Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label salad dan pide. Show all posts
Showing posts with label salad dan pide. Show all posts

Monday, April 9, 2012

TARUNA PILIHAN TURKI, YONG MUSTI PILIHHH!!!

Ropa cuaca pagi tadi dari balkon apartment Mr T, Basaksehir, Istanbul.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Pagi kat Basaksehir ni tak ceria sebenornya...ujan renyai dan suhu jatuh ke 7 Celcius. Ikut laporan coca hampir seluruh negara Turki sedang alami coca seakan winter semola. Walhal ni dah masuk musim bunga!


Romah Mr T di Kg Deredebi semalam.

Hari khamis lepas teman balik Istanbul dr Kg Deredebi kan. Pastu petang jumaat tu Mr T kabor dia nak balik kampong sebab dah lama tak balik kampong, dah sebulan.
Malam tu gak, pas isyak teman ngekor dia balik Kg Derdedi semola!



Romah jiran di Deredebi.

Nak ke sunga kena tempoh rumoh tu. Bunga-bunga putih belah kiri ialah bunga pokok erik (buah plum).
Gambor diamik dr laman rumoh mertua.


Pokok hazelnut kat ladang hazelnut milik Kak Emine.

Kalau teman datang musim petik memang teman tolong dia petik. Ladang kat lot ni lebih kurang 1/2 ekar. 3-4 ari jugak kami berdua memetiknya. Abis petik kat sini, kami tolong mertua dan Nevin petik kacang hazelnut kat ladang bukit kami yg lebih 8 kali besor padang bolasepak.



Oklah, oklah...tajuk lain, citer lain.
Ni nak berkisah pasa pemuda Turkilah. Ada Yong-Yong yg tak sabor nak meminang taruna Turki ni. Antara calon-calonnya: classmate cucu tiri teman si Zeynep. Nama taruna ni Bilal, mak dia guru agama kat sekolah...umur 8 tahun.
Simpan dia 15 tahun dulu yek...cop dulu, tempah, order...whateverlah!



Ni pun classmate Zeynep...nama lupa nak tanya. Tapi berani jumpa teman tanya "What is your name?"
Boleh order gak, no prob punya...nanti teman kabor kat Zeynep suruh dia cop utk Yong-Yong yg berkenan kat dia nih!



Ni anak kepada sepupu Mr T.
Umur 13 kot dan dah masuk sekolah menengah. Dia ni suka senyum dan rajin nak praktis BI dengan teman.



Errr...ni lembus idaman.
Sori, terupload...buleh jer delete, tapi nak buat cam reklam (iklan), don't go away...we'll be right back!
Lembu kak Emine si Kara Kiz dan anak dara dia baru kuar dr banglo deme.
Tu imej Kak Emine kome dpt tengok dr jauh jer, cukup ler!


Kan teman kata dia ni suka tersenyum.

Ehh nak buat contest terkejut lagilah.
3 orang yg memola buleh teka nama dia dgn betoi, dapat cenderalimpa dr Turki.
Clue dia...nama dia mola dengan huruf 'Y'!
Cepat, teka dan jawab kat ruang komen kat bawoh yek!



Nilah pemuda yg sesetengah Yong tak tido siang tak lena malam berangan nak memenantukan...ehh nak berkenalan dengan dia.
Si Ahmet yg cedera kat dahi.
Sian dia...
Yang pompuan tu bakal mertua kome ler!
Dia ni cucu kepada uncle Mr T.



Tak cukup lagi!?
Ahmet yg baru abih universiti dgn mak dia dan Nevin.
Sesapa berkenan, buleh minta borang kat teman.
Jangan malu, lambat melepas!



Taruna paling hot stuff dalam kalangan kuarga Mr T - si Ertugrul Hamza, cucu sulung Mr T yg dok di Eregli tapi tiap minggu balik kampong!
Dok sebelah Dede (atuk) dia, kena behaves elok-elok!



Ertugrul yg nak masuk 13 tahun ni dah menunjukkan ciri-ciri kebapaan yg mithali!
Ni sedang mendukung adik-beradik semoyang dia si Mursel Taha!
Ada gaya tak, Yong?



Memang jauh beza umur Ertugrul dgn adik bongsu dia si Yusuf.
Yusuf pun ada ciri-ciri hensom extreme tapi teman nak masukkan dia dlm kategori kekanak.
Lepas balik sekolah, Ertugrul akan bermain dgn Yusuf.



Yusuf beruntung kedua-dua abang dan kakak dia bebesor dari dia dan kalau mak deme sibuk, abang atau kakak buleh mengasuh.
Ok, udah tu...sila isi borang order sekarang Yong-Yong oiii!



Semalam otw balik ke Istanbul singgah di R&R dan teman order salad dan pide.
Ngaaapppp!
Errr jangan lupa jawab soalan terkejut kat ataih kalau nak cenderalimpa Turki yaaa!
3 orang pertama jer taw!

P.S Si 'Y' tu bukan adik-beradik Ertugrul, deme adik-beradik semoyang jer.