
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Tengah meroyan ni...hari panah bebenor sejak 4-5 ari ni. Pasang erkon memanjang kang, bil letrik naik! Jadi nak kurangkan kepanasan ni, meh ler layan gambor-gambor sejuk yg teman rakam bulan Februari-Mac 2012.

Sebelah kanan tu sebahagian rumoh Mr T.
Ari tu teman nak gi ronda-ronda kampong belah ataih sikit.

Lebih kurang 50 meter berhenti jap.
Rumoh Mr T kat bawoh pulak.

Laman romah jiran.
Pokok nampak cam pokok dalam citer seram omputih!

Tengah teman terjenguk-jenguk, nampak sorang makcik melenggang-lenggok turun ke bawoh.
Cam kenei jer...

Ohhh...dia nih, si Emine ni, sepupu Mr T.
"Nak ke mana awak?" teman labun.
"Nak ke rumoh si-polan!" Emine jawab.
Teman gerenti dia akan dok pot-pet, pot-pet 2-3 jam baru balik rumoh. Musim dingin lazimnya orang kampong tak banyak koje, jadi nyongket dan lepak adalah aktiviti yg syiok...dok dalam dapur yg panas sambe mengait dan sok-sek!

Nilah rumoh si-polan tu.
Sunyi jer Kg Deredebi di musim dingin sebab setengah penduduknya dok di rumoh bandar di Akcakoca.
Musim bunga baru deme balik dok kampong sampa musim luruh!

Ni ladang hazelnut Mr T yg sebelah rumoh dia.
Masa ni bunga dah mula kuor.
Yang berjuntai-juntai tu...

Yang ni ran tempat pokok anggur.
Pokok nampak baru setahun dua jer.

Turun semola...

Salah sebuah pokok buah apa ntah.

Atap rumoh jiran...

Ladang hazelnut lagi...

Longgokan kayu api depan rumoh mertua.
Background pokok buah tin (fig kata omputih!)
Bismillahirrahmaanirrohiimm,
"Wattinii wazaituunn..."

Rumoh Mr T dirakam dari laman rumoh mertua.
Yang nampak jelas tu banglo Kara Kiz.

Udoh-udoh tu Karabas!
Tak buleh nyembah orang,...dosa!

Meh rase roti bakor sapu yoghurt manis dihiasi jem buah epal dan butter kampong!