Jalan bukit nak masuk Kg Deredebi, kampong Mr T.
Assalamualaikkum dan Salam Ceria,
Sibuk ni, sibuk ni. Tak buleh nak labun panjang...banyak hei!
Layan jer gambor yek.
Sunga Deredebi.

Gambor dr fesbuk Mamat ni.
Teman tak kenei tapi dia minta add, teman approve. Sedara-mara Mr T. Kat fesbuk teman guna gambor Mr T kat profil, tu pasa!

Romah salah sorang jiran dan juga friend fesbuk teman.
Kat Kg Deredebi jugak.

Kalau sampa sini dah dekat nak sampa Kg Deredebi...
Pemuda-pemuda Turki dari Duzce, Laut Hitam.
Salah sorang ni pun kawan fesbuk teman tp teman tak kenei.
Sedara Mr T jugak.
Deme berpoya-poya masa bercuti di Istanbul.
(Ehemm...ada sesapa berkenan? Jangan malu email kat teman yek).
Ok, teman sibuk pasa pa?
Nak siapkan tercumah (terjemah) artikel sorang kawan ni, nak antor ke jurnal antarabangsa.
Haissyy fenin nak terjemah hei-hei agama ke dalam BI - banyak istilah dalam bahasa Arab.
Tapi yg baguihnya teman dpt ilmu sambe menterjermah tuh...
Tajuk artikel: "PENGAMBILAN TANAH WAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM TERENGGANU OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI: ISU DAN CABARAN".

Kalut nyiapkan ordar kawan - nak rante, nak gelang, nak broooch. Haisyyy teman buat main-main pun dia nak ordar!
Dan minggu ni anak jiran minta tusyen: Cikguuuu, bila nak tusyen?!
Cikgu Helime: Ok, malam sok buleh start!

Weekend baru ni dapat kunjungan dari rakan blogger dan suami.
Bawok kepuk tu. Kepuk banyak ikang dari Pasar Payang, Ganu!
Suke ati temang, gemor bebenor kepuk banyak ikang nih!
Baju raya temang!
Puan Ummi Rosma kita ni dari blog Salam Borneo sudi hediyehkan teman 3 helai batik Sarawak! Cantik-cantik bangat! Awat banyak sangat kasi Yong.
Yong Rosma ni tokey kain batik Sarawak. Kalau kome nak ordar batik Sarawak, ziarah blog dia yaa.

Yong Rosma yang sentiasa ceria, gelak dan senyum sokmo!

Tangkap gambor, tangkap, sebelum cekelet sudu tu cayor!

Tapas sardin dan beyaz peynir (keju putih) antara hidangan utk Yong Ros dan suami, Encik Sahar.
Dari Bangi deme mai...

...dan 'piza' sucuk dari Istanbul. Tima kasih sudi lepak di romah teman yg kecik molek tu Yong Ummi Ros.
Jangan serik datang lagi naa...
Tessekkur erderim!
P.S Yong Ummi Ros ada ajor teman buat link blog ke blog, tima kasih bebanyak.
Tak tau jadi ke idok!
Ropa cuaca pagi tadi dari balkon apartment Mr T, Basaksehir, Istanbul.
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Pagi kat Basaksehir ni tak ceria sebenornya...ujan renyai dan suhu jatuh ke 7 Celcius. Ikut laporan coca hampir seluruh negara Turki sedang alami coca seakan winter semola. Walhal ni dah masuk musim bunga!
Romah Mr T di Kg Deredebi semalam.
Hari khamis lepas teman balik Istanbul dr Kg Deredebi kan. Pastu petang jumaat tu Mr T kabor dia nak balik kampong sebab dah lama tak balik kampong, dah sebulan.
Malam tu gak, pas isyak teman ngekor dia balik Kg Derdedi semola!
Romah jiran di Deredebi.
Nak ke sunga kena tempoh rumoh tu. Bunga-bunga putih belah kiri ialah bunga pokok erik (buah plum).
Gambor diamik dr laman rumoh mertua.
Pokok hazelnut kat ladang hazelnut milik Kak Emine.
Kalau teman datang musim petik memang teman tolong dia petik. Ladang kat lot ni lebih kurang 1/2 ekar. 3-4 ari jugak kami berdua memetiknya. Abis petik kat sini, kami tolong mertua dan Nevin petik kacang hazelnut kat ladang bukit kami yg lebih 8 kali besor padang bolasepak.

Oklah, oklah...tajuk lain, citer lain.
Ni nak berkisah pasa pemuda Turkilah. Ada Yong-Yong yg tak sabor nak meminang taruna Turki ni. Antara calon-calonnya: classmate cucu tiri teman si Zeynep. Nama taruna ni Bilal, mak dia guru agama kat sekolah...umur 8 tahun.
Simpan dia 15 tahun dulu yek...cop dulu, tempah, order...whateverlah!

Ni pun classmate Zeynep...nama lupa nak tanya. Tapi berani jumpa teman tanya "What is your name?"
Boleh order gak, no prob punya...nanti teman kabor kat Zeynep suruh dia cop utk Yong-Yong yg berkenan kat dia nih!

Ni anak kepada sepupu Mr T.
Umur 13 kot dan dah masuk sekolah menengah. Dia ni suka senyum dan rajin nak praktis BI dengan teman.

Errr...ni lembus idaman.
Sori, terupload...buleh jer delete, tapi nak buat cam reklam (iklan), don't go away...we'll be right back!
Lembu kak Emine si Kara Kiz dan anak dara dia baru kuar dr banglo deme.
Tu imej Kak Emine kome dpt tengok dr jauh jer, cukup ler!
Kan teman kata dia ni suka tersenyum.
Ehh nak buat contest terkejut lagilah.
3 orang yg memola buleh teka nama dia dgn betoi, dapat cenderalimpa dr Turki.
Clue dia...nama dia mola dengan huruf 'Y'!
Cepat, teka dan jawab kat ruang komen kat bawoh yek!

Nilah pemuda yg sesetengah Yong tak tido siang tak lena malam berangan nak memenantukan...ehh nak berkenalan dengan dia.
Si Ahmet yg cedera kat dahi.
Sian dia...
Yang pompuan tu bakal mertua kome ler!
Dia ni cucu kepada uncle Mr T.

Tak cukup lagi!?
Ahmet yg baru abih universiti dgn mak dia dan Nevin.
Sesapa berkenan, buleh minta borang kat teman.
Jangan malu, lambat melepas!

Taruna paling hot stuff dalam kalangan kuarga Mr T - si Ertugrul Hamza, cucu sulung Mr T yg dok di Eregli tapi tiap minggu balik kampong!
Dok sebelah Dede (atuk) dia, kena behaves elok-elok!

Ertugrul yg nak masuk 13 tahun ni dah menunjukkan ciri-ciri kebapaan yg mithali!
Ni sedang mendukung adik-beradik semoyang dia si Mursel Taha!
Ada gaya tak, Yong?

Memang jauh beza umur Ertugrul dgn adik bongsu dia si Yusuf.
Yusuf pun ada ciri-ciri hensom extreme tapi teman nak masukkan dia dlm kategori kekanak.
Lepas balik sekolah, Ertugrul akan bermain dgn Yusuf.

Yusuf beruntung kedua-dua abang dan kakak dia bebesor dari dia dan kalau mak deme sibuk, abang atau kakak buleh mengasuh.
Ok, udah tu...sila isi borang order sekarang Yong-Yong oiii!

Semalam otw balik ke Istanbul singgah di R&R dan teman order salad dan pide.
Ngaaapppp!
Errr jangan lupa jawab soalan terkejut kat ataih kalau nak cenderalimpa Turki yaaa!
3 orang pertama jer taw!
P.S Si 'Y' tu bukan adik-beradik Ertugrul, deme adik-beradik semoyang jer.