![]() |
Kalau kome rajin susup-sasap lorong di Sirkeci, jumpa patung ni. Persaingan gerai dan restoren memang sengit di Istanbul. Teman selalu pilih yg staff dia peramah! |
Moh Kite Follow Sesame...
Showing posts with label Eminonu. Show all posts
Showing posts with label Eminonu. Show all posts
Thursday, April 24, 2014
MOH MELILAU EMINONU, ISTANBUL!
Labels:
AK Parti.,
Basaksehir,
Cay,
Eminonu,
Erdogan,
Istanbul,
Masjid Baru,
metro,
roti simit,
subuh,
Yeni Cami
Saturday, March 1, 2014
ERDOGAN DAN SKANDAL TAPE, BOLEH KE AK PARTI BERTAHAN....?
![]() |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pe kabor mengkome semua? Semoga semua sihat wal-afiat. Punyalah lama tak hapdet, sampai nak abis visa baru nak tulis balik. Yaa ampuuunnn! |
![]() |
Ni Masjid Baru masa kami gi waktu maghrib...Teman lazimnya tak suka solat dlm masjid besor-besor sebab ramai nar pelancong kuar-masuk, tapi kalau dah bertembung tu, masuk jugaklah. |
Sunday, April 21, 2013
CITER PRU 13 TAK MANDANG, LABUN ISTANBUL AJE!
![]() |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kome, perut tak berapa sihat 3-4 ari...untuk 2 minggu sampai PRU 13 ni, cuci mater ni dulu yek. |
![]() |
Ujung bulan Mac, lepas jer balik dari Laut Hitam teman bergegas ke Old Istanbul gi snap gambor-gambor bunga tulip buat koleksi. Untuk tatapan kome jugak! |
Labels:
bunga tulip,
Eminonu,
Grand Bazar,
hazelnut,
Istanbul,
jambatan,
Karakoy,
Laut Hitam,
memancing,
Musim Bunga,
PRU 13,
seafood,
sungai,
Turki,
udang
Saturday, December 1, 2012
ISTANBUL GULE-GULE!
![]() |
Masa teman beli tu, ada masa teman minta penolong kedai meragakan tudung/shawl nak upload kat FB; kalau takde yg puan, teman ler jadi model yg tak rela...he he he! |
![]() |
Nanti sampai Shah Alam, 2 minggu ketama teman sibuk bebenor, minggu ketiga kot teman relax sikit naa. Nanti banyak citer ladang dan Kg Deredebi teman labun yaaa... |
Labels:
Eminonu,
Grand Bazar,
hazelnut,
Istanbul,
Masjid Baru,
Yeni Cami
Tuesday, November 27, 2012
KAMPONG DEREDEBI COMEY SUNGGUH, ISTANBUL TEMAN BALIK NAA...
![]() |
Bila nampak scenery yg cantik, deme mintak turun keta dan bergambor! Sebab dah masuk musim sejuk, dedaun berubah dari ijau jadi oren, meroh dan kekuningan, macam lukisanlah, SubhanaAllah! |
![]() |
Masa tu kul 11 lebih, lagi 45 minit nak solat jemaat, tapi ada jemaah yg dah siap berwudhu... |
![]() |
...kat dalam Grand Bazar banyak masjid dan surau, mana yg bersolat kena berebut tempat. Kalau masjid/surau penuh, solat kat luor ler... |
![]() |
Pas tu ujan renyai...tapi ada sikit matahari, jadi kuor ler pelangi. Belah sana tu Taksim, kawasan yg 'happening', belah sini Eminonu, kat sini teman amik bas balik rumoh! |
Labels:
Eminonu,
Grand Bazar,
Istanbul,
Masjid Baru Istanbul,
Musim sejuk,
pelangi,
Taksim,
tentera Turki
Sunday, May 29, 2011
558 Yili Kutlu Olsun/ Selamat Ulangtahun ke 558 Istanbul!

Pancaragam Janissary sedang buat persembahan di Zetinburnu, Istanbul.
Assalamualikum Mengkome Semua,
Alhamdulillah dapat balik bersiaran. Entah apa masalahnya teman tak buleh sign in dalam blog Mohkembara. Godek sana, godek sini, tanya kawan, tak buleh jugak. 4-5 ari frust gaban. Pastu teringat sorang kawan blogger yg Otai dalam bab-bab IT ni. Dia kata buat camni, cam gitu. Alhamdulillah berjaya!
Terima kasih Yob Joyiman kerana sudi meluangkan masa mengajor teman yg buta IT ni. Semoga Allah memberkati ilmu Yob tu. Dan juga terima kasih pada Yob ISA yg berusaha juga menasihati teman camner nak selesaikan masalh ni.
Gambor di atas menunjukkan kumpulan ala-ala Janissary membuat pertunjukan perbarisan kumpulan pancaragam mehter yang diadakan saban tahun sempena ulangtahun penawanan Kota Constantinople oleh tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Mehmet Al-Fatih.
Janissary ni asalnya anak-anak kuarga dari wilayah Uthmaniah yg diamik dari setiap pelusuk negara terutama di Eropah masa deme kekecik lagi. Deme dibawa ke Istanbul dan diIslamkan (kalau yg bukan Islam), diajor mace dan menulis dan seni ketenteraan. Taat setia deme hanya kepada Sultan dan deme ni memang askar yg terlatih. Tu sebab muka orang Turki ni ada berbagai bentuk dan kaler sebab kekanak yg dibawa ke Istanbul masa tu datang dari Hungary, Romania, Greece, Serbia, Georgia, wilayah Caucasus, Albania, Bosnia, Azerbaijan dsb.
Sultan Fatih menukar nama Constantinople kepada Islambul. Baginda mengumpul para saintis, artis, ulamak, arkitek dan satnika negarawan dan ilmuan untuk membina Islambul menjadi salah sebuah bandaraya terkemuka dan penting di zamannya!
Sultam Mehmet, pada hari kedua kota itu ditawan, telah mengarahkan askar-askar baginda tidak mengelewor di jalanraya Islambul agar tidak menakutkan rakyat tempatan (masa tu ramai lagi rakyat Kristian Byzantium kat situ), dan sebaliknya pada hari yang sama melantik sorang Datuk Bandar mengurus kota baru ni.Kalau dulu arahan dan perintah datang dari istana dan kota batu, kini ia datang dari pejabat Datuk Bandar; maka lahirlah satu konsep pengurusan yg lebih rakyat-friendly! Hmmm... bila lagi sistem pemerintahan yg lebih mesra-rakyat ni nak wujud semula.
Sumber berita dan gambor dari Hurriyetdailynews.com

Meh ikut teman ngelewor di Grand Bazaar yg wujud sejad kurun ke 15 ni kome. Ia terletak di Eminonu, Istanbul, dekat dengan laut dan daerah Sultan Ahmet. Ropa Grand Bazar ni cam masjid dan dia banyak lorong. Ada beribu kedai dan butik dalamnya, dan di luor banyak lagi kedai dan gedung. Sebulan nyongket pun tak abih!
Ni salah satu pintu masuk ke dalam Grand Bazar atau Kapali Carsi. Teman kalau masuk pun nak cuci mater. Kalau nak membeli teman beli yang kat luor ni, lebih mesra-poket!

Ni kedai yg jual keju, jeruk, barangan kering dan daging awet seperti sosej, salami dan yg berkeping-keping tu, daging salai gamaknya.
Kalau lapor jangan masuk kedai cam ni, nanti rasa teruih nak baham daging-daging yg tergantung tu!

Ni kedai kat luor bazar. Banyak kedai cam ni. Pilih jer, gelas, periuk belanga, garfu, sudu, teko teh dan pelbagai barangan dapur. Kalau tak kuat iman, mau kaya lagi Yob gempal nih!
Sib baik Mr T dah beli semua kelengkapan apartment kat Istanbul. Teman sampai, basuh kaki jer!

Peralatan untuk buat teh dan kopi. Ada dari brass dan ada dari stainless steel. Berliau-kilauan dan memancor-mancor!

Kedai yg jual peralatan tunang-lanang! Deme ni tak semeriah dalam bab menghias barangan tunang kawin ni. Bab ni orang Melayu menang! Dan membazir!

Toilet paper pun nak cantik! Deme memang paka tisu tandas ni tapi deme tetap bersuci gak cam kita...jangan riso yek!

Bekas untuk boh tisu lap tangan. Ada gak teman beli 2-3 biji bawok balik Malaysia ari tu!
Muroh je, tak sampa RM10 satu.

Haa yang ni bukan cucuk sanggui. Tapi untuk cungkil gigi. Atau cucuk makanan kekenit cam sosej masa jamuan ringan tu. Punyalah comey tak sampa ati nak guna cungkil gigi!

Subang yg dibuat dengan timah kot, ringan dan muroh, 1 Euro jer. Sebenornya kedai dan gebung yg jual aksesori wanita punyalah banyak dan pelbagai, teman tak tau mana nak tengok. Beratus-ratus kedai, rambang mata!

Butik yg menjual pakaian bertunang dan masa berinai. Yang kat bawah tu peralatan hantaran deme. Ni kira adat lama, deme suka warna meroh dan meroh hati. Tapi bila ari sain surat nikah, deme paka gaun putih siap dengan veil cam Kate Middleton!

Ni lagi satu pintu masuk. Teman main intai jer, malas nak masuk. Rega kat dalam ni rega untuk pelancong yek. Kalau kome masuk sorang, kalau ilang jangan nangis. Tanya jer kat para pekedai tu. Deme buleh speaking 5-7 bahasa termasuk BM!
"Mari, mari...sila masuk...murah, murah!" deme laung.
"Tengok percuma!" kata lagi sorang.
Menunjukkan betapa ramanya rakyat Malaysia melabur di Grand Bazar nih!

Ni ropa salah satu kedai yg jual aksesori wanita. Cantik-cantik dan unik kome. Yang ada kat kedai dan mall di Malaysia ni seciput jer!

Baik Yong maupun Yob memang suka membeli-belah di Eminonu ni. Bendera kat atas tergantung tu ialah bendera kelab bolasepak Galatasaray dan Fenerbahce - 2 kelab terkemuka di Istanbul dan juga musuh ketat. Kalau salah satu kelab ni menang, esoknya bendera kelab tu akan digantung dan ada dibuat lelangit dipasang kat laluan ni, cam bumbung!
Manakala penyokong kelab yg kalah akan bertumbuk dengan penyokong yg menang!
Subscribe to:
Posts (Atom)