Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label musim panas Turki. Show all posts
Showing posts with label musim panas Turki. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

SATU PAGI DI KAMPONG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI!

Rumoh kampong Mr T


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Pada ari terakhir teman di Kg Deredebi, Laut Hitam (April 2012), teman dah siap sedia seawal 8 pagi dgn satnika bekalan yg mak mertua, Nevin dan Kak Emine bagi, utk bawok balik Istanbul dan Malaya.



Rumoh bungalow lembus Kak Emine.
Condo-condo lembu deme tak main der.


Laman rumoh mertua dan masjid kampong.

Masa ni awal musim bunga jadi pokok belum bersedia nak kuarkan pucuk.
Segannn!


Sisi rumoh mertua.

Belah ujung tu barn - tempat lembus tido dan kat tingkat atas tempat simpan hay, jagung etc. Dulu teman ingat nak buat rumoh kat situ...haissyyyy, potong trip!


Bunga-bunga liar di ataih bukit tepi rumoh mertua.



"Miker bungkuih apa tu, Abla?" teman tanya Kak Emine.
"Yang ni untuk miker (keju putih dan butter), yang ni untuk Alper (anak bongsu dia,(anak tiri teman ler), di Akcakoca)," jawab dia.
Sayang tu Kak Emine dengan madu Malaya dia.
Mana nak carik kome!
Salah satu bungkuih tu hazelnut, mau 5 kilo!
Mana nak bawok kome!
(Yoghurt pun hangkut 2-3 litre!)



Sementara tunggu bas turun, Kak Emine dan Nevin (ipor Mr T, sepupu Mr T jugak) nyembang pasa lembu dan hazelnut...gamoknyer ler!



Kendian Karabas pun nyelit.
"Miker nak ucap bai-bai ke? Ehhh tak yah sujud-sujud Karabas, dosalah!"
I love this dog!



Kendian Nevin lepaskan lembu dia. Masa tu sorang jiran datang mintak yoghurt sebekas kecik. Niven bagi satu tub besor, 1 litre!


Kak Emine pun kuarkan 2 ekor lembus dia, halow ngale ke Sunga Deredebi.



Mak Mertua teman pun udoh siap.
Dia nak ke spital Akcakoca amik ubat, petang nanti dia balik dgn bas yg sama.
Teman akan landing rumoh anak tiri, si Alper.
Plan nak tido 2-3 malam sebelum balik Istanbul.



Mertua bersandin dgn menantu dia si Nevin, yg jugak anak sedara sendiri. Deme ni rajin kawin sesama sepupu-sepapat, ikan puyu ikan sepat!


Geliyor!
(Maksudnya "Mai dah!")

Dalam kui 9, bas pun turun dari belah ataih kampong. Ada separuh penuh. Memasing semua nak ke Pekan Selasa di bandar Akcakoca. Ni jer satu-satunya bas yg masuk Kampong Deredebi, tiap hari selasa (kecuali bas sekolah).



Lepas dakap-dakap, cium-cium dgn Kak Emine dan Nevin, mertua dan teman naik.
Kak Emine tanya ngape tak tunggu sampa ujung minggu, kot Mr T balik kampong.
Teman kata, dia tak kabor apa pun.
(Sepatutnya teman tanya Mr T, tapi ingat dia sibuk teman idak suruh dia amik teman).
Perjalanan ke bandar Akcakoca lebih korang 20 minit.



Sampa ke bandar, mertua belah ke spital (dia jalan kaki lagi 2 km tu, bukan tak buleh naik bas bandaraya), teman ke apartment Alper. Dari apartment Alper, buleh nampak rumoh jiran kampong yg terbiar. Blok-blok kat belakang tu hostel dan hotel apartment ngadap Laut Hitam.



Belah kanan, ada rumoh kampong comey. Deme sedang nak mola bercucuk tanam sayur musim bunga dan musim panah!
Kisah teman ke pasar Selasa, udoh teman post beberapa entry dulu yek.



Telur separa goreng kat dapur Kak Emine masa satu sarapan...



...kahvalti di dapor mertua.
Ada 2 jenis keju a) yg crumbling(on top) dan b) keju putih (mozarella) di kanan.
Semua mertua yg buat.
Yang 3 biji tu jem buah tin, home-made jugak.
Sila, sila kome!

Wednesday, September 28, 2011

Dalam Sukan Tutup Aurat No No, Bogel Orait! - Moh Nyongket Laut Hitam Part II.

Iranian Women Soccer Team.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Meh tengok perkembanagn sukan seantero dunia yg melibatkan pasukan bolasepak wanita Republik Islam Iran. Faktanya teman banyak dah lupa, buleh share imej jer. Dalam satu kejohanan bolasepak antarabangsa anjuran FIFA, Iran antor satu team.
Eh apa punya ayat daa...


'Hot stuff'' kata Ustaz Orlando aka Johnny Depp!

Semangat tuh Yong-yong ni nak beraksi di padang.


Alaa nangislah pulak.

Mana taknya, pasukan Iran didisqualify kerana pakaian deme tak ikut standard piawaian FIFA.
Urrrrggghhhh!
Menurut peraturan pakaian dalam permaian, tak boleh ada sekop kepala, takut nanti terjerut dalam pergelutan!
Dengan kata lain, pasukan yg menutup sebahagian besor tubuh tak buleh beraksi kat padang dalam perlawanan anjuran FIFA fuuh-faahh!


Aweks tukang sorak Dallas Maverik yg gedik dan lentik

Haa yang cenggini ok, orait!
Nampak tetek, pusat, ketiak, cipa* dan segala lurah, bukit, cangkat parah, no problem. Lagi digalakkan sebab akan menaikkan syahwat para penonton terutama Yob-yob.
Tiket pun laris cam burger Ramly!



Camni pun best sebab tertungging-tungging buleh tunjuk spender cap ayam.
Berderau nafas Yob-yob nengoknya.
"Six...Love!"
Apa yg love pun teman tak tau, tak panda teman undang-undang tenis ni.



Tersedu-sedan team Iran ni penuh sedih dan ralat tak dapat main.
Ngapa umat Islam kena diskriminasi sokmo?
Nama jer kita ni rama dan banyak yg kaya, tapi asyik kena ikut telunjuk kafir lahanat.
Cer semua negara-negara Islam kuar dari FIFA atau organisasi Olimpik tu, apa jadi?

Sumber Hurriyetdaily.com


Moh Nyongket Pantai Akcakoca, Laut Hitam Part II

Selalu bila teman lalu kat tugu ni, idok pulak teman terpikior nak check baca tugu sapa ni. Tapi nengok pada ropa, cam salah sorang Sultan Uthmaniah. Lain kali teman akan baca.



Kalau kome perati, pasior pantai ni memang tak putih. Werne dia gelap. Pasior dia pun kasor-kasor. Ayor Laut Hitam ni dalam kome, orang mandi kat tepi-tepi jer.



Nelayan local sedang menangkap ikan, tentunya ikan hamsi.



Di musim panah, orang tempatan dan pelancong akan mengelewor sepanjang esplanade. Saja jer deme ke hulu ke hilior.
Ada yg duduk-duduk kat tebing, ada yg makan aiskrim, makan koci, beli cenderahati dll. Suasana cam ni berlarutan sampai dinihari.



Ada ketika di musim sejuk, pantai Akcakoca kena gak rebasan salji yg agak tebal. Memang tak kuar rumohlah deme!



Sebagai kesimpulan, makan adalah sedap!
Meatloaf Turki yg dibuat dari kacang dhal meroh.
Tengok jer ler yek kome.

Thursday, September 15, 2011

Miss Angola versus Miss Landmine...Moh Nyongket Kg Deredebi Part III!

Itam itu menawannnn!

Assalamaumalaikum dan Salam Ceria,

Mesti kome ceria sebab nampak pompuan cantikkkkk!
Rasanya belum terlewat ucapkan tahniah kepada Miss Angola Leila Lopes kerana baru jer dinobatkan sebagai Miss Universe 2011.
Tepuk! Tepuk! Tepuk!

Dedulu kalau sebut Angola teman ingat pasa konflik kat negara tu. Tak bape ingat sejarah deme, ater sejarah Tanah Melayu pun teman dah celaru ni, tapi yg teman ingat berlaku perebutan kuasa antara beberapa kumpulan lepas penjajah Portugis meninggalkan negara tu, macam berlaku kat Timur-Timor tu.
Lahanat Portugis ni. Dah buat kotor tak tau nak kemas!


Miss Periuk Api

Ni Miss Landmine, satu pertandingan ratu cantik di Angola, yang dianjurkan oleh sebuah NGO Norway bagi menarik perhatian dunia mengenai musibah penggunaan periuk api dalam konflik dan peperangan. Teman tabik dengan sense of humor dan ketabahan mangsa periuk api di Angola ni. Takde self-pity!
Respek Yong!

Sumber dari Yahoo.com dan Times


Anggur liar merayap dicelah pokok hazelnut.

Meh sambung Nyongket Kg Deredebi Part III.
Nilah ropa buah anggor yang biasa tumbuh liar kat Kg Deredebi. Ni kira dah masak. Rasa dia memang manis dan isi dia lembut, tak keras yg macam jenih berjue kat supermarket kita. Bila dah masuk musim luruh dan warna dia dekat warna itam, orang kampong kutip berkilo-kilo, masak dalam periuk besor direbus tanpa ayor dan gula sampai pekat. Gunanya dijadikan sirap untuk dimakan dengan roti. Nanti deme simpan dalam botoi-botoi, dimakan waktu sarapan. Tahan berbulan-bulan.


Sepasang suami-isteri sedang bersantai.

Selain dari pokok anggur, banyak burung yang sebesor burung pipit menghuni di pokok hazelnut. Memang sonok ler deme sebab takde sapa kaco...kecuali si Freelance dan sekutu kalau deme rajin mengendap!
Dalam setiap 10 perdu pokok, ada satu sarang.



Lazimnya anak burung ni menetas di musim panas. Kalau menetas di musim sejuk, mau keras bebudak ni!



Rasa teman rumoh kerabat Kak Emine.
Piring satelit tu buleh tangkap saluran dari seluruh Eropah, Afrika, Timur Tengah dan sebahagian Asia. TV 3/4 dan RTM tak dapat, walhal yg dari Indonesia, Vietnam, Thailand dapat pulak.
Namun gitu, bangsa Turki ni, dik sebab skema, deme tak gemor bukak saluran asing, walaupun percuma.
Asyik-asyik tengok rancangan Turki.
Tapi deme banyak saluran Yob, kat bandar besor deme ada saluran sendiri! Umpamanya TV Ipoh, TV Alor Staq, TV Shah Alam, TV Ghombau City...gitu!



Lagi sebuah rumoh jiran. Teman ingat-ingat lupa rumoh ni kat belah mana.



Ni salah sebuah rumoh yang agak terpencil on the way ke Sungai Deredebi.



Dalam musim bunga dan musim panah, ayor Sg Deredebi agak meningkat sebab ujan banyak turun berbanding di musim sejuk.
Takde sapa mandi kat sunga ni...sejuk!



Ropa utan kat bukit Kg Deredebi. Pokok deme tak bape besor.
Tapi setahu teman utan deme ni takde hewan liar...eh ada kot. Sebab teman penah nampak sorang anak sedara Mr T bawok senapang pegi memburu. Mungkin nak buru beruang atau musang/rubah.



Dari atas bukit kome buleh nampak sebahagian besor Kg Deredebi. Nampak tak rumoh Mr T?
Tu...tu...yg belah kiri sekali, cat putih, bumbung putih. Sebenornya takde atap genting rumoh Mr T, dia flat jer...buleh buat tempat jemuran!



Cuci mate lagi. Gambor teman amik dari koleksi Abdul Hamit Saglam, orang kampong Mr T yg jugak kawan dalam FB teman.
Ntah tak tau dia mana satu. Baru lepas graduate dari universiti dia.
Pilih Yong, pilih!



Sempena musim raya ni, moh jamah sikit bislut raya dari negara Arab! Ahlan wahsahlaaaan!

Tuesday, July 19, 2011

Paneh Ekstrem Yaa Amat!

Terojun dalam Selat Bhosporus, Istanbul


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Menurut beberapa sumber berita dari seantero dunia, negara-negara di hemisfera utara mengalami cuaca yang paneh merening! Tempat mandi - kolam, sunga dan laut jadi tumpuan. Memana yang tak kuat dan agok berusia senang kena heat-stroke.

Deme ni bila musim dingin, suhu turun ekstrem rendah, bila musim paneh suhu pun naik ekstrem - sampa ada yang meningga!

Kununnya kat Turki ada tempat yang naik antara 35-40 Celcius!
Mak aih, tinggi tu. Kalau 40 C kat malaysia dah garing baju yang berjemur. Tapi paneh deme lain dari paneh kat Malaysia. Kelembaban deme tak tinggi cam kat Malaysia. Kat sana kalau tengah paneh, memang paneh tapi tak bape berpeluh. Tu nama paneh kerin. Kalau kome dok bawoh pokok kira nyaman gak.

Haa kat Malaysia siap kome...merecor-recor peluh kuar kalau tak de kipeh! Deme jarang paka kipeh. Suhu tinggi deme ni pun kalau kena angin, sejuk sikit.

Baru jer teman berbaju tebei, berkot tebei 4-5 bulan lepas. Ni dah dengor deme melompat dalam ayor dik kerne paneh!



Ni bukan masa musim paneh. Tapi pagi cerah pada musim dingin bulan Mac tahun ni. Berhari-hari sebelum tu asyik gelap dan mendung dan berkabus. Bila ari ceroh teman pun bersantai di balkon rumoh kampong Mr T bermandi cahaya mentari.
Ater...badan dah beku berhari-hari sebelumnyer!



Satu petang selasa seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, salji mula melayang turun pukui 4 pm.
Teman sonok tengok salji pertama turun tahun ni. Selalu salji pertama turun bulan Disember atau Januari, tapi tahun lepas dan tahun ni lewat pulak. Bila dia start turun, dia tak henti-henti 3-4 ari.
Malam tu memang berselimut sakan. Kat dapur ni teman dan Kak Emine tidur, seperti selalunya.

Bangun pagi nampak laman dah memutih!




Hari kedua salji turun di Kg Deredebi. Salji masih turun tak henti lagi 3 ari. Ladang hazelnut dah tak nampak ijo, pokok pine dua batang tu pun dah seropa pokok Krismas.




Family dog
kami si Karabas bersalji.
Tak rasa sejuk pulak dia, heran. Manusia perlukan berlapih-lapih baju dan satnika stokin dan boot. Dia selambe jer kehulu-kehilir berkawal di luor rumah.
Sabor jer...



Mak mertua teman kuar nak check laluan. Hari pertama dan kedua, laluan kampong akan terputus dengan dunia luor. Bebudok tak gi sekolah, bas tak buleh masuk.




Bila tak sekolah, apa lagi...main ler!
Ni hari ke 4 lepas salji turun. Masih turun tapi tak selebat 3 hari lepas. Anak sedara Mr T main perang-perang bebola salji.
Dalam 3-4 tahun lagi kawin ler dia nih!



Lazimnya jentolak majlis perbandaran datang clear jalan sehari dua lepas salji turun. Baru ler keta/traktor kampong buleh bergerak.




Yang ni jalan di depan rumoh Mr T. Ni sebelum jentolak datang clear jalan.



Abih bab cuaca ekstrem. Meh tengok Yob ni buat...buat...sebenornya teman lupa nama menu ni.
Daging cincang ditumis dan diletak ataih lempen.

Tumis daging tu dengan minyak...sheeeshoooh, sheeeshoooh!



Dah elok masak, boh ataih lempen tu.



Hias pulak dengan tomato cincang....



Tabur sikit lada serbuk ke, lada itam ke....



Now you see, now you don't!

Pastu digulung.
Dik laju Yob ni gulung dan bungkuih, teman tak sempat nak amik gambor yang dah siap. Tau-tau dah dibagi kat pelanggan yang dok tunggu...haisyyy!
Tapi rasa mesti sedap ler.