Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Masjid dan solat Jumaat atas jalan bazaar. Show all posts
Showing posts with label Masjid dan solat Jumaat atas jalan bazaar. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

MOH NYONGKET RUMOH MERTUA TEMAN DI KG DEREDEBI, TURKI WEH!


Roti bakor teman pagi tadi - hazelnut butter, yoghurt manis, jem buah dan keju kampong Mak Mertua!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Pe kabor mengkome? Semoga semua Yong dan Yob pembaca sekelian sihat sejahtera di Malaysia yg paneh melentin tu!
Teman ingat dkt 2 minggu baru dpt hapdet blog ni...tapi Mr T nyusul sehari lepas teman sampa. Dia kebetulan ada kat belah Asia ari rabu buat training tapi salji round kedua lebat turun kat Istanbul senja tu dia pun terus balik Laut Itam.
Escape!
Tapi sebenornya rindu kat teman kot! He he heh!



Pagi kelima ni mentari memancor. Semalam dan sehari sebelumnya salji turun lagi di Laut Hitam. Tapi rasanya tak seteruk Istanbul yg siap dengan ruzgar (angin) kuat. Ari ni salji berhenti. Baru cerah sikit gambor.

Masa memola sampai ari selasa tu teman perati banyak pembaruan dkt rumoh Mr T dan rumoh mertua. Ada beberapa binaan baru termasuk fırın (tempat bakery) ni. Dulu dia kat belakang rumoh mertua, ni dah depan laman. Nanti teman citer lain pasal pembangunan ni.

Ni imej semalam masa salji tengah turun lebat. Teman tido rumoh Kak Emine 2 malam. Bila Mr T balik teman gi rumoh mertua seberang jalan, teman dah cakap kalau dia mai teman dok dengan mertua. Mertua pun sorang, elok bermesra dengan mertua pulak. Mr T kata Ok. Orang nak cuti-cuti Turki ni.

Semalam sehari suntuk salji turun jadi teman dok memerap jer sambe baca novel. Mak mertua sibuk masak itu ini utk menantu Malaya dia. Teman tengok dia bakor 3 biji kentang, rebus makarna (home-made pasta), sup pilav dll dari sumber tumbuhan. Hmm jadi vegetarian ler teman jawabnya...
Lebih korang kul 11 Hala (mak sedara Mr T belah bapak dia) datang. Melepak rumoh jiran adalah past-time kaum wanita di Kg Deredebi. Hala ni tak tau nama dia tapi dia sedara Mr T yg teman gemor sebab dia lembut dan tak menceceh. Muka serius tapi baik. Dia ucapkan teman, Hosgeldeniz (Selamat Datang) dan doakan supaya ibadat haji teman diterimaNya.

Elok dia datang masuk waktu zohor, dia pun solat. Elok ezan jumaat tu, salji pun turun. Orang Turki anggap salji tu rahmat dari Allah. Seropa kita kata ujan tu rahmat dari Dia.
Pas solat kami makan tengah hari...rezki Hala. Dia lepak dekat 4 jam. Biasa tu.

Pagi tu teman ada nyongket ke sunga Deredebi.
Esok-esok teman buat entry pasa sunga ni yek!

Ni kahvaltı (sarapan) pagi tadi.
Yang putih bersenduk tu yoghurt manis mertua buat dan yg putih 2 potong tu keju mertua buat semalam. Sebelah keju tu jem buah yg deme buat gak.
Meh kome!

Friday, August 13, 2010

Satu Jumaat di Eminonu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca Muslimin! Terima kasih kerana masih sudi lawat dan baca blog teman ni. Sempena bulan Ramadhan yang berkat ni, teman rasa elok fokus lebih pada isu-isu kerohanian.
Penah ada kengkawan tanya camner tahap keislaman orang Turki. Tak tau ngapa deme suka tanya soalan cam tu. Macamlah kita ni Islamik sangat. Mungkin sebelum ni deme penah dengor kat Turki deme alun azan dalam bahasa Turki dan juga sebabnya Turki ni negara sekular tahap cipan, deme pikior orang Turki tak de atau kurang pegangan agama. Jadi pertama kali teman dengor azan, teman pasang telinga bebetul:
".....Hai yaalasolaaaaaah!
Hai yaalafalaaaaaah!
Allahuakbar Alluhakbar
Lailahaillaaaah!"
Tu bunyi cam bahasa Arab. Dengor lagi...ya, haa memang bahasa Arab pun. Mananyer bahasa Turki, walaupun masa tu teman tak reti sepatah haram bahasa Turki, tapi teman boleh cam itu bahasa Arab!
Jadinya, penggunaan bahasa Turki ketika mengalunkan azan mungkin berlaku semasa Pokcik Ataturk masih hidup dan beberapa tahun selepas dia di tanam 6 kaki ke bawah. Menurut suami teman, kebangkitan Islam, secara senyap dan halus, berlaku di awal 1970an. Tapi itu pun tak boleh lebih-lebih kome sebab yang paling berkuasa di Turki masa tu (dan juga kini) ialah tentera. Kalau pihak kerajaan atau kumpulan atau individu cuba menonjolkan unsur-unsur Islamik, sama ada dalam bentuk oral atau penulisan, siap kome. Tapi teman tak berapa reti politik Turki ni, tapi boleh dibuat kesimpulan bahawa kebangkitan semula Islam di Turki sejajar dengan kebangkitan kesedaran Islam di negara-negara lain termasuk di Malaysia.
Ada gak yang tanya teman cam ner orang-orang Islam kat Turki. Teman kata sama jer macam di Malaysia. Ada kepala, ada idung, ada kaki...
"Deme amal tak ajaran Islam...macam semayang, puasa bla bla bla.." soal deme-deme ni lagi.
"Sama jer weh cam kat Malaysia. Yang amal beramal, yang tak amal pun ada gak. Kat Malaysia pun sama jer," jelas teman, pelapor first-hand.
Ramai ke orang Islam kat sana?
Haa ramai tak ramai...adalah 98% dari jumlah penduduk! Kat Malaysia ada lebih sikit 60% jer!
Jadi indeks keislaman orang Turki ni tak jauh beza dari tahap keislaman orang di Malaysia. Kita jangan nak eksyen yek. Orang Turki teman perati lebih passionate menjaga maruah agama deme. Maksud teman, walaupun sesorang Mat Turki ni bukanlah rajin solat ke, puasa ke, tapi kalau ada Mat Asing nak buat pedajal atau bersenda gurau pasa agama dia, dia sanggup keluar pisau lipat dia dan buat pembedahan pada Mat Asing ni. Dua perkara pantang bagi orang Turki ialah #1 jangan mempersendakan negara dia dan #2 jangan nak menghina agama dia. Sanggup berbunuh deme ni! Dan deme cepat terasa kalau dengor rakyat Islam di negara lain terkena musibah atau ditindas. Cepat jer deme bertindak menghantar misi bantuan atau jadi sukarelawan. Dan usaha deme ni lazimnya kita tak tau sebab kan berita seumpama takkan keluar dalam media kita sebab kita suka amik berita antarabangsa dari UPI, Reuter, APA dan ntah apa-apa lagi. Bila berlaku kes serangan flotilla ke Gaza baru ni barulah kita sedor usaha keamanan rakyat Turki.
Lagi satu hobi rakyat Turki ialah mengeksport agama Islam. Ke mana deme pegi ketika bermastautin di luar negara, deme akan berusaha menyebarkan agama Islam kepada rakyat tempatan. Menurut sejarah Islam di Korea, agama Islam telah dibawa oleh askar-askar Turki yang ditempatkan di situ ketika perang Korea. Di Jerman, Austria, negara-negara Scandinavia, kebanyakan masjid dibina oleh komuniti Turki yang berhijrah. Zaman Uthmaniah toksah cakaplah. Syiar Islam disebar dengan pesatnya, tanpa paksaan, kepada rakyat tempatan. Pegilah kome ke negara Balkan, Romania, Hungary, Macedonia, Armenia, Bulgaria dll. banyak masjid zaman Uthmaniah masih berdiri megah dan digunakan sehingga sekarang.
Dalam satu trip bershopping ke Grand Bazaar beberapa bulan lalu, dapat teman saksikan bagaimana para jemaah berebut-rebut menutup kedai dan boutique sewaktu azan solat jumaat berkumandang. Deme bawa kepingan kadbod dan sejadah lalu dibentang di atas jalan/lorong di kawasan bazaar yang termasyhur ni. Kenapa solat atas jalan? Bukan takde mescit dan camii, ada tapi mescit (surau) yang paling dekat dengan kedai deme kecik dan dah melimpah ruah. Jadi terpaksalah solat atas jalan. Sebenornya di dalam dan di luar Grand Bazaar ni ada 2-3 camii (masjid) dan mescit (surau) di dalamnya, tapi bila tiba solat jumaat memang sesaklah.
Pemandangan ini normal sewaktu solat jumaat. Sapa yang tak biasa mungkin heran dan kagum dengan suasana ini. Pelancong dan shoppers akan berhenti dan memerhati jemaah ini solat sambil mengambil gambar. Tapi ada juga Mat-Mat Turki yang tak sembahyang buat muka seposen jer, terus berniaga dan tak menghiraukan rakan-rakan deme menunaikan ibadat tunjang agama ni. Sama jer cam kat Malaysia!