Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label aiskrim buat sendiri. Show all posts
Showing posts with label aiskrim buat sendiri. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

SARAPAN SEGERA TURKI, FESYEN TURKI dan ZIARAH OLEH MULAN!

Sabor menanti kahvalti ku...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ni blog nyongket dan makan-makan dan extra...kalau Yob Ghombau jeles, gi main jauh-jauh!
Pada sesapa yg nak bercuti ke Turki tu, jangan ler segan-segan menerai streetfood deme.


Roti saja...

Di Turki, pihak bandaraya/majlis tempatan dan kementerian kesihatan amat strict dengan peraturan penyediaan dan penjualan makanan di restoran dan di jalanan atau meydan.
Ni lah ropa peniaga makanan yg guna keta tolak.


Sandwich

Koje ni lazimnya dibuat oleh para Yob-Yob. Kaum Yong tak penah teman jumpa guna keta tolak ni. Kalau ada kaum Yong pun, deme koje di restoren sebagai tukang masak atau pencanai roti.
Nak cari waitress pun susoh.
Gitu ler bangsa Turki menjaga anak-anak dara deme.
Tak buleh sangat deme jadi waitress atau pelayan tak tentu hala sebab menjaga adab dan modesty!



Ni peniaga kat luar Grand bazaar yg jual roti dan borek.
Untuk sarapan sandwich, deme guna roti ala roti Perancis, potong dua, pastu belah dan disumbat keju, salami dan salad.
Yang beli selalunya pekerja yg bawok gi pejabat atau tempat deme koje.



Semua jenis yg tak perlu masak, jadi ianya cold breakfast.
Rega anggaran RM2.00-Rm3.50. bergantung pd isi yg kome mintak.
Ni dibawoh lesen Majlis Perbandaran Fatih.



Tengok dedekat sikit.
Ada 3-4 jenis salami - daging lembu, ayam, yg ada lada itam etc. Kalau nak sayur, deme boh tomato, cili ijau dan timun.
Kalau nak jeruk zaitun pun buleh.
Bagi teman, idok bape gemor kahvalti gini sebab sejuk.
Teman suka ada sesuatu yg baru dimasak contohnya kentang goreng, telur goreng atau sucuk!

Jangan segan membeli kahvalti dari keta tolak ni - mengenyangkan, roti sedap, dan tak mahei!
Yang penting, deme bersih!
Mesti paka overall putih, sarung tangan gitu!



Bab fesyen pula.
Deme pangge moda. Ni salah satu fesyen tudung. Tapi teman tak penah nampak deme paka pun.
Gambor dr Facebook Tesettur Modasi.



Kita pun buleh buat tudung gini kan.
Tapi kena 2 lapih pulak.
Kalau musim sesejuk best paka moda gini!
Negara paneh cam Malaysia ni, haissyyy idok ler teman nak paka!
Gambor Facebook Tesettur Modasi.



Ni Lydia, kawan fesbuk teman.
Dia sedang memperaga rante teman reka dari renda dan batu aksesori teman beli kat Grand Bazaar.
Budak ni panda meregek, cun pulak!



Khamis lepas, sorang blogger cun dari Kerteh terokam ke flat teman siap bawok anak-anak.
Abang: "Bilalah mak kami nak berhenti berlabun ni?"
Adik: "Udoh, udoh ler tu mak...lapor nih!"
Blogger Mulan dah lama mengidam nak makan sucuk.
Jadi teman masaklah sucuk, pie kentang, spegeti dan buat ais-krin buah pauh.



Cecomey belaka demo nih!
Bila dah kenyang baru nampak senyum. Pastu teman hidang cekelet sudu yg deme teringin nar nak rasa.
Tu dia senyum sokmo!

Tima kasih Yong Mulan dan anak-anak yg sudi melapangkan masa lepak di flat teman...siap bawok cenderajantung limpa yg cantik molek. Haissyyy lupa nak amik gambor cenderalimpa tu.
Lain kali teman snap.
Kalau kome suka membaca kisah kaki nyongket dan orang suka makan, terjah ler blog Yong Mulan nih!
Nice meeting you and the kids, sis Mun!



Sebagai dessert, tapi bukan yg teman hidang kat deme tuh, saja nak share gambor buah stroberi dan berries yg baru dipetik dari belakang rumoh sorang kawan fesbuk, Puan Noreen Kartal.
Ni gambor dia teman guna dgn izin dia.
Dia pun kawin dgn Yob Turki dan dok menetap di Bursa.
Enjoyyyyy!