Moh Kite Follow Sesame...

Monday, February 28, 2011

PM Hamas namakan Cucu 'Erdogan'...dan Moh Ke Sungai Deredebi!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

PM Hamas di Semenanjung Gaza Ismail Haniyeh memilih untuk menamakan cucunya yang dilahirkan Selasa lepas dengan nama Recep Tayyib Erdogan sebagai tanda terima kasih kepada PM Turki Erdogan kerana pendirian tegas beliau terhadap isu Palestin berikutan serangan flotila bantuan Turki ke Semenanjung Gaza.

Gambor menunjukkan Erdogan didukung berdekatan bendera Turki dalam sebuah rumah di khemah pelarian Shati, Gaza City, Selasa lepas. Gambor AP.

P.S Erdogan kecik tunjuk penumbuk tu!



Tadi berita insan baru lahir. Ni berita insan besar yang baru meninggal. Bekas PM Turki Erbakan yang meninggal Ahad baru ni kerana masalah kesihatan akan dikebumikan Selasa ni (esok) di Istanbul selepas solat jenazah di Masjid Fetih. Kuarga arwah telah menolak tawaran pengebumian rasmi dari pihak gomen.

Adalah sesuatu yang ironik, Erbakan meninggal menjelang ulangtahun ke 14 gomen arwah digulingkan oleh pihak tentera dalam satu coup dalam tahun 1997, yang memberi laluan pada Tansu Ciller jadi PM wanita pertama Turki. Arwah menjadi Perdana Menteri dari tahun 1996-97, ketika parti Refah dan gomen campurannya tak disenangi oleh pihak tentera dan sekular kerana ianya dikatakan gomen yang Islamist. Kini ada suara-suara yang mendesak supaya 'pelakon' yang menyebabkan rampasan kuasa ni dibawa ke pengadilan kerana menjatuhkan gomen yang sah dipilih rakyat. Dikatakan rampasan kuasa 1997 didalangi syaitan-syaitan di London, Washington dan Tel Aviv.

Dalam kes terbaru, beberapa bekas Jeneral telah ditahan dan didakwa dalam kes dipanggil 'Sledgehammer' dan sebelumnya dalam kes 'Ergenekon'; 2 komplot yang didalangi oleh para pegawai tinggi tentera, para akademik sekuler, wartawan dan ahli perniagaan yang melakukan usaha-usaha jahat untuk destabilize gomen Erdogan dan menjatuhkannya! Sebelum zaman AKP memerintah, tak sapa berani tegur atau kritik tentera, apa lagi mendakwa sorang Jeneral!

Sumber Hurriyet Daily News



Ok tu, abih citer politik! Moh ikut teman nyongket ke sungai dalam Kg Deredebi pulak. Ini laluan lembu-lembu keme dan orang kampong untuk memain di tepi sungai!



Kome akan tempuh ladang hazelnut jiran dan beberapa biji pondok dan rumoh. Kat sini rumoh dah kurang sebab dah dekat utan. Ni salah satu pondok tempat rehat dan digunakan masa musim menuai hazelnut dalam musim panas.



Jalan 20 meter lagi jumpa salah satu rumoh yang terpencil sikit. Teman bila lalu sini tak penah nampak tuan rumah atau ahli kuarganya. Nampak ayam beberapa ekor jer.



15 meter dari rumoh tadi, kome dah buleh nampak padang rumput dan dengor bunyi ayor sungai!




Hah nilah ropa sungai di Kg Deredebi...kecik dan cetek jer.



Jarang orang datang sini ...kecuali Fistig dan Kara Kiz dan gerombolan deme. Sapa berani dan tahan sejuk buleh terojon!


Paling dalam pun bahagian lubuk yang sedalam 3 kaki jer.



Masa ni musim ujan, tapi had ni jer dalam sungai ni...tak melempah cam sungai Pahang atau sungai Kelang.




Teman jalan 25 meter lagi...tapi sampai had ni jer. Nak ke depan lagi jalan berlumpur dan nak lalu tepi-tepi takut skirt teman kena duri pokok ros liar yang banyak tumbuh kiri kanan laluan. 3 tahun lepas masa musim bunga teman ada gi berkelah dengan sedara kecik kat depan. Tapi ari ni masa teman datang nyongket, semua deme gi sekolah di Akcakoca.


Teman usyar-usyar...tak nampak sekor pun ikan. Tak tau mana deme nyorok. Anak tiri Tahsin kata, ada ikan...



Nilah kawasan lapang yang dijadikan port bersosial dan bersukaria oleh gerombolan Fistig dan Kara Kiz. Kat sini juga tempat deme bermukah...sampai beranak-pinak. Tapi tak penah pulak dengor deme buang anak! Baguih deme ni! Susu deme bagi tiap pagi dan petang. Berbaloi bela lembu sekandang!



Masa jalan balik, nempuh sebuah lagi rumoh, tapi ni rumah tinggal. Namun rumoh ni diguna dalam musim petik hazelnut untuk kegunaan tuan tanah dan ahli kuarga.




Malam tu mertua masak pasta pendek, plain jer. Teman pun petik herba kat kebun dan tabur bagi ceria sikit. Selain dari tu dia masak fesule jeruk ditumis dan minum dengan ayran (air susu masam). Takder lauk. Gitulah cara mertua makan...simple tapi berkhasiat! Meh kome!

18 comments:

  1. pernah gak terpk bila tgk makanan2 yg akak tunjuk tue. Boleh kenyang ke? (soalan dr org melayu yg kuat makan nasik neh) hehehe

    ReplyDelete
  2. salam kak,
    terima kasih info psl politik tu..at least tau la sikit2, comei Erdogan the junior.. kak, rumh sebuah yg terpencil tu mengingatkan saya cerita masa kecik2 dulu little house on the prairie..tetiba rasa cam sayu je..dah agak ayo sungai tu mesti sejuk bedi sesuai dgn kg nya kg deridebi..:-)

    ReplyDelete
  3. akak salam,,,,,,,,,,,,,,,,,, hau are u ? apa berMUKAH tu,,, bahasa Turkey ke ???

    ReplyDelete
  4. Salam Ali, memang tak kenyang, tu yang akak jadi lebih slim! Tp akak buleh survive berminggu2 tanpa nasi asalkan ada lauk sikit pun tak pe!

    ReplyDelete
  5. Salam Asma,oh nostalgia dgn citer Little House ya. Little House rumah dari kayu, ni dari bata...suasana mengingatkan awak ya. Ya...ayor sungai tu sejuk cam ais!

    ReplyDelete
  6. Salam Yob PO,Im well Alhamdulillah. Tak tau ya berMUKAH...cer tanya Yob ISA, gerenti dia tau!

    ReplyDelete
  7. comel baby erdogan tu..

    seronok nya nengok perjalanan yong kali ni gi nyongket sana sini.. kalau masuk area camtu yg ada sungai2, memang best sangat2 kan..

    kalau dekat, mau saya nyempit sekaki dua ikut yong nyongket lagi nanti..

    ReplyDelete
  8. Salam Yong Mulan, sumer baby comel he he!Lain kali buleh menyempit dgn akak he he!

    ReplyDelete
  9. Kat sungai tu ada tak....

    1) budak2 mabdi bogel?

    2) Spisis ikan yg sama macam kat malaya?

    3) sampah macm kat malaya?

    Alaaa... takde cerita kak ros kali ni....

    ReplyDelete
  10. uihh...best bebeno tempat tu..agak2 org luo buleh ke nak beli tanah kat situ..berape pule satu kaki persegi...kalu teman ade kat situ, udah lame teman mancen...hehehhe

    ReplyDelete
  11. Salam Yob Gedek aka Peminat Kak Ros Tegor,

    1. Orang giler jer mandi bogel...sejuk ayornyer Yob, dalam musim panas pun! Tp takder org giler kat sini, sorry!
    2.Spesis ikan tak sama...sori lagi!
    3.Ada sikit tapi tak banyak...deme agak pembersih, buang sampah kat tempatnya.

    ReplyDelete
  12. Salam Yob Fadzli,he he...tanah gomen ni, kalau nak gi jumpe Erdogan! Kat Msia pun banyak kawasan cam ni Yob oi, kena pandai cari! Tapi ikan tak banyak kot, kan miker suka mancing!

    ReplyDelete
  13. Akak..saya sangat teruja dengan gambo2 yang akak tangkap,cantik compositionya.. cantik sungguh landscape kat sana tu..tapi sais gambo kecik. Akak belilah dslr yang murah2....hehehe

    ReplyDelete
  14. tengok lama2 comel gak yong ni ha3

    ReplyDelete
  15. Salam Yob Din, masalahnya kalau akak upload gambor besor, bil naik cepat! Tu yg akak boh medium! Sini kos broadband tinggi Yob. Maaf ler. Apa mende dslr tu?

    ReplyDelete
  16. Salam Ustaz, eeee jgn tengok lama2...maroh Mr T kang. Ustaz ni, tak jaga mata...

    ReplyDelete
  17. ni ha teman datang mnjengok..

    alaaaaa nk teman bloglistkan blog akak kabo kan aje le..

    jangan le memalu!!!!

    harharharhar

    ReplyDelete
  18. Salam Yob Pakwe ,hosgeldeniz...selamat datang!Eh ke situ pulak...idok pun terasa kalau tak list sebab akak pun tak list sesapa. Sajer suka kenal ramai kawan2 blogger. Kalau follow senang akak ziarah miker balik. Tima kasih sudi datang! he he!

    ReplyDelete