Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, September 14, 2013

Mr T Datang Malaya dan Aktiviti Sampingan di Ladang Hazelnut, Turkiye!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, Pe kabor? Terima kasih bagi mengkome yg ziarah blog ni, dan yg follow. Maaf lama tak hapdet. Balik dari cuti raya, Mr T melompat dan menyongket ke Tanah Melayu pulak! Dah dekat 6 tahun tak datang Malaya taw!
Tahun lepas teman gi Turki musim paneh, sempat ler berkoje di ladang hazelnut mertua barang 2 minggu. Ni kira kumpulan kacang terakhir dijemur!
Penghujung musim metik, ada masa kami gi ngutip buah berangan dan sayuran yg deme tanam awal musim bunga. Ni salah 2 orang pekerja Kurdish kami, baru umur 10-11 tahun tapi dah tak sekolah.
Kaum Kurdish ni ramai dok belah timur Turki dekat Iraq dan Syria. Deme lazimnya koje seasonal metik hazelnut, kentang, bawang, buah zaitun di pelbagai wilayah. Tu yg ramai tak sekolah tinggi, nak cari duit jer...
Ladang hazlenut kuarga Mr T jumlah keseluran lebih korang 10 padang soccer. Lazimnya deme upah 15-17 org bangsa Kurdish ni.
Sebelum teman sampai deme dah tau teman nak datang, amatlah excitednya deme nak jumpa sorang Yabanci (foreigner) yg boleh speaking. Masa lunch kekadang teman usyar aktiviti masak Chef deme.
Makanan staple org Kurdish lebih macam menu org Arab...roti ala-ala capati, tapi deme makan dgn keju crumble. Selalu deme bagi teman sekeping ni, "Makan, makan...panas-panas sedap!" deme pelawa!
Teman bukan selalu tolong kutip hazelnut, ada masa teman berlegar sekitar Farmhouse...petik buah epal liar...
....anggur liar...
.....sayur-sayuran yg ditanam mertua dan biras si-Nevin dekat Farmhouse. Sayur-sayur disemai awal musim bunga, bila masuk musim panas boleh dipetik dan dimakan.
Lepas sebulan koje di ladang hazelnut, pekerja Kurdish balik ke wilayah deme di Diyarbakir. Ada yg gi cari koje lain di ladang buah, bawang, buah zaitun dll.
Habis musim hazelnut kami tak terus balik Kg Deredebi tapi sebaliknya susu-sasap dlm ladang dan utan kutip kacang walnut, buah berangan, sayur kacang fesule dan lain-lain.
Seminggu lepas hari raya puasa, Mr T datang Tanah Melayu. Teman pesan dulu bila abis kontrak di Iraq mai datang KL. 2 ari lepas dia mai, salah sorang rakan pekerja pun datang KL nak belajor BI! Jenuh gak kami bertiga jenjalan di Lembah Kelang Cuti-cuti Malaysia!
Satu pagi having kahvalti dgn anak sedara teman yg datang utk interview. Mr T suruh buat kahvalti yg molek-molek utk si Lina! First time Lina jumpa Uncle Turkiye dia!
Salah satu menu kahvalti pagi tu...roti dibuat base pizza dgn topping tomato, bawang, sucuk, salami Turki dan shitake, dan 4 jenis keju Istanbul...meh kome!