Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label buah berangan. Show all posts
Showing posts with label buah berangan. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

ERDOGAN DAN SKANDAL TAPE, BOLEH KE AK PARTI BERTAHAN....?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pe kabor mengkome semua? Semoga semua sihat wal-afiat. Punyalah lama tak hapdet, sampai nak abis visa baru nak tulis balik. Yaa ampuuunnn!
Turki tengah sibut buat kempen pilihanraya majlis tempatan, bukan PRUlah. Jawatan datuk bandor, penghulu  segala kena buat PRK. Kempen deme meriah dgn rapat umum, kempen guna muzik dari bas-mini; dan bertumbuk di parlimen. Erdogan dan parti AK dia banyak skandal, terutama pasal skandal rasuah, rakaman perbualan kononnya antara dia dan anak lelaki dia. Erdogan kononnya suruh anak dia 'lupus' berbillion Lira; penutupan dersahane dll. Erdogan of coz nafikan, dia kata tape tu pelesu! Musuh dia ramai. Deme tak senang dengan usaha Islamisasi dia. Kome google ler kalau nak tau detail yaa...
Memola datang teman bawok adik si Timah ke Istanbul. 10 hari jadi turist guide. Jadi ler teman pelancong gak, bawok dia ke sana, ke mari tempat biasa pelancong nyongket kan... Merasa dia teman bawok dalam Masjid Baru (Yeni Camii) kat Eminonu ni. Masjid Biru pun di gi, siap posing wajib sana-sini!
Ni Masjid Baru masa kami gi waktu maghrib...Teman lazimnya tak suka solat dlm masjid besor-besor sebab ramai nar pelancong kuar-masuk, tapi kalau dah bertembung tu, masuk jugaklah.
Trip kali ni teman sempat gi tanah tinggi kat Kartalkaya, di Bolu (lepas si Timah balik Malaya). Gi sesama grup Indonesia, ada ler sebuah bas mini. Teman idok ler minat sangat nak main salji, sesaja nak jenjalan luor Istanbul sebab Mr T sibuk nak bawak jenjalan. Bolu ni kira macam Aspen Turki. Takyah kome gi Switzerland!
Sebelum si Timah balik, sempat teman bawok dia ziarah mertua dan kerabat di Kg Deredebi. Tido satu malam jer. Teman bawok dia gi sungai, tengok ladang dan makan buah berangan. Dengornya balik Malaysia, dia tak boleh makan ais! Punya penangan sejuk Turki tak hilang dekat 2 bulan! To be continued...

Thursday, October 31, 2013

Moh Nyongket Dari Kampong Deredebi ke Ladang Hazelnut, Turki!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, pe kabor mengkome? Maaf lama tak update. Teman masih berkabung.Entry kali ni nak ngajak kome menyongket kampong - dari Kg Deredebi ke ladang kami di ataih bukit, dengan trakter! Nevin, biras teman tutup pintu gate sebelum naik trakter!
Nevin ni sepupu Mr T dan juga adik ipor dia. Sorang janda anak sorang, adik Mr T meninggal muda. Sejak tu Niven tak penah kawin dan duduk dgn mertua teman. Kuat koje dia nih!
Dari kampong ke ladang ataih bukit lebih kurang 25 minit naik trakter. Kena tempuh rumah-rumah jiran....
Melepasi salah satu kedai dlm kampong ni. Ada 2 buah kedai runcit jer.
Salah sebuah rumah jiran yg dekoratif....
Deme guna mesin utk buang kelopak hazelnut. Corong buang kulit dihala dijalan bagi rumah yg laman kecik. Nanti deme kumpui dan bakor kelopak ni.
Jalan ke bukit bengkang-bengkok. Ni dah naik ke ataih sikit, nampak Kampong Deredebi kat bawah....
Yang keliling kampong ni semua pokok hazelnut orang kampong! Pokok yg tinggi-tinggi pokok buah-buahan spt epal, pear, plum, berangan dan lain-lainlah!
Terbantut halfway. Ada eksiden. Sebuah lori terjelepuk tepi lereng, mujur bukan lereng belah kiri, belah kiri curam kebawah weehhh!!! Sib baik ada excavator Mr T (mesin penyodok tu) untuk tarik dia keluar!
Lepas 20 minit, berjaya kuarkan lori tu, kami sambung perjalanan. Pagi cerah dan nyaman. Jumpa salah sorang jiran kampong kat farmhouse dia, sembang-sembang kejap pot-pet, pot-pet!
Selain ladang hazelnut, sepanjang jalan penuh pokok-pokok buah termasuk pokok buah berangan. Tapi ni pokok epal yg sedang masak ranum!
Gambor ni tahun 2012 (summer). Sedang rancang metik hazelnut, masa ni cuti sekolah, orang kampong bawak anak-anak koje sama! Kira 6 km dari kampong nak sampai ladang kami ni...
Dah sampaiiiii.... dari jauh teman nampak mak mertua dah duduk ataih kacang, pilih dan buang batu! Lazimnya kami tido di Farmhouse tp malam sebelumnya Niven ajak turun kampong sebab nak jenguk lembu-lembu kesayangan.
Kekadang sedara mertua datang tengok kami. Deme pun ada ladang sendiri tapi sesaja nak ziarah. Bawak bebudak yg selalu buat kecoh main sana-sini! Bebudak ni cukup suka teman cakap Melayu, sbb deme tak faham!
Ok, koje, koje.... Selepas dimesin, kacang dijemur 3-4 ari supaya boleh simpan dan tak berkulat. Tahan 2 tahun taw. Pondok belakang tu tempat tinggal dulu-dulu sebelum Mr T bina Farmhouse.
Diakhiri dgn makanan! Ni ler kebab ori, daging lembu kot, teman lupa. Side dish semua free taw!

Saturday, September 14, 2013

Mr T Datang Malaya dan Aktiviti Sampingan di Ladang Hazelnut, Turkiye!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, Pe kabor? Terima kasih bagi mengkome yg ziarah blog ni, dan yg follow. Maaf lama tak hapdet. Balik dari cuti raya, Mr T melompat dan menyongket ke Tanah Melayu pulak! Dah dekat 6 tahun tak datang Malaya taw!
Tahun lepas teman gi Turki musim paneh, sempat ler berkoje di ladang hazelnut mertua barang 2 minggu. Ni kira kumpulan kacang terakhir dijemur!
Penghujung musim metik, ada masa kami gi ngutip buah berangan dan sayuran yg deme tanam awal musim bunga. Ni salah 2 orang pekerja Kurdish kami, baru umur 10-11 tahun tapi dah tak sekolah.
Kaum Kurdish ni ramai dok belah timur Turki dekat Iraq dan Syria. Deme lazimnya koje seasonal metik hazelnut, kentang, bawang, buah zaitun di pelbagai wilayah. Tu yg ramai tak sekolah tinggi, nak cari duit jer...
Ladang hazlenut kuarga Mr T jumlah keseluran lebih korang 10 padang soccer. Lazimnya deme upah 15-17 org bangsa Kurdish ni.
Sebelum teman sampai deme dah tau teman nak datang, amatlah excitednya deme nak jumpa sorang Yabanci (foreigner) yg boleh speaking. Masa lunch kekadang teman usyar aktiviti masak Chef deme.
Makanan staple org Kurdish lebih macam menu org Arab...roti ala-ala capati, tapi deme makan dgn keju crumble. Selalu deme bagi teman sekeping ni, "Makan, makan...panas-panas sedap!" deme pelawa!
Teman bukan selalu tolong kutip hazelnut, ada masa teman berlegar sekitar Farmhouse...petik buah epal liar...
....anggur liar...
.....sayur-sayuran yg ditanam mertua dan biras si-Nevin dekat Farmhouse. Sayur-sayur disemai awal musim bunga, bila masuk musim panas boleh dipetik dan dimakan.
Lepas sebulan koje di ladang hazelnut, pekerja Kurdish balik ke wilayah deme di Diyarbakir. Ada yg gi cari koje lain di ladang buah, bawang, buah zaitun dll.
Habis musim hazelnut kami tak terus balik Kg Deredebi tapi sebaliknya susu-sasap dlm ladang dan utan kutip kacang walnut, buah berangan, sayur kacang fesule dan lain-lain.
Seminggu lepas hari raya puasa, Mr T datang Tanah Melayu. Teman pesan dulu bila abis kontrak di Iraq mai datang KL. 2 ari lepas dia mai, salah sorang rakan pekerja pun datang KL nak belajor BI! Jenuh gak kami bertiga jenjalan di Lembah Kelang Cuti-cuti Malaysia!
Satu pagi having kahvalti dgn anak sedara teman yg datang utk interview. Mr T suruh buat kahvalti yg molek-molek utk si Lina! First time Lina jumpa Uncle Turkiye dia!
Salah satu menu kahvalti pagi tu...roti dibuat base pizza dgn topping tomato, bawang, sucuk, salami Turki dan shitake, dan 4 jenis keju Istanbul...meh kome!

Monday, October 1, 2012

TENGGELAM DI LAUTAN HAZELNUT, BLACK SEA, TURKI!

Assalamualaikum Mengkome, semoga semua sihat sejahtera. Teman baru turun dari ladang bukit, 2 minggu lebih koje ngutip hazelnut. Penat satu badan yaa amat! Kome sihat? Mintak mahap lagi kat ladang tenet slow bebenor, tak boleh online. Ni dah ke bandor Akcakoca, dok lepak rumoh anak tiri jap. Gambor ataih si Osman, lembu Nevin sedang mentekedarah epal utan. Say "Hi!" pada Osman. 

 
Apalah deme tukor template baru, nak tulih pun susoh. Selain hazelnut, ada banyak pokok-pokok kestane (buah berangan) dan ceviz (walnut) kat ladang. Deme masa memula bukak utan, pokok yg berbuah dan ada hasil deme tak tebang. Jadi lepas atau masa musim metik hazelnut, buah berangan (chestnut) dan walnut pun kami kutip. Alhamdulillah, pueh makan! Mahal deme ni kat Malaya!
Yong Perok dok rehat jap. Teman tak ikut pekerja Kurdish kami gi memetik dan mengutip sebab deme gi turun naik bukit, penat dan bahaya, teman tak mandang kasut koje yg sesuai. Jadi teman koje ngutip yg dedekat Farmhouse. Bila penat teman berhenti, guro-guro dengan si Seman yg ditambat dekat situ jer.
Ni Farmhouse kuarga Mr T, ada 2 bilik tido, dapor cum salon dan 2 bilik ayor. Rumoh ni dibina 5-6 tahun lepas, kuarga Mr T memola buat rumoh real, sebelumnya deme semua ada pondok jer. Sekarang deme koje dan duduk sebulan lebih tak payah berulang turun-naik ke kampong (6 km). Ni jemuran yg ntah berapa round, ada satu tan lebih nih! Kena jemur 3-4 ari.
Dah cukup kerin, sumbat dalam guni jut - berat 80-90 kilo, termasuk si Ucup (Yusuf) mau jadi 100 kilo!

Wednesday, May 2, 2012

WARGA EMAS TURKI YANG TAK DOK DIAM!

Bersiap gi romah Mak Mertua...seberang jalan!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tengah hari kat Shah Alam ni sampa petang, ujaaaaan!
Alhamdulillah sejuk sikit!

Masih kisah kat Kampong Deredebi. Satu pagi teman pindah ke romah Mak Mertua bila Mr T balik dari Istanbul.
"Haa you dok dengan Emine yaa, I nak dok dgn Anne!".
(Anne sebut An-neh ialah Ibu/Mak)



Si Karabas dah elok jer nunggu.

"Takde kompang-kompang ke, Karabas?"

Sebenornya dia sejuk, berlindung dari rembasan salji yg turun masa tu.



Dia ngantor teman sampa tangga.
Kalau buleh dia nak naik sampa kat landing tapi teman tak bagi. Janganlah buat muka sedih Karabas, sayu teman nengok miker!



Walaupun sorang (masa ni Nevin, menantu lagi sorang takde, gi nyongket ke Akcakoca), koje rumoh masih dibuat dik orang tua Turki. Ada jer benda yg deme usik gitu-gini.
Skirt teman yg lembab kena salji tadi, teman layor dekat soba tu.
10 minit kang kerin ler.



Mertua buat keju putih.
Dari susu yg direbus, ditos, dan dihempap dgn batu berat dan dibior bergantung sampai padat.
Buleh makan pastu, dipotong cam kuih talam. Tapi kalau baru tak masamlah...



Dia bakor roti cam pretzel (dibeli kat kedei) sebab dia tau teman suka roti bakor.



Selain tu dia buat lempeng sayur yg teman lupa nama dia. Ianya pucuk tumbuhan liar, rebuih sampai empok, peroh ayor dia. Gaul dgn sikit tepung, pecah telur, boh bawang dan garam, goreng atas kuali lepior. Rasa akan-akan paku-pakis. Lezet jugak!
2 biji kentang ataih lantai...


Dia kupah kulit kentang...panas tu, baru kuar dari oven soba tuh!


Ada masa dia bakor kestane (buah berangan).
Buah berangan dikutip masa musim luruh. Yang ni disimpan dlm peti sejuk sebab kalau boh kat luor dimakan ulat.
Menantu Malaya mai, dia pun kuarkan dari peti tuh!


"Nah makan ceviz!" mertua pelawa.
Ceviz atau walnut pun dikutip masa musim luruh. Kestane dan ceviz tumbuh liar kat kampong ni, banyak pokok deme.



Ni ropa sayur 'paku-pakis' tu. Makan panas-panas sedap!


Kahvalti yg mertua buat utk menantu Malaya.

Teman tolong amik gelas teh dan kuarkan satnika jem, madu, keju dari peti ais jer.
Nanti basuh dia jugak...melainkan bila teman dah lama duduk dgn dia 3-4 ari.
Meh kome amik seketul kentang nih!