Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Sarapan Turki. Show all posts
Showing posts with label Sarapan Turki. Show all posts

Friday, January 4, 2013

MOH IKUT TEMAN SUSUP-SASAP LORONG ISTANBUL!

Assalamualaikum dan Salam Ceria di hari Jumaat yg berkat! Apa aktiviti lazim bila teman lepak di Istanbul? Salah satunya ialah ukur jalan. Dalam trip lepas teman lebih aktif berniaga, kena rajin ler nyongket cari barang, beli barang dan pos barang! Gambor ataih masjid Valide Sultan dan laluan trem di Aksaray.
Apartment Mr T terletak di Basaksehir, naik keta lebih korang 25 minit ke Fatih (kawasan pelancongan di pusat bandar), kalau naik bas antara 50-70 minit, tengok keadaan trafik. Teman ada 2 cara naik transport bas ni, naik bas 146B ke Eminonu atau naik bas 78B, turun separa jalan pastu kerabat trem ni.
Ni muzium pejabat pos, sebelah jer pejabat pos dalam bangunan zaman Roman ni. Pos Turki dah lebih 100 tahun umur dia. Tapi teman selalu tak sempat nyinggah...nak cepat mengepos!
Abis urusan mengepos barang, teman nyinggah salah satu restoren feveret teman, nama restoren kalau ditercumah "Restoren Kita"! Ikut ropa restoren, deko dan bangunan antik dia, kos tak mahal. Menu ropa ni lebih korang RM10-RM15 utk kahvalti sebegini. Lazimnya teman tambah lagi segelas cay, tambah lagi 1 Lira! (1 Lira= RM1.70).
Yang teman berkenan berkahvalti kat restoren ni lebih 3 kali dah ialah keramahan staf dia, deme rajin layan dan sentiasa tersenyum. Tengok ukiran kat tangga tu, kan teman kata antik!
Bahagian ataih restoren pun ada hiasan antik kat balkon dan tiang. Hiasan dalaman ni moden cuma stail antik tapi sebenornya restoren ni terletak di dalam bangunan lama zaman Uthmaniah jugak!
Kalau mengkome suka suasana luor atau nak merokok, boleh bersantap kat sini, tapi idok ler teman nak makan kat sini masa tu sebab cuaca dah sejuk.
Antara natang yg teman suka amik gambor ialah kedi ni. Deme ni bersepah-sepah di setiap lorong Istanbul tapi tak penah teman jumpa yg kurus, berpenyakit atau menagih dadah. Semua sihat dan gebu-gebu belaka!
Kalau teman naik bas 146B, lazimnya teman ke Grand Bazar ikut laluan lorong kecik. Pepagi orang tak berapa ramai jadi teman sempat memerhati suasana pekedai buka kedai dan mulakan biznes. Hok ni cara deme jue bawang putih. Seikat tu dekat sekilo - lebih korang RM17 sekilo. Mahei ke muroh kome weh?
Lorong-lorong menuju ke Grand Bazar ada beribu-ribu kedai, gamoknya. Ni lorong yg jue barangan permainan, stationary dan gula-gula serta coklat! Dalam kui 8 pagi pelancong tak ramai lagi! Tunggu lagi sejam yek!
Ada lorong yg banyak kedai jual trinkets - tasbih, gelang, rantai dan berbagai aksesori. Rambang mata nak pilih hok mana nak bagi anak-anak sedara! Ahhh lain hari boleh beli!
Sampai kat Misir Bazar atau Spice Market dlm bahasa Jawa, mesti ternampak bukit-bukit cili paste dan serbuk cili. Ada berbagai gred. Jeruk-meruk dan bahan-bahan kering pun banyak kat sini. Pekerja kedai melaung, "Esma, Esma!" Apa, ropa teman ni ada macam Mak Arab ke kome? Esma tu nama panggilan utk pelancong pompuan Arab ler!
Kalau kome peminat keju, kat Spice Bazar ni pun banyak, berbagai ropa dan gaya. Kome nak makan free, lalu depan gerai-gerai tu, tunjuk muka pelancongan kome tu, nanti deme offer ler sepotong. Kalau  lalu 10 buah gerai, kome boleh kenyang dah!
Jenuh tawaf beberapa lorong di luor bazar, pas solat zohor, teman pun nuju ke terminal bas. Tapi idok ler solat kat masjid Yeni Cami ni, sebab ramai bebenor pelawatnya. Tiap ari ntah berapa ribu kuar masuk, kuar masuk nak nganga tengok seni dan deko masjid. Teman solat kat salah sebuah masjid kecik kat luor bazar. 
Masjid kurun ke 15 ni (kalau tak silap) selalu jadi destinasi bergambor, filem ('Skyfall' yg terkini. 'Istanbul Aku Datang' ada ke shooting kat sini?), dan iklan. Ni sorang artis Turki sedang shooting utk sebuah iklan, kot!
Salah sorang peniaga tetap kat dataran masjid ni ialah pakcik penjual bendera - bendera Ataturk, Kelab bolasepak Galatasaray, Fenerbahce, Besiktas dan Harimau Malaya.......not!
"Aye makan anggur. Kome ada?"- si Yusuf.

Tuesday, June 5, 2012

SARAPAN SEGERA TURKI, FESYEN TURKI dan ZIARAH OLEH MULAN!

Sabor menanti kahvalti ku...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ni blog nyongket dan makan-makan dan extra...kalau Yob Ghombau jeles, gi main jauh-jauh!
Pada sesapa yg nak bercuti ke Turki tu, jangan ler segan-segan menerai streetfood deme.


Roti saja...

Di Turki, pihak bandaraya/majlis tempatan dan kementerian kesihatan amat strict dengan peraturan penyediaan dan penjualan makanan di restoran dan di jalanan atau meydan.
Ni lah ropa peniaga makanan yg guna keta tolak.


Sandwich

Koje ni lazimnya dibuat oleh para Yob-Yob. Kaum Yong tak penah teman jumpa guna keta tolak ni. Kalau ada kaum Yong pun, deme koje di restoren sebagai tukang masak atau pencanai roti.
Nak cari waitress pun susoh.
Gitu ler bangsa Turki menjaga anak-anak dara deme.
Tak buleh sangat deme jadi waitress atau pelayan tak tentu hala sebab menjaga adab dan modesty!



Ni peniaga kat luar Grand bazaar yg jual roti dan borek.
Untuk sarapan sandwich, deme guna roti ala roti Perancis, potong dua, pastu belah dan disumbat keju, salami dan salad.
Yang beli selalunya pekerja yg bawok gi pejabat atau tempat deme koje.



Semua jenis yg tak perlu masak, jadi ianya cold breakfast.
Rega anggaran RM2.00-Rm3.50. bergantung pd isi yg kome mintak.
Ni dibawoh lesen Majlis Perbandaran Fatih.



Tengok dedekat sikit.
Ada 3-4 jenis salami - daging lembu, ayam, yg ada lada itam etc. Kalau nak sayur, deme boh tomato, cili ijau dan timun.
Kalau nak jeruk zaitun pun buleh.
Bagi teman, idok bape gemor kahvalti gini sebab sejuk.
Teman suka ada sesuatu yg baru dimasak contohnya kentang goreng, telur goreng atau sucuk!

Jangan segan membeli kahvalti dari keta tolak ni - mengenyangkan, roti sedap, dan tak mahei!
Yang penting, deme bersih!
Mesti paka overall putih, sarung tangan gitu!



Bab fesyen pula.
Deme pangge moda. Ni salah satu fesyen tudung. Tapi teman tak penah nampak deme paka pun.
Gambor dr Facebook Tesettur Modasi.



Kita pun buleh buat tudung gini kan.
Tapi kena 2 lapih pulak.
Kalau musim sesejuk best paka moda gini!
Negara paneh cam Malaysia ni, haissyyy idok ler teman nak paka!
Gambor Facebook Tesettur Modasi.



Ni Lydia, kawan fesbuk teman.
Dia sedang memperaga rante teman reka dari renda dan batu aksesori teman beli kat Grand Bazaar.
Budak ni panda meregek, cun pulak!



Khamis lepas, sorang blogger cun dari Kerteh terokam ke flat teman siap bawok anak-anak.
Abang: "Bilalah mak kami nak berhenti berlabun ni?"
Adik: "Udoh, udoh ler tu mak...lapor nih!"
Blogger Mulan dah lama mengidam nak makan sucuk.
Jadi teman masaklah sucuk, pie kentang, spegeti dan buat ais-krin buah pauh.



Cecomey belaka demo nih!
Bila dah kenyang baru nampak senyum. Pastu teman hidang cekelet sudu yg deme teringin nar nak rasa.
Tu dia senyum sokmo!

Tima kasih Yong Mulan dan anak-anak yg sudi melapangkan masa lepak di flat teman...siap bawok cenderajantung limpa yg cantik molek. Haissyyy lupa nak amik gambor cenderalimpa tu.
Lain kali teman snap.
Kalau kome suka membaca kisah kaki nyongket dan orang suka makan, terjah ler blog Yong Mulan nih!
Nice meeting you and the kids, sis Mun!



Sebagai dessert, tapi bukan yg teman hidang kat deme tuh, saja nak share gambor buah stroberi dan berries yg baru dipetik dari belakang rumoh sorang kawan fesbuk, Puan Noreen Kartal.
Ni gambor dia teman guna dgn izin dia.
Dia pun kawin dgn Yob Turki dan dok menetap di Bursa.
Enjoyyyyy!

Wednesday, May 9, 2012

RUTIN PEPAGI BUTE DI KG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI!

"I'm dangerous..." Mr T penah labun.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Tengah rajin nak hapdet.
No such thing as Wordless Wednesday kat sini!
Tengah ari tadi Mr T tepon kata dia on the way ke Ankara. Nak jumpa Boss baru dia.
Aaarrggghhh dia nak koje luar negeri lagi!
Adeiiii, nak larang tak buleh Yob nih. Tapi jadi expat masyuk lebat, Alhamdulillah.
"I'm doing this for you!" dia selalu kata.
(Ok, pegi...pegi!)

Tapi awatlah selalu koje kat negara yg tak bape aman - bom sana, tembak sini, culik sana, berani mati sini!
Teman buleh doa tiap ari, tu jer.
Mr T ni tak takut semua benda-benda ni. Dah biasa pada dia. Maleh nak citer apa yg dia penah buat masa dia muda-muda dulu.
Buleh buat filem James Bond atau filem spy!



Bangun pagi mesti tengok tingkap. Ni masa trip pertama teman balik kampong Mr T tahun ni, dalam bulan Februari.
Matahari segan nak naik.
Nampak romah sepupu Mr T dan ladang hazelnut Mr T.



Bila cerah sikit, teman rakam gambor romah mertua seberang jalan. Tu bukan si Karabas kat gate tu, tapi mungkin sedara dia.
Teman pun "Syohhh, syohhh!" halo dia kuar.
Buat bodo kamu yek...


Tiap musim sejuk sini teman dan Kak Emine tido, bila Mr T tak baliklah. Teman tido bawoh, Kak Emine tido ataih sofa cum katil buleh lipat.
Sini paling panah, dlm bilik tido sejuk, dan kena pasang api soba!


Sementara Kak Emine gi banglo Kara Kiz utk peroh susu dia, teman masak ayor. Bila ngelegak, kalih teko cay tu ketepi sikit.
Rebuih telur 2 lai...


Bagian bawoh teko, ayor dia merenih, bagian ataih boh ler daun teh dan tuang ayor panah tu separuh.
Biorkan merenih lagi!


Susu semalam dan susu pagi ni dituang dlm poyok besor dan dimasak sampa meruap...


Sementara Kak Emine buat koje dgn susu tu, teman rolling meja kayu ni, lap dengan tuala basah dan boh 2 gelas cay...


Kak Emine potong roti yg dia bakor semalam. Kulit dia agak keras tapi belah dalam gebu jer.



Dia bakor roti utk teman.
Sayang kat teman tuuu!
Heee perasan!
Sapa yg tak kenei Kak Emine, Karabas atau Kara Kiz, gi selak entry dedulu yek!



Dia amik seketui beyaz peynir (keju putih kampong, dia sendiri buat dgn susu Kara Kiz) dari peti ais, potong-potong empat segi sebesor tauhu.
Ho ho kalau dibungkuih elok-elok dan dijual kat Giant atau Tesco, mau RM12-RM15 seketui tuh!

Nampak tu jari teman yg comey...nampak?

Masa roti tu panah-panah, teman sapu dgn butter kampong buat dari susu the lembus.
(Tima kasih Kara Kiz dan Sari Kiz!)

Deme kat sini roti dan telur rebuih main letak jer ataih meja, tak yah pinggan atau piring. Tu sebab sofra (meja makan) ni kena dibersihkan dulu sebelum makan.


Clockwise
: Dagin korban ditumih, sebab Yong Malaya suka makan dagin; jem buah tin; telur rebuih sebiji utk teman; beyaz peynir kampong; butter kampong; dan yoghurt manis kampong!
Sekali lagi, tima kasih Kara Kiz dan Sari Kizzzz!
Ehhh kat tengah madu asli kampong...of cozzz!


Nah tengok dedekat roti kampong dibakor, disapu butter kampong dan jem buah tin kampong.
Nilah dikatakan kahvalti atau sarapan Turki!
Syukur Alhamdulillah nikmat yg Dia beri pada hamba-hambaNya!



Close-up
jem buah tin (fig kata omputih!).
Sapa nyongket ke romah teman kat Shah Alam, merasa ler!
While stock lasts!






Monday, April 2, 2012

MUSIM BUNGA DI KAMPONG DEREDEBI, TURKI!

"Mengintai yaa, Freelance!"


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ujung minggu Tahsin dan kuarga balik Kg Deredebi ziarah mak dia, Kak Emine. Rioh ler sikit rumoh yg masa weekdays sepi dan sejuk. Cuaca pun sejuk sederhana, kan musim bunga ni.
Tengah hari ahad deme balik Eregli, teman tingge berdua dgn Kak Emine.
Kami tido kat mutfag (dapur) sebab sini panah.

Pepagi si Freelance dah tercongok kat tingkap mintak makan...



Ntah cam ner, Karabas dr rumoh mertua nampak teman, kejor nyusup bawoh gate.
Minta makan gak ler tuh!
Teman pun campak roti...ha ha haa dia terpaksa berebut dgn ayam-mayam!



Nilah ropa bunga pokok erik atau plum.
Erik kat sini ada 2 jenih - yg bunga pink buoh dia ungu gelap bila masak, yg bunga putih buah dia werne kunin.



Mungkin tak bape clear, bunga pokok plum yg satu werne pink, satu werne putih.
Banyak pokok erik kat Kg Deredebi ni sebab teman nampak bunga ni merata-rata!



Teman tolong halow lembu Kak Emine dan Nevin ke arah Sunga Deredebi. Kiri-kanan ladang hazelnut, pokok deme dah mula tumbuh dedaun ijo...



Ni ropa pokok hazelnut yg baru tumbuh daun baru...



Yang ni kebun sayor Nevin yg agak baru disemai seminggu lebih kot.
Ada sayor panjar, salad maru, pokok bawang dll.
Dalam 3-4 minggu buleh makan nih!



Di laman rumoh Mr T ada selonggok batang pokok hazelnut yg baru ditebang.
Nanti deme potong guna chainsaw dan simpan kayu api ni bawoh rumoh. Penggunaan kayu api sentiasa diperlukan tak kira musim.



Pagi tadi Nevin ajak teman ziarah tengok anak sepupu Mr T yg cedera kena sesuatu.
Teman tak bape faham apa deme cakap tp pemuda hensom tu (hensom tau, gambor ada...) luka kat dahi.
Ni si Nevin terserempak dengan bapak si Ahmet yg cedera tu dan si Tarzan!



Citer kami nyongket kampong nanti-nanti teman tulih.
Masa balik Nevin dgn teman susup-sasap dalam ladang dan kubur kuarga Mr T.
Teman nak tengok kubur tu, ziarah dan amik gambor.
Sempat posing tu.
Kat belakang tu rumoh Mr T.



Kahvalti
pagi Ahad, menantu Mr T si Fatma dan anak Fatma yg amat nakal si Bahri Can.
Ada 2 jenis peynir (keju kampong), madu, rece celik (jem strowberi), kentang dan kofte goreng dan home-made ekmek...tapi budak kecik ni jerit nak "Yumurta, yumurta!"
Dia nak telur daa.
Mujor ada ayam kampong Kak Emine yg selalu bertelur!