Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label lembu. Show all posts
Showing posts with label lembu. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

JOM TENGOK KOJE KAMPONG TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pe kabor? Dalam tiap trip teman balik Turki, dalam 3 bulan tu, teman balik Kg Deredebi 2 atau 3 kali. Tiap kali tu mungkin lepak 3-5 hari gitu. Kekadang lebih dari seminggu. Penah duduk kampong ni sebulan masa Mr T koje luar Turki. Trip lepas teman landing di Istanbul dalam musim dingin, awal musim bunga baru balik Malaya. Gambor atas ni Amca atau Pak sedara Mr T dan yg bawak traktor tu biras dia si Nevin.

Trip balik kampong pertama di Laut Hitam ni pd bulan Disember. Bawak si Timah dari Kole Kugho tu. Pokok banyak yg tido, jadi botak tak berdaun. Salji round pertama dah lepas, ada sesikit belah tanah tinggi. Ni pokok tin depan rumoh Mak Mertua teman.
Dengan Timah kami duduk 2 malam, pastu balik Istanbul. Kemudian trip kedua teman datang sorang naik bas turun di bandar Akcakoca. Pastu ikut si Ilker ni masuk kampong. Ilker ni anak sedara Mr T. Anak-anak dia Mursel dan Omer.
Mertua teman dan Nevin ada bela 4-5 ekor lembu utk susu, yoghurt dan keju. Deme peroh susu tiap pagi dan petang. Teman selalu gak ikut nengok Nevin peroh susu, nengok jer ler. Nolong tak panda! Takut pegang lembu bebenornya! Yang belakang tu bangsal deme ler!
Musim dingin koje luor rumoh kurang. Kira relax ler sikit. Tapi koje dalam rumoh tak kurang. Sekali-sekala deme buat roti kampong, bakor dalam soba (oven tradisional) guna kayu api pokok hazelnut. Sekali bancuh, deme buat utk 2 loyang roti, satu besor, satu kecik.
Tak kira musim apa, lembu kena peroh, kena bagi makan, kena bawok gi padang. Tapi ni bukan lembu Nevin. Ntah lembu sapa masuk ladang hazelnut jiran!
Ahhh udah pun siap koy ekmek (roti kampong). Bila baru kuar dari oven, deme suka makan sepotong dua jap-jap tu sebab fresh dan panas.
Di musim dingin koje hazelnut tak mandang, tapi koje di kebun sayur tetap ada. Nevin kekadang tabur najis lembu buat baja. Adakalanya dia petik daun sirgan atau dalam Bahasa Jawanya thistle. Gatei kome kalau kena kulit!
Herba ni tak boleh makan mentah. Masa kutip tu kena pakai gloves taw. Bila dilambakkan ataih saprah tu, Nevin kutip buang kayu atau rumput-rampai tak guna.
Khasiat sirgan ni dia boleh mencegah kanser. Tapi dia tumbuh dalam musim bunga dan panas jer. Lazimnya deme buat masak macam ni, rebus sampai lembik dan likat sampai keluar lendir. Tabur sikit tepung jagung kasor. Rope dia dah rope muntoh kucin, rasa pun tak sedap mana. Kome kena makan 2-3 tahun baru tau nak appreciate!
Ni kahvalti atau sarapan di rumoh sedara mertua. Deme tau kami nak datang, deme masak roti bun berinti keju kampong, ada kentang goreng, keju putih yg digrill (yummy) selain side-dish yg biasa seperti buah zaitun, sirap buah dan madu. Begitu ler kisahnya buat kali ini!
Errr teman dah lama tak bagi hediyeh ehh. Dalam trip lepas teman beli berkilo batu permata semi-precious buat tasbih dan aksesori. Hok ni teman buat tasbih guna glass pearl dengan kepala batu Agate. 2 orang pengomen pertama akan dapat sorang seutas yaa! Cepat komen! 

Thursday, October 31, 2013

Moh Nyongket Dari Kampong Deredebi ke Ladang Hazelnut, Turki!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, pe kabor mengkome? Maaf lama tak update. Teman masih berkabung.Entry kali ni nak ngajak kome menyongket kampong - dari Kg Deredebi ke ladang kami di ataih bukit, dengan trakter! Nevin, biras teman tutup pintu gate sebelum naik trakter!
Nevin ni sepupu Mr T dan juga adik ipor dia. Sorang janda anak sorang, adik Mr T meninggal muda. Sejak tu Niven tak penah kawin dan duduk dgn mertua teman. Kuat koje dia nih!
Dari kampong ke ladang ataih bukit lebih kurang 25 minit naik trakter. Kena tempuh rumah-rumah jiran....
Melepasi salah satu kedai dlm kampong ni. Ada 2 buah kedai runcit jer.
Salah sebuah rumah jiran yg dekoratif....
Deme guna mesin utk buang kelopak hazelnut. Corong buang kulit dihala dijalan bagi rumah yg laman kecik. Nanti deme kumpui dan bakor kelopak ni.
Jalan ke bukit bengkang-bengkok. Ni dah naik ke ataih sikit, nampak Kampong Deredebi kat bawah....
Yang keliling kampong ni semua pokok hazelnut orang kampong! Pokok yg tinggi-tinggi pokok buah-buahan spt epal, pear, plum, berangan dan lain-lainlah!
Terbantut halfway. Ada eksiden. Sebuah lori terjelepuk tepi lereng, mujur bukan lereng belah kiri, belah kiri curam kebawah weehhh!!! Sib baik ada excavator Mr T (mesin penyodok tu) untuk tarik dia keluar!
Lepas 20 minit, berjaya kuarkan lori tu, kami sambung perjalanan. Pagi cerah dan nyaman. Jumpa salah sorang jiran kampong kat farmhouse dia, sembang-sembang kejap pot-pet, pot-pet!
Selain ladang hazelnut, sepanjang jalan penuh pokok-pokok buah termasuk pokok buah berangan. Tapi ni pokok epal yg sedang masak ranum!
Gambor ni tahun 2012 (summer). Sedang rancang metik hazelnut, masa ni cuti sekolah, orang kampong bawak anak-anak koje sama! Kira 6 km dari kampong nak sampai ladang kami ni...
Dah sampaiiiii.... dari jauh teman nampak mak mertua dah duduk ataih kacang, pilih dan buang batu! Lazimnya kami tido di Farmhouse tp malam sebelumnya Niven ajak turun kampong sebab nak jenguk lembu-lembu kesayangan.
Kekadang sedara mertua datang tengok kami. Deme pun ada ladang sendiri tapi sesaja nak ziarah. Bawak bebudak yg selalu buat kecoh main sana-sini! Bebudak ni cukup suka teman cakap Melayu, sbb deme tak faham!
Ok, koje, koje.... Selepas dimesin, kacang dijemur 3-4 ari supaya boleh simpan dan tak berkulat. Tahan 2 tahun taw. Pondok belakang tu tempat tinggal dulu-dulu sebelum Mr T bina Farmhouse.
Diakhiri dgn makanan! Ni ler kebab ori, daging lembu kot, teman lupa. Side dish semua free taw!

Wednesday, October 31, 2012

RAYA QURBAN, TURKISH STYLE!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, Selamat Hari Raya Qurban mengkome! Pe kabor? Semoga semua sihat. Alhamdulillah, teman jer kurang sihat, sakit tekok...banyak makan daging kot. Gambor menunjukkan jiran bawok lembu-lembu utk di korbankan. Kat gate tu anak sedara mertua, si Yavus.
Yang buat kurban kat depan rumoh Mr T ni - Mr T, mok dia, Kak Emine, anak-anak dia/anak tiri teman si Tahsin, Asim, Alper, dan anak sedara dia si Ilker, dan sepupu, Yavus. Yang baju-baju biru semua anak Mr T, yg baju putih si Ilker. Mertua jadi supervisor!
Sebelum solat raya ni. Tahsin sedang memerhati adik dia si Alper layan anak dia Yusuf, manakala si Bahrican mata nengok kartun. Deme takde masak rendang-mendang ketupat-pepat cam kita!
Cucu-cucu  Mr T si Sule dan si Zeynep bergaya dgn baju baru dan tudung baru, cuma Sule takde tudung. Yang tudung meroh tu sedara deme.
Raya Qurban di Turki cuti 4 hari, meriahlah kira sebab ikut mazhab deme wajib buat korban. Raya kedua sedara-mara yg remaja cun-cun singgah rumoh. Deme senang, hidang baklava dan gula-gula jer! Manis dok deme-deme ni...manis bagai baklava!
"Bai-bai...kami nak nyongket ke lain pulak. Kalau nak berkenalan dgn kume, email ler kat mok sedara kume tu...Mokcik Helime dari Malaya!" pesan si Melek! So, apa lagi Yob!
"Kami datang,....nak kutip gula-gula!" kata bebudak ni. Stail Turki deme bagi gula-gula kat kekanak yg datang. Cam Halloweenlah pulak! Ada gak yg dapat duit sekali. Ntah berapa kilo deme ngutip gula-gula!
Si Ilker sedang melayan sedara-mara dari kampong Opah dia. Deme makan dolma (nasi gulung dlm dauh anggur) dan sutlac (nasi dimasak dgn susu fresh). Daging korban deme buat masak tumih dan buat sup tanpa rempah....adeiiiii lapor teman wehhh!
Errrr...ni bukan perampok. Mr T masa musim panah kat padang pasior, Basrah. Suhu kat padang pasior ni boleh sampa 50 Ceicius dia kabor! Dia bagi cuti pd beberapa orang pekerja yg sekampong utk raya korban, tapi dia sendiri tak amik cuti. Koje banyak!