Sesudah subuh...
Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Alhamdulillah pagi ni ujan sikit kat Shah Alam, idak panah bebenor nanti.
Kang nak nyongket PKNS, Alam Sentral dan SACC.
Soping rayalah!
Teman jarang hapdet dan blogwalk dalam bulan posa ni, sebab mata cepat letih. Maaf pd rakan-rakan kalau teman tak sempat ziarah blog kome ya.
Satu subuh jenguk-jenguk kat luar tingkap rumoh Kak Emine.
Matahari main intai-intai celah bukit.
Ada refleksi kat tingkap rumoh Mr T ni.

Teman nampak si Karabas kat luor gate rumoh mertua. Teman pangge:
"Karabas...Karabas!!!"
Amboi pantang dipangge, teruih datang terkinja-kinja.
Tapi bila teman datang dekat amik gambor dia, dia malu, buat-buat pandang ke lain.
"Apa nak malu dengan Makcik ni Karabas. Bukan orang lain!"

Teman naik tangga nak ke dapur, amik ration untuk dia.
Bila jauh sikit baru dia berani tengok direct.
Tapi telinga dia jatuh...segan kot.
Ohhh masih ada nama Yong Asma, Ipoh mali, kat ataih salji tuh!

Teman pun campak seketui roti pada Karabas.
Teruih pongap, tak Bismillah...haisyyyy kamu ni!
Ohhh nama Yong Ummi Ross pun ada kat situ.
Selamat kembali dari umrah, Yong!

Matahari naik sikit.
Naik sikit jer kat ufuk dalam musim sejuk ni.
Nampak cerah.
Salji dah tak turun 3-4 ari dah.
Salji yg 4 ari lepas dekat takat lutut, dah mula cayor.

Ngapa serombong rumoh mertua tak berasap?
Deme belum bangun ke?

Van ekmek (roti) dari bandar Akcakoca datang jual roti.
Mak sedara Mr T beli 2-3 buku.
Van roti ni satu-satunya kenderaan yg tak kena ligan dengan si Karabas. Kenderaan lain sebesor lori pun dia gemor ngejor!
Tunjuk macho tak bertempat!

Lepas meroh susu Kara Kiz dan Sari Kiz, Kak Emine siapkan kahvalti (sarapan).
Ni bulan Februarilah...mana ada posa!

Ni lunch teman bila di Istanbul.
Jangan harap nak makan steak-metik kat Kg Deredebi.
Meh kome!
Ehhh...posalah pulak!
Ropa cuaca pagi tadi dari balkon apartment Mr T, Basaksehir, Istanbul.
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Pagi kat Basaksehir ni tak ceria sebenornya...ujan renyai dan suhu jatuh ke 7 Celcius. Ikut laporan coca hampir seluruh negara Turki sedang alami coca seakan winter semola. Walhal ni dah masuk musim bunga!
Romah Mr T di Kg Deredebi semalam.
Hari khamis lepas teman balik Istanbul dr Kg Deredebi kan. Pastu petang jumaat tu Mr T kabor dia nak balik kampong sebab dah lama tak balik kampong, dah sebulan.
Malam tu gak, pas isyak teman ngekor dia balik Kg Derdedi semola!
Romah jiran di Deredebi.
Nak ke sunga kena tempoh rumoh tu. Bunga-bunga putih belah kiri ialah bunga pokok erik (buah plum).
Gambor diamik dr laman rumoh mertua.
Pokok hazelnut kat ladang hazelnut milik Kak Emine.
Kalau teman datang musim petik memang teman tolong dia petik. Ladang kat lot ni lebih kurang 1/2 ekar. 3-4 ari jugak kami berdua memetiknya. Abis petik kat sini, kami tolong mertua dan Nevin petik kacang hazelnut kat ladang bukit kami yg lebih 8 kali besor padang bolasepak.

Oklah, oklah...tajuk lain, citer lain.
Ni nak berkisah pasa pemuda Turkilah. Ada Yong-Yong yg tak sabor nak meminang taruna Turki ni. Antara calon-calonnya: classmate cucu tiri teman si Zeynep. Nama taruna ni Bilal, mak dia guru agama kat sekolah...umur 8 tahun.
Simpan dia 15 tahun dulu yek...cop dulu, tempah, order...whateverlah!

Ni pun classmate Zeynep...nama lupa nak tanya. Tapi berani jumpa teman tanya "What is your name?"
Boleh order gak, no prob punya...nanti teman kabor kat Zeynep suruh dia cop utk Yong-Yong yg berkenan kat dia nih!

Ni anak kepada sepupu Mr T.
Umur 13 kot dan dah masuk sekolah menengah. Dia ni suka senyum dan rajin nak praktis BI dengan teman.

Errr...ni lembus idaman.
Sori, terupload...buleh jer delete, tapi nak buat cam reklam (iklan), don't go away...we'll be right back!
Lembu kak Emine si Kara Kiz dan anak dara dia baru kuar dr banglo deme.
Tu imej Kak Emine kome dpt tengok dr jauh jer, cukup ler!
Kan teman kata dia ni suka tersenyum.
Ehh nak buat contest terkejut lagilah.
3 orang yg memola buleh teka nama dia dgn betoi, dapat cenderalimpa dr Turki.
Clue dia...nama dia mola dengan huruf 'Y'!
Cepat, teka dan jawab kat ruang komen kat bawoh yek!

Nilah pemuda yg sesetengah Yong tak tido siang tak lena malam berangan nak memenantukan...ehh nak berkenalan dengan dia.
Si Ahmet yg cedera kat dahi.
Sian dia...
Yang pompuan tu bakal mertua kome ler!
Dia ni cucu kepada uncle Mr T.

Tak cukup lagi!?
Ahmet yg baru abih universiti dgn mak dia dan Nevin.
Sesapa berkenan, buleh minta borang kat teman.
Jangan malu, lambat melepas!

Taruna paling hot stuff dalam kalangan kuarga Mr T - si Ertugrul Hamza, cucu sulung Mr T yg dok di Eregli tapi tiap minggu balik kampong!
Dok sebelah Dede (atuk) dia, kena behaves elok-elok!

Ertugrul yg nak masuk 13 tahun ni dah menunjukkan ciri-ciri kebapaan yg mithali!
Ni sedang mendukung adik-beradik semoyang dia si Mursel Taha!
Ada gaya tak, Yong?

Memang jauh beza umur Ertugrul dgn adik bongsu dia si Yusuf.
Yusuf pun ada ciri-ciri hensom extreme tapi teman nak masukkan dia dlm kategori kekanak.
Lepas balik sekolah, Ertugrul akan bermain dgn Yusuf.

Yusuf beruntung kedua-dua abang dan kakak dia bebesor dari dia dan kalau mak deme sibuk, abang atau kakak buleh mengasuh.
Ok, udah tu...sila isi borang order sekarang Yong-Yong oiii!

Semalam otw balik ke Istanbul singgah di R&R dan teman order salad dan pide.
Ngaaapppp!
Errr jangan lupa jawab soalan terkejut kat ataih kalau nak cenderalimpa Turki yaaa!
3 orang pertama jer taw!
P.S Si 'Y' tu bukan adik-beradik Ertugrul, deme adik-beradik semoyang jer.
Tulih name ataih saljuuuu...kalau nak lawan Bahasa Perok dgn Yob Mad ni, memang teman kaloh! Kalau kome nak tergeliat mace/cakap Perok, gi ler blog dia 'atasnamaaku'.
Ater...buat ape tu Yob?
(Nama ditoreh tepi tebin Sunga Deredebi, Duzce, Laut Hitam)

Assalamaualaikum dan Salam Hormat kome,
Ater dah masuk musim bunga, rasa nyaman hawa kat luor, sekitor 15-22 Celcius gitu. Tapi Mr T tutup heater, jadi 20 C dalam rumoh, sejuk ler pulak. Memalam dia pasang 2 jam jap sebab teman kata sejuk!
Siang teman nyemur hazelnut dlm talam, bagi kena cahaya matahari pintu kaca balkon.
Ada lagi 5 kilo tak kupah tempurung weh...mampuih!

Balik dari Konya malam Sabtu, terbongkang Mr T tido kat ataih sofa tu. Letih bebenor!
Teman pun tido ataih sofa lagi satu. Satu ngadap ulu, satu ngadap hilior, membujur lalu, melintang patah!

Citer pasa Kemal Ataturk lain entry ler kome. Mr T sibuk buat report Konya dan prepare nota latihan.
Ari Sabtu tu teman memberontak bosan.
"Moh jenjalan pas ni!" dia pujuk.
Pas zohor kami ronda satu kampong kat pinggir bandar Basaksehir.
Lembu, lembuuuuu!
Ni kira kampong tp teman tak tau nama dia. Mr T kata dia pun tak penah nyongket ke daerah belah sini.
Ada lembulah!
Kampong ni lebih korang 7 km dr tempat kami.
Kami nampak ada beberapa tempat penyembelihan ternakan kat bandar kecik deme nih.

Kami jumpa beberapa kedei jue dagin dan sucuk (sosej berempah) tergantung.
"Eeeee banyaknya sucuk", teman horit suke!!!
Awak nak?
Naklah!
Mr T pun nyinggah salah satu kedei jue dagin tu.
Comey, comey arwah kamben tu!
Yob PO mesti teruja nih!

Mr T bagi salam kat tuanpunya kedei. Dia explain pompuan Yabanci ni suka amik gambor.
Jadi idok ler tuanpunya kedei heran bila teman klik sana klik sinu!
"Bape sekilo sucuk ni Yob?"
"25 Lira Abi (Abi tu Yob dlm bahasa Turkce)"
"Bak timbang satu gulung".
"Tamam, Abi!"
Segulung ada lebih korang dekat 1/2 kg.
(1 Turkish Lira=RM1.72)
(Yabanci tu 'foreigner' kome weh...)

"Daging nak, My Darling?"
"Nak, nak!"
Isyyy...tanya pompuan Malaya makan daging nak ke tak nak, mestilah nak!
Butcher pun sliced 4-5 lai steak.

Pastu siap dia make-up steak tu dengan serbuk cili dan herba kekik. Herba ni yg kome order stokin ari tu akan dapat nanti yek!
Sebelum balik pompuan Malaya sempat berguro-senda dengan sucuk segor dari ladang...errr dari rumah sembelihan...

...sebelum balik ke romah Mr T kata, "...nanti kita beli beberapa lai utk Darling bawok balik ke Tanah Melayu yek..."
Tengkiu Mr T!
Ye ke Mr T pangge teman Darrrling?
Not!

Malam tu kami bertiga (dengan si Emel, Sumeyye dah kena buang daerah) makan steak dan sucuk. Tapi lain kali teman upload gambor.
Ni nak tunjuk gambor ikan bilih goren dgn hazelnut jer!

Dah lebih 2 bulan tak makan nasik, teman pun perabihkan tin sardin yg last buat sambe sardin, goren bilih campor hazelnut dan amik timun dan cili padi sebagai ulam.
Hampir-hampir nasik Melayu, tapi yg ni teman makan sorang, masa Mr T dan Emel gi koje!
Meh nyempit kome!