Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, September 14, 2013

Mr T Datang Malaya dan Aktiviti Sampingan di Ladang Hazelnut, Turkiye!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, Pe kabor? Terima kasih bagi mengkome yg ziarah blog ni, dan yg follow. Maaf lama tak hapdet. Balik dari cuti raya, Mr T melompat dan menyongket ke Tanah Melayu pulak! Dah dekat 6 tahun tak datang Malaya taw!
Tahun lepas teman gi Turki musim paneh, sempat ler berkoje di ladang hazelnut mertua barang 2 minggu. Ni kira kumpulan kacang terakhir dijemur!
Penghujung musim metik, ada masa kami gi ngutip buah berangan dan sayuran yg deme tanam awal musim bunga. Ni salah 2 orang pekerja Kurdish kami, baru umur 10-11 tahun tapi dah tak sekolah.
Kaum Kurdish ni ramai dok belah timur Turki dekat Iraq dan Syria. Deme lazimnya koje seasonal metik hazelnut, kentang, bawang, buah zaitun di pelbagai wilayah. Tu yg ramai tak sekolah tinggi, nak cari duit jer...
Ladang hazlenut kuarga Mr T jumlah keseluran lebih korang 10 padang soccer. Lazimnya deme upah 15-17 org bangsa Kurdish ni.
Sebelum teman sampai deme dah tau teman nak datang, amatlah excitednya deme nak jumpa sorang Yabanci (foreigner) yg boleh speaking. Masa lunch kekadang teman usyar aktiviti masak Chef deme.
Makanan staple org Kurdish lebih macam menu org Arab...roti ala-ala capati, tapi deme makan dgn keju crumble. Selalu deme bagi teman sekeping ni, "Makan, makan...panas-panas sedap!" deme pelawa!
Teman bukan selalu tolong kutip hazelnut, ada masa teman berlegar sekitar Farmhouse...petik buah epal liar...
....anggur liar...
.....sayur-sayuran yg ditanam mertua dan biras si-Nevin dekat Farmhouse. Sayur-sayur disemai awal musim bunga, bila masuk musim panas boleh dipetik dan dimakan.
Lepas sebulan koje di ladang hazelnut, pekerja Kurdish balik ke wilayah deme di Diyarbakir. Ada yg gi cari koje lain di ladang buah, bawang, buah zaitun dll.
Habis musim hazelnut kami tak terus balik Kg Deredebi tapi sebaliknya susu-sasap dlm ladang dan utan kutip kacang walnut, buah berangan, sayur kacang fesule dan lain-lain.
Seminggu lepas hari raya puasa, Mr T datang Tanah Melayu. Teman pesan dulu bila abis kontrak di Iraq mai datang KL. 2 ari lepas dia mai, salah sorang rakan pekerja pun datang KL nak belajor BI! Jenuh gak kami bertiga jenjalan di Lembah Kelang Cuti-cuti Malaysia!
Satu pagi having kahvalti dgn anak sedara teman yg datang utk interview. Mr T suruh buat kahvalti yg molek-molek utk si Lina! First time Lina jumpa Uncle Turkiye dia!
Salah satu menu kahvalti pagi tu...roti dibuat base pizza dgn topping tomato, bawang, sucuk, salami Turki dan shitake, dan 4 jenis keju Istanbul...meh kome!

25 comments:

  1. waalaikumussalam,bestnya, akhirnya ada juga entry even selalu duk baca status kat fb akak..hik2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Yong Tie,
      buat status kat FB cepat dan tulis pendek2, hapdet kat blog lambat, nak pilih gambor lagi, mau 2 jam lebih satu entry. Hik hik hik...

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Halima..

    Waa seronoknya hari ni dapat jalan2 kat ladang hazelnut Turki walaupun hanya di alam cyber. Luasnya ladang Mr T kak, lumayan tu!.
    Kak tang keju Turki yang tak tahan tu,kecur air liur tengok keju yang meleleh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yong Ummi, Alhamdulillah dpt makan seguni satu musim. Kita numpang jer rezki orang yg Dia beri, kan? Mr T bawak banyak keju tapi akak guna banyak gak sepanjang dia lepak kat Shah Alam.

      Delete
  3. Salam Yong Moh Kembara

    Lamernyer miker menyepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Yong senegeri,
      sibuk Yong....suami bercuti tak macam cuti, anak buah dia sibuk tanya itu ini, broadband dia conquer!

      Delete
  4. Assalamualaikum kak
    kalau sy sembunyi balik roti tu pasti tk nampak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Nyanyi,
      mesti adik ni comellllll sangat!

      Delete
  5. Assalam... lebor sungguh roti tu... boleh tak koyak pulak ye... expert sungguh yg membuatnya... suka baca entri2 kat sini... Kat Malaysia tak de kut pokok hazelnut ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Yong Suka,
      Memang deme terer mencanai dan menebor dan menggoreng roti ni tanpa koyak. Memang kagumlah! Takde kat Msia tu pasai hazelnut ni mahai, RM70 lebih sekilo!

      Delete
  6. besarnya roti turki . dpt sekeping kenyang sehari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Yong, nampak jer besor tp nipis, boleh makan lagi 2 keping he he.

      Delete
  7. seronok kalu nengok aktiviti akak kt turki nun sana... mengutip kacang lah buah2 hutan lah... seronok bebeno... subur betul tanah kt sana yek kak... kalu lah dana dpt pg sana msti dana tingin nk ngutip kacang2 tuh sume kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Dana,
      Ada masa seronok tp masa koje metik dan kutip hazelnut ni, berat dan meletihkan kojenya. Sakit kaki, sakit lutut segala!

      Delete
  8. as salam

    saya nak gi holiday ke turki with my family.. akak boleh recommend nice places to visit for families with small kids.. how to go to eastern part of turki?

    hamizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kalau ada small kids, elok ronda Istanbul jer utk seminggu lawatan. Istanbul pun besar dan banyak tempat menarik. Kalau nak gi eastern part jauh tu, naik bas berjam-jam juga, atau kena naik flight. Elok focus Istanbul jer.

      Delete
  9. gambar last tuh nampak yummy betul lerrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Mila,
      pizza bidan terjun tu...he he

      Delete
  10. Lamanya nyepi..nak follow FB boleh?

    Silent reader.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,
      Lepas raya posa, Mr T datang. Jadi tumpu kat dia pulak. Terima kasih singgah. Nak follow FB check nama penuh teman, profil gambor Mr T. PM teman yaa...takut tak tau sapa.

      Delete
  11. woaahhhh... seronok kanda mr T ada cuti ke malaya... haaddoiiiii sucuk...!!!! bila la dapat makan sepotong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, ada dok menunggu dlm peti ais...tapi lelama kena makan jugak sucuk tu Mulan sbb tak boleh tunggu lama-lama!

      Delete
  12. salam akak…

    saya cadang nak ke turki hujung tahun ni… (cikgu kak..time tu je cuti :( sob..sob.. ) boleh tak akak cadangkan sesiapa yang bleh jadi tour guide..kami cadang nak ziarah masjid nabawi (transit di madinah 14 jam)…kemudian nak menjejaki sejarah islam di bumi turki…mana tahu bakal dikurniakan zuriat sehebat pemimpin kerajaan turki uthmaniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Anne, bila tu nak jejaki Uthmaniah? Dalam bulan Dismeber pertengahan In Shaa Allah ada kat sana.

      Delete
  13. Did you realize there is a 12 word sentence you can say to your man... that will trigger deep emotions of love and instinctual attractiveness to you buried inside his heart?

    That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, idolize and guard you with all his heart...

    ====> 12 Words Who Trigger A Man's Desire Response

    This instinct is so hardwired into a man's mind that it will make him try harder than ever before to build your relationship stronger.

    Matter-of-fact, fueling this powerful instinct is so mandatory to having the best ever relationship with your man that the moment you send your man a "Secret Signal"...

    ...You'll instantly notice him expose his soul and heart for you in such a way he's never experienced before and he'll identify you as the one and only woman in the universe who has ever truly tempted him.

    ReplyDelete