Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Eregli. Show all posts
Showing posts with label Eregli. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

OPAH MALAYA ROCKS!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, pe kabor mengkome? Sihat ke? Alhamdulillah teman baru nak baik penuh. Dekat seminggu ayor ingus dok seh, sehhh, seehhh meleleh. Tekok sakit, suhu badan turun naik. Tapi dah OK. Pas 5 ari beraya kat Kg Deredebi, teman ikut anak tiri yg sulong dok lepak rumoh dia kat bandar Eregli...yg ada tugu patung Herkules separa vogel tu!
Menu utk orang kurang sihat. Bini Tahsin si Zuleyha, sediakan kahvalti utk teman...siap ada madu kampong utk tekok teman yg tak semiak tu. Kalau teman duduk dgn Tahsin memang tak buat koje langsung, bini dia tak bagi buat koje. Jadi teman dok ngadap laptop dgn wifi unlimited (tapi slow) atau gi nyongket ke bandar...dalam sakit-sakit tu!
Siang tak demam, malam jer demam jadi teman nyongket ler, walau pun hingus dok meleleh lagi.Sib baik ada Yusuf buat hiburkan ati! Si Sule sekolah petang buleh ler dia layan adik dia naik kuda...
Hari jemaat ada pekan sari kat Eregli. Teman usyar kot ada tudung comey...tapi tak mandang. Tengok jer ler Yong-Yong ni niaga sayur, buah dan....
....kekacang. Banyak buah berangan, hazelnut dan walnut yg belum dikupas. Fresh-fresh dari ladang atau utan! Giler meroyan kalau kome tengok! Peniaga hasil kampong ramai orang tine, macam kat market Siti Khodijah kat KB tu!
Malam pertama teman sampa Eregli, bebudak anak Tahsin ni, si Ertugrul dan Sule, ajak Opah Malaya gi tengok konsert kat Sahel. Sahel ropanya esplanade, tempat ada Herkules bersepara vogel tu. Konsert ni sempena Hari Republik Turki. Ingatkan ada persembahan tradisional Karadeniz ka...rupanya ada lagu pop jaa...ada penyanyi jemputan dari Istanbul lagi! Kami dengor 2-3 lagu, pastu balik. Sebelum balik, pekena eskrim!
Tu sebab teman sakit tekok! Dah batuk makan eskrim! Gumbira para remaja dengor penyanyi pop melalak lagu pop termasuk si Sule. Si Ertugrul buat cool jer. Memang dia ni cool. Tak sampai kul  9:30 malam, kami balik naik bas free. Artis-artis masih melalak ntah sampai kul berapa tak taw...Teman pikior-pikior, kalau Opah Turki mesti deme tak ajak gi tengok konsert, tapi dik sebab Opah Malaya rocks!
Ringkasan...antara yg teman dpt beli utk dijual...haahhh lif atau penggosok badan. Comey sungguh...tak sampai hati nak sental daki nih! Kalau kome sayang, hah letak jer ataih meja boh pasu bunga. Selai RM15, sapa cepat dia dapat. Yang paling besor RM20. Yang putih dan maroon  at 8 o'clock ada orang dah chop yek!
2 pasang stokin panjang motif Karadeniz...unik dan eksklusif, susah nak jumpa design ni. Saiz kaki 5-7. Macam stokin Red Indian pun ada. Belum dichop oleh sesapa. RM40 sepasang. Sapa chop dulu dalam komen, dia punya. Model kaki si Sule!
Tuala tangan/tuala muka paling glam dari Laut Hitam, hasil kerjatangan surirumah kawan Zuleyha - bunga reben timbul. Teman nak jual pun berat hati tapi sebab nak nolong deme ni cari duit poket. Selai RM65, takde spare. Sekian terima kasih!

Thursday, September 6, 2012

IKANG GANU, IKANG TURKI...SEDAK-SEDAK BELAKE!

Yusuf T

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Next trip teman ke Turki, teman akan jumpa cucu tiri teman ni di Akcakoca, tak lagi di bandar Eregli.
Anak tiri yg bongsu, si Alper Talip, pun dok di Akcakoca.

Tahsin mendukung Yusuf; dan Ertugrul dan Sule di apartment baru deme.

Anak tiri teman yg sulong si Tahsin udoh siap apartment bertingkat dia. Nun tingkat 5 di bandar Akcakoca.
Naik tingkat ataih boleh nampak Laut Hitam/Karadeniz.



Masa kami check apartment baru ni hari dekat senja.
Nampak Karadeniz tenang.
Ada 5 bilik tido, 2 ruang tamu dan ntah bape biji bilik ayor teman tak ingat.
Yang teman tau apartment deme ni tak jauh dari pusat bandar dan laut!
Kalau musim sejuk, gerenti tak boleh bukak pintu balkon ni, angin kuat dari laut!



Ni esplanade bandar Eregli, tempat deme tingge dulu.
Dulu Mr T koje di Eregli. Banyak bot nelayan dan kucin kat sini.
I'm going to miss this esplanade.




Patung Herkules pun tingge kesejukan.
Sapa suruh tak paka baju!



Lalu sepanjang esplanade ni boleh tengok bot, kucin dan burung camar.



Lepak-lepak makan koci.
Masa ni musim masih agak sejuk, tak rama orang jalan-jalan.



Teman penah nyinggah satu restoren seafood; sebelum ikan siap, deme hidang salad bawang!



Teman order gak kalamari goren...sotong ler!
Susoh nak dapat sotong sebab deme tak makan, jadi deme jarang jue!



Di ataih meja ada cuka delima (sedap kome), minyak zaitun, cuka lemon, garam dan lada itam.
Kat Malaysia boh kicap dan sos jer!



Opppsss...salah sekor kawan baru yg teman jumpa masa teman ronda-ronda kat esplanade tu.
Sombong, takmo tengok muka teman!



Ni pung ikang, kepuk ikang Ganu!
Ada 4 jenih teman beli nak bawok Istanbul...



Ni ikang goreng kat rumoh Alper.
Gemor bebenor temang ikang demo tuh.
Aisey...baru balik Ganu kecek Ganu sokmo!



Meh makan ikan hamsi dengan roti panas-panas, mehhhh kome!

Tuesday, February 15, 2011

Moh Kembara Lagi di Eregli!


Assalamualaikum dan Salam Ceria Kome,

Minta mahap bebanyak sebab tak dapat update berhari-hari dah. Yang bayor bil (post-paid) ni Mr T. Dia tak pikior blog ni satu priority, jadi bila dia kata tak payah update tiap ari, teman dengor ler. Uploading gambor yang cepat jer bil naik. Kalau mace dan chat jer, idok ler bil naik mencanak. Bukan dia tak buleh bayor, tapi dia sorang penjimat dan tau apa yang penting dan apa yang trivial! Lagipun yang penat cari duit dia, (koje 7 ari seminggu, takder cuti!).

Dia balik Iraq semula dah. Ari tu kata dah balik 'for good'! Tapi boss dia pangge, dia pun pegilah sana balik. Sampai bila ni Mr T, teman tanya. Sampai awal Mac. Projek kilang LPG tu sikit lagi jer nak siap, tingga 2 plant jer. Sabor jer...

Jadi teman diarahkan balik ke Laut Hitam semula. Riso dia kalau teman dok sorang-sorang kat Istanbul berminggu-minggu. Teman protest pun dia buat pekak!



Jadi dah 2 malam teman lepak kat rumoh anak tiri sulong, Tahsin, di bandar Eregli, Black Sea. Walaupun apartment deme kecik (company punya, dok free) dan 2 orang anak yang huru-hara (you have to be here to believe it), teman tahan jer ler. Lagipun Tahsin amat hormatkan teman dan isteri dia pun hormat dan layan baik.

So seperti biasa, bila teman mula rasa resah dan bosan, teman nyongket ler. Moh ikut teman ukur bandar Eregli lagi. Bandar Eregli ni dulu jajahan Roman, dah wujud beribu tahun (rujuk pada entry sebelumnya selepas entry Mesir Terkini!). Zaman Roman dia guna nama Roman.



Keselamatan amat diutamakan di Turki sejak 4-5 tahun kebelakangan. Kalau kome baca entry-entry terdahulu, kome mesti ada terbaca teman labun pasa scanner kat kompleks belibelah. Ni kat tengah bandor Eregli siap ada CCTV dan speaker tengah jalanraya. Pot-pet, pot-pet ada suara pompuan buat announcement, teman tak faham apa dia labunkan.



Ukur sana, ukur sini, nampak gambor Pokcik Kemal menghiasi satu pondok syarikat teksi. Tuan punya syarikat ni mesti sekular tegor punya Yob!



Sebab Eregli ni ngadap laut, banyak binaan dibina sepanjang esplanade termasuk kedai, gerai dan hotel-motel. Ni salah sebuah rumah atau motel comel ngadap esplanade. Teman sengaja tunggu Ablah ni lalu baru teman snap, gelabah dia! Gambor yang ada orang dengan yang takder orang ada banyak kesan visual dia, jadi Ablah ni jadi model tak berbayor teman! (Tanya Yob Gedek, dia tau ler!).



Lagi satu model percuma. Dia nampak teman terus sendeng-sendeng kat tembok tu. Nak makan ke nak mengawan ni? Teman ada koci jer, yang teman tau kucing tak makan koci. Jadi teman belai-belai dia jap, tapi cepat teman lari takut dia nak mengawan!



Teman lalu kat pasar Senin. Entry dulu ada gak teman citer pasa pasar senin kan. Jadi teman tulis hal penjual lain pulak. Bila teman amik gambor ceviz ni (walnut), salah sorang tanya ngapa? Teman jawab teman tourist. Baru dia lega. Apa dia ingat kalau teman orang Turki teman nak bagi gambor biznes dia kat saing dia?

Kekadang ada advantage muka teman cam Turki, kekadang takder advantage. Kalau deme tau kita Yabanci (foreigner), buat ler apa, deme tak kisah. Kalau deme ingat kita bangsa deme, deme ingat kita ni spy, pesaing dan memacam lagi unsur subversif! Atok deme!




Ni pameran roti, err...maksud teman cara deme menghias barang jualan deme untuk tarik pelanggan. Siap berbalut roti tu, supaya tak kena abuk atau cekuh dik tangan yang cemar!
Yang putih-putih belah atas tu, makarna (pasta) kampong.



Stroberi yang besor gak, lebih besor dari yang kat Cameron Highlands. Rega masa ni agak mahal sebab belum masuk musim sebenor, kalau musim bunga agak muroh sikit.



Macam kat Malaysia, kome pegi KL ada Laksa Penang; gi Penang ada Mee Jawa; gi Jawa ada Rojak Singapore. Sama kat sini, gi Eregli ada simit Istanbul, walhal masak kat Eregli. Simit ni roti gelang ditabur biji bijan dan dimakan sebagai snack. Satu gelang RM1.00. Yang dalam mangkok putih tu sejenis kuih manis yang amat manis!



Camii yang dekat pasar. Teman solat zohor kat sini. Ari tu teman berebut gak dengan jemaah dalam ruang pompuan. Deme ni kalau buleh nak solat berjemaah. Kebetulan ari tu ada solat jenazah, memang sesak masjid ni.




Pas ronda 3 jam, teman amik bas balik. Tak jauh sebenornya, 2 km. Teman turun jauh sikit dari rumoh sebab nak jalan kaki sikit. Tempuh satu sekolah menengah, bebudak baru abis sekolah.




Pastu nyusur jalan dalam taman perumahan. Nampak suram sebab renyai. Buleh buat filem "Jack the Ripper", tengok gambor cam seram tapi takder apa. Banyak rumoh dan apartment kat sini.



Malam tadi ada siaran lintaslangsung program Mevlid Kandil (Maulidul Rasul) serentak dipancar dari Ankara, Romania dan Kirim (dekat Ukraine) bekas jajahan Rusia. Ramai ler rakyat keturunan Turki di tempat-tempat ni jadi senang deme buat program dalam bahasa Turki. Meriah deme meraikan Maulud Nabi ni. Jadi teman ucapkan selamat menyambut Maulidul Rasul, Salam dan Selawat Ke atas Baginda Rasulullah (SAW)!



Seperti biasa disudahi dengan hidangan mata. Sementara teman berkahvalti ni, Zuleyha beramuk dengan Ertugrul dan Sule supaya siap cepat, "Cabuk! cabuk!" (Cepat, cepat!) sebab bas sekolah dah nak datang. Tiap ari macam ni kome, mak menjerit, anak menjerit!

P.S Kome jangan tunggu entry baru tiap-tiap hari. Mungkin sekali atau dua kali dalam seminggu. Dan teman ucapkan selamat datang pada followers baru. Teman cuba blogwalk mana yang sempat ya...