Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label musim dingin. Show all posts
Showing posts with label musim dingin. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

JOM TENGOK KOJE KAMPONG TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pe kabor? Dalam tiap trip teman balik Turki, dalam 3 bulan tu, teman balik Kg Deredebi 2 atau 3 kali. Tiap kali tu mungkin lepak 3-5 hari gitu. Kekadang lebih dari seminggu. Penah duduk kampong ni sebulan masa Mr T koje luar Turki. Trip lepas teman landing di Istanbul dalam musim dingin, awal musim bunga baru balik Malaya. Gambor atas ni Amca atau Pak sedara Mr T dan yg bawak traktor tu biras dia si Nevin.

Trip balik kampong pertama di Laut Hitam ni pd bulan Disember. Bawak si Timah dari Kole Kugho tu. Pokok banyak yg tido, jadi botak tak berdaun. Salji round pertama dah lepas, ada sesikit belah tanah tinggi. Ni pokok tin depan rumoh Mak Mertua teman.
Dengan Timah kami duduk 2 malam, pastu balik Istanbul. Kemudian trip kedua teman datang sorang naik bas turun di bandar Akcakoca. Pastu ikut si Ilker ni masuk kampong. Ilker ni anak sedara Mr T. Anak-anak dia Mursel dan Omer.
Mertua teman dan Nevin ada bela 4-5 ekor lembu utk susu, yoghurt dan keju. Deme peroh susu tiap pagi dan petang. Teman selalu gak ikut nengok Nevin peroh susu, nengok jer ler. Nolong tak panda! Takut pegang lembu bebenornya! Yang belakang tu bangsal deme ler!
Musim dingin koje luor rumoh kurang. Kira relax ler sikit. Tapi koje dalam rumoh tak kurang. Sekali-sekala deme buat roti kampong, bakor dalam soba (oven tradisional) guna kayu api pokok hazelnut. Sekali bancuh, deme buat utk 2 loyang roti, satu besor, satu kecik.
Tak kira musim apa, lembu kena peroh, kena bagi makan, kena bawok gi padang. Tapi ni bukan lembu Nevin. Ntah lembu sapa masuk ladang hazelnut jiran!
Ahhh udah pun siap koy ekmek (roti kampong). Bila baru kuar dari oven, deme suka makan sepotong dua jap-jap tu sebab fresh dan panas.
Di musim dingin koje hazelnut tak mandang, tapi koje di kebun sayur tetap ada. Nevin kekadang tabur najis lembu buat baja. Adakalanya dia petik daun sirgan atau dalam Bahasa Jawanya thistle. Gatei kome kalau kena kulit!
Herba ni tak boleh makan mentah. Masa kutip tu kena pakai gloves taw. Bila dilambakkan ataih saprah tu, Nevin kutip buang kayu atau rumput-rampai tak guna.
Khasiat sirgan ni dia boleh mencegah kanser. Tapi dia tumbuh dalam musim bunga dan panas jer. Lazimnya deme buat masak macam ni, rebus sampai lembik dan likat sampai keluar lendir. Tabur sikit tepung jagung kasor. Rope dia dah rope muntoh kucin, rasa pun tak sedap mana. Kome kena makan 2-3 tahun baru tau nak appreciate!
Ni kahvalti atau sarapan di rumoh sedara mertua. Deme tau kami nak datang, deme masak roti bun berinti keju kampong, ada kentang goreng, keju putih yg digrill (yummy) selain side-dish yg biasa seperti buah zaitun, sirap buah dan madu. Begitu ler kisahnya buat kali ini!
Errr teman dah lama tak bagi hediyeh ehh. Dalam trip lepas teman beli berkilo batu permata semi-precious buat tasbih dan aksesori. Hok ni teman buat tasbih guna glass pearl dengan kepala batu Agate. 2 orang pengomen pertama akan dapat sorang seutas yaa! Cepat komen! 

Friday, September 16, 2011

Neo-Uthmaniah Muncul Dah...Moh Nyongket Kg Deredebi Part IV

Pekedai-pekedai di Tunis sonok yaa amat bersalam dengan Erdogan


Assalamualaikum dan Salam Santai,

Sonok ler kome bercuti ari ni yek?
Teman yg memang tiap ari cuti cuba menyeronokkan diri dengan gi jenjalan ke PKNS dan SACC sambil usyar buku kat MPH, Shah Alam.
Masa makan kat sebuah restoran tertengok siaran langsung perbarisan Hari Malaysia kat dataran. Takder yg baru dan menarik show deme ni, sama jer tiap tahun.
Cuma satu jer yg teman lagut tengok - komando-komando buat Haka.
Tu jer yg lain sikit.

Pasa PM Turki Erdogan ni, dlm siri lawatan ke tiga negara Arab yg baru 'merdeka', beliau menegaskan:
"Kome boleh memerintah secara sekular, tapi kome tak perlu jadi sekular!"
Err...camner tu Yob?
Beliau turut menegaskan 99% rakyat Turki adalah beragama Islam dan no hal punya untuk menggabungkan demokrasi dengan Islam.
Sejak dari lawatan pertama ke Mesir, Erdogan disambut bagai sorang 'Superstar', menurut laporan Times Life.
Kat Tunisia pun beliau disambut hebat. Kerana tu kot Sarkozy dan PM Britian potong stim dengan tergesa-gesa buat lawatan ngejut ke Tripoli. Deme pun disambut meriah oleh pemberontak Libya sebab terhutang budi kerana penglibatan aktif deme mengantor tentera NATO membelasah regim Gaddafi.
Pihak yg kini menerajui Libya sekarang berjanji akan bagi habuan yg besor pd syarikat-syarikat negara yg banyak menolong 'pemebrontakan' ni. Baik ada makna tu...

Erdogan pulak amik kesempatan bash Yahudi lagi. Beliau kata frigates dan bot peronda Turki akan meronda Laut Mediterranean dari gangguan Yahudi ke atas sebarang kapal-kapal bantuan Turki ke Gaza.
Amaran dari Erdogan ni dilihat oleh sesetengah pihak yg anti-Erdogan sebagai war-mongering.
"Neo-Ottomanism is emerging!" deme hingor!

Sumber dari TodaysZaman.Online dan Hurriyetdaily.com


Nyongket Kg Deredebi Part IV

Ginilah typical village di kaki bukit di wilayah Laut Hitam, Turki.
Nampak aman damai. Tapi sebenornya kalau dimusim bunga dan panah, agak gegak-gempita dengan deruan mesin rumput, traktor, lori dan satnika jentera Yong!



Masa anak lembu kecik memang cute. Jiran Mr T melayan ahli kuarga baru.



Ni ropa suasana musim luruh atau nak dekat musim dingin. Buat filem Drakula memang best!
Ok tak suasana camni buat filem seram, Yob Gedek (blog begins at forty)?



Dalam musim dingin Kg Derdebi mungkin kena satu atau dua round rebasan salji. Satu round buleh bertahan sampai dekat 10 ari. Lepas seminggu dua mungkin ada lagi salji turun untuk seminggu dan kampong akan memutih dekat 2 minggu.



Kat 'Coffee House' ni Mr T selalu lepak bila dia balik kampong.
Dia pangge 'Village Cafe'.
Lazimnya orang jantan kat sini berlabun sambe bertukor berita dan maklumat tentang hazelnut, dan kekadang politik. Duduklah deme kat situ sejam dua. Tak jauh beza cam sosial orang jantan kampong kat Tanah Melayu ni...betoi dak Yob?



Ropa ladang bukit keme yg diselaputi salji. Ni cam salji 2 hari punya penangan.



Selalunya pokok epal, pear, pokok berangan atau pokok buah tin yg ada dekat-dekat rumoh orang kampong, selain pokok hazelnut.



Pagi yg cantik sebab ada matahari. Sekejap jer tu, sat lagi salji merebas 24-36 jam lagi sampai salji menebal paras lutut!


Makaaaaaaannnnn!

Sesejuk sedap makan mee sup atau mee kari atau mee laksa. Ni mee laksa yang teman berjaya buat. Resepinya teman dapat melalui Youtube! Ada sambal on the side, cili potong dan kerang lagi tu!
Meh kome rasa semangkok...

Tuesday, July 19, 2011

Paneh Ekstrem Yaa Amat!

Terojun dalam Selat Bhosporus, Istanbul


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Menurut beberapa sumber berita dari seantero dunia, negara-negara di hemisfera utara mengalami cuaca yang paneh merening! Tempat mandi - kolam, sunga dan laut jadi tumpuan. Memana yang tak kuat dan agok berusia senang kena heat-stroke.

Deme ni bila musim dingin, suhu turun ekstrem rendah, bila musim paneh suhu pun naik ekstrem - sampa ada yang meningga!

Kununnya kat Turki ada tempat yang naik antara 35-40 Celcius!
Mak aih, tinggi tu. Kalau 40 C kat malaysia dah garing baju yang berjemur. Tapi paneh deme lain dari paneh kat Malaysia. Kelembaban deme tak tinggi cam kat Malaysia. Kat sana kalau tengah paneh, memang paneh tapi tak bape berpeluh. Tu nama paneh kerin. Kalau kome dok bawoh pokok kira nyaman gak.

Haa kat Malaysia siap kome...merecor-recor peluh kuar kalau tak de kipeh! Deme jarang paka kipeh. Suhu tinggi deme ni pun kalau kena angin, sejuk sikit.

Baru jer teman berbaju tebei, berkot tebei 4-5 bulan lepas. Ni dah dengor deme melompat dalam ayor dik kerne paneh!



Ni bukan masa musim paneh. Tapi pagi cerah pada musim dingin bulan Mac tahun ni. Berhari-hari sebelum tu asyik gelap dan mendung dan berkabus. Bila ari ceroh teman pun bersantai di balkon rumoh kampong Mr T bermandi cahaya mentari.
Ater...badan dah beku berhari-hari sebelumnyer!



Satu petang selasa seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, salji mula melayang turun pukui 4 pm.
Teman sonok tengok salji pertama turun tahun ni. Selalu salji pertama turun bulan Disember atau Januari, tapi tahun lepas dan tahun ni lewat pulak. Bila dia start turun, dia tak henti-henti 3-4 ari.
Malam tu memang berselimut sakan. Kat dapur ni teman dan Kak Emine tidur, seperti selalunya.

Bangun pagi nampak laman dah memutih!




Hari kedua salji turun di Kg Deredebi. Salji masih turun tak henti lagi 3 ari. Ladang hazelnut dah tak nampak ijo, pokok pine dua batang tu pun dah seropa pokok Krismas.




Family dog
kami si Karabas bersalji.
Tak rasa sejuk pulak dia, heran. Manusia perlukan berlapih-lapih baju dan satnika stokin dan boot. Dia selambe jer kehulu-kehilir berkawal di luor rumah.
Sabor jer...



Mak mertua teman kuar nak check laluan. Hari pertama dan kedua, laluan kampong akan terputus dengan dunia luor. Bebudok tak gi sekolah, bas tak buleh masuk.




Bila tak sekolah, apa lagi...main ler!
Ni hari ke 4 lepas salji turun. Masih turun tapi tak selebat 3 hari lepas. Anak sedara Mr T main perang-perang bebola salji.
Dalam 3-4 tahun lagi kawin ler dia nih!



Lazimnya jentolak majlis perbandaran datang clear jalan sehari dua lepas salji turun. Baru ler keta/traktor kampong buleh bergerak.




Yang ni jalan di depan rumoh Mr T. Ni sebelum jentolak datang clear jalan.



Abih bab cuaca ekstrem. Meh tengok Yob ni buat...buat...sebenornya teman lupa nama menu ni.
Daging cincang ditumis dan diletak ataih lempen.

Tumis daging tu dengan minyak...sheeeshoooh, sheeeshoooh!



Dah elok masak, boh ataih lempen tu.



Hias pulak dengan tomato cincang....



Tabur sikit lada serbuk ke, lada itam ke....



Now you see, now you don't!

Pastu digulung.
Dik laju Yob ni gulung dan bungkuih, teman tak sempat nak amik gambor yang dah siap. Tau-tau dah dibagi kat pelanggan yang dok tunggu...haisyyy!
Tapi rasa mesti sedap ler.




Friday, May 6, 2011

Rumoh Osama Jadi Tumpuan...Nyongket ke Duzce.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Nilah ropa rumoh arwah Osama bin Laden semasa beliau diassasinate oleh kumpulan komando SEAL Amerika baru-baru ni. Makin rama pelawat datang ngintai rumoh ni termasuk wartawan asing. Khabar angin mengatakan rumoh ni mungkin akan diletupkan kerana bimbang akan dijadikan 'makam' atau 'tarikan pelancong'.
Kalau kat Malaysia, rumoh Osama ni sure jadi tempat orang menurun nombor ekor, dan kemungkinan jadi tempat Uncle Seeker buru 'para-normal' dia.
Apa-apalah Uncle!
Namun ni belum ada kepastian sama ada rumoh ini akan dimusnahkan. Yang pasti, bandar ni dah jadi femes!



Entry ni sambungan entry 22hb Januari 2011 tau.

Peta Turki menunjukkan kedudukan wilayah Duzce dan bandar Duzce. Jarak dengan Istanbul lebih kurang 3 jam drive. Sinilah terletaknya bandar Akcakoca Dari Akcakoca ke Duzce lebih korang 25 minit. Imej teman pow dari Google.



Ni bangunan Majlis Perbandaran Duzce.
Nampak baru sangat binaannya. Duzce merupakan wilayah di Laut Hitam dan antara bandar dia termasuk bandar Duzce dan Akcakoca. Bandar Duzce ni kira 'ibu negeri' wilayah Duzce. Jumlah penduduk bandar Duzce saja lebih 340,000 orang sekarang.



Kalau gambor ni gelap, memang pun masa dirakam suasana gelap dan sejuk. Teman dan adik ipor Mr T, si Nevin ni, merungut, "Soguk...soguk!" (Sejuk, sejuk!).
Kami bertolak dari bandar Akcakoca pepagi tadi. Bila sampai ke bandar Duzce, cuaca nampak gelap dan suhu lebih rendah dari Akcakoca, 3-4 Celsius gitu. Teman rasa cam tak cukup lapis baju yg teman paka!



Wilayah Duzce dulu (sebelum 1999) berada dalam wilayah Bolu. Selepas gempa bumi yg agak dahsyat tahun tu, ia kuar dr Bolu dan menubuhkan wilayah ia sendiri.
Di Turki, Duzce dikenali sebagai United nations of Turkey kerana kepelbagaian kaum di dalamnya termasuk bangsa Turk, Circassian, Abkhazian, Chevneburi, Laz, Roma (Gipsi) dan imigran dari negara-negara Balkan, dan akhir-akhir ni kaum Kurdish dan Zazas.

Zaman dedulu ni wilayah jajahan orang Roman. Terdapat beberapa tinggalan bangsa Roman ni tapi teman tak tau kat ner.

Teman kata kat Nevin nak nyongket ke bandar Duzce (naik bas dari Akcakoca), tapi dia pulak nak temankan. Dia kabor mak dia teman nak nyongket, mak dia nasihatkan jangan biorkan teman jalan sensorang. Gitu ler deme jaga kita, riso deme bila dengor kita nak jalan sorang-sorang!



Shoppers
dari kalangan penduduk Duzce. Saiz bandar Duzce ni buleh teman samakan dengan bandar Kelang kot, gitu ler. Tapi di pinggir bandar lagi cantik sebab Duzce dikelilingi dengan utan, ladang hazelnut, kampong-kampong yg cantik, pokok buah-buahan, sungai dll.



Ada gedung beli-belah baru seperti LC Waikiki dan gedung local. Teman suka gedung local yg jual barangan dan hasil tempatan.



Bila ujung minggu, rama remaja ukur bandar. Deme suka lepak kat taman dan pusat beli-belah. Bila teman hala handphone ke arah deme, tergamam deme dan cuba elak.



Tujuan utama teman ialah cari baju sejuk. Dahlah masa tu teman dah terketor-ketor sejuk, memang kena cari baju sejuk, walaupun teman dah paka kot yg tebal. Bahagian dalam teman paka cardigan jer.

Dari gedung ni teman beli 3 baju bulu - yg kelabu ni berharga RM11 jer. Teman beli selai utk menantu Nevin, Pinar. Baju sejuk sini semua buatan kilang, jadi muroh ler.



Teman rembat selai utk teman - werne putih dan ungu - sebab teman dah sejuk benor masa tu. Rega dia lebih korang RM25.



Lagi selai untuk teman, rega RM11. Actually teman rembat 3 lai, lagi dua lai bagi kat adik ipor dan anak sedara kat Perok. Ntah ke mana ler deme nak bergaye dgn sarung ni. Teman kata sarung sebab pakai sarung jer dan ia tak tebal pun, ada lubang-lubang pulak, buleh paka diluar baju blaus ke gitu...



Baju sejuk teman dari Duzce. Sekarang dok kat dalam lemari baju di Istanbul. Wat pe teman nak hangkut balik ke Shah Alam?
InsyaAllah buleh dipaka lagi next winter season...



Dah beli baju sejuk, kami nyongket usyar bazaar pulak. Walaupun dah masuk musim dingin, buah-buahan banyak kat kedai buah, tak tau mai dari mana. Tapi kebanyakannya yg ditanam komersial. Kalau nak cari buah kampong, kena pegi pasar tani.



Turki femes dgn tudung. Haa antara contoh skaf Turki. Tiap tahun akan kuar design dan pattern baru. Yang kain kapas berbunga-bunga rega antara RM4-6 selai, kaum pompuan akan beli dan kait renda kat tepi dia. Yang jenis kain licin pun ada, harga antara RM10-RM15 selai. Kalau nak yg mahal kain dari jenis sutera dan lazimnya dijual di gedung atau kedai yg lebih 'upmarket'. Harga skaf sutera antara RM60-RM200 selai, ikut design dan jenama.



Ni sebagian dari peralatan untuk hantaran bertunang dan kawin. Dalam pertunangan org Turki, deme idok ler antor banyak hantaran berbentuk hadiah sebab deme bagi barangan kemas pada pengantin pompuan.



Kedai menjual pakaian masa berinai. Ni kira pakaian tradisional. Ni untuk sewa jer, sapa nak simpan baju ni lepas majlis berinai kan?



Lepas pusing 2 jam, teman jadi lapor. Biasa ler cam kat Malaysia teman mesti cari makan pas ronda 1 jam. Nevin keberatan nak makan atau masuk restoran. Dia tak penah makan kat restoran weh!

Teman pujuk gak dan kata teman lapor. Dia kata makan kat rumoh adik dia masa balik nanti. Teman kata nak makan sikit gak.

Teman order sorang sekeping lamahcun dan cay panas. Sesejuk sedap makan dan minum dgn cay panas.



Nilah lamahcun dan cay. Lamahcun ni pizza kulit nipis. Rangup dan sedap dimakan masa panas. Cukuplah untuk alas perut sebelum gi rumoh adik Nevin untuk makan tengah hari. Untuk kisah ziarah teman dan makan tengah hari di rumoh adik Nevin, gi ke entry bulan Januari 22 hb Januari 2011 ya.



Ni lagi satu contoh lamahcun tapi saiz regular. Ni teman order kat sebuah restoren di Eregli. Makan sorang tak abis, jadi teman bungkuih dan bagi kat kucing dan burung camar kat esplanade. Patut ler kucing kat bandar Eregli gebu-gebu jer.
Meh makan lamahcun
kome!

P.S Cikgu Humairi dan Yong Dangarumbia, meh nama dan alamat penuh, nanti nak antor herba oregano.