Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label epal. Show all posts
Showing posts with label epal. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Moh Nyongket Dari Kampong Deredebi ke Ladang Hazelnut, Turki!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, pe kabor mengkome? Maaf lama tak update. Teman masih berkabung.Entry kali ni nak ngajak kome menyongket kampong - dari Kg Deredebi ke ladang kami di ataih bukit, dengan trakter! Nevin, biras teman tutup pintu gate sebelum naik trakter!
Nevin ni sepupu Mr T dan juga adik ipor dia. Sorang janda anak sorang, adik Mr T meninggal muda. Sejak tu Niven tak penah kawin dan duduk dgn mertua teman. Kuat koje dia nih!
Dari kampong ke ladang ataih bukit lebih kurang 25 minit naik trakter. Kena tempuh rumah-rumah jiran....
Melepasi salah satu kedai dlm kampong ni. Ada 2 buah kedai runcit jer.
Salah sebuah rumah jiran yg dekoratif....
Deme guna mesin utk buang kelopak hazelnut. Corong buang kulit dihala dijalan bagi rumah yg laman kecik. Nanti deme kumpui dan bakor kelopak ni.
Jalan ke bukit bengkang-bengkok. Ni dah naik ke ataih sikit, nampak Kampong Deredebi kat bawah....
Yang keliling kampong ni semua pokok hazelnut orang kampong! Pokok yg tinggi-tinggi pokok buah-buahan spt epal, pear, plum, berangan dan lain-lainlah!
Terbantut halfway. Ada eksiden. Sebuah lori terjelepuk tepi lereng, mujur bukan lereng belah kiri, belah kiri curam kebawah weehhh!!! Sib baik ada excavator Mr T (mesin penyodok tu) untuk tarik dia keluar!
Lepas 20 minit, berjaya kuarkan lori tu, kami sambung perjalanan. Pagi cerah dan nyaman. Jumpa salah sorang jiran kampong kat farmhouse dia, sembang-sembang kejap pot-pet, pot-pet!
Selain ladang hazelnut, sepanjang jalan penuh pokok-pokok buah termasuk pokok buah berangan. Tapi ni pokok epal yg sedang masak ranum!
Gambor ni tahun 2012 (summer). Sedang rancang metik hazelnut, masa ni cuti sekolah, orang kampong bawak anak-anak koje sama! Kira 6 km dari kampong nak sampai ladang kami ni...
Dah sampaiiiii.... dari jauh teman nampak mak mertua dah duduk ataih kacang, pilih dan buang batu! Lazimnya kami tido di Farmhouse tp malam sebelumnya Niven ajak turun kampong sebab nak jenguk lembu-lembu kesayangan.
Kekadang sedara mertua datang tengok kami. Deme pun ada ladang sendiri tapi sesaja nak ziarah. Bawak bebudak yg selalu buat kecoh main sana-sini! Bebudak ni cukup suka teman cakap Melayu, sbb deme tak faham!
Ok, koje, koje.... Selepas dimesin, kacang dijemur 3-4 ari supaya boleh simpan dan tak berkulat. Tahan 2 tahun taw. Pondok belakang tu tempat tinggal dulu-dulu sebelum Mr T bina Farmhouse.
Diakhiri dgn makanan! Ni ler kebab ori, daging lembu kot, teman lupa. Side dish semua free taw!

Saturday, September 14, 2013

Mr T Datang Malaya dan Aktiviti Sampingan di Ladang Hazelnut, Turkiye!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, Pe kabor? Terima kasih bagi mengkome yg ziarah blog ni, dan yg follow. Maaf lama tak hapdet. Balik dari cuti raya, Mr T melompat dan menyongket ke Tanah Melayu pulak! Dah dekat 6 tahun tak datang Malaya taw!
Tahun lepas teman gi Turki musim paneh, sempat ler berkoje di ladang hazelnut mertua barang 2 minggu. Ni kira kumpulan kacang terakhir dijemur!
Penghujung musim metik, ada masa kami gi ngutip buah berangan dan sayuran yg deme tanam awal musim bunga. Ni salah 2 orang pekerja Kurdish kami, baru umur 10-11 tahun tapi dah tak sekolah.
Kaum Kurdish ni ramai dok belah timur Turki dekat Iraq dan Syria. Deme lazimnya koje seasonal metik hazelnut, kentang, bawang, buah zaitun di pelbagai wilayah. Tu yg ramai tak sekolah tinggi, nak cari duit jer...
Ladang hazlenut kuarga Mr T jumlah keseluran lebih korang 10 padang soccer. Lazimnya deme upah 15-17 org bangsa Kurdish ni.
Sebelum teman sampai deme dah tau teman nak datang, amatlah excitednya deme nak jumpa sorang Yabanci (foreigner) yg boleh speaking. Masa lunch kekadang teman usyar aktiviti masak Chef deme.
Makanan staple org Kurdish lebih macam menu org Arab...roti ala-ala capati, tapi deme makan dgn keju crumble. Selalu deme bagi teman sekeping ni, "Makan, makan...panas-panas sedap!" deme pelawa!
Teman bukan selalu tolong kutip hazelnut, ada masa teman berlegar sekitar Farmhouse...petik buah epal liar...
....anggur liar...
.....sayur-sayuran yg ditanam mertua dan biras si-Nevin dekat Farmhouse. Sayur-sayur disemai awal musim bunga, bila masuk musim panas boleh dipetik dan dimakan.
Lepas sebulan koje di ladang hazelnut, pekerja Kurdish balik ke wilayah deme di Diyarbakir. Ada yg gi cari koje lain di ladang buah, bawang, buah zaitun dll.
Habis musim hazelnut kami tak terus balik Kg Deredebi tapi sebaliknya susu-sasap dlm ladang dan utan kutip kacang walnut, buah berangan, sayur kacang fesule dan lain-lain.
Seminggu lepas hari raya puasa, Mr T datang Tanah Melayu. Teman pesan dulu bila abis kontrak di Iraq mai datang KL. 2 ari lepas dia mai, salah sorang rakan pekerja pun datang KL nak belajor BI! Jenuh gak kami bertiga jenjalan di Lembah Kelang Cuti-cuti Malaysia!
Satu pagi having kahvalti dgn anak sedara teman yg datang utk interview. Mr T suruh buat kahvalti yg molek-molek utk si Lina! First time Lina jumpa Uncle Turkiye dia!
Salah satu menu kahvalti pagi tu...roti dibuat base pizza dgn topping tomato, bawang, sucuk, salami Turki dan shitake, dan 4 jenis keju Istanbul...meh kome!

Sunday, December 23, 2012

BERSALJI DI ISTANBUL, BERHUJAN DI MALEYZIA...BEST GAK MAKAN CAPATI GIANT!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia, pe kabor mengkome? Bercuti-cutian lagi? Teman masih kalut mengepos barang yg ada mengkome order. Meh ler bagi address rumoh atau pejabat yg ada orang menyainkan nanti. Dlm 3-4 ari lepas, dari posting kenkwan FB yg duduk Istanbul, salji ada merebas 2 ari dia area Fatih/Sultanahmet. Bertuah deme, sbb kat area tu jarang salji turun. Tapi kat area teman di Basaksehir, pasti cam ni dlm gambor ni, bulan Fenruari 2012!
3 ari lepas duit yg Mr T antor melalui bank udoh masuk. Dia perintah anak tengah dia di Genze transfer duit. "Transfer ribu-riban ke Helime Mother kamu, dia gatei nak menyongket lagi!" kata Mr T. "Baeeeekkkk Baba!" jawab si Asim! Ni gambor Mr T kat kem di Rumeli, Iraq, bersama-sama para pekerja dia. Pekerja kat sini terdiri dari pelbagai kaum dan warga negara!
Sambung aktiviti di ladang hazelnut. Ni jalan menghala ke tanah ladang kuarga Mr T dan ke Farmhouse. Dari kampong Deredebi lebih korang 5 kilometer. Masa ni teman dan Nevin naik traktor!
Sebelum sampai Farmhousde, nempuh kebun sayor kami. Kami tanam (kami pulak...deme ler tanam masa musim bunga), jagung, kekacang, cabei, tomato, daun pancar...
Teman ngutip hazelnut pas breakfast, 3-4 jam gitu. Tengah hari balik makan yg dimasak Nevin atau mertua. Petang kalu rajin teman sambung ngutip. Kalau tak rajin, teman nyongket susup-sasap dlm ladang!
Kekadang bertembung salah sorang pekerja Kurdish kami. Dia ni kekadang ditugaskan urus beberapa hal proses hazelnut - amik guni, ikat guni, cari tali etc. sementara yg lain gi ngutip ntah kat ceruk mana ladang, jauuuhhhh!
Antara pokok buah terdpt kat ladang ialah pokok buah seperti pear, epal, plum, anggur dll yg tumbuh liar.
Ada gak yg buoh dia meroh bila masak...
Ni pokok yg paling dekat dgn Farmhouse, sebelah kebun sayur tadi...
Pokok banyak dan buah pun banyak, jadi habuan si Osman ler!
Waktu tengah hari salah sorang pekerja Kurdish yg remaja akan balik awal sikit dari gerombolan dia utk nolong masak makan tengah hari....
Yang Chief Cook ditugaskan buat roti 'capati' giant ni. Ni makanan harian kaum Kurdish, tak sama dgn roti bangsa Turki walaupun deme ni satu negara!
Bila teman datang tengok (kem atau pondok deme dekat je dgn Farmhouse kami), deme cepat-cepat ajak makan roti panas-panas! Makan gitu saja tanpa lauk!
Berkilo-kilo deme masak roti ni dan ni ration utk 3-4 ari! Teman rasa nak nyongket Cuti-cuti Malaysia pulak, ke mana ehhh nak pegi...?

Saturday, October 20, 2012

BERAYA QURBAN DI TURKI...BEST MAKAN BUAH!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, teman udoh selamat balik ke Akcakoca rumoh anak tiri yg bongsu, si Alper. Balik utk beraya Qurban. Tiket siang dah abis, teman dpt tiket 7 malam, sampai 12 malam. Sib baik anak tiri teman ni sayang Mak Malaya dia, datang jugak jemput tengah-tengah malam bute!


Recap trip memola dulu, bulan September. Ni kat laman mertua. Anak Alper si Zeynep tengah layan hazelnut yg perlu dijemur 3-4 ari. Mertua dgn biras teman si Nevin dah dok Farmhouse petik hazelnut sejak 3 minggu sebelumnya.
Lepas nolong hangkut beg Opah Malaya ke bilik tamu di rumoh kampong Mr T, cucu tiri teman Bahrican (anak bongsu Alper) dan cucu sedara si Mursel, gi lanyak lemari tempat simpan tilam, selimut, bantei etc. Tempat cam ni pun deme boleh buat main!
Kat balkon rumoh, Kak Emine jemur fistig atau dlm bahasa Jawa, pisatcio. Jemur tak tau berapa ari baru dia merekah. Tapi si Zeynep dah menerai 4-5 bijik! Kerassss!
Kak Emine jemur jagung kat laman. Jagung ni nanti diamik bijiran dan disimpan buat tepung. Tepung yg kasor buat roti jagung, yg halus lagi buat bahan batter utk goreng ikan hamsi atau utk pekatkan sup.
Kome ingat ke kaum kerabat Kara Kiz dan Sari Kiz ni? Ni baru balik dari bersosial kat padang dekat Sungai Deredebi. Deme tak main dok condo macam lembus NFC tu. "Oiiii bukaklah gate weehhh, kami dah balik, lapor nih!" jerit anak Sari Kiz.
Musim panah dan luruh deme banyak buah-buahan yg dah masak. Kalau nak makan buah anggur, pear, epal, tin dll...petik jer kat tepi rumah atau belukor. Ni sebesen anggur utk makan tengah hari. Lazimnya pokok tumbuh sendiri!
 Epal kat tepi rumoh mertua. Ropa tak comey, menggerutu...sebab organik! Epal dari pokok ni idok kami layan, banyak pokok lain yg cun-cun lagi buoh dia!
Kahvalti di dapur Kak Emine. Lelaki tu anak tiri teman si Alper dan anak dia Bahrican. Kalau teman sampa stesen Akcakoca dari Istanbul, dialah yg selalu kutip teman. Lazimnya teman tido apartment dia dulu atau kalau teman nak, suruh dia antor terus ke rumoh mak dia di Kg Deredebi. Best dia ada 2 Mak! ALHAMDULILLAH teman bersyukur yaa amat dapat kuarga yg terima teman seadanya...Aaamiiinnnn!
Antara barang teman berjual kali ni, sejadah! Design ni takde kat Maleyzia. Kalau kome nak, kabor cepat. Nipis dan ringan, boleh boh dalam beg ke opis, sekolah, berkelah dll!
Semalam dapat beli 5 corab ni. Lagi sepasang separuh siap. Yang ungu dan ijo tu dah dibeli orang ya...sold! Sapa nak berebut, tingge yg pink cerah tu, dark brown tu, pink kat kaki tu. Rega RM35 sepasang. Sapa sebut dulu, dia punya!.Teman tak taw!