Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Musim salji di Turki. Show all posts
Showing posts with label Musim salji di Turki. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

SELEPAS SUBUH DI KAMPONG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI.

Sesudah subuh...


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Alhamdulillah pagi ni ujan sikit kat Shah Alam, idak panah bebenor nanti.
Kang nak nyongket PKNS, Alam Sentral dan SACC.
Soping rayalah!
Teman jarang hapdet dan blogwalk dalam bulan posa ni, sebab mata cepat letih. Maaf pd rakan-rakan kalau teman tak sempat ziarah blog kome ya.

Satu subuh jenguk-jenguk kat luar tingkap rumoh Kak Emine.
Matahari main intai-intai celah bukit.
Ada refleksi kat tingkap rumoh Mr T ni.



Teman nampak si Karabas kat luor gate rumoh mertua. Teman pangge:
"Karabas...Karabas!!!"

Amboi pantang dipangge, teruih datang terkinja-kinja.
Tapi bila teman datang dekat amik gambor dia, dia malu, buat-buat pandang ke lain.
"Apa nak malu dengan Makcik ni Karabas. Bukan orang lain!"



Teman naik tangga nak ke dapur, amik ration untuk dia.
Bila jauh sikit baru dia berani tengok direct.
Tapi telinga dia jatuh...segan kot.
Ohhh masih ada nama Yong Asma, Ipoh mali, kat ataih salji tuh!



Teman pun campak seketui roti pada Karabas.
Teruih pongap, tak Bismillah...haisyyyy kamu ni!
Ohhh nama Yong Ummi Ross pun ada kat situ.
Selamat kembali dari umrah, Yong!



Matahari naik sikit.
Naik sikit jer kat ufuk dalam musim sejuk ni.
Nampak cerah.
Salji dah tak turun 3-4 ari dah.
Salji yg 4 ari lepas dekat takat lutut, dah mula cayor.



Ngapa serombong rumoh mertua tak berasap?
Deme belum bangun ke?



Van ekmek (roti) dari bandar Akcakoca datang jual roti.
Mak sedara Mr T beli 2-3 buku.
Van roti ni satu-satunya kenderaan yg tak kena ligan dengan si Karabas. Kenderaan lain sebesor lori pun dia gemor ngejor!
Tunjuk macho tak bertempat!



Lepas meroh susu Kara Kiz dan Sari Kiz, Kak Emine siapkan kahvalti (sarapan).
Ni bulan Februarilah...mana ada posa!



Ni lunch teman bila di Istanbul.
Jangan harap nak makan steak-metik kat Kg Deredebi.
Meh kome!
Ehhh...posalah pulak!

Thursday, July 12, 2012

MR T NAIK HANGIN! dan MENU PERAK LAGI!



Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Meh belajor sesuatu yg baru, kalau belum taulah.
Ni teman amik dr FB.
FB ni kalau dilayan bebetoi banyak pekdah gak. Banyak info dan ilmu yg kita dapat kalau tak disalahgunakan.
Tang "Jangan makan buah selepas makan nasi/meal" tu, tapi itu yg kerap kita buat!



Dalam minggu pertama teman sampa Istanbul dulu (Februari 2012), Mr T ajak ikut dia gi Bakirkoy.
Nak jumpa Madam Selma pasa biznes.
Ada pertanyaan dari contact Afghanistan Mr T, nak antor students belajor di Istanbul.


Sampa Bakirkoy, salji mula turun. Cari parking, pastu jalan-jaan cari pejabat pelancongan Madam Selma tu.
Tengah bandar ada kubur.
Ni mesti kubur lama dan kubur orang lelaki sebab tang ataih tu ropa serban zaman Uthmaniah.



Salah satu gedung dalam bangunan yang agak lama.
Mungkin asei dulu rumoh, sekarang jadi kedai/pejabat.



Rakyat kalut nak gi koje atau kelas. Cuaca yg tak best sebab angin kuat dan salji haluih, cepat cayor.



Pastu Mr T call Madam Selma tanya kat mana pejabat dia.
Sementara nanti dia datang, kami tunggu depan tugu dekat Majlis Perbandaran deme.
Ada ukiran patung-patung, mungkin Ataturk kot.



Adalah 10 minit nunggu Madam Selma datang.
Teman amik peluang menyorok belakang Mr T dari angin kuat!
Best juga dapat menyalahgunakan orang tinggi-tinggi nih.


Tali kasut tertanggei!

Kendian Madam Selma sampa.
Muda lagi orangnya.
Dia pun bawok kami ke pejabat pelancongan dia di satu lorong.



Sementara deme jalan, teman usyar kiri-kanan tengok bandar ni.



Kat pejabat deme, jumpa suami Madam Selma, lelaki Arab dari Syria. Mujur miker dok Turki, kalau kat Syria mungkin dah kena semelih!
Agak 40 minit labun dan bincang dalam bahasa Turki dan Inggeris, sebab teman ada, dan bergelas-gelas cay panas; kami pun balik.

Akan buat follow-up dan tunggu respon dari wakil pelajar Afghanistan tu. Tapi beberapa minggu kendian bila teman tanya perkembangan dealing tu, Mr T kata tak tau. Orang Afghanistan tak jawab email-email dia.
"I hate dealing with Asians and Arabs!"
Teman perati orang Turki buat koje cepat dan deme punctual.
Takde buang masa. Kalau nak cakap nak, tak nak, kabor tak nak.
Jangan diaaaam.
Dah berbulan-bulan baru contact balik.
Hangat hati dia sebab buang masa dan peluang lain.
Sekali tu orang Afghanistan balas email dia lepas berbulan tak jawab.
Mr T balas, "F*ck Off!"



On the way
balik, kami lalu ataih jejantas, bawohnya ada railway track.



Kejiranan Bakirkoy.
Hmmm ada tempat kediaman yg nyaman dan tak jauh dari pusat bandar Bakirkoy.



Sebab ari jumaat, Mr T gi solat kat salah satu masjid.
Teman dok dalam keta yg dah dipasang heater.
Kendian teman bosan.



Kuar jap tengok keliling.
Nampak sebuah rumoh lama.
Idak ada orang duduk tapi idak deme runtuhkan.



Elok jugak deme bela.
Kalau kat Malaya dah kena runtoh buat Mall atau rumoh kedai!

Uhhh sebelum terlufe, untuk keputusan neka menu Perok ari tu, pemenangnya ialah:

Blogger Rulza kerana meneka kedua-dua soklan dgn tepat mampat.
Dan ada hadiah sagu buah pinggang untuk blogger PakNgahYobKider!

Bak mai nama penuh dan lamat Yong dan Yob berdua nih, email pada hellibra2@hotmail.com

Tahniah, tahniah pd kedua-duanya!
Yang lain ada gak jawab tepat tapi teman nak sapa yang cepat menjawab.
Tima kasih amik bahagian, nanti terai lagi naa.



Lagi menu Perok teman amik dari FB Kelab Anak Perak Jati ke apa ntah. Mak teman ada kabor, zaman dedulu, kalau nak makan lauk ikan Sunga Perok, tumbuk cabei bawang jer.
Tunggu....
Apak-apak gi sunga tabur jala, tarik ataih mesti dapat ikan, udang bagai.
Hah ni dia gulei lemak udang galah sunga!


Petei jeruk kome!

Ponggg!!!
Pas makan jangan kencin merata!


Pekasam nyum nyum!

Sori arrr...sapa yg posa kalau termeleleh ayor lior kome.
Teman pun posa, termeleleh gak nih!

Saturday, June 30, 2012

MELENTUR KEKANAK TURKI BIOR MASA DEME KECIK LAGI!

Sebuah kampong di Laut Hitam/Karadeniz


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

meh kita usyar beberapa buah kampong deme dulu.
Ada gambor teman amik dari FB sedara Turki!



Banyak kampong deme dok ataih bukit.
Teman pun heran cam ner deme turun naik kalau takde kenderaan.



Ni kawasan yg tanam teh.
Orang Turki minum teh pagi dan malam, di tengah-tengah jarang. Tengah hari deme minum ayran (susu basi) masa lunch!
(Ayran tu bancuhan yoghurt, memang rasa susu basi!)



Kalau deme dari kawasan pertanian, kekecik lagi anak-anak deme dilatih tolong koje di kebun atau ladang.
Ada anak dpt gi sekolah sampa abih sekolah menengah dan masuk U, ada yg setakat sekolah menengah jer sebab nak sambung koje kampong. Budak ni sambe buat homework, cari duit poket.
Kome bayor 50 kurusy, timbang berat badan kat situ (lebih korang RM1.00).



2 orang bersaudara tolong jual sayur panjar.
Ni bermakna ada orang luor masuk kampong deme yg berbukit-buko nih!



Penuh daun teh kat rambut deme!



Nak masak apa daun panjar ni Dik?
Teman sampa sekarang tak suka daun panjar ni, masak sup selalunya, sebab pahit!



Bapak dia siap buat cangkui kecik utk dia nih.



Dari deme ngaco kat dapur, baik bagi dia sekali periuk belanga buat main!


OK, bagi teruih doh nak buat roti!
Masin-masin kot roti ni kena jari dia.
Ni sedara Mr T.



Mak oiii...tu pasei bila dah tua deme kuat-kuat belaka!



Adik ni paka suar besor yg biasa mok-mok deme paka.
Kayu api hangkut, kamben pun nak jaga!



Sapa power - budak ke kamben?



Tapi di musim sejuk deme main sakan, tak kira pagi petang!
Duduk di kawasan berbukit memang best sliding!



Kekanak Malaysia?
Main jer lebih!
Cucu sedara teman kat Bota, buat planking kunun!



Iklan jap.
Semalam baru dapat paka tudung Turki ada renda kait, sebab baju kosong takde bunge-bunge.
Sapa suka tudung berenda camni, tulis "Yesss!" kat ruang komen.
Buleh teman import banyak sikit next trip. Ni tudung yg biras teman si Nevin hadiah.
Kome udoh gi ke pameran buku di SACC, Shah Alam?



Tepung jagung yg ditumih dgn butter kampong...menu tradisional di Karadeniz!



Sarapan kampong Laut Hitam - telur rebuih ada, kentang rebuih ada, 2 jenih keju kampong ada, jeruk zaitun pun ada.
Kome lalu tak makan camni tiap-tiap hari?
Teman udoh serender!

Saturday, June 9, 2012

SALJI TURKI VS ESKRIM MALAYA, MANA BEST??!

Laluan ke blok apartment kami di Basaksehir, Istanbul (January-Februari 2012). Dah tak nampak jalan!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Alhamdulillah pagi Sabtu ni cuaca redup dan idok rasa panas meroyan. Tapi teman tetap berlenggeng (?) dalam rumoh. Teman solo tak ngape...

Err bagi kome yg baru membaca dan folo blog teman, 'Hosgeldeniz dan Selamat Datang' diucapkan.
Senang-senang nanti teman lepak blog kome, kalau kome ada bloglah.

Yg meraba-meraban tu, just nak kabor teman dok sana jap, dok sini jap. Pembaca biasa pun keliru teman ni kat Turki ke kat Malaysia.
Itu tak penting Yong/Yob.
Layannnn jer citer dan foto-foto teman nih.
Tima kasih.


Menung apa tu, Yob?

Satu pagi bulan Januari ke, Februari ke...Mr T merenung kuar tingkap.
Dah dekat seminggu Mr T stranded kat rumoh.
Salji kat balkon tu dah takat lutut, nampak dok?
Apartment kami tingkat 2.



Mana tak stranded, keta semua diselimutputihkan dik salji.
Tahun ni salji paling lebat dalam bulan Februari.
Ni sebelum jalan depan apartment diclear!



Mujur Mr T tak koje dgn sesapa.
Dia buleh koje di rumoh, guna internet dan handphone.
Teman pulak berulang ke dapur bawok order teh panah dia.
Ngape berulang?
Orang Turki minum ayor teh panah jer, yg merenih ataih dapur.
Deme tak suka teh dah suam!



Bila otak letih, Mr T tido kat sofa.
Teman amik tola besor selimutkan dia.
Dia tido 30 minit kalau lena.


Hah siap paka kot kalis angin dan ayor!

Ada masa teman yg gedik dan bosan.
Kabor kat dia nak nyongket ke Olimpa Mall, 800 meter dr apartment.
Mr T izinkan.
Dia tau teman tak boleh memerap lama dlm rumoh, nanti meroyan!
(By the way, udoh seminggu Mr T tak antor kabor berita kat teman.
Huh!
Semoga dia selamat di fadang fasir tuh!)



Sian janitor kami si Mehmet, ujan, ribut, blizzard ke, dia kena koje.
Ni dia berusaha buat laluan utk penghuni apartment.



Teman gi usyar jap keta Mr T, mana ke ropanya!
Dah tak kenei!
Salji masih turun masa nih!


Comey tempat sampah, kaaaan!

On the way, teman lalu tempat buang sampah.
Yong Mulan penah komen, "Cantik pemandangan diliputi salji!"
Teman kata, benda apa pun kalau diliputi salji memang cantik, walaupun tempat buang sampah.
Tapi tempat buang sampah deme tak berbau, siyesss!



Beberapa blok teman lalu terdengor sora riang-ria kehidupan.
Sora budak tine jerit-jerit suka.
Bila dekat, wahhhh deme main gelonsor-gelonsor!



Meriah!!!
Kediaman kami memang dibina ataih bukit, tu sebab kami dapat banyak salji.
Tambah pulak mencuram!
Bila dah banyak dan tebal, apalagi...macam resort percutian ski!
Tak yah pegi Aspen atau Switzerland, Yong oii!



Bukan yg kenit jer mengelonsor, yg remaja dan dewasa pun tumpang 2-3 kaki...



Termasuk mok opah deme!
Riuh-rendah dgn sorak dan gelak tawa.
Lagut teman memerhati.



Deme guna dulang, kadbod dan plastik jer utk gelonsor.



Plastik shopping pun jadik!



Kot deme berlemuih dgn salji halus jenis gula icing.
Tu sebab teman paka kot kalis ayor tadi, sebab salji jenis gula icing ni melekat kat baju, nanti dia cayor, lembab kot kita.
Cerodik tak teman?



Ada yg tanya, termasuk Yob Gedek, tahun ni teman buat ABC dari salji dok?
Idok ler buat, sebab takut kena marah!
Tapi...tapi dlm seminggu ni dah 3-4 kali teman buat eskrim di rumoh Shah Alam ni.
Satu bekas eskrim jagung, satu bekas ni eskrim stroberi beli kat Carrefour semalam.
Bila buat sendiri, kome buleh control gula, masam manis dia!
Bahan-bahan: yoghurt, susu pekat, susu fresh, buah (pilihan kome ler), secubit garam. Blend semua sampai smooooooooothhhh!!!
Sukatan?
Errrr...by trial and error, InsyaAllah jadik!
Nah rasa sorang sesudu!