Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, October 31, 2013

Moh Nyongket Dari Kampong Deredebi ke Ladang Hazelnut, Turki!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, pe kabor mengkome? Maaf lama tak update. Teman masih berkabung.Entry kali ni nak ngajak kome menyongket kampong - dari Kg Deredebi ke ladang kami di ataih bukit, dengan trakter! Nevin, biras teman tutup pintu gate sebelum naik trakter!
Nevin ni sepupu Mr T dan juga adik ipor dia. Sorang janda anak sorang, adik Mr T meninggal muda. Sejak tu Niven tak penah kawin dan duduk dgn mertua teman. Kuat koje dia nih!
Dari kampong ke ladang ataih bukit lebih kurang 25 minit naik trakter. Kena tempuh rumah-rumah jiran....
Melepasi salah satu kedai dlm kampong ni. Ada 2 buah kedai runcit jer.
Salah sebuah rumah jiran yg dekoratif....
Deme guna mesin utk buang kelopak hazelnut. Corong buang kulit dihala dijalan bagi rumah yg laman kecik. Nanti deme kumpui dan bakor kelopak ni.
Jalan ke bukit bengkang-bengkok. Ni dah naik ke ataih sikit, nampak Kampong Deredebi kat bawah....
Yang keliling kampong ni semua pokok hazelnut orang kampong! Pokok yg tinggi-tinggi pokok buah-buahan spt epal, pear, plum, berangan dan lain-lainlah!
Terbantut halfway. Ada eksiden. Sebuah lori terjelepuk tepi lereng, mujur bukan lereng belah kiri, belah kiri curam kebawah weehhh!!! Sib baik ada excavator Mr T (mesin penyodok tu) untuk tarik dia keluar!
Lepas 20 minit, berjaya kuarkan lori tu, kami sambung perjalanan. Pagi cerah dan nyaman. Jumpa salah sorang jiran kampong kat farmhouse dia, sembang-sembang kejap pot-pet, pot-pet!
Selain ladang hazelnut, sepanjang jalan penuh pokok-pokok buah termasuk pokok buah berangan. Tapi ni pokok epal yg sedang masak ranum!
Gambor ni tahun 2012 (summer). Sedang rancang metik hazelnut, masa ni cuti sekolah, orang kampong bawak anak-anak koje sama! Kira 6 km dari kampong nak sampai ladang kami ni...
Dah sampaiiiii.... dari jauh teman nampak mak mertua dah duduk ataih kacang, pilih dan buang batu! Lazimnya kami tido di Farmhouse tp malam sebelumnya Niven ajak turun kampong sebab nak jenguk lembu-lembu kesayangan.
Kekadang sedara mertua datang tengok kami. Deme pun ada ladang sendiri tapi sesaja nak ziarah. Bawak bebudak yg selalu buat kecoh main sana-sini! Bebudak ni cukup suka teman cakap Melayu, sbb deme tak faham!
Ok, koje, koje.... Selepas dimesin, kacang dijemur 3-4 ari supaya boleh simpan dan tak berkulat. Tahan 2 tahun taw. Pondok belakang tu tempat tinggal dulu-dulu sebelum Mr T bina Farmhouse.
Diakhiri dgn makanan! Ni ler kebab ori, daging lembu kot, teman lupa. Side dish semua free taw!