Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label musim dingin di Turki. Show all posts
Showing posts with label musim dingin di Turki. Show all posts

Monday, May 21, 2012

MEROYAN HARI PANAS, MOH LAYAN SALJI DI KG DEREDEBI, TURKI!

Susu suam dari Kara Kiz


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Tengah meroyan ni...hari panah bebenor sejak 4-5 ari ni. Pasang erkon memanjang kang, bil letrik naik! Jadi nak kurangkan kepanasan ni, meh ler layan gambor-gambor sejuk yg teman rakam bulan Februari-Mac 2012.



Sebelah kanan tu sebahagian rumoh Mr T.
Ari tu teman nak gi ronda-ronda kampong belah ataih sikit.



Lebih kurang 50 meter berhenti jap.
Rumoh Mr T kat bawoh pulak.



Laman romah jiran.
Pokok nampak cam pokok dalam citer seram omputih!



Tengah teman terjenguk-jenguk, nampak sorang makcik melenggang-lenggok turun ke bawoh.
Cam kenei jer...



Ohhh...dia nih, si Emine ni, sepupu Mr T.
"Nak ke mana awak?" teman labun.
"Nak ke rumoh si-polan!" Emine jawab.
Teman gerenti dia akan dok pot-pet, pot-pet 2-3 jam baru balik rumoh. Musim dingin lazimnya orang kampong tak banyak koje, jadi nyongket dan lepak adalah aktiviti yg syiok...dok dalam dapur yg panas sambe mengait dan sok-sek!



Nilah rumoh si-polan tu.
Sunyi jer Kg Deredebi di musim dingin sebab setengah penduduknya dok di rumoh bandar di Akcakoca.
Musim bunga baru deme balik dok kampong sampa musim luruh!



Ni ladang hazelnut Mr T yg sebelah rumoh dia.
Masa ni bunga dah mula kuor.
Yang berjuntai-juntai tu...



Yang ni ran tempat pokok anggur.
Pokok nampak baru setahun dua jer.



Turun semola...



Salah sebuah pokok buah apa ntah.



Atap rumoh jiran...



Ladang hazelnut lagi...



Longgokan kayu api depan rumoh mertua.
Background pokok buah tin (fig kata omputih!)
Bismillahirrahmaanirrohiimm,
"Wattinii wazaituunn..."




Rumoh Mr T dirakam dari laman rumoh mertua.
Yang nampak jelas tu banglo Kara Kiz.



Udoh-udoh tu Karabas!
Tak buleh nyembah orang,...dosa!



Meh rase roti bakor sapu yoghurt manis dihiasi jem buah epal dan butter kampong!

Wednesday, May 16, 2012

MOH KITE GI SUPERMARKET ISTANBUL, MANA KE ROPANYE!


Gambor tertingge...troley Mr T : pirinc (beras), keju putih, domates, cili ijo, patlican, salad...


Penjual bawang dan kentang


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Tiap hari Ahad ada pazar Ahad dekat Basaksehir, Istanbul. Teman rajin pegi, kekadang dengan Mr T, kekadang sorang. Sama ada naik servis (perkhidmatan van percuma) atau ikut Mr T.



Ada masa terserempak penjual bawang dan kentang dalam lori.
Mr T beli ler dari dia. Beli secara guni ni normal di Turki.



Bawang putih atau sarimsak idok ler beli berguni, sekilo cukup ler..., kome ni pun!



Mr T hangkut 10 kg patates, 10 kg sogan dan sekilo sarimsak ke dalam keta. Teman rajin buat fries dgn kentang deme ni, manis.
Bawang deme pun manis bila dimasak.
Bawang dan kentang lebih muroh di Turki. Tapi jangan tanya bape rega, teman dah lupa!
Tahan ler 2 bulan!


Mr T tengah kaut beras.

Pastu kami nyinggah supermarket dulu, usyar rega. Kendian nyongket ke pazar Ahad, dedekat situ gak.
Bila dah banding rega baru beli.
Ada barang beli kat pazar, ada beli kat supermarket.
Mr T selalu kabor kat teman, banding rega dulu sebelum membeli.
Dia belanja berhemat!
(Teman berbelanja tak hengat!)



Kalau ada stesyen promo sample makanan, teman rajin ronda 2-3 kali, nak merasa dan makan sampai nak dekat kenyang!
Ni promo kofte...sedap yaa amat!
Sekali teman beli sepeket, teman jer yg ngulang masak.



Kat bahagian keju-meju Mr T akan tanya keju kat romah ada lagi ke dah abis.
Teman pun buat laporan lintas langsung: "Beyaz peynir (keju putih) tingge 2 inci, kasyar penir (cheddar) dah abis!"
Nanti dia pun order kat pembantu supermarket tu.
Teman perati jenih cam ner dia beli.
Lain kali taulah nak pilih yg mana.


Muka Mr T yg serabut...

Di musim dingin, Mr T jarang bercukur.
Sejuk dia kabor.
Bila dia tanya, "Saya mana ropa tak bercukur ni?"
"Ropa terrorist!", teman jawab.
Bila nak jumpa orang atau ada meeting baru dia bercukur!


Sekali tu, prang-prung-prengggg!!!!

Ada pelanggan terlanggor tempat candy dan satnika chewing gum.

"Alaaa tak tau, alakan tak tau! Sapa buat!" teman nyanyi-nyanyi dalam Bahasa Melayu.

Sapah pun tak faham so apa kisah!
Orang yg langgor buat-buat nak pungut tapi belahhh!
2 orang pekerja supermarket bergegas kutip dan susun.
Abih citer!



Ada satu kelainan kat Turki ni banding dengan kat Malaysia.
Pas bayor, sendiri masukkan barang-barang dalam plastik ya.
Jangan nak manja-manja!


Dah beli beras pun, teman idok masak nasi. Makan roti bakor atau sandwich bakor jer.
Pacepa (pasai apa)?
Ater...tak mandang gulai, rendang, sambe belacan, ulam mana buleh makan nasik, Yong!


Sambe sardin!

Teman rela makan roti jer berbulan-bulan dari makan nasi yg tak cukup syarat!
Tapi kalau roti bakor makan dengan sambe sardin...haaa itu baru heavens!
Tambah musim sesejuk masa tuh!

P.S Huh teman dah buang word verification tuh, nyampah kan?

Friday, May 11, 2012

AKTIVITI PAGI DI KAMPONG DEREDEBI, TURKI!

Ladang hazelnut Mr T dan romah sepupu dia Mostafa


Assalamualaikum dan Salam Bahagia di Hari Jumaat yang Mubareq,

Semoga kita semua mendapat rahmatNya.

Hari kedua teman jenguk ke tingkap, owhhhh...salji udoh turun, mungkin sejak semalamnya, dan masih turun...



Hmmm tengok ke bawoh, pokok-pokok bunga dan pokok cabai, serai (!) Kak Emine dah tak nampak. Serai penah teman bawok tahun lepas, musim dingin dia kecut ler.



Banglo Kara Kiz ada salji nipis ataih bumbung dia. Longgokan kayu api yg belum dikerat pun dah tak nampak...


He he...keta Mr T.

Semalamnya dia tepon Kak Emine kata tak nak balik Istanbul (dari Istanbul belah Asia, tempat dia koje), sebab salji tengah lebat, trafik jem, jambatan sesak, bla bla bla...
Perjalanan dr tempat dia koje ke Kg Deredebi 2 jam lebih jer.

Eleh cakap jer rindu kat teman. Baru satu malam tak jumpa...



Kawan Freelance (Freelance ntah ke mana nyongket) datang mintak makan.
Sian hewan-hewan di musim dingin ni, makanan korang. Teman bagi roti.
Ehh kenapa ada 2 pasang kasut orang jantan?
Ohhh teman paka (kasut itam Mr T yg memang ada kat tempat kasut), masa turun bawoh semalam...lufe!


Ni boiler dalam bilik ayor Mr T (master bedroom). Teman guna bathroom ni, yg paling dekat dgn dapor.
Kalau matahari tak de, solar panel kat bumbung tak dpt simpan tenaga utk panaskan ayor, jadi teman rajin pasang api kat sini sebab teman suka mandi, tak kiralah ari sejuk ke panah ke...
Owang Melayu kaaannn...

Bahanapi dari kayu hazelnut dan gozalak.

Gozalak ni pokok dia tumbuh bersepah kat kampong ni. Kita kat Malaysia buat hiasan, spray werne emas atau perak, boh kat pokok Krismas.
Sian kat kita kan!



Memola pasang mancis kat gozalak tu, cepat jer dia terbakor, pastu susun kayu api keliling dia.
Woooosshhhh, api pun nyala dgn gumbira!
Tutup pintu boiler ni, melimpahkan abu kang!


Kahvalti time.

Yang dlm kuali lepior tu kentang garut dgn daging, buat lempeng, menu baru Kak Emine. Teko 2 tingkat tu teko cay, teko yg rendah cay bunga. Teh bunga ni sekilo berpuluh-puluh ringgit, RM60 gitu!
Mujur kat kampong ada pokok dia, dpt minum free.
Lazim diminum di musim dingin, utk lawan selesema ke apa ntah!

Tambah satu gelas cay lagi...utk Mr T.

Kalau Mr T balik kampong, lazimnya teman gi tido romah mertua.
Mr T setuju dgn arrangement ni.
Teman yg arrange ha ha hah!


Mr T tunggu Kak Emine siapkan kahvalti.

Sementara tu deme sembang pasa hal-hal kuarga, lembu, hazelnut dan topik-topik yg sewaktu dengannya.
Kalau dia rasa perlu, dia tercumah (terjemah) kat teman.
Bahasa Turki sebut tercumah, maknanya ni bahasa Arab kot kita. pinjam.



Pas kahvalti teman dan Mr T turun tanah. Mr T nak tunjuk kat teman banglo baru Kara Kiz.
Ni pertama kali teman nak tengok romah baru Kara Kiz.



Tengok owang dah siap nak bekoje!
Ngape...tak caye?
Bekas putih tu ada gandum utk ayam. Si ayam-ayam pun ada bilik deme dlm banglo nih.

Ni anak Kara Kiz (perkenalkan pada pembaca baru Moh Kembara) dan cucu Kara Kiz, anak kepada Sari Kiz.
Emak dgn anak sama-sama gedik bunting dan beranak at the same time! Rasanya bofren deme sama... heeee sumbang mahram!


Lunch
Kak Emine buat salad kentang...kaler-kaler lagi.
Ada pembaharuan dlm menu Kak Emine kali ni.
Selalunya salad dia timun, tomato, timun, tomato, timun, tomato...!


Errr ni salad Melayu kat Shah Alam.
Boh kerang banyak-banyak...


...boh togeh, belacan sikit, kerisik sikit...gaul-gaul.
Kalah salad Turki!
Bukan nak lawan salad Kak Emine.
Tak menang deme. Tapi salad ni gerenti Mr T tak makan!
Makruh pada mazhab deme sebab ada natang kerang tuh!
Sila kome!

Wednesday, May 9, 2012

RUTIN PEPAGI BUTE DI KG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI!

"I'm dangerous..." Mr T penah labun.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Tengah rajin nak hapdet.
No such thing as Wordless Wednesday kat sini!
Tengah ari tadi Mr T tepon kata dia on the way ke Ankara. Nak jumpa Boss baru dia.
Aaarrggghhh dia nak koje luar negeri lagi!
Adeiiii, nak larang tak buleh Yob nih. Tapi jadi expat masyuk lebat, Alhamdulillah.
"I'm doing this for you!" dia selalu kata.
(Ok, pegi...pegi!)

Tapi awatlah selalu koje kat negara yg tak bape aman - bom sana, tembak sini, culik sana, berani mati sini!
Teman buleh doa tiap ari, tu jer.
Mr T ni tak takut semua benda-benda ni. Dah biasa pada dia. Maleh nak citer apa yg dia penah buat masa dia muda-muda dulu.
Buleh buat filem James Bond atau filem spy!



Bangun pagi mesti tengok tingkap. Ni masa trip pertama teman balik kampong Mr T tahun ni, dalam bulan Februari.
Matahari segan nak naik.
Nampak romah sepupu Mr T dan ladang hazelnut Mr T.



Bila cerah sikit, teman rakam gambor romah mertua seberang jalan. Tu bukan si Karabas kat gate tu, tapi mungkin sedara dia.
Teman pun "Syohhh, syohhh!" halo dia kuar.
Buat bodo kamu yek...


Tiap musim sejuk sini teman dan Kak Emine tido, bila Mr T tak baliklah. Teman tido bawoh, Kak Emine tido ataih sofa cum katil buleh lipat.
Sini paling panah, dlm bilik tido sejuk, dan kena pasang api soba!


Sementara Kak Emine gi banglo Kara Kiz utk peroh susu dia, teman masak ayor. Bila ngelegak, kalih teko cay tu ketepi sikit.
Rebuih telur 2 lai...


Bagian bawoh teko, ayor dia merenih, bagian ataih boh ler daun teh dan tuang ayor panah tu separuh.
Biorkan merenih lagi!


Susu semalam dan susu pagi ni dituang dlm poyok besor dan dimasak sampa meruap...


Sementara Kak Emine buat koje dgn susu tu, teman rolling meja kayu ni, lap dengan tuala basah dan boh 2 gelas cay...


Kak Emine potong roti yg dia bakor semalam. Kulit dia agak keras tapi belah dalam gebu jer.



Dia bakor roti utk teman.
Sayang kat teman tuuu!
Heee perasan!
Sapa yg tak kenei Kak Emine, Karabas atau Kara Kiz, gi selak entry dedulu yek!



Dia amik seketui beyaz peynir (keju putih kampong, dia sendiri buat dgn susu Kara Kiz) dari peti ais, potong-potong empat segi sebesor tauhu.
Ho ho kalau dibungkuih elok-elok dan dijual kat Giant atau Tesco, mau RM12-RM15 seketui tuh!

Nampak tu jari teman yg comey...nampak?

Masa roti tu panah-panah, teman sapu dgn butter kampong buat dari susu the lembus.
(Tima kasih Kara Kiz dan Sari Kiz!)

Deme kat sini roti dan telur rebuih main letak jer ataih meja, tak yah pinggan atau piring. Tu sebab sofra (meja makan) ni kena dibersihkan dulu sebelum makan.


Clockwise
: Dagin korban ditumih, sebab Yong Malaya suka makan dagin; jem buah tin; telur rebuih sebiji utk teman; beyaz peynir kampong; butter kampong; dan yoghurt manis kampong!
Sekali lagi, tima kasih Kara Kiz dan Sari Kizzzz!
Ehhh kat tengah madu asli kampong...of cozzz!


Nah tengok dedekat roti kampong dibakor, disapu butter kampong dan jem buah tin kampong.
Nilah dikatakan kahvalti atau sarapan Turki!
Syukur Alhamdulillah nikmat yg Dia beri pada hamba-hambaNya!



Close-up
jem buah tin (fig kata omputih!).
Sapa nyongket ke romah teman kat Shah Alam, merasa ler!
While stock lasts!