Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label plum. Show all posts
Showing posts with label plum. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Moh Nyongket Dari Kampong Deredebi ke Ladang Hazelnut, Turki!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, pe kabor mengkome? Maaf lama tak update. Teman masih berkabung.Entry kali ni nak ngajak kome menyongket kampong - dari Kg Deredebi ke ladang kami di ataih bukit, dengan trakter! Nevin, biras teman tutup pintu gate sebelum naik trakter!
Nevin ni sepupu Mr T dan juga adik ipor dia. Sorang janda anak sorang, adik Mr T meninggal muda. Sejak tu Niven tak penah kawin dan duduk dgn mertua teman. Kuat koje dia nih!
Dari kampong ke ladang ataih bukit lebih kurang 25 minit naik trakter. Kena tempuh rumah-rumah jiran....
Melepasi salah satu kedai dlm kampong ni. Ada 2 buah kedai runcit jer.
Salah sebuah rumah jiran yg dekoratif....
Deme guna mesin utk buang kelopak hazelnut. Corong buang kulit dihala dijalan bagi rumah yg laman kecik. Nanti deme kumpui dan bakor kelopak ni.
Jalan ke bukit bengkang-bengkok. Ni dah naik ke ataih sikit, nampak Kampong Deredebi kat bawah....
Yang keliling kampong ni semua pokok hazelnut orang kampong! Pokok yg tinggi-tinggi pokok buah-buahan spt epal, pear, plum, berangan dan lain-lainlah!
Terbantut halfway. Ada eksiden. Sebuah lori terjelepuk tepi lereng, mujur bukan lereng belah kiri, belah kiri curam kebawah weehhh!!! Sib baik ada excavator Mr T (mesin penyodok tu) untuk tarik dia keluar!
Lepas 20 minit, berjaya kuarkan lori tu, kami sambung perjalanan. Pagi cerah dan nyaman. Jumpa salah sorang jiran kampong kat farmhouse dia, sembang-sembang kejap pot-pet, pot-pet!
Selain ladang hazelnut, sepanjang jalan penuh pokok-pokok buah termasuk pokok buah berangan. Tapi ni pokok epal yg sedang masak ranum!
Gambor ni tahun 2012 (summer). Sedang rancang metik hazelnut, masa ni cuti sekolah, orang kampong bawak anak-anak koje sama! Kira 6 km dari kampong nak sampai ladang kami ni...
Dah sampaiiiii.... dari jauh teman nampak mak mertua dah duduk ataih kacang, pilih dan buang batu! Lazimnya kami tido di Farmhouse tp malam sebelumnya Niven ajak turun kampong sebab nak jenguk lembu-lembu kesayangan.
Kekadang sedara mertua datang tengok kami. Deme pun ada ladang sendiri tapi sesaja nak ziarah. Bawak bebudak yg selalu buat kecoh main sana-sini! Bebudak ni cukup suka teman cakap Melayu, sbb deme tak faham!
Ok, koje, koje.... Selepas dimesin, kacang dijemur 3-4 ari supaya boleh simpan dan tak berkulat. Tahan 2 tahun taw. Pondok belakang tu tempat tinggal dulu-dulu sebelum Mr T bina Farmhouse.
Diakhiri dgn makanan! Ni ler kebab ori, daging lembu kot, teman lupa. Side dish semua free taw!

Thursday, October 18, 2012

MERANGKAK-REWAK DALAM HUTAN DAN ANAK GADIS TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, InsyaAllah esok teman balik beraya Haji ke Kg Deredebi. Nak beli tiket utk Ahad atau Senin, dah tak mandang! Deme ni raya Qurban sakan, seminggu lagi tiket balik kampong dah abis! Teman dapat utk esok kul 7 malam sampai Akcakoca! Ehh sapa awek cun ni?!
Sambung kisah teman di ladang ler yek. Selain beribu-ribu pokok kacang hazel, pokok buah cam epal, pear, tin, anggur, plum pun ada yg tumbuh merata. Liar ni kome.
Pokok anggur dok menyalor merata pokok lain. Nak dapatkan dia kena panjat pokok lain yg dia dok melepak tuh! Numpang jer koje pokok anggur ni, mujur bukan parasit! "So what kalau kume parasit?" Takde ler apa...nyembang jer!
Hah ni ropa kacang hazel yg gertak ataih tanah. Lepas dipetik deme ni dibiorkan ataih tanah, sat gi dlm 3-4 ari lepas pekerja pusing-pusing, ngutip ler pulak. Masa teman sampa, pekerja Kurdish dah ronda jauh, teman ngutip ler yg dedekat Farmhouse kami.
Tapi sebelum gi Farmhouse ataih bukit, teman dah nolong kaco-kaco kacang yg dijemur di laman mertua. Hari kedua baru teman join mertua dan biras teman si Nevin, yg dah berkampong dekat sebulan kat Farmhouse ataih bukit.
Kat laman Farmhouse, dah membukit kacang yg berkelopak berlonggok tunggu dimesin. Yg dalam guni putih tu belum dikuarkan lepas dikutip. Bior berjemur dulu 2-3 hari baru mesin.
Longgokan guni kacang yg dipetik tapi masih belum mesin. Pondok kecik tu dulu tempat kuarga Mr T tingge sepanjang musim petik hazel, 5-6 tahun lepas. Farmhouse sekarang jadi rumah baru, pondok ni ada 3 beranak pekerja Kurdish tingge.
Kahvalti pagi Ahad masa teman sampa. Ada kentang rebus, baru dikorek tu. Zuleyha, bini Tahsin, buat rebus dan bakor, ditopup dgn keju. Hmmm daaappp...!
Yusuf baru jer bangun tido. Main dgn kayu utk jolok-jolok kayu api. Bebudak suka nar main dgn kayu!
Di penghujung musim hazelnut, pekerja Kurdish balik negeri deme di Urfa (negeri Nabi Allah Ibrahim AS), kami ngutip walnut pulak. Walnut ni mahei, kat Malaya mau RM60 sekilo! Teman merangkak-rewak nak kutip tepi dan lereng bukit deme nih. Patutlah mahei!
Ni bukan nak tayang jadi model, tapi nak tunjuk amende yg antara kome dok pesan kat teman suruh beli. Ni pardesu atau kot labuh jenama Armine yg dipesan oleh Yong Ruby, nun kat negeri Arab. Harap dia berkenan kaler dan pesen yg teman pilih nih. Gambor paling ataih tu, sales assistant gedung Armine, kat Olimpa Mall, tak jauh dari apartment teman di Istanbul! Malulah pulak dia bila teman snap gambor dia. Ada memana Yob berkenan dgn anak dara Turki ni? Email teman yek!