Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label kampong Turki. Show all posts
Showing posts with label kampong Turki. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

JOM TENGOK KOJE KAMPONG TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pe kabor? Dalam tiap trip teman balik Turki, dalam 3 bulan tu, teman balik Kg Deredebi 2 atau 3 kali. Tiap kali tu mungkin lepak 3-5 hari gitu. Kekadang lebih dari seminggu. Penah duduk kampong ni sebulan masa Mr T koje luar Turki. Trip lepas teman landing di Istanbul dalam musim dingin, awal musim bunga baru balik Malaya. Gambor atas ni Amca atau Pak sedara Mr T dan yg bawak traktor tu biras dia si Nevin.

Trip balik kampong pertama di Laut Hitam ni pd bulan Disember. Bawak si Timah dari Kole Kugho tu. Pokok banyak yg tido, jadi botak tak berdaun. Salji round pertama dah lepas, ada sesikit belah tanah tinggi. Ni pokok tin depan rumoh Mak Mertua teman.
Dengan Timah kami duduk 2 malam, pastu balik Istanbul. Kemudian trip kedua teman datang sorang naik bas turun di bandar Akcakoca. Pastu ikut si Ilker ni masuk kampong. Ilker ni anak sedara Mr T. Anak-anak dia Mursel dan Omer.
Mertua teman dan Nevin ada bela 4-5 ekor lembu utk susu, yoghurt dan keju. Deme peroh susu tiap pagi dan petang. Teman selalu gak ikut nengok Nevin peroh susu, nengok jer ler. Nolong tak panda! Takut pegang lembu bebenornya! Yang belakang tu bangsal deme ler!
Musim dingin koje luor rumoh kurang. Kira relax ler sikit. Tapi koje dalam rumoh tak kurang. Sekali-sekala deme buat roti kampong, bakor dalam soba (oven tradisional) guna kayu api pokok hazelnut. Sekali bancuh, deme buat utk 2 loyang roti, satu besor, satu kecik.
Tak kira musim apa, lembu kena peroh, kena bagi makan, kena bawok gi padang. Tapi ni bukan lembu Nevin. Ntah lembu sapa masuk ladang hazelnut jiran!
Ahhh udah pun siap koy ekmek (roti kampong). Bila baru kuar dari oven, deme suka makan sepotong dua jap-jap tu sebab fresh dan panas.
Di musim dingin koje hazelnut tak mandang, tapi koje di kebun sayur tetap ada. Nevin kekadang tabur najis lembu buat baja. Adakalanya dia petik daun sirgan atau dalam Bahasa Jawanya thistle. Gatei kome kalau kena kulit!
Herba ni tak boleh makan mentah. Masa kutip tu kena pakai gloves taw. Bila dilambakkan ataih saprah tu, Nevin kutip buang kayu atau rumput-rampai tak guna.
Khasiat sirgan ni dia boleh mencegah kanser. Tapi dia tumbuh dalam musim bunga dan panas jer. Lazimnya deme buat masak macam ni, rebus sampai lembik dan likat sampai keluar lendir. Tabur sikit tepung jagung kasor. Rope dia dah rope muntoh kucin, rasa pun tak sedap mana. Kome kena makan 2-3 tahun baru tau nak appreciate!
Ni kahvalti atau sarapan di rumoh sedara mertua. Deme tau kami nak datang, deme masak roti bun berinti keju kampong, ada kentang goreng, keju putih yg digrill (yummy) selain side-dish yg biasa seperti buah zaitun, sirap buah dan madu. Begitu ler kisahnya buat kali ini!
Errr teman dah lama tak bagi hediyeh ehh. Dalam trip lepas teman beli berkilo batu permata semi-precious buat tasbih dan aksesori. Hok ni teman buat tasbih guna glass pearl dengan kepala batu Agate. 2 orang pengomen pertama akan dapat sorang seutas yaa! Cepat komen! 

Thursday, October 18, 2012

MERANGKAK-REWAK DALAM HUTAN DAN ANAK GADIS TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, InsyaAllah esok teman balik beraya Haji ke Kg Deredebi. Nak beli tiket utk Ahad atau Senin, dah tak mandang! Deme ni raya Qurban sakan, seminggu lagi tiket balik kampong dah abis! Teman dapat utk esok kul 7 malam sampai Akcakoca! Ehh sapa awek cun ni?!
Sambung kisah teman di ladang ler yek. Selain beribu-ribu pokok kacang hazel, pokok buah cam epal, pear, tin, anggur, plum pun ada yg tumbuh merata. Liar ni kome.
Pokok anggur dok menyalor merata pokok lain. Nak dapatkan dia kena panjat pokok lain yg dia dok melepak tuh! Numpang jer koje pokok anggur ni, mujur bukan parasit! "So what kalau kume parasit?" Takde ler apa...nyembang jer!
Hah ni ropa kacang hazel yg gertak ataih tanah. Lepas dipetik deme ni dibiorkan ataih tanah, sat gi dlm 3-4 ari lepas pekerja pusing-pusing, ngutip ler pulak. Masa teman sampa, pekerja Kurdish dah ronda jauh, teman ngutip ler yg dedekat Farmhouse kami.
Tapi sebelum gi Farmhouse ataih bukit, teman dah nolong kaco-kaco kacang yg dijemur di laman mertua. Hari kedua baru teman join mertua dan biras teman si Nevin, yg dah berkampong dekat sebulan kat Farmhouse ataih bukit.
Kat laman Farmhouse, dah membukit kacang yg berkelopak berlonggok tunggu dimesin. Yg dalam guni putih tu belum dikuarkan lepas dikutip. Bior berjemur dulu 2-3 hari baru mesin.
Longgokan guni kacang yg dipetik tapi masih belum mesin. Pondok kecik tu dulu tempat kuarga Mr T tingge sepanjang musim petik hazel, 5-6 tahun lepas. Farmhouse sekarang jadi rumah baru, pondok ni ada 3 beranak pekerja Kurdish tingge.
Kahvalti pagi Ahad masa teman sampa. Ada kentang rebus, baru dikorek tu. Zuleyha, bini Tahsin, buat rebus dan bakor, ditopup dgn keju. Hmmm daaappp...!
Yusuf baru jer bangun tido. Main dgn kayu utk jolok-jolok kayu api. Bebudak suka nar main dgn kayu!
Di penghujung musim hazelnut, pekerja Kurdish balik negeri deme di Urfa (negeri Nabi Allah Ibrahim AS), kami ngutip walnut pulak. Walnut ni mahei, kat Malaya mau RM60 sekilo! Teman merangkak-rewak nak kutip tepi dan lereng bukit deme nih. Patutlah mahei!
Ni bukan nak tayang jadi model, tapi nak tunjuk amende yg antara kome dok pesan kat teman suruh beli. Ni pardesu atau kot labuh jenama Armine yg dipesan oleh Yong Ruby, nun kat negeri Arab. Harap dia berkenan kaler dan pesen yg teman pilih nih. Gambor paling ataih tu, sales assistant gedung Armine, kat Olimpa Mall, tak jauh dari apartment teman di Istanbul! Malulah pulak dia bila teman snap gambor dia. Ada memana Yob berkenan dgn anak dara Turki ni? Email teman yek!

Wednesday, October 3, 2012

MEH BERTAPA KAT LADANG HAZELNUT, LAUT HITAM, TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, masih kat rumah anak tiri di Akcakoca, Laut Hitam. Ni masa memola sampai Kg Deredebi, rumoh Mr T kat kampong laman dia. Teman disambut cucu-cucu dia. Ni si Bahrican dgn gagah hangkut barang Opah Tiri dia ke bilik tamu. Macho abis!
Kat dapur deme guro-guro. Si Mursel yg dok kampong sama mok dia, pun datang nak tengok Helime Baba Anne.  Masa ni Mertua teman dan Nevin dah dok Farmhouse ataih bukit. Emok Mursel tolong jaga rumoh dan peroh susu lembu Nevin.
Wehhh deme gumbira posing utk Opah dari Malaya. Badan memasing gelap terutama si Bahrican sebab berjemur main sakan! Sekolah baru bukak seminggu tapi tiap ujung minggu deme balik Kg Deredebi sbb koje kampong banyak kena buat. Nanti teman citer...
Bahrican jalan ataih hazelnut Mertua. Ada cara jalan, kalau tak kome boleh jatuh berdebuk!
Yang ni jemuran kat laman rumoh Mr T, hazelnut Kak Emine. Masa ni Kak Emine tolong Mertua kat bukit. Ni adalah lebih korang 12-15 guni taw!
Dua ari kendian, teman naik ladang kat bukit dan bertapa 2 minggu jadi pekerja asing ngutip kacang! Citer selanjutnya esok-esok ler. Teman main tibai jer entry ni. Esok InsyaAllah balik Istanbul. Tak sempat nak blogwalk lagi, harap mahap yaa.
Btw, ni skaf yg telah diorder. Teman pilih yang ni utk Yong Mulan. Kalau tak berkenan boleh kensel, Yong.
Yang ni teman book utk Yong Ruby kat Dubai, kalau tak kenan kabor yek. Ada selai dua lagi Yong nak kan?
Untuk orang lain nanti teman canangkan. Ni Laut Hitam tak jauh dari apartment anak tiri teman. Lepak jap ehhh!

Monday, October 1, 2012

TENGGELAM DI LAUTAN HAZELNUT, BLACK SEA, TURKI!

Assalamualaikum Mengkome, semoga semua sihat sejahtera. Teman baru turun dari ladang bukit, 2 minggu lebih koje ngutip hazelnut. Penat satu badan yaa amat! Kome sihat? Mintak mahap lagi kat ladang tenet slow bebenor, tak boleh online. Ni dah ke bandor Akcakoca, dok lepak rumoh anak tiri jap. Gambor ataih si Osman, lembu Nevin sedang mentekedarah epal utan. Say "Hi!" pada Osman. 

 
Apalah deme tukor template baru, nak tulih pun susoh. Selain hazelnut, ada banyak pokok-pokok kestane (buah berangan) dan ceviz (walnut) kat ladang. Deme masa memula bukak utan, pokok yg berbuah dan ada hasil deme tak tebang. Jadi lepas atau masa musim metik hazelnut, buah berangan (chestnut) dan walnut pun kami kutip. Alhamdulillah, pueh makan! Mahal deme ni kat Malaya!
Yong Perok dok rehat jap. Teman tak ikut pekerja Kurdish kami gi memetik dan mengutip sebab deme gi turun naik bukit, penat dan bahaya, teman tak mandang kasut koje yg sesuai. Jadi teman koje ngutip yg dedekat Farmhouse. Bila penat teman berhenti, guro-guro dengan si Seman yg ditambat dekat situ jer.
Ni Farmhouse kuarga Mr T, ada 2 bilik tido, dapor cum salon dan 2 bilik ayor. Rumoh ni dibina 5-6 tahun lepas, kuarga Mr T memola buat rumoh real, sebelumnya deme semua ada pondok jer. Sekarang deme koje dan duduk sebulan lebih tak payah berulang turun-naik ke kampong (6 km). Ni jemuran yg ntah berapa round, ada satu tan lebih nih! Kena jemur 3-4 ari.
Dah cukup kerin, sumbat dalam guni jut - berat 80-90 kilo, termasuk si Ucup (Yusuf) mau jadi 100 kilo!

Monday, May 14, 2012

LAYAN GAMBOR KG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI!

Jalan bukit nak masuk Kg Deredebi, kampong Mr T.


Assalamualaikkum dan Salam Ceria,

Sibuk ni, sibuk ni. Tak buleh nak labun panjang...banyak hei!
Layan jer gambor yek.


Sunga Deredebi.



Gambor dr fesbuk Mamat ni.
Teman tak kenei tapi dia minta add, teman approve. Sedara-mara Mr T. Kat fesbuk teman guna gambor Mr T kat profil, tu pasa!



Romah salah sorang jiran dan juga friend fesbuk teman.
Kat Kg Deredebi jugak.



Kalau sampa sini dah dekat nak sampa Kg Deredebi...


Pemuda-pemuda Turki dari Duzce, Laut Hitam.

Salah sorang ni pun kawan fesbuk teman tp teman tak kenei.
Sedara Mr T jugak.
Deme berpoya-poya masa bercuti di Istanbul.
(Ehemm...ada sesapa berkenan? Jangan malu email kat teman yek).


Ok, teman sibuk pasa pa?
Nak siapkan tercumah (terjemah) artikel sorang kawan ni, nak antor ke jurnal antarabangsa.
Haissyy fenin nak terjemah hei-hei agama ke dalam BI - banyak istilah dalam bahasa Arab.
Tapi yg baguihnya teman dpt ilmu sambe menterjermah tuh...

Tajuk artikel: "PENGAMBILAN TANAH WAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM TERENGGANU OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI: ISU DAN CABARAN".



Kalut nyiapkan ordar kawan - nak rante, nak gelang, nak broooch. Haisyyy teman buat main-main pun dia nak ordar!

Dan minggu ni anak jiran minta tusyen: Cikguuuu, bila nak tusyen?!
Cikgu Helime: Ok, malam sok buleh start!



Weekend
baru ni dapat kunjungan dari rakan blogger dan suami.
Bawok kepuk tu. Kepuk banyak ikang dari Pasar Payang, Ganu!
Suke ati temang, gemor bebenor kepuk banyak ikang nih!


Baju raya temang!

Puan Ummi Rosma kita ni dari blog Salam Borneo sudi hediyehkan teman 3 helai batik Sarawak! Cantik-cantik bangat! Awat banyak sangat kasi Yong.
Yong Rosma ni tokey kain batik Sarawak. Kalau kome nak ordar batik Sarawak, ziarah blog dia yaa.



Yong Rosma yang sentiasa ceria, gelak dan senyum sokmo!



Tangkap gambor, tangkap, sebelum cekelet sudu tu cayor!



Tapas sardin dan beyaz peynir (keju putih) antara hidangan utk Yong Ros dan suami, Encik Sahar.
Dari Bangi deme mai...


...dan 'piza' sucuk dari Istanbul. Tima kasih sudi lepak di romah teman yg kecik molek tu Yong Ummi Ros.
Jangan serik datang lagi naa...
Tessekkur erderim!

P.S Yong Ummi Ros ada ajor teman buat link blog ke blog, tima kasih bebanyak.
Tak tau jadi ke idok!