah tapi ada masa buat hiasan reben pada tuala tangan. Teman beli semua ni untuk koleksi teman - mungkin bagi hadiah kat kawan-kawan atau buat lap tangan dan mulut teman...he he!



Kome tengok dekat-dekat salah satu tuala yang teman borong tu, sweet kan werne pink dia?



Kombinasi bunga werne maroon dan kuning pun menawan. Cermat sungguh hasil koje tangan kawan Zuleyha tu.



Anak Tahsin, Sule 8 tahun, sedang mempamerkan hasil borongan teman. Zuleyha panda kait baju, muffler, topi benang bulu dll. Banyak yang dikait untuk si Sule ni sejak Sule kecik lagi. Tu topi yang Sule paka telah dikait oleh Zuleyha.



Yang ni orang jantan punya keras tangan. Teman jumpa besik ni, cradle kayu mainan, kat satu R & R. Panjang dia lebih korang 1 kaki, sesuai buat mainan budak pompuan. Rega tak mahal sangat Lira 8, lebih korang RM15.



Ada sample lagi, anak patung diboh bagi menggoda pelanggan kenit.



Nilah besik yang real. Mursel, cucu sedara Mr T, dirock n roll dalam besik sampai tertido sebelum diubah ke atas katil. Lena jugak deme dialun-alun dalam tu.



Mursel memodelkan baju sejuk yang dibuat oleh Ana Anne dia (nenek belah mak). Untung jadi baby kat Turki - baju sejuk, stokin, topi, muffler, sarung tangan semua Baba Anne, Ana Anne atau Yengge/Halla/Teyze (mak-mak sedara) buatkan! Kat Malaysia main beli jer!




Meh join teman makan ringan-ringan - 2 keping roti bertatah salami dan keju, dibakor agak garing, minum dengan teh epal. Besor roti tu, kenyang teman...Alhamdulillah!



Ehh...tertinggal satu gambor. Sule paka topi dan muffler yang mak dia si Zuleyha kaitkan untuk musim dingin tahun ni. OK, sekian saja laporan tentang kerajinan tangan kaum ibu di Turki.
Hoscakal!