Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Janissary. Show all posts
Showing posts with label Janissary. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan di Turki Weh, Part 2 - Obama Bukak Posa!

Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru dihias indah...


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Dah masuk hari kedua Ramadhan yang berkat. OK ke posa kome semua? Semoga posa kita tadi diterimaNya. Alhamdulillah cuaca kat Shah Alam siang tadi masih redup berangin.

Nak sambung kisah posa di Turki. Sebelum tu kita gi Washington DC jap...


Presiden Obama berlabun di Rumoh Putih

Dah jadi satu tradisi sejak beberapa tahun ni, Presiden AS mengadakan jamuan Ifftar untuk cendiakawan Muslim dan para Duta dan diplomat dari negara-negara Islam.
Malaysia tidak diwakili oleh JJ, tapi sorang staf dia bernama Noraini.
JJ mungkin sibuk buat jamuan ifftar dia sendiri.
Bila nak balik Rompin JJ? Kawan baik teman kat Bandar Muadzam selalu merungut pasa dia nih.
Ehhh...posa tak boleh menceceh hal orang...

Seperti biasa Presiden Amerika ni akan pong-pang, pong-pang tentang politik dunia, keamanan sejagat, bla, bla, bla...
Errr bila miker nak tarik kuor tentera miker dari Afghanistan, Iraq dan kawasan yang sewaktu denganya, Obama?
Hingor jer lebih!



Yob ni menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia dengan memotong rambut ala-punk.
Tapi dia mintak tukang gunting tu buat gambor masjid dan frasa "Oruc Tut". Terjemahannyer lebih korang "Berpuasa itu menyihatkan."
Yob Punk yang Islamik!



Kumpulan pancaragam Janissary memainkan pancaragam.
Asal-ususl Janissary ni ialah askar zaman Uthmaniah. Masa deme kekecik dulu deme dihangkut dan dikutip dari pelusuk empayar Uthmaniah dan dibawa ke Istanbul.
Diislamkan dan disekolahkan dan diajor kemahiran ketenteraan dan berperang untuk Sultan; taat setia deme pada Sultan.
Pancaragam ni lazimnya dipersembahakan masa ulangtahun penawanan Istanbul dari kuasa Byzantium dan ketika bulan Ramadhan. Nak tengok dalam Youtube pun ada.



Tarian sufi atau dervish turut dipersembahkan di tempat-tempat tertentu di Istanbul. Teman sendiri tak penah tengok tarian ni.
Kalau tengok mungkin penin sebab deme musing-musing!



Ada gak orang jual juadah kat taman yang tak bape jauh dari Masjid biru. Ni seropa dengan roti ala-murtabak yang teman penah tengok kat pasar hari Ahad kat rumoh kami di Basaksehir.
Walaupun agak berat berposa di musim panah, tapi bila malam memang meriah sebab deme suka keluor menonton teater puppet, funfair, gi masjid/surau untuk terawih dll.
Kalau Ramadhan jatuh musim luruh atau musim dingin mungkin payah gak nak keluor rumoh.



Lazimnya bekalan darah kat hospital berkurangan masa bulan posa ni. Jadi di Turki deme amik darah lepas waktu berbuka. Yob-yob hensom ni dengan penuh rela dan tawaduk menderma darah agar tak keputusan bekalan.
Ibadah gak tu kan?

Semua gambor kat atas teman cilok dari Hurriyet.com dan Telegraf


Tapas De'Muadzam

Tadi teman bagi semangkok kecik kerabu taugeh dengan kerang pada jiran sebelah. Dia kata tak lalu makan nasik dah 3 ari.
Wow...tapi pastu dia sms dia makan abis kerabu teman.
Sian dia, penat koje tolong orang berjual kat bazaar Ramadhan tapi takde selera.
Lain kali teman tolong masakkan dia mende-mende macam tapas yang teman penah buat kat Bandar Muadzam dulu. Teman pun makan nasik sekali jer.
Jom makan tapas kome...

P.S Esok teman nak balik kampong di Parit kejap.
Mak nak buat moreh kat surau dan ajak makan deghoyan!
Deghoyan Parit the best in the world!
Ujung minggu baru bersiaran semula...tat-taaa!

Sunday, May 29, 2011

558 Yili Kutlu Olsun/ Selamat Ulangtahun ke 558 Istanbul!


Pancaragam Janissary sedang buat persembahan di Zetinburnu, Istanbul.


Assalamualikum Mengkome Semua,

Alhamdulillah dapat balik bersiaran. Entah apa masalahnya teman tak buleh sign in dalam blog Mohkembara. Godek sana, godek sini, tanya kawan, tak buleh jugak. 4-5 ari frust gaban. Pastu teringat sorang kawan blogger yg Otai dalam bab-bab IT ni. Dia kata buat camni, cam gitu. Alhamdulillah berjaya!

Terima kasih Yob Joyiman kerana sudi meluangkan masa mengajor teman yg buta IT ni. Semoga Allah memberkati ilmu Yob tu. Dan juga terima kasih pada Yob ISA yg berusaha juga menasihati teman camner nak selesaikan masalh ni.

Gambor di atas menunjukkan kumpulan ala-ala Janissary membuat pertunjukan perbarisan kumpulan pancaragam mehter yang diadakan saban tahun sempena ulangtahun penawanan Kota Constantinople oleh tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Mehmet Al-Fatih.

Janissary ni asalnya anak-anak kuarga dari wilayah Uthmaniah yg diamik dari setiap pelusuk negara terutama di Eropah masa deme kekecik lagi. Deme dibawa ke Istanbul dan diIslamkan (kalau yg bukan Islam), diajor mace dan menulis dan seni ketenteraan. Taat setia deme hanya kepada Sultan dan deme ni memang askar yg terlatih. Tu sebab muka orang Turki ni ada berbagai bentuk dan kaler sebab kekanak yg dibawa ke Istanbul masa tu datang dari Hungary, Romania, Greece, Serbia, Georgia, wilayah Caucasus, Albania, Bosnia, Azerbaijan dsb.

Sultan Fatih menukar nama Constantinople kepada Islambul. Baginda mengumpul para saintis, artis, ulamak, arkitek dan satnika negarawan dan ilmuan untuk membina Islambul menjadi salah sebuah bandaraya terkemuka dan penting di zamannya!

Sultam Mehmet, pada hari kedua kota itu ditawan, telah mengarahkan askar-askar baginda tidak mengelewor di jalanraya Islambul agar tidak menakutkan rakyat tempatan (masa tu ramai lagi rakyat Kristian Byzantium kat situ), dan sebaliknya pada hari yang sama melantik sorang Datuk Bandar mengurus kota baru ni.Kalau dulu arahan dan perintah datang dari istana dan kota batu, kini ia datang dari pejabat Datuk Bandar; maka lahirlah satu konsep pengurusan yg lebih rakyat-friendly! Hmmm... bila lagi sistem pemerintahan yg lebih mesra-rakyat ni nak wujud semula.

Sumber berita dan gambor dari Hurriyetdailynews.com




Meh ikut teman ngelewor di Grand Bazaar yg wujud sejad kurun ke 15 ni kome. Ia terletak di Eminonu, Istanbul, dekat dengan laut dan daerah Sultan Ahmet. Ropa Grand Bazar ni cam masjid dan dia banyak lorong. Ada beribu kedai dan butik dalamnya, dan di luor banyak lagi kedai dan gedung. Sebulan nyongket pun tak abih!

Ni salah satu pintu masuk ke dalam Grand Bazar atau Kapali Carsi. Teman kalau masuk pun nak cuci mater. Kalau nak membeli teman beli yang kat luor ni, lebih mesra-poket!



Ni kedai yg jual keju, jeruk, barangan kering dan daging awet seperti sosej, salami dan yg berkeping-keping tu, daging salai gamaknya.
Kalau lapor jangan masuk kedai cam ni, nanti rasa teruih nak baham daging-daging yg tergantung tu!



Ni kedai kat luor bazar. Banyak kedai cam ni. Pilih jer, gelas, periuk belanga, garfu, sudu, teko teh dan pelbagai barangan dapur. Kalau tak kuat iman, mau kaya lagi Yob gempal nih!
Sib baik Mr T dah beli semua kelengkapan apartment kat Istanbul. Teman sampai, basuh kaki jer!



Peralatan untuk buat teh dan kopi. Ada dari brass dan ada dari stainless steel. Berliau-kilauan dan memancor-mancor!



Kedai yg jual peralatan tunang-lanang! Deme ni tak semeriah dalam bab menghias barangan tunang kawin ni. Bab ni orang Melayu menang! Dan membazir!



Toilet paper pun nak cantik! Deme memang paka tisu tandas ni tapi deme tetap bersuci gak cam kita...jangan riso yek!



Bekas untuk boh tisu lap tangan. Ada gak teman beli 2-3 biji bawok balik Malaysia ari tu!
Muroh je, tak sampa RM10 satu.



Haa yang ni bukan cucuk sanggui. Tapi untuk cungkil gigi. Atau cucuk makanan kekenit cam sosej masa jamuan ringan tu. Punyalah comey tak sampa ati nak guna cungkil gigi!



Subang yg dibuat dengan timah kot, ringan dan muroh, 1 Euro jer. Sebenornya kedai dan gebung yg jual aksesori wanita punyalah banyak dan pelbagai, teman tak tau mana nak tengok. Beratus-ratus kedai, rambang mata!



Butik yg menjual pakaian bertunang dan masa berinai. Yang kat bawah tu peralatan hantaran deme. Ni kira adat lama, deme suka warna meroh dan meroh hati. Tapi bila ari sain surat nikah, deme paka gaun putih siap dengan veil cam Kate Middleton!



Ni lagi satu pintu masuk. Teman main intai jer, malas nak masuk. Rega kat dalam ni rega untuk pelancong yek. Kalau kome masuk sorang, kalau ilang jangan nangis. Tanya jer kat para pekedai tu. Deme buleh speaking 5-7 bahasa termasuk BM!
"Mari, mari...sila masuk...murah, murah!" deme laung.
"Tengok percuma!" kata lagi sorang.
Menunjukkan betapa ramanya rakyat Malaysia melabur di Grand Bazar nih!



Ni ropa salah satu kedai yg jual aksesori wanita. Cantik-cantik dan unik kome. Yang ada kat kedai dan mall di Malaysia ni seciput jer!




Baik Yong maupun Yob memang suka membeli-belah di Eminonu ni. Bendera kat atas tergantung tu ialah bendera kelab bolasepak Galatasaray dan Fenerbahce - 2 kelab terkemuka di Istanbul dan juga musuh ketat. Kalau salah satu kelab ni menang, esoknya bendera kelab tu akan digantung dan ada dibuat lelangit dipasang kat laluan ni, cam bumbung!
Manakala penyokong kelab yg kalah akan bertumbuk dengan penyokong yg menang!



Sebagai penutup, meh jamu selera waktu kahvalti di rumoh anak tiri teman si Tahsin.
Ada 2 jenis keju - keju putih dan keju pintal; 2 jenis salad dan marmalade epal, madu kampong dan sirap anggur, makan bersama roti.
Sarapan yg sihat dan sejahtera.
Meh kome...!