Moh Kite Follow Sesame...

Monday, February 28, 2011

PM Hamas namakan Cucu 'Erdogan'...dan Moh Ke Sungai Deredebi!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

PM Hamas di Semenanjung Gaza Ismail Haniyeh memilih untuk menamakan cucunya yang dilahirkan Selasa lepas dengan nama Recep Tayyib Erdogan sebagai tanda terima kasih kepada PM Turki Erdogan kerana pendirian tegas beliau terhadap isu Palestin berikutan serangan flotila bantuan Turki ke Semenanjung Gaza.

Gambor menunjukkan Erdogan didukung berdekatan bendera Turki dalam sebuah rumah di khemah pelarian Shati, Gaza City, Selasa lepas. Gambor AP.

P.S Erdogan kecik tunjuk penumbuk tu!



Tadi berita insan baru lahir. Ni berita insan besar yang baru meninggal. Bekas PM Turki Erbakan yang meninggal Ahad baru ni kerana masalah kesihatan akan dikebumikan Selasa ni (esok) di Istanbul selepas solat jenazah di Masjid Fetih. Kuarga arwah telah menolak tawaran pengebumian rasmi dari pihak gomen.

Adalah sesuatu yang ironik, Erbakan meninggal menjelang ulangtahun ke 14 gomen arwah digulingkan oleh pihak tentera dalam satu coup dalam tahun 1997, yang memberi laluan pada Tansu Ciller jadi PM wanita pertama Turki. Arwah menjadi Perdana Menteri dari tahun 1996-97, ketika parti Refah dan gomen campurannya tak disenangi oleh pihak tentera dan sekular kerana ianya dikatakan gomen yang Islamist. Kini ada suara-suara yang mendesak supaya 'pelakon' yang menyebabkan rampasan kuasa ni dibawa ke pengadilan kerana menjatuhkan gomen yang sah dipilih rakyat. Dikatakan rampasan kuasa 1997 didalangi syaitan-syaitan di London, Washington dan Tel Aviv.

Dalam kes terbaru, beberapa bekas Jeneral telah ditahan dan didakwa dalam kes dipanggil 'Sledgehammer' dan sebelumnya dalam kes 'Ergenekon'; 2 komplot yang didalangi oleh para pegawai tinggi tentera, para akademik sekuler, wartawan dan ahli perniagaan yang melakukan usaha-usaha jahat untuk destabilize gomen Erdogan dan menjatuhkannya! Sebelum zaman AKP memerintah, tak sapa berani tegur atau kritik tentera, apa lagi mendakwa sorang Jeneral!

Sumber Hurriyet Daily News



Ok tu, abih citer politik! Moh ikut teman nyongket ke sungai dalam Kg Deredebi pulak. Ini laluan lembu-lembu keme dan orang kampong untuk memain di tepi sungai!



Kome akan tempuh ladang hazelnut jiran dan beberapa biji pondok dan rumoh. Kat sini rumoh dah kurang sebab dah dekat utan. Ni salah satu pondok tempat rehat dan digunakan masa musim menuai hazelnut dalam musim panas.



Jalan 20 meter lagi jumpa salah satu rumoh yang terpencil sikit. Teman bila lalu sini tak penah nampak tuan rumah atau ahli kuarganya. Nampak ayam beberapa ekor jer.



15 meter dari rumoh tadi, kome dah buleh nampak padang rumput dan dengor bunyi ayor sungai!




Hah nilah ropa sungai di Kg Deredebi...kecik dan cetek jer.



Jarang orang datang sini ...kecuali Fistig dan Kara Kiz dan gerombolan deme. Sapa berani dan tahan sejuk buleh terojon!


Paling dalam pun bahagian lubuk yang sedalam 3 kaki jer.



Masa ni musim ujan, tapi had ni jer dalam sungai ni...tak melempah cam sungai Pahang atau sungai Kelang.




Teman jalan 25 meter lagi...tapi sampai had ni jer. Nak ke depan lagi jalan berlumpur dan nak lalu tepi-tepi takut skirt teman kena duri pokok ros liar yang banyak tumbuh kiri kanan laluan. 3 tahun lepas masa musim bunga teman ada gi berkelah dengan sedara kecik kat depan. Tapi ari ni masa teman datang nyongket, semua deme gi sekolah di Akcakoca.


Teman usyar-usyar...tak nampak sekor pun ikan. Tak tau mana deme nyorok. Anak tiri Tahsin kata, ada ikan...



Nilah kawasan lapang yang dijadikan port bersosial dan bersukaria oleh gerombolan Fistig dan Kara Kiz. Kat sini juga tempat deme bermukah...sampai beranak-pinak. Tapi tak penah pulak dengor deme buang anak! Baguih deme ni! Susu deme bagi tiap pagi dan petang. Berbaloi bela lembu sekandang!



Masa jalan balik, nempuh sebuah lagi rumoh, tapi ni rumah tinggal. Namun rumoh ni diguna dalam musim petik hazelnut untuk kegunaan tuan tanah dan ahli kuarga.




Malam tu mertua masak pasta pendek, plain jer. Teman pun petik herba kat kebun dan tabur bagi ceria sikit. Selain dari tu dia masak fesule jeruk ditumis dan minum dengan ayran (air susu masam). Takder lauk. Gitulah cara mertua makan...simple tapi berkhasiat! Meh kome!

Sunday, February 27, 2011

Gomen Turki Cekap Selamatkan Rakyatnya DAN Rakyat Asing!

PM Recep Tayib Erdogan - gambor dari Zaman Daily

Assalamualaikum dan Salam Ceria,


Turkey menunjukkan ciri-ciri kuasa yang dihormati dan boleh diharapkan tika krisis besar ekoran rusuhan di Libya. Lebih 20 buah negara termasuk Jerman, AS, Italy, Sweden, Rusia, UK, Perancis, Bosnia, Australia, Serbia, Ukraine, Kosovo, Romania, China, Jordan, Kazakhstan dan Iran telah meminta bantuan Turki untuk menyelamat dan membawa pulang rakyat deme. Ini kerana gomen Turki telah menghantar beberapa pesawat tentera dan feribot tentera untuk membawa pulang beribu-riban rakyat Turki yang terperangkap di Libya. Melihat usaha segera gomen Turki ni, negara-negara lain yang lembab tu minta bantuan gomen Turki menghangkut rakyat deme guna kapal Turki.

Inisiatif menyelamat ni mendapat perhatian media di UK dan dalam headlines The Times, gomen British dikritik kerana tak amik usaha yang lebih membantu rakyat sendiri - "Orang Turki boleh buat, kita tak boleh!"

Err...dalam wawancara kat TV, rakyat Turki yang selamat balik mengucapkan syukur selamat sampai tapi idok sorang pun kata, "Saya ucapkan ribuan tima kasih pada PM Erdogan dan parti AKP kerana menyelamatkan kami..bla..bla..bla.." Kalau kat Malaysia kita buleh hafal skrip dia camner he..he..!

PM Erdogan juga tidak bersetuju sekatan dikenakan ke atas Libya kerana tindakan ini akan menyusahkan rakyat jelata Libya, Gadaffi tak apa-apa for sure. Cepat jer AS dan negara Barat nak buat sekatan ke atas negara Islam...hampeh tak sudah!


Gambor teman cilok dari Zaman Daily

Sementara itu, walaupun ramai rakyat Turki menyokong revolusi menumbangkan diktator dan kembalinya demokrasi di Timor Tengah, deme kurang senang dengan tindakan Gadafi yang sesuka hati membenarkan tentera menembak rakyat sendiri! Beberapa siri tunjuk perasaan diadakan di beberapa bandar mengutuk tindakan trigger happy regim Gaddafi...eh bape banyak punya regim kat sini daa!



Gambor dari sumber Chinxua Press, sorang tentera (?) berdiri megah sebelah keta perisai di Libya baru-baru ni.

Berita teman olah dari Zaman Daily News.


Ahh tertingga, ada lagi satu gambor First Lady Kak Ros dengan First Lady Hayrunnisa Gul. Kalau sejuk, pakalah baju benang bulu Ros, dah tau ni winter kat Turki. Ni dah ropa sami Siam jerk!
Lawor Hayrunnisa, manis cam nama dia 'Gul' (bunga mawar), tanpa aksesori yg over. Less is beautiful, Kak Ros!

P.S Bekas PM Turki Erbakan meninggal dunia semalam. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Parti Refah yang beliau pimpin berpecah pada 2, satu AKP dan satu lagi Parti Saadet.




Dah 3 ari berturut-turut ujan renyai jer kat Kg Deredebi. Malam tadi kot sejuk sangat, salji turun kat belah bukit nun. Nampak bukit yang kat belakang rumoh mertua, yang ujung tu, dipenuhi salji pagi ni. Hari ni main lepak di rumoh jer ler...nak nyongket sejuk dan lembap!



Semalam tengok Nevin bersihkan jeruk buah ceri. Dia ada sebut nama buah ni dalam Bhs Turki tapi teman lupa. Warna asal dia meroh gelap dan dikutip merata tepi-tepi belukar dalam kampong. Masak ranum pun dia masam dan kelat!



Orang kampong tak suka membazir, mana yang buleh dimakan akan diperam, jeruk, awet dll. Buah ni dijeruk, tak tau bape lama, sampai ilang kelat dia. Pastu deme akan masak dan buat sirap. Kita pun banyak buah, tapi kita tak buat...ngape eh?



Untuk lunch, Nevin rebus kacang fesule, warna putih (kacang fesule ditanam dalam musim bunga sampai musim luruh).Ni biji dari kacang cam kacang pepat, kacang dimakam dan bijinya dikeringkan. Kena rebus 3-4 jam. Nilah baked beans yang kita beli kat supermarket tu. Nevin boh bawang, sikit pes tomato dan sikit lada dan garam. Senang masak kat soba sebab guna kayu api. Kalau kita nak rebus guna dapor gas, alamat cepat abis bekalan gas kome. Hmm...sodap sup fesule ni, bukan cam rasa yang dalam tin tu!



Lagi satu menu, Nevin masak tomato dan cili ijo ditumis bersama bawang.



Diminum dengan ayor jus dari pear itam. Teman pangge pear itam sebab isi dia warna itam, kulit ijo. Rasa kelat dan manis sikit jadi deme tak makan sangat, deme buat jus. Deme rebus buah ni tanpa gula. Tapi bila teman minum ada rasa manis. Sodap gak...



Meh kome makan dengan keme, masakan kampong dan minuman kampong dari hasil Kampong Deredebi yang organik. Takder lauk, seperti biasenyer... turun lagi berat badan teman dan InsyaAllah bertambah sihat!

Saturday, February 26, 2011

First Lady Kak Rosmah Dapat Anugerah Turki...pheeewit!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia Mengkome,

Sihat semua? Semalam teman tak buleh bukak blog teman tapi website lain buleh. Pagi ni dah OK. Haa nak kabor...teman bangga yaa amat First Lady kita Datin Rosmah dapat anugerah dari Datuk Bandor Ankara Gokcheh Bey! Orang Turki ni hargai sumbangan Kak Ros dalam koje-koje sosial. Terharu teman...mana tisu paper ni...



Sebagai First Lady of Malaysia, dia berpeluang bertemu First Lady of Turkey Puan Hayrunnisa Gul. Bertemulah deme ni di istana kat Ankara nun. Apalah Hayrunnisa paka baju gelap, langsung tenggelam dik baju First Lady Malaysia yang anggun-manggun dengan selendang oren berjela-jela menutup bahu dan...errr menutup bahu jer. Alaa angle tak best tu Kak Ros, nampak perut besor sikit...lupa paka corset ke apa?

"Tu manik ke...mutiara tu, Datin?" tanya Bayan Gul dengan innocent.

"Eh, you tak kenal mutiara atau manik ke? Oh...ya tak ya, you tak fashionable, tak cam I..." libas Kak Ros balik.

Ouch!!



Errr...tak tau pulak teman Kak Ros jumpa Puan Emine Erdogan yang sehari sebelum tu berucap tentang kekanak dan wanita di PBB, New York. Hmm, gamoknya dia tak jumpa kot sebab Emine Erdogan bukan First Lady of Turkey! Tak setaraf dengan Kak Ros kita taw!

Besornya shades atas meja tu. Kak Ros punya ke? Yang teman tau salji masih turun kat Ankara sekarang...silau kot masa ni kena pancaran salji putih, jadi kena paka spek itam kome!

Mana cay dan baklava ni, Hayrunnisa Hanim? Dahaga First lady keme tu!



Bior ler deme berlabun pasa bape rega rantai manik Kak Ros tu. Ari ni ujan renyai dari semalam. Ujan kat sini renyai dan halus tapi deme pangge ujan gak. Jadi aktiviti harian berkurang. Namun yang mesti kena buat - peroh susu lembu - tetap kena buat.



Bila suhu sejuk, mertua rasa sakit-sakit tulang. Dia suka dok berdiang dekat dengan soba. Tapi kalau ari panas, dia buat koje macam orang jatuh cinta!



Petang semalam Nevin balik dari Akcakoca, jadi kami jadi bertiga. Rioh rendah balik rumoh! Baru sampai deme anak menantu dan mentua dah berdebat! Teman biorkan jer deme. Kalau berhari-hari tak jumpa deme rindu, bila jumpa asyik nak berdebat.



Pagi ni kami makan keju baru. Tu yang berpotong-potong tu. Semalam mentua buat. Senang jer nak buat, tak payah boh apa benda. Lain entry teman tunjuk proses buat cheese ni ya kome. Moh makan kahvalti kome!

Thursday, February 24, 2011

Malaysia Belanja $600m Beli Tank Turki...err Kak Ros Mana?

Gambor keta perisai yang nak dibeli dik Datuk Zahid untuk pertahanan Malaysia. Gambor dari Zaman Daily.


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Malaysia dan sebuah firma pertahanan Turki FNSS baru jer tandatangani perjanjian pembelian 257 buah kereta perisai berniali $600 juta (lebih kurang RM1.8 bil). Menurut laporan Zaman Daily, jurutera Turki dan Malaysia akan redesign kereta ni dan dihasilkan di Malaysia. Err buleh ke kita kata nanti, "Malaysia pun buat keta tank!"

Sapa pulak yang jadi jurubahasa untuk delegasi Malaysia dalam deal ni kome? Bukan teman yek. Teman semalam kat Kg. Deredebi, Laut Hitam, bernyanyi-nyanyi mengelilingi pokok hazelnut (rujuk entry kat bawoh kalau tak caya!).



Gambor dari satkhabor online Zaman Daily.

By the way, semalam Puan Emine Erdogan berucap di PBB, New York, mengutarakan masalah wanita dan kanak-kanak terutama yang menghadapi keganasan dan kemiskinan. Emine ni rajin memperjuangkan nasib wanita dan kanak-kanak sejagat. 3 atau 4 tahun lepas dia anjur persidangan Wanita Pertama untuk membincangkan nasib wanita dan kanak-kanak di Gaza yang menderita di bawah rejim Yahudi. Which reminds me, Kak Ros kita buat apa? Kat Ankara ke Istanbul? Nanti teman usyar satkhabor Turki jap.

Wednesday, February 23, 2011

Moh Susup-sasap dlm Kebun...err Najib kat Ankara?



Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Tengah hari tadi nengok berita TRT2, terdengor nama Maleyza Basbakan Abdul Razak bla..bla..blaa. Eh, bila pulak Najib datang Turki ni? Tak nampak gambor dia tapi deme tunjuk gambor keta. Teman agok Maleyza nak jual keta Proton ke Turki kot.

Jangan marah teman selit gambor Najib dengan Erdogan (Najib jalan cam pompuan!). Bukan nak tunjuk muka Najib sangat tapi nak tunjuk Yob yang iringi kedua-dua PMs tu. Hensom tak? Tu jer...
(Imej dari satkhabor online)



Ari ni amat cerah dan ceria. Suhu 12 Celcius kot. Burung kul 6 pagi dah cit-cau, cit-cau... Dik cuaca baik dan panas, Kak Emine bergegas basuh 2 lai hali (hamparan) yang tak bape besor. Tapi dia basuh tengah hari lepas balik dari belajor ngaji. Kalau cuaca panas cam ari ni, 3-4 ari baru kerin. Carpet yang besor-besor deme dah basuh masa musim panas dulu.



Ni gambor yang diamik kul 9 am tadi...cerraaahhh. Sebenornya malam semalam teman tido rumoh mertua. Nevin takder, dia gi tido rumoh Ilker di Akcakoca, jadi mertua ada alasan ajak teman dok teman dia. Kak Emine pun tak buleh nak kata apa. Ohh...susohnya jadi orang popular ni, orang berebut ajak tido rumoh...



Pas asor, sebelum gelap (walaupun pagi cerah, sebab ni masih musim sejuk, ari cepat gelap), teman nak ngelewor kebun dan ladang mak mertua belakang rumoh. Tempat yang teman memula gi ialah bawah pokok berangan. Ada sebatang yang dekat rumoh, 10 meter jer. Masa musim dia luruh, pagi petang teman datang kutip buah dia. Memalam bakor atau rebus. Makan dengan cay panas!



Ni kulit yang kering bersepah bawoh pokok. Pokok dia pokok yang tumbuh liar. Ropanya kampong ni memang asalnya tempat membiak pokok berangan. Masa orang kampong clear tanah utan buat rumoh atau ladang hazelnut dulu, pokok berangan dan pokok buah-buahan deme tak kaco.



Pastu teman usyar kebun sayur yang mertua dan Nevin usahakan. Antara yang deme tanam untuk musim dingin ialah sayur panjar, labu, salat, bawang dan maydonas. Nilah herba maydonas, ropa akan-akan daun sop. Tapi ni belum besor lagi. Kalau yang komersial lebih panjang, yang organik ni tak bape panjang. Teman gemor boh herba ni dalam salad atau buat garnish...sodap!



Kat celah-celah pokok salata, deme selit labu bawang besor. Seminggu lagi buleh ler makan. Salata tu pun dalam seminggu dah buleh petik buat salad, dan dibiorkan besor lagi. Deme guna baja tahi lembu (sisa si Fistig dan anok dia).



Kendian teman susup-sasap dalam ladang hazelnut belakang rumoh mertua. Ni salah satu plot, plot yang selebihnya kat atas bukit, jauh 6km...kena naik kenderaan. Nilah ropa bunga hazelnut dari dekat. Bukan besor, 2-3 cm jer. Pokok yang ni tak dan-dan dah berbunga, pokok lain belum lagi. Musim bunga jauh lagi!



Hah nilah ropa pokok hazelnut, deme tumbuh cam pokok pisang kita. Mana yang tua kena tebang buat kayu api. Dia beranak lain. Dia tak buleh besor dari yang kome nampok ni. Masa ni deme tido ler, daun tak kuar lagi. Kat background tu rumoh kuarga Mr T.



Dah puas susup-sasap, teman merangkak lalu bawoh pagor kayu. Kat belakang tu ada banyak lagi rumoh-rumoh orang kampong, bukan utan belantara. Sejak datang ni, teman belum ziarah lagi rumoh pak sedara Mr T di belakang bukit tu, tapi bukan ikut bukit ler, ada jalan kat depan rumoh Mr T.



Masa ni mertua mula bagi makan spesel untuk Fistig kat laman. Selalunya dia bagi makan dalam rumoh lembu tapi ni diet spesel untuk Fistig yang sedang sarat dengan susu. Petang sikit lagi baru dia bagi makan kat dalam rumoh deme.



Anak Fistig kaco ibu dia dan cuba rampas besen tu. Mertua datang besit dengan kayu. Anak derhaka! Pastu dia boh makanan dalam bekas lain untuk si anak.



Pagi tadi mertua jamu teman roti dengan ubi kentang bakor, telur goreng, jem buah anggur, buah zaitun itam dan butter dari susu Fistig.

Dok Kg Deredebi ni hampir kesemua makanan deme hasilkan atau tanam sendiri. Jem buah dari pokok sendiri; telur ayam kampong; susu/yoghurt/keju/butter dari lembu belaan sendiri; roti bakor sendiri; sayur/herba tanam sendiri! Alhamdulillah dapat makan benda-benda yang sihat dan berzat! Cuma rasa kureng sikit...

Tuesday, February 22, 2011

Kg Deredebi Yang Nyaman dan Ideal!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Semoga kome semua sihat dan ceria. Teman ceria sebab bila check penyata broadband Turkcell teman, ada 4 GB baru masuk. Ropanya sebelum gi Iraq ari tu, Mr T telah bayor untuk bulan Mac sekali. Tima kasih Mr T. Semoga Allah murohkan rezki suami teman. Dia marah kat Turkcell dan pesan kat teman guna berhemah, tapi bayor gak. Jadi teman kena jimat gak.

Hari ahad anak tiri yang sulong, Tahsin, antor teman balik kampong Deridebi, 45 km gitu. Cuaca sepanjang perjalanan renyai-munyai dan berkabus. Ni ropa pemandangan kul 11 pagi kat Deredebi ari tu.



Lepas cium dan dakap-dakap dengan madu teman Kak Emine, teman duduk-duduk tanya kabor itu ini. Umpama ayam berlabun dengan itik, kami pun bertukor kabor. Kak Emie bising sebab teman suka benor dok sensorang kat Istanbul. "Dok sini, saya pun dok sini," dia sembang. Teman nak explain panjong lebor yang teman lebih suka dok sorang, tapi tak cukup vocab pulak.

Masa Kak Emine turun bawah jap, si Freelance curi-curi intai kat pintu. Agaknya dia nak kata, "Hosgeldeniz!" kat teman. Nak masuk takut-takut berani.



Sementara Kak Emine takder, dapatlah dia bermanja-manja jap dengan teman, Madam tiri dari Malaya ni. Gebu dan besor dia dari kucing kita walaupun dia tak bertuan. Kami bagi dia makan roti bila dia datang atau apa-apa yang ada tapi lebihnya pepandai dia cari sendiri. Kampong ni banyak burung sebab pokok buah banyak. Sesekali kami jumpa bulu burung bersepah depan laman, mesti usaha gerakan hendap Freelance.


Teman pun jumpa Karabas. Dah tingga dia sekor. Sekor lagi si Reki mati ditembak oleh jiran mana ntah. Kuang ajor betoi. Yang teman tau Reki anjing yang lembut, tak ganas, dan selalu dok rumoh. Deme dengor 2-3 das tembakan tak jauh dari masjid. Mak mertua cukup marah, dia kata kalau dia tau sapa yang bunuh Reki, dia nak bunuh orang tu!

Bila Karabas jumpa teman aritu, dia cam takut-takut, teman sebut-sebut nama dia, teman gi dekat, dia macam suka, nak lompat-lompat. Teman takut dia peluk teman(peluk?). Teman kata jangan, jangan. Pastu dia buat macam sujud dan terus duduk depan teman. Ni kali kedua anjing mertua buat gerakan macam sujud ni. Dulu sekor nama Beto pun ada buat gerakan serupa. Teman rasa nak bagi tau yang dia akui kita sebagai Tuan dia.




Pada ari yang sama, adik Tahsin, Alper Talip, pun ada kat kampong. Dia datang untuk mengurus koje-koje binaan tembok penahan rebakan kat tepi rumoh kuarga kami. Belum berlaku lagi tanah runtuh atau rebak tapi elok buat tembok penahan sebelum apa-apa berlaku.



Tengah hari tu Kak Emine jamu makan stew sayur, pilav, roti dan nohut. Nohut tu kacang kuda yang direbus dengan sikit pes tomato dan serbuk cili. Tak der lauk. Kak Emine ni, dia masak memang simple dan sederhana. Bukan cam adik dia dari Malaya ni!
Kami berempat makan bersama, sangat ideal gitu - 2 lelaki makan bersama Mak dan Mak Tiri deme, mana nak cari. Alhamdulillah syukur!



Petang dua beradik ni kuar gi kampong jiran nak ucap selamat berjaya kepada salah sorang kawan deme yang gi perkhidmatan tentera untuk selama 15 bulan. Alper sendiri belum buat perkhidmatan tentera, rancangannya tahun depan dia pegi. Perkhidmatan tentera wajib untuk semua lelaki Turki, tak buleh escape!



Sebelum tu Kak Emine ada masak atau baked roti dalam soba dapur. Roti home-baked memang sedap rasa dia. Dia potong beberapa keping dan ajak rasa roti baru. Teman amik beberapa keping, bakor atas soba. Teman suka roti bakor.



Pastu keme pun makan dengan butter kampong (susu dari Kara Kiz, Kak Emine guna mesin churn untuk buat butter ni). Sapu kat roti bakor tadi...errrmmmm, sodap gitu...kata orang Ghombau! Minum dengan cay panas...meh kome!



Dekat kul 4 pm dah nak gelap. Renyai tak renti. Malam mesti sejuk yaa amat. Bila takder cucu-cucu yang huru-hara, dok Kg Deredebi memang nyaman kome!