Assalamualaikum dan Salam Hormat,Gomen Turki pimpinan Encik Tayip Erdogan berusaha untuk "menurunkan kadar faedah dan inflasi" dan pada jangka masa panjang bertujuan menurunkan kadar faedah pada paras sifar.Beliau berucap demikian dalam satu kongres umum anjuran persatuan perdagangan dan industri atau TUMSIAD."Kami berusaha menurunkan kadar faedah pada jangka masa panjang supaya rakyat meningkatkan pendapatan mereka melalui kerja keras, bukan melalui untung faedah," kata Erdogan. Gomen beliau pada akhirnya akan cuba menyelaraskan kadar faedah dan kadar inflasi pada paras yg sama.Bercakap kepada ahli-ahli perniagaan Turki, beliau menjelaskan sejak gomen bawah parti AKP memerintah, Turki mengalami peningkatan ekonomi yg menggalakan. Pada tahun 2002 jualan kereta di pasaran tempatan adalah hanya 96,000 buah. Kini lebih setengah juta kereta dijual. Manakala lebih ramai pelancong datang ke Turki pd suku tahun pertama iaitu 3.6 juta orang pelawat berbanding dengan 2.6 juta orang tahun lepas. Ini kerana kestabilan ekonomi dan politik sejak di bawah pentadbiran AKP, tambah beliau.Weh...PM negara sekular dah kata jangan makan riba. Tak disebut ianya haram. Nanti jadi fitnah. Silap-silap kena guling!
Err...PM negara Islam kita tak nak ke ajor rakyat jangan makan riba?Sumber dari HurriyetOnline.com
Nyongket Dengan Mursel Part I
Selamat pagi Mursel.
Moh bersiap, kita nak gi kampong Ana Anne (nenek belah emak), dengor orang baca Yaasin.
Mak Mursel, Pinar, isteri kepada Ilker (anak sedara Mr T) sibuk siapkan Mursel dengan kemeja long-sleeve. Cam nak gi pejabat!Pinar ni orang Akcakoca, Ilker pun tingga di Akcakoca masa bujang, di apartment mak dia. Bila dah kawin, duduklah deme laki-bini di apartment ni. Teman kalau ngelewor ke Akcakoca (15 minit dari Kg Deredebi), akan tido 2-3 malam di apartment Ilker dan 2-3 malam di apartment Alper tak jauh dari blok deme.Ilker amat sayangkan teman sebab dia tengok mak dia, si Nevin, sayangkan teman. Kekadang dia berebut dengan isteri Alper ajak teman tido rumoh deme. Lantok kome!
Masa teman lepak kat rumoh Ilker ni, musim dingin. Jadi kekanak kena dipakakan baju berlapih-lapih macam kuih lapih. Bukan senang pakakan baju kat baby, deme rimas dan runsin. Kaki dan tangan bergerak sana-si ni sambe baby tu jerit-jerit tak suka!Baby kenit ni pun nak dipakakan suor denim. Tapi elok tebal pun.
Pastu balut dengan vest bulu yg teman yakin telah dikait sendiri. Bila dah siap paka semua, baru nampak ceria sikit Mursel ni.
Pas hangkut satnika botoi, lampin, tuala, putin, dan seumpamanya, Mursel kena balut lagi - dengan cap bulu yg teman gerenti Ana Anne dia kait; baby coat dan last sekali dengan baby blanket! Tu gamoknya di negara sejuk deme pangge baby "a bundle of joy"!
Memang macam bundle pun!
Bundle ni diusung dalam lift dan diletak dalam stroller yg ada cover plastik. Ni nak elakkan angin sejuk. Mursel ni cam Helime Baba Anne dia, boh dalam stroller dia tak bisin. Dia tau nak gi nyongket ni.
Cuaca pagi tu amat cantik - mentari cerah. Mursel nampak selesa dan diam.
Teman, Pinar dan Ana Anne Mursel jalan perlahan ke arah pinggir bandar Akcakoca. Antara tempat kami tempuh ialah tanah perkuburan. Seperti teman penah tulis dulu, tanah wakaf di Turki cam taman - elok berjaga.
Beberapa kubur yang paling dekat dengan jalan. Tanah wakaf dengan blok apartment deme ni lebih korang 200 meter.
Bila kami masuk ke jalan kampong, teman nampak banyak ladang hazelnut. Kalau ada tanah kosong, mesti deme tanam pokok ni. Belakang blok Alper pun ada orang kampong tanam pokok hazelnut.
Salah sebuah rumoh kampong. Teman agak rumoh ni dibina mungkin tahun 70an.
Perlahan-lahan kami nyusur jalan kampong. Sebenornya agak jauh gak kami menapak ni - ada 3 km gitu. Mungkin sebab cuaca dingin, tak terasa penat. Mursel tak buat sebarang bunyi. Dia terlena kena ayunan stroller tu.
Dreber treler biru tu ada menegur kami dan tanya nak numpang ke?
Mak Pinar kata, "Tak per, tima kasih!"
Sambe berjalan, kedua beranak ni pot-pet, pot-pet. Mak Pinar datang dari daerah Laut Hitam yg agak jauh jugak. Putih orangnya. Pinar tak bape putih, warna kulit cerah sikit dari teman, berambut hitam berkilat.
Sampai satu peringkat, agak membukit gak jalan ni.
Kendian kami tempuh banyak rumoh-rumoh orang kampong. Seperti biasa, bila cuaca cerah cam ni, gemor sangat kaum ibu menjemur satnika mende yang patut dijemur."Nak kemana tu?" ablah tu tegur."Nak gi romah sipolan dengor baca Yaasin!" jawab mak Pinar."Tu sapa..." dia maksudkan pompuan Malaya ni."Yengge kami," jawab Pinar. Yengge tu mak sedara."Hosgeldeniz!" pompuan gempal tu kata 'Selamat Datang' kat teman.Teman amik gambor dia. Cepat-cepat dia perbetulkan skaf dia.To be continued...
Bila teman di rumoh Pinar, dia melayan teman sebaik Ilker melayan teman. Mungkin Ilker dah ajor kat dia supaya melayan teman sebaik mungkin. Walaupun dia sibuk urus rumoh dan baby Mursel, idok dia biorkan teman buat koje. Kecuali teman offer nak tolong. Bila malam waktu tengok TV, mesti ada snack dan cay panas. Ilker akan sibuk menambah cay teman dan tanya nak makan apa lagi.
Kalau dok dengan Ilker, teman banyak makan vegeterian sebab Ilker cam Uncle T dia, kurang makan daging. Deme ni asyik baham sayur dan roti dan bahan tenusu. Tapi mak oii...Ilker ni lebih tinggi dari Mr T, rasanya dia ni 190 cm!
Meh baham sayur kome...
Assalamaualaikum dan Salam Ceria,
Hah baru dapat nulis ari ni. Balik dari kampong semalam bekejor sana-sinun fotostat satnika dokumen dan amik gambor. Kawan minta semua tu sebab teman nanti nak menyongket, tapi lambat lagi, InsyaAllah kalau diizinkanNya.
Baca satu laporan pasa sebuah kelab ragbi di Istanbul namanya Istanbul Ottomans. Sebenornya sukan ragbi di Turki idok ler femes dan popular...deme baru nak berjinak-jinak dgn sukan ni. Orang jantan Turki lebih gemor bolasepak.
Kelab Istanbul Ottomans ni baru ditubuhkan dalam tahun 1999 dan kebanyakan pemainnya ialah orang Turki yang penah dok luor negeri. Deme yang mempelopori sukan ni. Adalah beberapa kelab tempatan kat sana tapi satu jer yg main kat peringkat antarabangsa iaitu Istanbul Ottomans.
Bila deme ke luor negara, para pemain kelab ni akan pakai fez atau tarbus sebagai sebagian dari uniform deme. Masa main, idok ler deme paka mende ni. Tak tau pulak deme ni terer ke main ragbi. Tapi yang pasti tarbus deme ni menarik. Kalau ada dari kome minat nak beli atau pakai tarbus, buleh cari di Grand Bazar, Istanbul.
Sumber berita dan gambor dari Today's Zaman
Kali ni nak citer pasa cucu sulung Mr T, nama dia Ertugrul Hamza, anak Tahsin. Sekarang umo dia 11 tahun. Ni gambor teman amik masa musim dingin bulan Januari 2010. Masa tu Ertugrul cuti sekolah 2 minggu dan datang ke Basaksehir lepak dengan nenek Turki dan nenek Malaya dia dan Mr T.
Beberapa ari pas dia sampai salji turun agak lebat - 3 ari 3 malam non-stop. Apa lagi, dia dan Helime Baba Anne main salji ler. Tapi teman main memalam, segan jiran tengok. Tapi ropanya ada gak orang dewasa yang menggelonsor atas salji, cuma deme main dengan anak-anak, konon. Cover, cover...
Awal tahun lepas Ertugrul masih banyak ragam anak-anak dia. Bila dia moody, siap bertempik dan merampus. Teman memang fedup dengan dia kalau dia merampus. Kekadang dia OK.
Tapi bila teman ziarah akhir tahun lepas ke Eregli, dia dah nampak kurus sikit dan tinggi. Memola dia cakap kat teman bila sampai kat apartment deme:" Helime Baba Anne nak minum kahve?" (dia speaking Turkilah)
Bior betoi budok ni!
Tahun lepas perangai cam badak tak dapat mengawan, tapi ujung tahun dah panda buat kopi! Tahsin senyum bila teman nampak keran. Memang dia buleh buat kahve, ikut proses yang betul dan lazim (style Turki ler) dan siap hidangkan kat teman.
Bila rasa kopi Turki dia, 'cayor'. Tak per ler, dia dah buleh buat koje dapur.
Dia kekadang mau meneman mak sedara gi ke pazar beli-belah, kalau dia ada mende nak beli. Yang tak best jalan dengan Ertugrul ni, dia jaga teman, tak kasi ngelewor, takut hilang dia kata. Sejak umo 8 tahun lagi, bila kami kuor ke pazar/bandar, dia akan pimpin tangan teman dan jaga keselamatan Baba Anne dia ni.
Tak tau ke Helime Baba Anne dia dah pusing satu Malaya sorang-sorang!
Sekarang mudah ajak dia teman ke mana-mana, kalau dia tak der urusan. Teman ajak gi tengok Sungai Deredebi, dia mau ikut dan bergambor. Ni masa musim dingin tahun ni. Masa ni dia kabor kat teman, "Sekarang ikan tak banyak, tapi musim panas ikan banyak dan besar-besar!"
OK, noted!
Gambor ni dirakam bulan Februari tahun ni. Teman buleh ramal kalau jumpa Ertugrul ujung tahun ni (kalau teman gi sebelum akhir tahun ni, InsyaAllah) atau awal tahun depan (tengok arahan dari Mr T), mesti dia dah sama tinggi dengan teman!
Sekali tu teman menginap buat kali kedua di rumoh Tahsin, malamnya Ertugrul menyiapkan tempat tido. Dia amik cadar dan bantal dari lemari bilik.
Ni sebenornya sofa di salon (sitting room). Kebiasaannya sofa di salon di rumoh orang Turki buleh dibuka jadi katil bila diperlukan. Jadi salon buleh jadi extra bedroom kome, normal ni di Turki, baik rumoh kampong mau pun rumoh di bandar.
Elok jer si Ertugrul menyusun bantal dan menghias katil segera ni. Cermat dan kemas. Ada gaya koje housekeeping kat otel!
Kendian sekali dia bentang yorgan atau selimut. Ni sebenornya katil untuk Helime Baba Anne dia. Panda cucu teman ni buat koje rumoh tangga.
Sebenornya, kekanak Turki biasa nengok mak-mak deme buat koje yang sama saban ari, deme tau cam ner koje tu dijalankan. Deme tiru exactly cam ner koje tu mak deme buat!
Ertugrul bersama-sama Baba dia Tahsin, anak tiri teman yg sulung. Tahsin banyak mengajor Ertugrul bagaimana berinteraksi dengan ahli kuarga lain dan perkara-perkara fundenmental. Contohnya satu malam Ertugrul dan teman gi satu supermarket . Teman nak beli coklat tapi Ertugrul kata jangan.
"Baba kata jangan beli kat sini sebab tempat ni ada jual arak!" citer dik Ertugrul.
Sebenornya teman dah dengor mende ni dari Mr T yg penah bagitau teman dia tak suka gi supermarket ni sebab ada jual alkohol. Dia ajor anak-anak dia mende yang sama, dan anak-anak dia ajor kat cucu-cucu dia pulak. Alhamdulillah!
InsyaAllah pada musim panas tahun ni Ertugrul akan dapat adik lelaki. Teman rasa dia dan Sule akan jadi abang dan kakak yang baik sebab deme cam tak sabor tunggu mak deme melahirkan. Bertambah lagi cucu teman weh...
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Teman sakit pinggang arr. Dok lama sangat dalam bas.
Nyongket ke Kuantan ada aktiviti seni dan budaya Melayu 3 malam. Pastu cabut ke Bandar Muadzam lepak 4 malam di rumoh ex-housemate.
Semalam balik naik bas tapi bas tak lalu hi-way, tapi lalu jalan kampong. Teman suke!
Kat Kole Pilah drebar berhenti kat gerai kampong tepi jalan. Nampak cam Ok, bukan cam restoran kat tepi jalan kat Tapah tu. Ni gerai orang kampong punya. Siap deme bina tandas, bersih gak.
Nama gerai yang kami singgah 'Lomang Apak' tapi tak der pulak deme bakor lemang. Bukan arinya kot atau belum dimasak.
Seberang jalan ada tanah wakaf. Dari jauh nampak bersih dan berjaga. Ni pertama kali teman nampak tanah wakaf orang Islam yang dijaga rapi. Ahhh...mungkin sebab tepi jalan raya, mudah bagi waris nak ziarah dan bersihkan. Lazimnya tanah wakaf ni nuuun...jauh dalam semak belukar, Uncle Seeker pun takut nak gi masuk!
Deme ada jual pisang goren. Teman beli RM2...banyak gak. Ada lagi belen dalam peti ais teman. Petang nanti nak heat up, buleh buat minum petang dengan teh panas!
Sorang Yob tengah perbetoikan kayu utan. Buat pe ni? Haa...ropanya di Nogori 9 ni femes dengan daging smoked - daging lembu salai, daging puyuh salai, daging itik salai dan ikan keli salai!
Ni Yob yang menyalai dan memperasapkan daging pelbagai tu. Teman banyak tanya itu ini, sabor jer dia layan Yong ni. Teman tanya kayu apa dia guna. Kalau resepi barat, deme guna kayu tertentu untuk salai atau grill, nak bagi bau kayu yang harum pada daging.
Ropanya ada gak kayu yang beracun, kata Yob baju meroh ni. Kome jangan pepanda guna sebarang kayu nak buat Barbeque kambens ke misalnya...
Bahagian ayam yg sedang kena perasap dik kayu utan tu. Kena asap bara jer, tak der api yang meliang-liuk!
Teman biasa nengok itik panggang kat restoren Cina.
Nilah pertama kali teman nengok itik salai yang terkangkang dijual oleh orang Melayu. Buruk bebenor ropanya...idok ler teman berselera nak melinyer!
Cun kan...err... itik tu?
Segerombolan ikan keli yang dah kering kena asap. Ni mungkin kena fogging sejak dari semalam!
Beberapa ekor burung puyuh sedang santai kena fogging. Teman lupa nak tanya bape lama diletak atas grill tu sebelum digantung kena smoking pulak. Tapi yang teman dapat nengok, yang digantung semuanya kaler dah malap dan kelam.
Ada beberapa keping daging lembu batang pinang yang masih agak merah tergantung. Ni jer yang berjaya menggoda teman. Teman idok nak beli yg dah kelam dan malap kena asap. Teman bukan perokok!
"Bape ni?", teman tanya.
"RM35 sekilo," kata Yob baju meroh.
Teman pilih 2 keping. Deme timbang 270 gram. Kena RM10. Ada extra pulak tu. Hah...nanti buleh makan daging salai Kole Pilah!
Citer kat Istanbul pulak. Satu ari teman gi Eminonu nak shopping. Sebab jatuh pada ari Jumaat, dapat teman usya Yob-yob Turki berebut nak solat jumaat...atas sokak. Bukan takder surau atau masjid, tapi kalau yang dekat surau ni, cepat penuh sebab surau kecik.
Banyak surau dan masjid di keliling Grand Bazar ni, tapi selalu penuh.
Sementara nunggu orang jantan solat, yang tine dok tunggu diluor surau. Nanti abis deme berjemaah, kami yang tine akan masuk pulak.
Kebanyakan yang solat atas sokak ni pekerja dan pembeli yang keja berdekatan kedai/gerai di sekitarnya.
Berebut deme menyusun sejadah dan mulakan solat sunat. Ada gak pelancong asing yang amik gambor deme ni. Heran deme nengok orang Islam solat atas jalan!
Masa ni tengah dengor khutbah. Ropa-ropanya ada 2 buah surau dekat sini. Ada 2 kumpulan jemaah kat atas jalan ni. 1 ikut khutbah surau yang dekat luor, satu kumpulan ikut khutbah yang surau kat dalam sikit.
Memola nampak semua solat sama serentak.
Sekali tu kami nampak, Yob yg kot labuh ni tak ikut imam yang surau di dalam sebaliknya dia ikut imam yang surau belah luor. Jadilah cam orang solat berimamkan dua imam!
Ni lah pemandangan yang lumrah kita tengok di luar Grand Bazar, Istanbul, tiap ari jumaat. Sekular ke tak sekular Turki ni, syiar Islam tetap bersemarak...kome jangan riso!
Abih, kome ingat Malaysia ni negara Islam ke?
Think again...
Meh makan tengah hari berlaukkan ikan hamsi yang hanya buleh ditangkap sewaktu musim dingin. Yang bergulung warna ijo gelap tu, itulah dolma...resepinya cam dalam entry teman semalam. Meh kome makan...
P.S Err...esok teman nyongket balik kampong 3-4 ari ye. Entry rehat ler sepanjang teman di kampong nanti. Sian flat teman, selalu kena tingga!
P.S Yong Dangarumbia tolong contact email teman dan tinggalkan nama penuh dan alamat romah, nak antor hadiah teka-tikam nih!
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Kapten dan pemain Kelab Fenerbahce berasal dari Brazil, Alex de Souza, telah menyatakan hasratnya menjadi warga Turki ketika bertemu PM Erdogan.
Kelmarin Erdogan telah menerima kehadiran pemain tersebut dan Presiden Kelab utama Istanbul tu di pejabat Perdana Menteri. De Souza sendiri menyuarakan hasratnya kepada Erdogan. Perdana Menteri Turki tersebut dengan seloroh bertanya sama ada De Souza udah pilih satu nama Turki. Dalam pertemuan tersebut De Souza menghadiahkan 4 helai jersi Kelab Fenerbahce kepada Erdogan.
Walaupun jika memperolehi kerakyatan Turki, De Souza tidak boleh bermain untuk Turki kerana dia telah bermain untuk Brazil. De Souza telah bermain dengan kelab Fenerbahce sejak tahun 2004 dan telah score lebih 100 gol. Peraturan dalam liga bolasepak Turki, setiap kelab boleh sign 10 orang pemain asing dalam satu musim dan hanya 6 orang pemain impot boleh bermain di padang dalam satu game.
Setakat ini, Fenerbahce menduduki tangga kedua dalam liga bolasepak Turki musim ini.
Ari ni nak kongsi resepi cam ner nak buat yaprak dolma, atau dolma daun. Kome buleh guna daun anggur (hah...tak der pulak!), daun panjar (pun tak der kat malaysia) atau daun kobis, hah...yang ni buleh!
Bersihkan daun ni dan celur. Jangan sampai bonyeh atau lembik tau. Kat atas ni gambor daun panjar yang buleh ditanam dalam musim dingin. Kalau musim panas deme suka guna daun anggur.
Untuk inti dolma, kome kena chop bawang besor, banyaklah juga. Tumis bawang tu sampai lembut.
Pastu masukkan beras. Tapi di Turki deme guna beras yang seakan pulut, guna beras Malaysia buleh tapi tak kenyallah kecuali kome guna beras pulut. Masukkan beras dan kaco lebih korang 4-5 minit. Kendian masukkan ayor tapi jangan banyak. Sekadar bagi beras tu separuh masak jer. Tutup periok dan biorkan ayor kering.
Hiris daun sup atau daun ketumbar. Suka ati kome nak yang mana. Angkat nasi dari dapur. Tabur hirisan daun dalam nasi separuh masak tadi. Gaul rata.
Amik sehelai daun anggur/panjar/kobis. Kalau besor potong atau kerat dua. Boh sesudu kecik nasi dalam daun, pastu gulung cam kome gulung cerut. Tak penah gulung cerut? Laa...tak penah hisap cerut ke!
Ok, gulung cam kome gulung popiah tapi janganlah gedebab besornya, halus jer cam Kak Emine buat ni.
Ni ropa kalau dah siap digulung, panjang lebih korang 2 inci/2-3 cm.
Masukkan dolma yang dah siap ni dalam periok, tabur dengan bawang yang dihiris kasar. Curah ayor bancuhan tomato puri. Tabur garam sesudu ke. Ha.. ha..teman main agak-agak jer ni!
Tuang ayor dalam periok ni agak-agak separuh periok. Ayor sikit tu untuk steam nasi yang dah separuh masak tadi, tutup periok dan masak atas api sederhana dalam 20 minit. Ha..ha..teman main agak-agak lagi!
Dolma ni kira menu istimewa gak, bukan dibuat selalu. Kalau kome rasa inti Kak Emine ni cam boring jer, kome buleh boh daging cincang dalam nasi tu. Tumis dulu daging tu. Orang Malaysia kan kreatif dalam bab-bab makan nih!
Tu kalau dok dengan deme, asyik-asyik makan sayur. Rasa sekerabat dengan Kara Kiz dan Fistig pulak (lembu-lemu Kak Emine dan Nevin). Bila balik Istanbul, teman pekena ayam/daging/lamb dan salami tiap ari. Rasa cam cannibal pulak!
Mr T tak bape suka makan daging jadi teman kena selalu mereka salad berbagai ropa dan rasa. Nanti dia puji "Wonderful!"
Meh kome...!
Keputusan Teka-Tikam 'Apa Itu Hamam?'
Teman pilih jawaban blogger Dangarumbia kerana penerangan dia lebih detailed.
Tahniah!
Yang lain buleh try lagi! Yong Danga...meh bagi alamat dan nama penuh ke hellibra2@hotmail.com