Mr T sedang membuang salji dari keta kami yg cedera tiga hari lepas.
(Basaksehir, Istanbul).
Assalamualaikum dan Salam Berbahagia di hari Jumaat yg Mubaraq!
Semoga mengkome semua sihat. Alhmadulillah lutut teman dah semakin baik pas dibalut dik doktor dan diberi ubat sapu dan ubat telan.
Sebab kemas balutan dia, teman upah dia 35 hengget!
Semalam teman SMS Mr T, "awak cedera tak dalam accident tu?"
"Saya tak cedera, keta jer masuk workshop,...dah repair", dia balas.
Gitu ler kalau dah tersurat, dalam musim bersalji buleh kemalangan sebab jalan licin.
Alhamdulillah dia tak apa-apa. Kemalangan kecik ni berlaku kat Kampong Deredebi, Black Sea, 3 ari lepas masa dia nak balik Istanbul.
Zoom to Madinah.
"Bas panjang nak ke mana tu, Yob?"
"Back to Africa, Yong!"
Satu pagi teman nyongket-nyongket usyar kedai kat hotel-hotel, nampak rama haji dan hajjah Afrika dok berlonggok kat kakilima.
Sebab Yong kome ni kepoh banyak, teman pun gi dedekat nak tengok... Biase ler!
Sambe nengok sambe klik handphone teman. Seram gak, takut kena sergah dgn hajjah besor cam Oprah Winfrey nih.
Jeling kat teman dua macam!
Lazimnya kumpulan-kumpulan haji dari sesebuah negara akan nginap di hotel tertentu.
Haji-haji Afrika ni dok hotel sini.
Deme tengah nunggu bas...
(Ehh ada jer terselit haji dan hajjah Turki kat memana pun, tengok pada werne seluor haji dan kot hajjah tu!)
Weh deme bersiap nak balik dah!
Sibuk Mak Hajjah ni ngator dan urus barang dan satnika reta Makkah dan Madinah deme.
Yang sonok teman nengok, tiap Mak Hajjah ni sarat paka barang kemas aksesori yg deme beli di kedai-kedai bazaar di Makkah.
Amik berkat!
Sementara nunggu bas, deme sempat makan lagi.
Elok deme berkelubung seropa telekung hajjah Maleyzia.
Tu dia sarat reta yg deme kumpui dari Makkah lagi.
Idok teman tau deme ni balik naik belon kaa atau naik kapa. Teman pusing-pusing cari clue nak tau negara asei deme.
Teman nampak 'Ivory Coast'. Hmmm dari sana deme ni.
Deme cakap Perancis jer tau kalau dari Ivory Coast ni.
Orang Afrika ni kalau labun memang riuh-rendah.
Macam kat pasar!
Yang ni tak riuh-rendah.
Slow jer pergerakan.
Yalah orang kite,...dari Singapore.
Balik Geylang Serai ke Hajjah?
Buat penutup untuk siri perjalanan dan pengalaman teman melakukan ibadat haji yg tak teman sangka dapat dilakukan tahun lepas, tatapilah Baitullah yang indah ini.
Semoga teman dijemput lagi ke sana, InsyaAllah.
Sempat juga teman mendoakan utk sahabat-sahabat!
(Sesapa yg ada ninggalkan pesan kat teman dululah)
Selamat Tinggal kota yang dikasihi Rasullullah SAW.
Miker sangat indah dan mengujakan.
Ingin teman ziarah dan bersolat di sini lagi!
Jemputku lagi Ya Rabb!
Gule-gule, Ya Baitullah!
Sen cok guzel ve cok bereket.
Ben geliyor bir gun, InsyaAllah.
Meh sarapan ala-ala urban Turkish breakfast.
Kalau tak lalu, buleh skip!

salam yong halima..meriahnya hajjah2 tu nak balik ke Afrika yer.Dulu dtg bawak bag kecik..bila nak balik,mai aiii..berbuntil2,apa ke benda yg dibelinya tu? :D
ReplyDeleteSalam Yong Atie,
DeleteRasanya deme bawok barang nak berdagang jugak kot bila balik kg laman nanti. Sambe nyelam minum ayor!
Memamng bangsa Afrika ni riang-ria jer, hingor deme bila dah dok berlonggok, cam pekan sari!
salam yong...alhamdulillah mr t ok je, tak de apa2.. yong bila nye nak ke sana?
ReplyDeleteSatnike mak nenek org aprika tu bawak balik negara dema ye... tah apa le dlm bungkus2 tu...
sedih pulak tgk akak tulis entry ni - Selamat Tinggal Baitullah...
Salam Yong Farah, Alhamdulillah dia sihat. Biasa accident kecik bila musim salji ni. Sikit ari lagi akak ke sana, InsyaAllah.
DeleteRasanya org Afrika ni sambe buat haji sambe berniaga, adat deme nak ekonomi kot. InsyaAllah ada rejeki kita gi lagi ke Makkah.
salam kak hajjah,
ReplyDeleteooo sarapan turki mcm ni yer..saya lalu je kk..rezki :)
tima kasih kak tk lupa doakan utk kawan2..
akk kat turki ke kt m'sia..?
kat turki tengah musim salji ye kak? :)
macam reporter lak tanya akk mcm2 :)
Salam Yong Tie,
DeleteNi yg asas jer, kalau nak variety kami masak satu atau dua lagi dish utk meriahkan meja. Akak masih kat Shah Alam tp dah nak ke sana sikit ari lagi. Ya, sekarang musim sejuk dan ada masa salji turun. Salji datang ikut mood dia, jap mai, jap berhenti.
Assalamu'alaikum Yong...
ReplyDeletenengokkkan baghang2 tu, dah ghope nak pindah gayanye... :)
Waalaikumsalam Kakcik,
DeleteDeme nak berniaga kot tu Yong!
assalamualaikum kak hajjah halima,
ReplyDeletealaaaaaaaaaaaaa kakkkk, tengok tajuk entry pun dah mcm sayu, tetiba rasa sedih..tak nak komen lebih2..semoga kita dapat berkunjung lagi menjadi tetamuNya..amin.. terima kasih berkongsi gambo2 menarik dan pengalaman..comeii gambo yang last tu..:-)
Waalaikumsalam Yong Asma,
DeleteAter ada permulaan, ada akhirnya. Allah jer Maha Esa. Tapi lain kali buleh citer lagi, gambor banyak!
Doakan kita sama-sama dijemputNya lagi nanti.
harap ada sequel kak, gambo pun byk lagi tu..
Deletesalam yong
ReplyDeleteuiks.. terasa syahdu nak meninggalkan bumi makkah tu.
teman doa2 dapatlah jejakkan kaki ke tanah suci masa muda yang tak muda ni.
mahu ke afrika? jauhnya yong nak g jalan
Salam Mz Nina,
DeleteAkak doakan Nina akan ke sana menunaikan haji dgn izinNya di usia yg tidak tua.
Mana pulak akak nak ke Afrika, tajuk jer tu, sbb yg nak balik kg haji dan hajjah Afrika.
Assalamualaikum Kak..
ReplyDeleteSayu rasa kan kak bila nak tinggalkan Madinah dan Mekah..
InsyaAllah kak, sama-samalah kita berdoa agar dapat ke sana lagi.
Waalaikumsalam Yong Ummi,
ReplyDeleteYa, doa-doakan kita semua dpt ke sana tunaikan haji atau buat umrah lagi, InsyaAllah.
Assalam yong,,,
ReplyDeleteberakhir sudah catatan yong menjadi tetamu Allah, Pe kata yong buat jurnal @ travelog..mesti best..compile semua boleh jadi kenangan ank cucu hehe..
Sy pon berdoa agar sy dan keluarga dpt menjejaki ke sana juga Amin
Salam Yong,
DeleteBlog nilah jurnal teman Yong. Kalau deme nak mace, klik je. Tapi kalau rajin, mau gak buat buku, tengok keadaan. Tima kasih bagi cadangan tu Yong. Insyaallah didoakan kita semua dpt ke sana menjadi tetamuNya.
walaupun saya belum pernah ke sana, tapi saya dpt rasakan kesedihan meninggalkan tanah suci..dan saya percaya waktu menulis citer ini Kak Halima berasa sebak.. hah..?? Salah ?? errr...hihihihi..
ReplyDeleteSalam Yob Mad,
ReplyDeleteHe he panda jer Yob ni. Mana ada sebak...kalau sebak makna tak dpt pegi lagi. Akak nak gi lagi, InsyaAllah!
Salam Halima,
ReplyDeleteSelamat bercuti di Turki. Seronok main salji.
Saya masih ingat masa muda-muda dulu suka juga
main salji. Di musim salji, suasana malam juga
sungguh indah dan seronok.
Salam Prof,
DeleteTima kasih. Sekali dua kala jadi budak balik. Kekecik tak main salji, dah tua baru dapat! Terkenang kisah lalu ya Prof.
Salam Hjjh Yong,kalau dah balik keTurki tu,entri lepas ni tentu dari Turki semua. Tu yng buat teruja nak lawat blog ni selalu.Salam.
ReplyDeleteSalam Yob 44,
DeleteInsyaAllah, banyaklah kisah kat sana nanti, tu pun nak berebut broadband dgn Mr T nanti! Kalau takde citer kat Turki, tak nak singgah ke?
Bon Voyage....... hingga ketemu lagi ,,, adiosssssssssssss akak.
ReplyDeleteSalam Yob,
DeleteGracias!
alahai...berakhir sudah siri ke tanah suci..mekasih bebanyak akak for sharing the story & photos.Dapat jugak saya tumpang tengok. harap2 dpt jejak kaki ke sana suatu hari nanti..
ReplyDeleteSalam Yong Lavender,
DeleteYg bermula ada akhirnya. InsyaAllah, Yong akan sampai ke sana bersama suami nanti. Doa jer bebanyak dan kuatkan niat!
ye ker dah habis siri ke tanah suci ni.....la...sayangnye....knp tak snap banyak2 lagi.....
ReplyDeleteSaşam Hajah,
DeleteHabis utk round ni, gambor banyak lagi...ada 800 keping! Lain kali buleh cite lagi.
Assalamualaikum,
ReplyDeleterugi x kirim kt akak mintak tolong doa utk I jugak..
Waalaikumsalam Yong,
DeleteAda akak sebut ,'dan sahabat-sahabat yg lain' termasuk semua sahabat akaklah he he!
Salam perkenalan Hjh,
ReplyDeleteWalaupun dh 17thn direzkikn allah dpt mngerjakn haji,masih teringt hari pertama menapak di mekah & nmpak minerat kaabah dari main road(masa tu umah byk keliling kaabah)dan hari terakhir nk tinggalkan mekah & madinah.Boleh ingt lagi lorong2 jln dr hotel nk ke masjidil haram..Alhamdulillah direzekikan Allah utk beraya di Madinah pada bln Aug 2011 dan terkejut juga dgn byk perubahan di kedua2 tempat barokah ini...memang miss keadaan yg lalu dimana dpt merasa sedikit sebyk kehidupan org2 arab ini.
Diberikan peluang Allah untuk menziarah Turki selepas itu..memang rindu sgt nk ke sana lagi..sbb tak cover byk tempat lagi..cuma istanbul saja.
Next mungkin nk lawat kmpg hjh dan Ayza Gursoy, insyallah.
Salam Kenal Yob/Yong Jazz,
ReplyDeleteMaaf tak tau ni Yong atau Yob. Tima kash sudi ziarah blog teman ni. Selamat datang atau Hosgeldeniz kata org Turki.
Teman rasa sonok rama yg kata gambor2 teman ni mengingatkan deme pd Baitullah dan Madinah, manakala yg belum pegi rasa teruja nak pegi. Memang Makkah dan Madinah kalau sapa tak dtng lebih 5-8 tahun kot. Kampong sumaı jauh gak dr Istanbul dan dlm musim dıngin ni takde buah2an Yob7Yong. Tapi kalau takat jd pemandu kat Istanbul InsyaAllah.