Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label yoghurt. Show all posts
Showing posts with label yoghurt. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

JOM TENGOK KOJE KAMPONG TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pe kabor? Dalam tiap trip teman balik Turki, dalam 3 bulan tu, teman balik Kg Deredebi 2 atau 3 kali. Tiap kali tu mungkin lepak 3-5 hari gitu. Kekadang lebih dari seminggu. Penah duduk kampong ni sebulan masa Mr T koje luar Turki. Trip lepas teman landing di Istanbul dalam musim dingin, awal musim bunga baru balik Malaya. Gambor atas ni Amca atau Pak sedara Mr T dan yg bawak traktor tu biras dia si Nevin.

Trip balik kampong pertama di Laut Hitam ni pd bulan Disember. Bawak si Timah dari Kole Kugho tu. Pokok banyak yg tido, jadi botak tak berdaun. Salji round pertama dah lepas, ada sesikit belah tanah tinggi. Ni pokok tin depan rumoh Mak Mertua teman.
Dengan Timah kami duduk 2 malam, pastu balik Istanbul. Kemudian trip kedua teman datang sorang naik bas turun di bandar Akcakoca. Pastu ikut si Ilker ni masuk kampong. Ilker ni anak sedara Mr T. Anak-anak dia Mursel dan Omer.
Mertua teman dan Nevin ada bela 4-5 ekor lembu utk susu, yoghurt dan keju. Deme peroh susu tiap pagi dan petang. Teman selalu gak ikut nengok Nevin peroh susu, nengok jer ler. Nolong tak panda! Takut pegang lembu bebenornya! Yang belakang tu bangsal deme ler!
Musim dingin koje luor rumoh kurang. Kira relax ler sikit. Tapi koje dalam rumoh tak kurang. Sekali-sekala deme buat roti kampong, bakor dalam soba (oven tradisional) guna kayu api pokok hazelnut. Sekali bancuh, deme buat utk 2 loyang roti, satu besor, satu kecik.
Tak kira musim apa, lembu kena peroh, kena bagi makan, kena bawok gi padang. Tapi ni bukan lembu Nevin. Ntah lembu sapa masuk ladang hazelnut jiran!
Ahhh udah pun siap koy ekmek (roti kampong). Bila baru kuar dari oven, deme suka makan sepotong dua jap-jap tu sebab fresh dan panas.
Di musim dingin koje hazelnut tak mandang, tapi koje di kebun sayur tetap ada. Nevin kekadang tabur najis lembu buat baja. Adakalanya dia petik daun sirgan atau dalam Bahasa Jawanya thistle. Gatei kome kalau kena kulit!
Herba ni tak boleh makan mentah. Masa kutip tu kena pakai gloves taw. Bila dilambakkan ataih saprah tu, Nevin kutip buang kayu atau rumput-rampai tak guna.
Khasiat sirgan ni dia boleh mencegah kanser. Tapi dia tumbuh dalam musim bunga dan panas jer. Lazimnya deme buat masak macam ni, rebus sampai lembik dan likat sampai keluar lendir. Tabur sikit tepung jagung kasor. Rope dia dah rope muntoh kucin, rasa pun tak sedap mana. Kome kena makan 2-3 tahun baru tau nak appreciate!
Ni kahvalti atau sarapan di rumoh sedara mertua. Deme tau kami nak datang, deme masak roti bun berinti keju kampong, ada kentang goreng, keju putih yg digrill (yummy) selain side-dish yg biasa seperti buah zaitun, sirap buah dan madu. Begitu ler kisahnya buat kali ini!
Errr teman dah lama tak bagi hediyeh ehh. Dalam trip lepas teman beli berkilo batu permata semi-precious buat tasbih dan aksesori. Hok ni teman buat tasbih guna glass pearl dengan kepala batu Agate. 2 orang pengomen pertama akan dapat sorang seutas yaa! Cepat komen! 

Wednesday, March 7, 2012

YONG PERAK BALIK KAMPONG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI!

Tulih nama ataih saljuuu...nama teman puloklah, asyik nama kome jer!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Dah dekat 4 ari yek teman idok hapdet. Ater teman nyongket lagi ke kampong Mr T. Dia ngantor ari Ahad, dia free kan, antor ke bas terminal ler. Teman turun kat bandar Akcakoca, anak tiri si Alper amik. Tido umoh dia semalam, esoknya tido umoh si Ilker (sepupu dia ler) dekat blok sebelah jer, semalam jugak.
Emak Ilker, si Nevin tu adik ipor Mr T ada dok dekat seminggu jaga menantu baru beranak.
Cucu kedua dia ler.


Bas terhenjut-henjut lalu lopak salji dan jalan kampong!

Ari selasa Nevin, mak dia, cucu pertama si Mursel dan teman naik bas mingguan balik ke Kg Deredebi. Bas ni seminggu sekali kutip orang kampong gi pasar Selasa di Akcakoca (15 minit) dan balik ke Deredebi kul 2 petang. Sarat bas dengan orang kampong jiran kami siap dengan pucuk paku, petei, jerin, cok ubi...issyyy berangan teman!
Sayur-mayur deme ler!
Teman berdiri kat pintu dgn sorang jiran, tapi bas slow tak ngape.



Nevin dengan Mursel Taha depan gate rumoh dia dan mertua teman. Dia hangkut si Mursel dok sampa weekend !
Teman tanya tak nangis ke nanti.
Idok!
Huisyyy bagus Mursel ni, tak teroyok dia tinggeikan mak pak dekat seminggu!
Dah biasa kena kidnap ler tuh!
Buleh ler bini Ilker rehat dalam pantang!



Si Karabas dah siap nunggu, mengiringi adik mertua teman dan Nevin naik ke rumoh. Dia nampak kami dok suka bebenor, lompat-lompat! Teman naik letak beg pastu amik apa-apa yg patut boh dlm plastik gi rumoh Mr T sebab nak dok dating dengan Kak Emine.
Ater dia tinggei sorang weh!



"Udoh, udoh ler tuh nyembah manusia Karabas oii! Kamu tak takut dosa ke?"
Tu ler peranga Karabas, asei jumpa teman dok main sujud-sujud.
"Nak masuk neraka ke apa miker nih?"



Dekat maghrib teman sempat amik gambor matahari terbenam. Soooooh jer kampong, hanya bunyi burung , ayam dan si Kara Kiz dalam rumoh dia...mmboooooooo!!!



Rumoh Mr T waktu dekat senja. 4 ari lepas salji takat pinggang Kak Emine kome!
Nak teroyok dia berulang gi kandang err...rumoh si Kara Kiz nak peroh tetek besor dia (tetek Kara Kiz ler!).
Dah ler dia dok sorang.
Tu yang teman kabor kat Mr T, nak balik kampong nak tolong dia. Teman tolong bersihkan najis si Kara Kiz dan anok-anok dia.
Ngape,...kome tak caya yek?



Issyyy pepagi bute si Karabas dah cross jalan gi rumoh Mr T bila dia nampak teman main tulih-tulih ataih salji!
Ni dia buat posing macho kat teman.



So
teman pun tulih ler nama dia ataih salju.
"Good dog, Karabas, good dog!"



Rumoh mertua di seberang jalan.
Nampak sangat takde sapa balik ke rumoh sejak 5-6 ari ni sebab takde bekas tayar keta kat laman.
Yang ada, laluan jalan kaki Kak Emine dan si Karabas!


Malam tu kan, Kak Emine masak ati dan limpa lembu daging korban. Sayang Kak Emine kat teman tuh, kalau dia sorang, tak sior dia masak dagin!
Untuk bekfast, ada telur goreng ayam kampong dan yoghurt manis...sedapnyer!
Saaaaayaaang Emine Ablah!

Saturday, February 11, 2012

MOH NYONGKET RUMOH MERTUA TEMAN DI KG DEREDEBI, TURKI WEH!


Roti bakor teman pagi tadi - hazelnut butter, yoghurt manis, jem buah dan keju kampong Mak Mertua!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Pe kabor mengkome? Semoga semua Yong dan Yob pembaca sekelian sihat sejahtera di Malaysia yg paneh melentin tu!
Teman ingat dkt 2 minggu baru dpt hapdet blog ni...tapi Mr T nyusul sehari lepas teman sampa. Dia kebetulan ada kat belah Asia ari rabu buat training tapi salji round kedua lebat turun kat Istanbul senja tu dia pun terus balik Laut Itam.
Escape!
Tapi sebenornya rindu kat teman kot! He he heh!



Pagi kelima ni mentari memancor. Semalam dan sehari sebelumnya salji turun lagi di Laut Hitam. Tapi rasanya tak seteruk Istanbul yg siap dengan ruzgar (angin) kuat. Ari ni salji berhenti. Baru cerah sikit gambor.

Masa memola sampai ari selasa tu teman perati banyak pembaruan dkt rumoh Mr T dan rumoh mertua. Ada beberapa binaan baru termasuk fırın (tempat bakery) ni. Dulu dia kat belakang rumoh mertua, ni dah depan laman. Nanti teman citer lain pasal pembangunan ni.

Ni imej semalam masa salji tengah turun lebat. Teman tido rumoh Kak Emine 2 malam. Bila Mr T balik teman gi rumoh mertua seberang jalan, teman dah cakap kalau dia mai teman dok dengan mertua. Mertua pun sorang, elok bermesra dengan mertua pulak. Mr T kata Ok. Orang nak cuti-cuti Turki ni.

Semalam sehari suntuk salji turun jadi teman dok memerap jer sambe baca novel. Mak mertua sibuk masak itu ini utk menantu Malaya dia. Teman tengok dia bakor 3 biji kentang, rebus makarna (home-made pasta), sup pilav dll dari sumber tumbuhan. Hmm jadi vegetarian ler teman jawabnya...
Lebih korang kul 11 Hala (mak sedara Mr T belah bapak dia) datang. Melepak rumoh jiran adalah past-time kaum wanita di Kg Deredebi. Hala ni tak tau nama dia tapi dia sedara Mr T yg teman gemor sebab dia lembut dan tak menceceh. Muka serius tapi baik. Dia ucapkan teman, Hosgeldeniz (Selamat Datang) dan doakan supaya ibadat haji teman diterimaNya.

Elok dia datang masuk waktu zohor, dia pun solat. Elok ezan jumaat tu, salji pun turun. Orang Turki anggap salji tu rahmat dari Allah. Seropa kita kata ujan tu rahmat dari Dia.
Pas solat kami makan tengah hari...rezki Hala. Dia lepak dekat 4 jam. Biasa tu.

Pagi tu teman ada nyongket ke sunga Deredebi.
Esok-esok teman buat entry pasa sunga ni yek!

Ni kahvaltı (sarapan) pagi tadi.
Yang putih bersenduk tu yoghurt manis mertua buat dan yg putih 2 potong tu keju mertua buat semalam. Sebelah keju tu jem buah yg deme buat gak.
Meh kome!

Monday, May 23, 2011

Parti Erdogan Kena Tempias Video Seks

PM Erdogan dalam kempen PRU Turki baru-baru ni. Secret Service dia hensom-hensom, kaaaannnn?
Alamak, harap-harap Mr T tak baca entry ni!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Best cuti-cuti semalam. Ronda-ronda makan seafood kat Tanjung Lumpur dan kendian lepak kat kampong housemate di Felda Keratong. Laptop tingge kat Bandar Muadzam. Namun, walaupun bercutia-cutian, teman masih rajin menanda markah paper students sambil nonton TV!

OK, berita yang tengah hangat dan hangit kat Turki dalam senario kempen PRU deme ni ialah pendedahan video seks yg melibatkan salah satu parti pembangkang utama, MHP (parti Mr T dan kuarga dia...he he!).

Walaupun Erdogan dan konco-konco dia tak terlibat dalam skandal video erotika ni, tapi lagi sebuah parti pembangkang utama CHP telah menyelar atau berkiaslah katakan bahawa ni permainan politik parti Erdogan AKP.

"Alaa kome yg produce filem pendek ni!" tuduh ketua CHP.

Erdogan melenting,"Woi Encik Kilicdaroglu...jaga mulut tu sikit. Miker tu naik jadi presiden pun akibat video seks bos kome dulu. Memandai menuduh orang!"

Beberapa pemimpin tinggi AKP pun menyelar Presiden CHP buat fitnah cuba mengaitkan video seks tu dengan penglibatan parti AKP.

Sementara tu, 6 orang lagi pemimpin dan ahli parti MHP yg dikatakan berlakon dalam video seks tu telah letak jawatan. Presiden deme Encik Bahceli masih mempertahankan kedudukan dia dan berikrar akan melawan komplot jahat yang cuba menghancurkan parti deme. Ramai pihak yang mengutuk permainan kotor ni.
Tapi kat Malaysia ni bukan permainan kotor, tetapi survival politik...hu hu hu!

Sumber berita dan gambor dari Hurriyetdailynews.com



Dalam senario lain, keturunan kaum Circassian, asal dari wilayah Caucassus di Russia, meraikan ulangtahun kejadian deportasi dan pembunuhan beramai-ramai datuk moyang deme oleh orang Rusia zaman Tzar dulu. Beratus ribu rakyat Circassian disumbat dalam kapa dan dihantor ke wilayah Uthmaniah Turki. Ramai dari deme ni mati dalam pelayaran atau semasa penaklukan wilayah deme.

Sementara itu keturunan deme yang ada kat Turki ni pulak tuntut bahasa deme dibenarkan diajor di sekolah dan TV dalam bahasa ibunda deme.

Orang Turki gerutu, "Kome ni nak jadi macam orang Kurdish, minta belajor bahasa ibunda, TV dalam bahasa ibunda...memacam mintak!"

Itulah ropa di Turki, banyak nar bangsa dan kaum yang ada rentetan peristiwa bersejarah zaman Uthmaniah dedulu. Teman tak buleh nak beza ropa orang Armenia, Greek, Circassian, Arab, Kurdish, dll. Seropa jer pada teman.




Ok, layan gambor cucu sedara Mr T...sejuk sikit mata memandang. Serabut mace isu-isu video seks, penghapusan etnik, tanah runtuh...Al-Fatihah untuk anak-anak yatim yang jadi mangsa tanah runtuh di Hulu Langat tu. Sayu ati tengok jenazah deme...



Gambor baby tetap akan menceriakan ati sesapa pun. Semoga Mursel akan jadi anak yang soleh, InsyaAllah!



Ni nak berkongsi camner deme memanaskan boiler di Kampong Deredebi. Kat kampong deme tak guna dandang dan boiler letrik sebab deme banyak kayu api. Lebih muroh dan efisyien guna kayu api dari guna letrik untuk memanas ruang dan buat ayor panas untuk mandi.

Ni boiler dalam bilik mandi Mr T. Kat kampong bila teman dok serumah dengan Kak Emine, dia suruh guna bilik mandi dia (masa Mr T koje kat Iraq ari tu). Kat tepi boiler tu dah memang ada bekas untuk kayu api. Bila nak mandi bakor jer.

Kita bakor...bakor!



Natang ni dari sejenis pokok tirus. Lupa pulak apa deme panggil dalam bahasa Turki. Tapi ni biji pokok tirus tu. Kalau kome perasan dalam rumoh omputeh deme guna mende ni buat hiasan masa musim Krismas.

Kat kampong di Turki deme guna sebagai bahanapi. Dia cepat terbakor cam batang mancis.



Teman petik api, 5 saat dia menyambor. Sebelum tu kome kena susun beberapa kerat kayu api dalam perut boiler tu dulu.



Pastu kome sumbat biji/bunga tadi di bawah kayu api yg dah tersusun tadi. Sebiji tadi dah cukup untuk menyemarakkan api.



Kendian tutup pintu boiler tu. Boh kayu api banyok sikit. Nanti ayor dalam boiler panas dalam 20 minit dan ayor ni tahan panas sampai malam kalau dibakor dari pagi.

Tapi sekarang Mr T dah pasang sun panel kat bumbung untuk dapatkan tenaga suria. Tukor jer switch, dapatkan tenaga suria untuk panaskan ayor. Memang efisyien, ayor panas sampai besok pagi. Asalkan ada matahari tak kira musim panas atau musim dingin, memang tak perlu bakor kayu api. Free kome dan tak serabut angkut kayu api.

Ater...ngape kita kat Malaysia tak guna tenaga suria utk panaskan ayor untuk mandi-manda ni kome?
Pikior-pikiorkan!



Err...ni bukan ais krim ya. Nilah yoghurt. Deme kat Turki melantok yoghurt hampir tiap ari. Masam punya. Tapi bagus untuk tulang dan gigi. Yang Mr T tengah makan ni Yoghurt yang dibeli (bila yoghurt kampong dah abis) masa kat Istanbul. Brand ni sedap sungguh, halus rasa dia!



Sekali ngadap dekat setengah kotak abis! Yoghurt ada bakteria yang bagus untuk perut kita.



Menu sarapan masa Mr T ada - kentang, cendawan, cili ijo dan bawang ditumis dengan minyak zaitun. Pecah telur ditengah. Meh ma
kan kome...

P.S Yob Ali Kanchan, cer try buat menu ni, senang jer...