Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Galatasaray. Show all posts
Showing posts with label Galatasaray. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Hanya Wanita dan Kekanak Jer Boleh Tonton Bola di Turki!

Ablah-ablah Turki penyokong kelab Fenerbahce beratur untuk dapatkan tiket PERCUMA!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Sesuatu yg menarik dari kepala hotak Persekutuan Bolasepak Turki (TFF - Turkish Football Federation).
Deme kensel larangan keatas kelab bolasepak Fenerbahce yg dikenakan main dalam stadium tanpa penonton untuk 2 kali perlawanan.
Ini Ekoran peranga tak senonoh peminat tegor kelab yg menyerbu masuk ke padang angkara tak pueh ati dalam satu perlawanan awal musim panah baru-baru ni. Tapi lepas deme pikior lagi, untuk tidak 'mematikan' game yg tak bersalah, deme reverse keputusan dan sebaliknya membenorkan penonton masuk - tapi hanya Yong-yong dan kekanak lelaki bawoh 12 tahun sahaja dan PERCUMA!




Kelab Bolasepak Fenerbahce merupakan salah satu kelab terkemuka Turki. Teman biasa tengok jersey kelab ni merata dipaka peminat di Turki. Lagi satu kelab yg popular ialah Galatasaray. Kalau dua-dua ni bertembung buleh berlaku 'perang saudara' di stadium dan di luar gelanggang.




Dalam game semalam, Fenerbahce bertemu Manisaspor, keputusan 1-1.

Dengan ini, pihak persekutuan telah buat rule baru, bila ada larangan ke atas kelab yg penyokongnya berkelakuan macam khinzir hutan hilang anak, peminat jantan akan dilarang masuk tapi peminat Yong-yong dan kekanak buleh masuk!
Sekurang-kurangnya perlawanan idok ler sunyi sepi macam di tanah wakaf waktu senja!


Ablah maksudnya Kakak. Padan Muke Yob-yob tak dapat masuk!


Semalam, kaum wanita dan kekanak seramai 41,000 orang - yaa kome 41K tu - menyerbu stadium Fenerbahce Sukru Saracoglu; ada yg bawok baby, bagi mendapatkan tiket percuma dan membeli cenderahati kelab.

Dalam stadium, para pemain dibaling dengan jambangan dan kuntum bunga manakala pemain lawan Manisaspor disambut dengan tepukan dan bukan ejekan dan botoi ayor seperti lazimnya.

"Kenangan ini akan saya ingati selama-lamanya. Jarang kita dapat lihat ramainya penonton wanita dan kekanak dlm satu perlawanan," kata pemain asal Brazil dan Kapten Alex De Souza.

Manisa midfielder Omer Aysan pulak, "Ini satu permainan yg menyeronokkan dan ceria!"

"Ini hari yg bersejarah," kata Yasemin Mercil, sorang ahli lembaga pengarah wanita Kelab Fenerbahce. "Untuk pertama kali dalam sejarah bolasepak dunia, hanya wanita dan kanak-kanak menonton perlawanan seumpamanya."

"Penyokong wanita ni tahu semua laungan dan lagu kelab. Deme akan nyanyi lagu kelab masa perlawanan nanti," tambah Mercil sebelum match bermula.

Awal musim panas lalu, selain dari menyerbu ke padang semasa perlawanan persahabatan Fenerbahce-Shakhtar Donetsk dari Ukraine, penyokong yg fanatik turut menyerang wartawan yg deme dakwa membuat liputan
yg kritikal dalam siasatan mengatur perlawanan melibatkan Kelab Fenerbahce dan beberapa kelab lain. Pengerusi kelab deme dah masuk jel sebab didapati terlibat rasuah.
Dengan itu, FAM ada idea cam ne nak handle penonton yg liar dan kemaruk...larang deme masuk tapi bagi penonton pompuan dan kekanak jer meriahkan stadium.
Tak gitu kome?

Sumber TodaysZaman dan HurriyetDaily




Sunday, May 29, 2011

558 Yili Kutlu Olsun/ Selamat Ulangtahun ke 558 Istanbul!


Pancaragam Janissary sedang buat persembahan di Zetinburnu, Istanbul.


Assalamualikum Mengkome Semua,

Alhamdulillah dapat balik bersiaran. Entah apa masalahnya teman tak buleh sign in dalam blog Mohkembara. Godek sana, godek sini, tanya kawan, tak buleh jugak. 4-5 ari frust gaban. Pastu teringat sorang kawan blogger yg Otai dalam bab-bab IT ni. Dia kata buat camni, cam gitu. Alhamdulillah berjaya!

Terima kasih Yob Joyiman kerana sudi meluangkan masa mengajor teman yg buta IT ni. Semoga Allah memberkati ilmu Yob tu. Dan juga terima kasih pada Yob ISA yg berusaha juga menasihati teman camner nak selesaikan masalh ni.

Gambor di atas menunjukkan kumpulan ala-ala Janissary membuat pertunjukan perbarisan kumpulan pancaragam mehter yang diadakan saban tahun sempena ulangtahun penawanan Kota Constantinople oleh tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Mehmet Al-Fatih.

Janissary ni asalnya anak-anak kuarga dari wilayah Uthmaniah yg diamik dari setiap pelusuk negara terutama di Eropah masa deme kekecik lagi. Deme dibawa ke Istanbul dan diIslamkan (kalau yg bukan Islam), diajor mace dan menulis dan seni ketenteraan. Taat setia deme hanya kepada Sultan dan deme ni memang askar yg terlatih. Tu sebab muka orang Turki ni ada berbagai bentuk dan kaler sebab kekanak yg dibawa ke Istanbul masa tu datang dari Hungary, Romania, Greece, Serbia, Georgia, wilayah Caucasus, Albania, Bosnia, Azerbaijan dsb.

Sultan Fatih menukar nama Constantinople kepada Islambul. Baginda mengumpul para saintis, artis, ulamak, arkitek dan satnika negarawan dan ilmuan untuk membina Islambul menjadi salah sebuah bandaraya terkemuka dan penting di zamannya!

Sultam Mehmet, pada hari kedua kota itu ditawan, telah mengarahkan askar-askar baginda tidak mengelewor di jalanraya Islambul agar tidak menakutkan rakyat tempatan (masa tu ramai lagi rakyat Kristian Byzantium kat situ), dan sebaliknya pada hari yang sama melantik sorang Datuk Bandar mengurus kota baru ni.Kalau dulu arahan dan perintah datang dari istana dan kota batu, kini ia datang dari pejabat Datuk Bandar; maka lahirlah satu konsep pengurusan yg lebih rakyat-friendly! Hmmm... bila lagi sistem pemerintahan yg lebih mesra-rakyat ni nak wujud semula.

Sumber berita dan gambor dari Hurriyetdailynews.com




Meh ikut teman ngelewor di Grand Bazaar yg wujud sejad kurun ke 15 ni kome. Ia terletak di Eminonu, Istanbul, dekat dengan laut dan daerah Sultan Ahmet. Ropa Grand Bazar ni cam masjid dan dia banyak lorong. Ada beribu kedai dan butik dalamnya, dan di luor banyak lagi kedai dan gedung. Sebulan nyongket pun tak abih!

Ni salah satu pintu masuk ke dalam Grand Bazar atau Kapali Carsi. Teman kalau masuk pun nak cuci mater. Kalau nak membeli teman beli yang kat luor ni, lebih mesra-poket!



Ni kedai yg jual keju, jeruk, barangan kering dan daging awet seperti sosej, salami dan yg berkeping-keping tu, daging salai gamaknya.
Kalau lapor jangan masuk kedai cam ni, nanti rasa teruih nak baham daging-daging yg tergantung tu!



Ni kedai kat luor bazar. Banyak kedai cam ni. Pilih jer, gelas, periuk belanga, garfu, sudu, teko teh dan pelbagai barangan dapur. Kalau tak kuat iman, mau kaya lagi Yob gempal nih!
Sib baik Mr T dah beli semua kelengkapan apartment kat Istanbul. Teman sampai, basuh kaki jer!



Peralatan untuk buat teh dan kopi. Ada dari brass dan ada dari stainless steel. Berliau-kilauan dan memancor-mancor!



Kedai yg jual peralatan tunang-lanang! Deme ni tak semeriah dalam bab menghias barangan tunang kawin ni. Bab ni orang Melayu menang! Dan membazir!



Toilet paper pun nak cantik! Deme memang paka tisu tandas ni tapi deme tetap bersuci gak cam kita...jangan riso yek!



Bekas untuk boh tisu lap tangan. Ada gak teman beli 2-3 biji bawok balik Malaysia ari tu!
Muroh je, tak sampa RM10 satu.



Haa yang ni bukan cucuk sanggui. Tapi untuk cungkil gigi. Atau cucuk makanan kekenit cam sosej masa jamuan ringan tu. Punyalah comey tak sampa ati nak guna cungkil gigi!



Subang yg dibuat dengan timah kot, ringan dan muroh, 1 Euro jer. Sebenornya kedai dan gebung yg jual aksesori wanita punyalah banyak dan pelbagai, teman tak tau mana nak tengok. Beratus-ratus kedai, rambang mata!



Butik yg menjual pakaian bertunang dan masa berinai. Yang kat bawah tu peralatan hantaran deme. Ni kira adat lama, deme suka warna meroh dan meroh hati. Tapi bila ari sain surat nikah, deme paka gaun putih siap dengan veil cam Kate Middleton!



Ni lagi satu pintu masuk. Teman main intai jer, malas nak masuk. Rega kat dalam ni rega untuk pelancong yek. Kalau kome masuk sorang, kalau ilang jangan nangis. Tanya jer kat para pekedai tu. Deme buleh speaking 5-7 bahasa termasuk BM!
"Mari, mari...sila masuk...murah, murah!" deme laung.
"Tengok percuma!" kata lagi sorang.
Menunjukkan betapa ramanya rakyat Malaysia melabur di Grand Bazar nih!



Ni ropa salah satu kedai yg jual aksesori wanita. Cantik-cantik dan unik kome. Yang ada kat kedai dan mall di Malaysia ni seciput jer!




Baik Yong maupun Yob memang suka membeli-belah di Eminonu ni. Bendera kat atas tergantung tu ialah bendera kelab bolasepak Galatasaray dan Fenerbahce - 2 kelab terkemuka di Istanbul dan juga musuh ketat. Kalau salah satu kelab ni menang, esoknya bendera kelab tu akan digantung dan ada dibuat lelangit dipasang kat laluan ni, cam bumbung!
Manakala penyokong kelab yg kalah akan bertumbuk dengan penyokong yg menang!



Sebagai penutup, meh jamu selera waktu kahvalti di rumoh anak tiri teman si Tahsin.
Ada 2 jenis keju - keju putih dan keju pintal; 2 jenis salad dan marmalade epal, madu kampong dan sirap anggur, makan bersama roti.
Sarapan yg sihat dan sejahtera.
Meh kome...!