Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label tidor gelandangan. Show all posts
Showing posts with label tidor gelandangan. Show all posts

Monday, December 19, 2011

MAKKAH: KERANAMU YA ALLAH, HAMBAMU BERKORBAN APA SAJA

Dataran masjid jam 7 pagi


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Sambung semula citer dan pengalaman teman di Makkah baru-baru ni. Kalau kome nak baca tentang unsur-unsur kerohanian, blog teman tak banyak isinya; ada sesikit jer. Teman banyak nak labun kisah insan dan peristiwa semasa di sana yek.
Preaching teman tak panda.


Ni pemandangan dataran selepas solat isyak.

Kat situ rama jemaah bersolat dan pastu jadi tempat deme lepak - berjumpa sesama jemaah, bermuzakarah, berkenal mesra, solat, ngaji, makan dan tido!



Agok pas subuh sekitar 8 am, dataran ni clear sikit sebab rama jemaah gi berburu cari breakfast.
Selain manusia, burung pun suka lepak kat sini. Ada jer hamba Allah yg tabur bijiran bagi deme makan. Bertuah hewan-hewan kat Tanah Haram - makan free dan tak kena ligan!



Pas solat subuh rama jemaah yg ngantuk keletihan beribadah separuh malam atau mungkin sepanjang malam, sambung tido - take 5 kot. Beralaskan plastik dan kain jer.


Tu dia tengah-tengah dataran.

Selain berkorban pitih, masa dan tenaga, rama deme ni berkorban keselesaan semasa melakukan ibadah haji. Sian pun ada, kagum pun ada teman nengok deme ni. Teman balik hotel ada katil dan air-con, deme terdedah pd elemen-elemen alam. Hari panaih kang deme masuk masjid.



Gambor teman rakan dr level 2 jam 11 pagi.
Deme yg takde port private, lepak dan tido di bawoh langit jer.



Bawoh bayangan masjid banyak beri keberkatan dgn suasana redup dan terhindor dr terik mentari...ewaahh bersastera pulak!



Sebelah malam pas solat isyak jemaah yg sebangsa atau senegara akan berlonggok sesama di port memasing. Yang ni bawoh tangga yg menghubung level 2.



Ada yg bawok anak bini dok nginap bawoh tangga. Tak tau ngape deme nginap sini, mungkin lewat datang dan takde lagi hotel atau deme berjimat. Amik gambor curi ni, tu yang blur sikit!


Ni dah pukui 8 pagi gitu.

Matahari dah naik tp angin masih agok sejuk. Mula sorang-sorang ngeliat bangkit...


Lantok kome...teman nak sambung tido lagi!


Sedap jer tido beralaskan selimut nipih dan beg sebagai banta.

Ntah sesapa deme ni. Mungkin ada yg berlatorbelakang yg amat elok dr segi ekonomi dan pendidikan. Tapi kerana Dia, deme tak kisah bergelandangan. Sungguh menginsafkan!
Ada teman jumpa segelintir jemaah Malaysia yg tak tahan dugaan cam ni. But that's another story...



Bila dah bangun, cam mamai jer Yob ni.
"Nak bekfas pe Yob?"
"Kebab ler!"



Kat sini deme sangkut satnika beg dan reta benda deme. Sian sungguh teman nengok. Tabah sungguh deme ni dgn kepayahan ni.
Sabor jer...



Ni mungkin isteri-isteri jemaah lelaki yg jugak tido di dataran. Bape banyak pengorbanan deme lalui banding dengan kebanyakan jemaah lain!


Ada yg dapat port bawoh bangunan, sekurang-kurangnya bukan laluan jemaah dan teduh dari matahari pagi.


Ni kawasan campers.
Lazimnya campers berlonggok dengan campers.



Rama gak jemaah yg bawok camp ni.



Tapi yg paling teman kagum...Yob ni yg tido betoi-betoi di tengah jalan besor, bawoh jejantas, kiri-kanan orang dan kenderaan lalu-lalang simpang-siur.
Apoh pun dia tak dulik hiruk-pikuk dan debu abuk.
Leeenaaaa!
Respekkkk!



Selain dari tido tak tentu port, nak makan pun tak tentu port.
The best seat in the house...atas kerbside!



Kat tepi jalan depan kedai/gerai makan rama para jemaah menjamu selera tak kira bekfast, lunch atau dinner.
Alhamdulillah satu set makanan Arab ni buleh makan 1-3 orang (kalau orang Asialah cam kita geng Melayu). Tapi satu set tu utk org Arab, Afrika dan Eropah tu utk sorang jer.



Begitu ler kisahnya pengorbanan sebahagian jemaah lakukan. Teman tak jumpa lagi muka-muka Melayu yg tido bersepah cam tu.
Err...kome ada yg posa ari ni?
Teman plan nak makan 1/4 pie yg teman buat semalam, ada lagi teman simpan dlm peti ais...



...dan semangkok sup tulang. Sesapa yg posa, buleh berbuka dengan teman, meh!
Untuk sahabat baik teman Yasleh di England, selamat menjamu mata!