Moh Kite Follow Sesame...
Showing posts with label Kebab. Show all posts
Showing posts with label Kebab. Show all posts
Friday, October 2, 2015
Thursday, October 31, 2013
Moh Nyongket Dari Kampong Deredebi ke Ladang Hazelnut, Turki!
![]() |
Nevin ni sepupu Mr T dan juga adik ipor dia. Sorang janda anak sorang, adik Mr T meninggal muda. Sejak tu Niven tak penah kawin dan duduk dgn mertua teman. Kuat koje dia nih! |
![]() |
Dari kampong ke ladang ataih bukit lebih kurang 25 minit naik trakter. Kena tempuh rumah-rumah jiran.... |
![]() |
Melepasi salah satu kedai dlm kampong ni. Ada 2 buah kedai runcit jer. |
![]() |
Salah sebuah rumah jiran yg dekoratif.... |
![]() |
Deme guna mesin utk buang kelopak hazelnut. Corong buang kulit dihala dijalan bagi rumah yg laman kecik. Nanti deme kumpui dan bakor kelopak ni. |
![]() |
Jalan ke bukit bengkang-bengkok. Ni dah naik ke ataih sikit, nampak Kampong Deredebi kat bawah.... |
![]() |
Yang keliling kampong ni semua pokok hazelnut orang kampong! Pokok yg tinggi-tinggi pokok buah-buahan spt epal, pear, plum, berangan dan lain-lainlah! |
![]() |
Lepas 20 minit, berjaya kuarkan lori tu, kami sambung perjalanan. Pagi cerah dan nyaman. Jumpa salah sorang jiran kampong kat farmhouse dia, sembang-sembang kejap pot-pet, pot-pet! |
![]() |
Selain ladang hazelnut, sepanjang jalan penuh pokok-pokok buah termasuk pokok buah berangan. Tapi ni pokok epal yg sedang masak ranum! |
![]() |
Gambor ni tahun 2012 (summer). Sedang rancang metik hazelnut, masa ni cuti sekolah, orang kampong bawak anak-anak koje sama! Kira 6 km dari kampong nak sampai ladang kami ni... |
![]() |
Ok, koje, koje.... Selepas dimesin, kacang dijemur 3-4 ari supaya boleh simpan dan tak berkulat. Tahan 2 tahun taw. Pondok belakang tu tempat tinggal dulu-dulu sebelum Mr T bina Farmhouse. |
![]() |
Diakhiri dgn makanan! Ni ler kebab ori, daging lembu kot, teman lupa. Side dish semua free taw! |
Labels:
buah berangan,
epal,
farmhouse.,
hazelnut,
Kampong Deredebi,
Kebab,
ladang hazelnut,
lembu,
plum,
Turki
Tuesday, January 24, 2012
MOH NYONGKET-NYONGKET TAMAN ERDOGAN...DAN SETAN MERAH!!
Perhentian bas nak ke Istanbul.
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Teman dah more or less settled down kat Basaksehir ni. Cuaca sejak teman landing memang nyaman, tak terlalu sejuk. Pagi tadi check thermometer kat balkon (balcony) 10 C...ok tu, buleh nyongket!
Mr T kena bagi training satu jam untuk machine operator kat bahagian Asia Istanbul, so dia keluor elok jer lepas subuh. Dekat satu jam setengah sampa ler sana.
Kahvaltı (sarap) teman pagi ni memacam dalam pinggan (MR T tak breakfast, jadi main longgok jer). Ni salah satunya - roti dengan keju putih, jem buah dan butter...hmmm sedap, ada rasa masin dan manis!
Si- Sumeiyah masih tido, dah kul 9 dah.
Teman pun amik kot, kuar nak check apa-apa perubahan kat taman ni. Ni jalan yg nak menuju ke blok kami. Nampak bumbung masjid kecik belah kiri.
Blok bersebelahan...musim dingin pokok botak.
Hmmm dah makin banyak pokok yg ditanam Janitor cum Tukang Kebun blok kami, Encik Mehmet, bangsa Kurdish. Blok kami cat biru.
Ni jalan menghala ke kawasan kedai/gedung....bukan bandar. Tu masjid besor taman ni. Masjid yg kecik dekat blok kami. Teman gi ke kiri ada taman...duduk-duduk jap makan badam!
Dik buah badam tu bergaram, teman rasa dahaga. Malas nak balik rumoh. Teman pun cari kompleks beli-belah kecik kat satu kejiranan yg ada kedai çay (teh). Sambe minum tu (order 2 gelas, satu gelas 1 Lira, 2 hengget!) 'baca' paper sukan.
Kırımızı Şeytan lawan dengan Arsenal. Tulah Syaitan Merah - The Red Devil - orang Turki terus translate ke bahasa deme!
Agak setengah jam teman hilangkan dahaga dan panaskan badan, teman lalu kat dapur deme. Wow sedap tu kebab, tapi teman dah kenyang.
Breakfast teman pagi tadi pun Wow!
Monday, December 19, 2011
MAKKAH: KERANAMU YA ALLAH, HAMBAMU BERKORBAN APA SAJA

Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Sambung semula citer dan pengalaman teman di Makkah baru-baru ni. Kalau kome nak baca tentang unsur-unsur kerohanian, blog teman tak banyak isinya; ada sesikit jer. Teman banyak nak labun kisah insan dan peristiwa semasa di sana yek.
Preaching teman tak panda.

Kat situ rama jemaah bersolat dan pastu jadi tempat deme lepak - berjumpa sesama jemaah, bermuzakarah, berkenal mesra, solat, ngaji, makan dan tido!

Agok pas subuh sekitar 8 am, dataran ni clear sikit sebab rama jemaah gi berburu cari breakfast.
Selain manusia, burung pun suka lepak kat sini. Ada jer hamba Allah yg tabur bijiran bagi deme makan. Bertuah hewan-hewan kat Tanah Haram - makan free dan tak kena ligan!

Pas solat subuh rama jemaah yg ngantuk keletihan beribadah separuh malam atau mungkin sepanjang malam, sambung tido - take 5 kot. Beralaskan plastik dan kain jer.

Selain berkorban pitih, masa dan tenaga, rama deme ni berkorban keselesaan semasa melakukan ibadah haji. Sian pun ada, kagum pun ada teman nengok deme ni. Teman balik hotel ada katil dan air-con, deme terdedah pd elemen-elemen alam. Hari panaih kang deme masuk masjid.

Gambor teman rakan dr level 2 jam 11 pagi.
Deme yg takde port private, lepak dan tido di bawoh langit jer.

Bawoh bayangan masjid banyak beri keberkatan dgn suasana redup dan terhindor dr terik mentari...ewaahh bersastera pulak!

Sebelah malam pas solat isyak jemaah yg sebangsa atau senegara akan berlonggok sesama di port memasing. Yang ni bawoh tangga yg menghubung level 2.

Ada yg bawok anak bini dok nginap bawoh tangga. Tak tau ngape deme nginap sini, mungkin lewat datang dan takde lagi hotel atau deme berjimat. Amik gambor curi ni, tu yang blur sikit!

Matahari dah naik tp angin masih agok sejuk. Mula sorang-sorang ngeliat bangkit...


Ntah sesapa deme ni. Mungkin ada yg berlatorbelakang yg amat elok dr segi ekonomi dan pendidikan. Tapi kerana Dia, deme tak kisah bergelandangan. Sungguh menginsafkan!
Ada teman jumpa segelintir jemaah Malaysia yg tak tahan dugaan cam ni. But that's another story...

Bila dah bangun, cam mamai jer Yob ni.
"Nak bekfas pe Yob?"
"Kebab ler!"

Kat sini deme sangkut satnika beg dan reta benda deme. Sian sungguh teman nengok. Tabah sungguh deme ni dgn kepayahan ni.
Sabor jer...

Ni mungkin isteri-isteri jemaah lelaki yg jugak tido di dataran. Bape banyak pengorbanan deme lalui banding dengan kebanyakan jemaah lain!

Ada yg dapat port bawoh bangunan, sekurang-kurangnya bukan laluan jemaah dan teduh dari matahari pagi.

Lazimnya campers berlonggok dengan campers.

Rama gak jemaah yg bawok camp ni.

Tapi yg paling teman kagum...Yob ni yg tido betoi-betoi di tengah jalan besor, bawoh jejantas, kiri-kanan orang dan kenderaan lalu-lalang simpang-siur.
Apoh pun dia tak dulik hiruk-pikuk dan debu abuk.
Leeenaaaa!
Respekkkk!

Selain dari tido tak tentu port, nak makan pun tak tentu port.
The best seat in the house...atas kerbside!

Kat tepi jalan depan kedai/gerai makan rama para jemaah menjamu selera tak kira bekfast, lunch atau dinner.
Alhamdulillah satu set makanan Arab ni buleh makan 1-3 orang (kalau orang Asialah cam kita geng Melayu). Tapi satu set tu utk org Arab, Afrika dan Eropah tu utk sorang jer.

Begitu ler kisahnya pengorbanan sebahagian jemaah lakukan. Teman tak jumpa lagi muka-muka Melayu yg tido bersepah cam tu.
Err...kome ada yg posa ari ni?
Teman plan nak makan 1/4 pie yg teman buat semalam, ada lagi teman simpan dlm peti ais...

...dan semangkok sup tulang. Sesapa yg posa, buleh berbuka dengan teman, meh!
Untuk sahabat baik teman Yasleh di England, selamat menjamu mata!
Labels:
Haji di Makkah,
jemaah haji,
Kebab,
pie,
Tanah Haram,
tidor gelandangan
Subscribe to:
Posts (Atom)