Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, February 24, 2011

Malaysia Belanja $600m Beli Tank Turki...err Kak Ros Mana?

Gambor keta perisai yang nak dibeli dik Datuk Zahid untuk pertahanan Malaysia. Gambor dari Zaman Daily.


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Malaysia dan sebuah firma pertahanan Turki FNSS baru jer tandatangani perjanjian pembelian 257 buah kereta perisai berniali $600 juta (lebih kurang RM1.8 bil). Menurut laporan Zaman Daily, jurutera Turki dan Malaysia akan redesign kereta ni dan dihasilkan di Malaysia. Err buleh ke kita kata nanti, "Malaysia pun buat keta tank!"

Sapa pulak yang jadi jurubahasa untuk delegasi Malaysia dalam deal ni kome? Bukan teman yek. Teman semalam kat Kg. Deredebi, Laut Hitam, bernyanyi-nyanyi mengelilingi pokok hazelnut (rujuk entry kat bawoh kalau tak caya!).



Gambor dari satkhabor online Zaman Daily.

By the way, semalam Puan Emine Erdogan berucap di PBB, New York, mengutarakan masalah wanita dan kanak-kanak terutama yang menghadapi keganasan dan kemiskinan. Emine ni rajin memperjuangkan nasib wanita dan kanak-kanak sejagat. 3 atau 4 tahun lepas dia anjur persidangan Wanita Pertama untuk membincangkan nasib wanita dan kanak-kanak di Gaza yang menderita di bawah rejim Yahudi. Which reminds me, Kak Ros kita buat apa? Kat Ankara ke Istanbul? Nanti teman usyar satkhabor Turki jap.

24 comments:

  1. Salammmmmm Kak Lima,,,Puan Emine Erdogan comel pakai tudung ,,, muka dia pun cute,, tetapi muko Kak Mah pulak dah lah muko mcam HAMPEH,,,,, tak lah pakai tudung atau pun tutup kepala,, tak malu ke ??

    ReplyDelete
  2. Salam Yob PO, tu dia puji Emine sampai ke langit 7! memang pun dia cute, kulit licin, lemuih! Tang Kak Ros tu akak tak brani tambah, nanti kena C4...nayaaaa!

    ReplyDelete
  3. kak,

    lawo puan emine tu ye...nengok muka dia pun rasa sejuk je ati teman nih hehe

    ReplyDelete
  4. Syarikat malaysia mane le yang dapat kontrak tu....kaye...udah kontrak tertutup..kroni le jawabnye...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    Jangan buat angkara kat Ankara udahle.

    ReplyDelete
  6. dengar kata Turki nak hapuskan Visa untuk rakyat Malaysia ...betul kee??

    ReplyDelete
  7. salam kak,
    comei je kak emine tu..mcm muka org kita pun ada..msti dia ckp pun lembut je..kak kat kg deredebi lagi ke?.

    ReplyDelete
  8. wah.....
    betul ker kak?
    uhhuuhuuh......

    ReplyDelete
  9. Salam kak yong.
    lama benar saya tak ke sini.
    ada di turki lagi?

    selamat2 saja di sana ye

    ReplyDelete
  10. wah.
    malaysia ni pnjg jg agendanya ye..
    harap2 bila bina nnti xde la rosak sebelum d guna pulak..

    ReplyDelete
  11. Salam Ina, memang dia cantik amat, bersih kulit dia dan sangat keibuan!

    ReplyDelete
  12. Salam Fadzli, ada dia sebut nama co tu tapi ntah mana pegi edisi yg akak baca, maaf ler. Takkan takder berita penuh kat satkhabor Msia?

    ReplyDelete
  13. Salam Yob Edz, hosgeldeniz...sila lepak!

    ReplyDelete
  14. Salam Cikgu Humairi, dia tak buat angkara, kot after effect tu berlaku bertahun kendian...cam kes Tuya!

    ReplyDelete
  15. Salam Yob Dinbrasco, dari laporan akhbar Msia dan Turki nak hapuskan visa, tapi belum sebut bila kuatkuasa, makna nanti akak boleh dok lebih 3 bulan sampai 90 ari!

    ReplyDelete
  16. Salam Yob Gedek, kalau shopping ada kat Grand Bazaar kot!

    ReplyDelete
  17. Salam Asma, ya dia memang cantik dan suara pun lembut. Ya akak masih kat Kg Deredebi sbb suami suruh dok sini selama dia kat Iraq lagi.

    ReplyDelete
  18. Salam Cikgu Fikri, eh betoilah...takkan media Msia tak war-warkan yg kita akan 'keluarkan kete tank sendiri!'

    ReplyDelete
  19. Salam Nina, ya masih kat sini selagi visa tak abis. Tima kasih...seoga kita semua selamat, tak macam kat Tunisia, mesir dan Libya...Nauzubillah!

    ReplyDelete
  20. Salam Kiut, eh memang panjang agenda...257 tank tu nak guna kat sapa/mana eh?

    ReplyDelete
  21. Pase tank tu, wife ade kabo...ade dalam brite....teman memang minat pase military/tank ni tapi pase Najib/Rosmah tu yg tak brape bekenan heheheh

    ReplyDelete
  22. rosmah tu sibuk kak halima.. mike mane tawu koje die ta.. sibuk shopping !! kihkihkih..

    ReplyDelete
  23. Salam Yob Mad,

    Rasanya satu Grand Bazaar kat Istanbul dia dah tawaf!

    ReplyDelete