Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label keju putih. Show all posts
Showing posts with label keju putih. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

SATU PAGI DI KAMPONG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI!

Rumoh kampong Mr T


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Pada ari terakhir teman di Kg Deredebi, Laut Hitam (April 2012), teman dah siap sedia seawal 8 pagi dgn satnika bekalan yg mak mertua, Nevin dan Kak Emine bagi, utk bawok balik Istanbul dan Malaya.



Rumoh bungalow lembus Kak Emine.
Condo-condo lembu deme tak main der.


Laman rumoh mertua dan masjid kampong.

Masa ni awal musim bunga jadi pokok belum bersedia nak kuarkan pucuk.
Segannn!


Sisi rumoh mertua.

Belah ujung tu barn - tempat lembus tido dan kat tingkat atas tempat simpan hay, jagung etc. Dulu teman ingat nak buat rumoh kat situ...haissyyyy, potong trip!


Bunga-bunga liar di ataih bukit tepi rumoh mertua.



"Miker bungkuih apa tu, Abla?" teman tanya Kak Emine.
"Yang ni untuk miker (keju putih dan butter), yang ni untuk Alper (anak bongsu dia,(anak tiri teman ler), di Akcakoca)," jawab dia.
Sayang tu Kak Emine dengan madu Malaya dia.
Mana nak carik kome!
Salah satu bungkuih tu hazelnut, mau 5 kilo!
Mana nak bawok kome!
(Yoghurt pun hangkut 2-3 litre!)



Sementara tunggu bas turun, Kak Emine dan Nevin (ipor Mr T, sepupu Mr T jugak) nyembang pasa lembu dan hazelnut...gamoknyer ler!



Kendian Karabas pun nyelit.
"Miker nak ucap bai-bai ke? Ehhh tak yah sujud-sujud Karabas, dosalah!"
I love this dog!



Kendian Nevin lepaskan lembu dia. Masa tu sorang jiran datang mintak yoghurt sebekas kecik. Niven bagi satu tub besor, 1 litre!


Kak Emine pun kuarkan 2 ekor lembus dia, halow ngale ke Sunga Deredebi.



Mak Mertua teman pun udoh siap.
Dia nak ke spital Akcakoca amik ubat, petang nanti dia balik dgn bas yg sama.
Teman akan landing rumoh anak tiri, si Alper.
Plan nak tido 2-3 malam sebelum balik Istanbul.



Mertua bersandin dgn menantu dia si Nevin, yg jugak anak sedara sendiri. Deme ni rajin kawin sesama sepupu-sepapat, ikan puyu ikan sepat!


Geliyor!
(Maksudnya "Mai dah!")

Dalam kui 9, bas pun turun dari belah ataih kampong. Ada separuh penuh. Memasing semua nak ke Pekan Selasa di bandar Akcakoca. Ni jer satu-satunya bas yg masuk Kampong Deredebi, tiap hari selasa (kecuali bas sekolah).



Lepas dakap-dakap, cium-cium dgn Kak Emine dan Nevin, mertua dan teman naik.
Kak Emine tanya ngape tak tunggu sampa ujung minggu, kot Mr T balik kampong.
Teman kata, dia tak kabor apa pun.
(Sepatutnya teman tanya Mr T, tapi ingat dia sibuk teman idak suruh dia amik teman).
Perjalanan ke bandar Akcakoca lebih korang 20 minit.



Sampa ke bandar, mertua belah ke spital (dia jalan kaki lagi 2 km tu, bukan tak buleh naik bas bandaraya), teman ke apartment Alper. Dari apartment Alper, buleh nampak rumoh jiran kampong yg terbiar. Blok-blok kat belakang tu hostel dan hotel apartment ngadap Laut Hitam.



Belah kanan, ada rumoh kampong comey. Deme sedang nak mola bercucuk tanam sayur musim bunga dan musim panah!
Kisah teman ke pasar Selasa, udoh teman post beberapa entry dulu yek.



Telur separa goreng kat dapur Kak Emine masa satu sarapan...



...kahvalti di dapor mertua.
Ada 2 jenis keju a) yg crumbling(on top) dan b) keju putih (mozarella) di kanan.
Semua mertua yg buat.
Yang 3 biji tu jem buah tin, home-made jugak.
Sila, sila kome!