Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label salad. Show all posts
Showing posts with label salad. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

IKANG GANU, IKANG TURKI...SEDAK-SEDAK BELAKE!

Yusuf T

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Next trip teman ke Turki, teman akan jumpa cucu tiri teman ni di Akcakoca, tak lagi di bandar Eregli.
Anak tiri yg bongsu, si Alper Talip, pun dok di Akcakoca.

Tahsin mendukung Yusuf; dan Ertugrul dan Sule di apartment baru deme.

Anak tiri teman yg sulong si Tahsin udoh siap apartment bertingkat dia. Nun tingkat 5 di bandar Akcakoca.
Naik tingkat ataih boleh nampak Laut Hitam/Karadeniz.



Masa kami check apartment baru ni hari dekat senja.
Nampak Karadeniz tenang.
Ada 5 bilik tido, 2 ruang tamu dan ntah bape biji bilik ayor teman tak ingat.
Yang teman tau apartment deme ni tak jauh dari pusat bandar dan laut!
Kalau musim sejuk, gerenti tak boleh bukak pintu balkon ni, angin kuat dari laut!



Ni esplanade bandar Eregli, tempat deme tingge dulu.
Dulu Mr T koje di Eregli. Banyak bot nelayan dan kucin kat sini.
I'm going to miss this esplanade.




Patung Herkules pun tingge kesejukan.
Sapa suruh tak paka baju!



Lalu sepanjang esplanade ni boleh tengok bot, kucin dan burung camar.



Lepak-lepak makan koci.
Masa ni musim masih agak sejuk, tak rama orang jalan-jalan.



Teman penah nyinggah satu restoren seafood; sebelum ikan siap, deme hidang salad bawang!



Teman order gak kalamari goren...sotong ler!
Susoh nak dapat sotong sebab deme tak makan, jadi deme jarang jue!



Di ataih meja ada cuka delima (sedap kome), minyak zaitun, cuka lemon, garam dan lada itam.
Kat Malaysia boh kicap dan sos jer!



Opppsss...salah sekor kawan baru yg teman jumpa masa teman ronda-ronda kat esplanade tu.
Sombong, takmo tengok muka teman!



Ni pung ikang, kepuk ikang Ganu!
Ada 4 jenih teman beli nak bawok Istanbul...



Ni ikang goreng kat rumoh Alper.
Gemor bebenor temang ikang demo tuh.
Aisey...baru balik Ganu kecek Ganu sokmo!



Meh makan ikan hamsi dengan roti panas-panas, mehhhh kome!

Thursday, April 21, 2011

Alex De Souza Minta Jadi Rakyat Turki...Moh Buat Dolma!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Kapten dan pemain Kelab Fenerbahce berasal dari Brazil, Alex de Souza, telah menyatakan hasratnya menjadi warga Turki ketika bertemu PM Erdogan.

Kelmarin Erdogan telah menerima kehadiran pemain tersebut dan Presiden Kelab utama Istanbul tu di pejabat Perdana Menteri. De Souza sendiri menyuarakan hasratnya kepada Erdogan. Perdana Menteri Turki tersebut dengan seloroh bertanya sama ada De Souza udah pilih satu nama Turki. Dalam pertemuan tersebut De Souza menghadiahkan 4 helai jersi Kelab Fenerbahce kepada Erdogan.

Walaupun jika memperolehi kerakyatan Turki, De Souza tidak boleh bermain untuk Turki kerana dia telah bermain untuk Brazil. De Souza telah bermain dengan kelab Fenerbahce sejak tahun 2004 dan telah score lebih 100 gol. Peraturan dalam liga bolasepak Turki, setiap kelab boleh sign 10 orang pemain asing dalam satu musim dan hanya 6 orang pemain impot boleh bermain di padang dalam satu game.

Setakat ini, Fenerbahce menduduki tangga kedua dalam liga bolasepak Turki musim ini.



Ari ni nak kongsi resepi cam ner nak buat yaprak dolma, atau dolma daun. Kome buleh guna daun anggur (hah...tak der pulak!), daun panjar (pun tak der kat malaysia) atau daun kobis, hah...yang ni buleh!

Bersihkan daun ni dan celur. Jangan sampai bonyeh atau lembik tau. Kat atas ni gambor daun panjar yang buleh ditanam dalam musim dingin. Kalau musim panas deme suka guna daun anggur.



Untuk inti dolma, kome kena chop bawang besor, banyaklah juga. Tumis bawang tu sampai lembut.



Pastu masukkan beras. Tapi di Turki deme guna beras yang seakan pulut, guna beras Malaysia buleh tapi tak kenyallah kecuali kome guna beras pulut. Masukkan beras dan kaco lebih korang 4-5 minit. Kendian masukkan ayor tapi jangan banyak. Sekadar bagi beras tu separuh masak jer. Tutup periok dan biorkan ayor kering.



Hiris daun sup atau daun ketumbar. Suka ati kome nak yang mana. Angkat nasi dari dapur. Tabur hirisan daun dalam nasi separuh masak tadi. Gaul rata.



Amik sehelai daun anggur/panjar/kobis. Kalau besor potong atau kerat dua. Boh sesudu kecik nasi dalam daun, pastu gulung cam kome gulung cerut. Tak penah gulung cerut? Laa...tak penah hisap cerut ke!
Ok, gulung cam kome gulung popiah tapi janganlah gedebab besornya, halus jer cam Kak Emine buat ni.



Ni ropa kalau dah siap digulung, panjang lebih korang 2 inci/2-3 cm.



Masukkan dolma yang dah siap ni dalam periok, tabur dengan bawang yang dihiris kasar. Curah ayor bancuhan tomato puri. Tabur garam sesudu ke. Ha.. ha..teman main agak-agak jer ni!



Tuang ayor dalam periok ni agak-agak separuh periok. Ayor sikit tu untuk steam nasi yang dah separuh masak tadi, tutup periok dan masak atas api sederhana dalam 20 minit. Ha..ha..teman main agak-agak lagi!

Dolma ni kira menu istimewa gak, bukan dibuat selalu. Kalau kome rasa inti Kak Emine ni cam boring jer, kome buleh boh daging cincang dalam nasi tu. Tumis dulu daging tu. Orang Malaysia kan kreatif dalam bab-bab makan nih!



Tu kalau dok dengan deme, asyik-asyik makan sayur. Rasa sekerabat dengan Kara Kiz dan Fistig pulak (lembu-lemu Kak Emine dan Nevin). Bila balik Istanbul, teman pekena ayam/daging/lamb dan salami tiap ari. Rasa cam cannibal pulak!



Mr T tak bape suka makan daging jadi teman kena selalu mereka salad berbagai ropa dan rasa. Nanti dia puji "Wonderful!"
Meh kome...!


Keputusan Teka-Tikam 'Apa Itu Hamam?'

Teman pilih jawaban blogger Dangarumbia kerana penerangan dia lebih detailed.
Tahniah!
Yang lain buleh try lagi! Yong Danga...meh bagi alamat dan nama penuh ke hellibra2@hotmail.com