
(Basaksehir, Istanbul).
Assalamualaikum dan Salam Berbahagia di hari Jumaat yg Mubaraq!
Semoga mengkome semua sihat. Alhmadulillah lutut teman dah semakin baik pas dibalut dik doktor dan diberi ubat sapu dan ubat telan.
Sebab kemas balutan dia, teman upah dia 35 hengget!
Semalam teman SMS Mr T, "awak cedera tak dalam accident tu?"
"Saya tak cedera, keta jer masuk workshop,...dah repair", dia balas.
Gitu ler kalau dah tersurat, dalam musim bersalji buleh kemalangan sebab jalan licin.
Alhamdulillah dia tak apa-apa. Kemalangan kecik ni berlaku kat Kampong Deredebi, Black Sea, 3 ari lepas masa dia nak balik Istanbul.

Zoom to Madinah.
"Bas panjang nak ke mana tu, Yob?"
"Back to Africa, Yong!"

Satu pagi teman nyongket-nyongket usyar kedai kat hotel-hotel, nampak rama haji dan hajjah Afrika dok berlonggok kat kakilima.
Sebab Yong kome ni kepoh banyak, teman pun gi dedekat nak tengok... Biase ler!

Sambe nengok sambe klik handphone teman. Seram gak, takut kena sergah dgn hajjah besor cam Oprah Winfrey nih.
Jeling kat teman dua macam!

Lazimnya kumpulan-kumpulan haji dari sesebuah negara akan nginap di hotel tertentu.
Haji-haji Afrika ni dok hotel sini.
Deme tengah nunggu bas...
(Ehh ada jer terselit haji dan hajjah Turki kat memana pun, tengok pada werne seluor haji dan kot hajjah tu!)

Weh deme bersiap nak balik dah!
Sibuk Mak Hajjah ni ngator dan urus barang dan satnika reta Makkah dan Madinah deme.
Yang sonok teman nengok, tiap Mak Hajjah ni sarat paka barang kemas aksesori yg deme beli di kedai-kedai bazaar di Makkah.
Amik berkat!

Sementara nunggu bas, deme sempat makan lagi.
Elok deme berkelubung seropa telekung hajjah Maleyzia.

Tu dia sarat reta yg deme kumpui dari Makkah lagi.
Idok teman tau deme ni balik naik belon kaa atau naik kapa. Teman pusing-pusing cari clue nak tau negara asei deme.
Teman nampak 'Ivory Coast'. Hmmm dari sana deme ni.
Deme cakap Perancis jer tau kalau dari Ivory Coast ni.

Orang Afrika ni kalau labun memang riuh-rendah.
Macam kat pasar!

Yang ni tak riuh-rendah.
Slow jer pergerakan.
Yalah orang kite,...dari Singapore.
Balik Geylang Serai ke Hajjah?

Buat penutup untuk siri perjalanan dan pengalaman teman melakukan ibadat haji yg tak teman sangka dapat dilakukan tahun lepas, tatapilah Baitullah yang indah ini.
Semoga teman dijemput lagi ke sana, InsyaAllah.
Sempat juga teman mendoakan utk sahabat-sahabat!
(Sesapa yg ada ninggalkan pesan kat teman dululah)

Selamat Tinggal kota yang dikasihi Rasullullah SAW.
Miker sangat indah dan mengujakan.
Ingin teman ziarah dan bersolat di sini lagi!

Jemputku lagi Ya Rabb!
Gule-gule, Ya Baitullah!
Sen cok guzel ve cok bereket.
Ben geliyor bir gun, InsyaAllah.

Meh sarapan ala-ala urban Turkish breakfast.
Kalau tak lalu, buleh skip!