Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, February 3, 2011

Live! Live! Live! Speech PM Mesir Now Jam 10pm Malaysia

Laporan dari TV France24 pada jam 9:40 malam.

Perdana Menteri Mesir sedang beri ucapan dan menjawab soalan dari wartawan (Live).

Antaranya dia kata semua pihak termasuk yang anti-Mubaraq/protestor di Tahrir Square dijemput dalam dialog dengan pihak gomen. Dia menegaskan Pres Mubaraq akan tetap tidak bertanding jawatan Presiden lagi. Beliau memohon maaf akan kejadian yang berlaku di Tahrir Square di mana 5 terkorban, dan penyiasatan akan dilakukan. Dia meminta semua protestor berhenti dan pulang ke rumah. Dia kata gomen akan memulihkan apa kesilapan yang berlaku. Dia minta semua bertenang dan ikut berita di TV. Dia kritik media asing yg menunjukkan pertempuran dan kejadian ganas di TV. Dia kata itu tak perlu ditunjuk di media Mesir (ha ha...nak
censor ke, cam biasa dengor jer).

Dia tegas tak patut kita paksa Presiden Mubaraq turun dari kerusi presiden. Kita perlu ikut peraturan dan
procedure. Umpamakan presiden tu bapak kita, kalau kita tak suka pun kita kena hormat dia. (Waah teman translate dari Arab ke Inggeris ke Melayu!).

Kita tetap akan adakan
reform dan dengar apa yang dibangkitkan oleh protestor!

Kami akan ikut peraturan, dia tambah. Dia tak fikir pihak polis telah melakukan keganasan. Dia tak fikir ada rakyat Mesir lari dengan bawa banyak duit.Dia berjanji sebagai ketua negara akan
review banyak perkara dan kami akan lakukan dan kami tak akan berjanji apa yang kami tak boleh lakukan.

Pihak gomen berjanji akan melindungi pihak demonstrator tapi dia kritik jugak pihak demonstrator yang melakukan kerosakan. Dia kata lagi undang2 akan dipelihara. Dia kata sedang
review berapa pampasan yang akan dibayar kepada yang menghadapi kehilangan atau kerugian dalam rusuhan ni. Jika Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab dalam kejadian keganasan, beliau akan disiasat dan dihukum (hah dengor tu KDN!) Dia ngaku dia tak tau semua yang berlaku tapi dia akan amik perhatian dalam semua yang berlaku dan mau semua rakyat dilindungi.

OK setakat ini teman
translate. Yang lebih-lebih tu janji gomen dia. Maaf teman type ni sambil dengor 'Live' dari TV Perancis berbahasa Inggeris. Kejap direct speech kejap reported speech.

Btw, yang pecah keluar dari penjara termasuk ahli-ahli Hizbullah!

12 comments:

  1. terima kasih kak latest update ni..

    ReplyDelete
  2. thanks sebab tolong tanslate....harap kesemuanya kembali tenang...

    ReplyDelete
  3. akak..

    terima kasih 4 da new info..

    mesti akak tau byk bahasa..bestnye..

    ReplyDelete
  4. Kat tempat anda ada terasa tak 'bahang' nya?

    ReplyDelete
  5. kak halima yg dihormati > tabik spring utk kak halima hihihi.. t kasih atas info yg dikongsi d sini..tp mcm pernah saya dengar ucapan itu..agaknye deme satu guru tak ?

    kawan teman tu udoh teman kabo tp die pulok segan.. getek teman..lantok la die yak..

    mok mentue teman nampok ok..tp oghang ghumoh teman la pulok yg sakit idok beghenti..sedih juge la sesikit..

    ReplyDelete
  6. Salam Asma, sama-sama. Hanya nak beri info pd kenkawan! Jgn lupa baca entry kembara, ada kat bawah!

    ReplyDelete
  7. Salam Miss Yaty, sama-sama. Tp akak tak tau Bhs Arab, akak dengor org Tv cakap BI, akak translate ke BM jer. Kalau rajin nanti ada lagi satu update 2 jam lagi.

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Ceria, eh tau BI dan sikit Turkish jer. Org TV tu ckp in BI, akak cuma translate jer, he he!

    ReplyDelete
  9. Salam Yob Gedek, jauh sangat tak rasa bahang , lagipun sini sejuk, he he!

    ReplyDelete
  10. Salam Yob Samad, lhamdulillah mak mertua takder complication. Pasal report Mesir ni saja nak inform kenkawan yg mungkin dpt news yg dah ditapis 5-6 kali kat Msia tu. Akak dengor AlJazeera pun kna blocked! Pasal kawan tu takper ler, nanti akak belikan utk Mad!

    ReplyDelete