Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Sultan Fetih Penakluk Constantinople. Show all posts
Showing posts with label Sultan Fetih Penakluk Constantinople. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Jom Jalan-jalan Pasar Madinah...dan Fetih Sultan Mehmet, Conqueror of Constantinople! Kecoh!

Fetih Sultan Mehmet II, Conqueror of Constantinople


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pe kabor kome? Tempat kome panah ke banjir?

Sebagai trailer entry, ni gambor hensom pelakon Devrim Evin yg memegang watak Sultan Mehmet II, Penakluk Constantinople. Sat gi teman labun lagi...



Sebelum tu meh ikut teman nyongket pasar pagi Madinah. Dekat-dekat nak balik Malayisa, teman kena cari sikit buah tangan nak bawok balik. Yang penting dia harus made-in Saudi.
Satu pagi teman jenjalan sorang-sorang tu (biasa ler...), kat luar kawasan berhotel-hotel teman nampak kawasan lapang yg ada orang berlonggok... Ohh, ni kat sini ropanya pasar pagi deme.



Kat situ banyak burung merpati. Ada 2-3 orang anak-anak Afrika bagi makan bijiran.
Mak-mak deme berniaga jual satnika barang dagangan. Rama gak peniaga pompuan ni.



Peniaga ni tak tau ler bangsa apa sebab dia berniqab. Lazimnya orang Afrika.
Deme buleh speaking Bahasa Melayu yg asas-asas jer. Agak kurang mesra-pelanggan deme nih. Kalau nak, beli, tak nak sudah...motto deme.



Gerai menjual pelbagai jenih buoh tamar. Teman sebenornya nak cari buoh tamar tapi tak tau jenih yg mana baguih nak bawok balik. Ada yg kering, ada yg lembap...



Yob Tajik ke hulu ke hilior usyar barang.



Ketayap, kopiah, tasbih, skaf antara yg popular dijual. Tapi semua buatan negara luor kecuali minyak wangi, celak dan kayu sugi.



Ada gak yg jual batu aked (agate) dan beberapa lagi batu semi-precious. Kalau tasbih tentu Made-in-China mali maa...



Pisang!
Tak pulak teman tanya pisang ni asei dari mana!
Tak kose nak beli, kat Malaysia pun banyak!



Selain kat pasar, banyak gak kedai dan gedung kat hotel-hotel tempat kami menginap.
Kebanyakannya barang import...



Teman beli gak tasbih import kat kedai ni.
Pekedai yg gedik tu bagi teman diskaun 2 Riyal.



Top-up deme dijual di kakilima jer, mudah nak beli.


Bazaar Turki.

Dik ramanya jemaah Turki, deme ada bazaar sendiri. Bahasa Turki pun (selain Bahasa Melayu, Perancis, Urdu dan Inggeris) antara bahasa utama digunakan di Makkah dan Madinah!



Nak labun dan promo sat filem baru dari Turki yg belum ditayangkan. 3 tahun pembuatannya dan menelan belanja USD$17 juta. Belum tayang, orang-orang kat Greece dah hingor, bising komplen-komplen kata filem ni propaganda Turki dan 'racist'.
Ek-eleh, kalau Hollywood buat filem memacam pasal WWI dan WWII, pasa holocaust, perang Vietnam, Sparta '300', takde sapa pulak kata 'propaganda and racist'!
Kecohlah deme nih...
Kuwang ajor!


Imej Mehmet II
(1432-1481)


Filem Turki 'Fetih 1453'

Teman dah tengok trailer dia kat Youtube. Menitis gak ayor mata tengok ketabahan dan keberanian tentera Islam berjaya meruntuhkan tembok yg menjadi simbol Christendom tu. Kaedah penawanan Sultan Fetih ni unik dan inovatif tapi pihak barat (read Kafir) tak sior nak ngaku. Orang kapior ni sampa sekarang berdendam dgn bangsa Turki nih!


Baca laporan pasa filem ni:


Turkish ‘ Fetih 1453' film angers Greeks

A historical epic movie alluding to the fall of Constantinople in 1453, has yet to hit the big screen but it is already sparking controversy, with many Greeks branding the movie as provocative and racist.

Turkish director Faruk Aksoy's latest film, “Fetih 1453” (The Conquest 1453), a historical epic movie alluding to the fall of Constantinople in 1453, has yet to hit the big screen but it is already sparking controversy, with many Greeks branding the movie as provocative and racist.

An article published on a Greek Internet site on Wednesday slamming the film as “$17 million worth of Turks' conquest propaganda,” prompted comments from hundreds of angry Greek readers, who vented their outrage at a film that they feel belittles and insults their nation.

The film, which was produced on a budget of $17 million, making it the most expensive Turkish film to date, is set to be released in cinemas around the world including the US, France, the United Arab Emirates and the UK in February.

One comment on the article reads, “Director Faruk Aksoy has been unsuccessful in presenting important aspects of that period such as the massacre and plundering of Rum [ethnic Greek people living in İstanbul],” while another criticizes Aksoy's work as being one-sided and delusional.

“What film will we be watching next?” one angry reader demands, adding: “The İzmir disaster? Or the expulsion of Greek Cypriots [from the northern part of Cyprus]?”

A reader named Kostas demands that the film be banned from being shown in Greece: “This anti-Greek and racist film should not be allowed to be screened in Greece! If the Germans decided to make a high-budget film on the massacres of Jews during WW II, would this be shown in Israel?”

However, not all the responses to the article expressed negativity towards the film; a Greek named Hristos praised Aksoy for his production. “I think they have done a very good job. There are many poorly made productions of accounts of the fall of Constantinople, it is about time a high-quality production was made,” he said. A reader by the name of Yannis questioned the nature of films depicting the heroic deeds of the Evzones, elite units of the Greek Army who resisted Ottoman rule. “Are these films not propaganda too?” he asked.

Another reader named Aleksandra said: “When the film is released we will all be rushing to watch it. I am not commenting on the content of the film, but the scenes are very dramatic!”

Aksoy's film, which was written by Atilla Engin and İrfan Saruhan, stars actors Devrim Evin, İbrahim Celikkol, Cengiz Coşkun, Recep Aktuğ and Dilek Serbest and will open in theaters on Feb. 17.

Sumber Hurriyetdaily News

P.S Nanti balik Istanbul teman nak beli DVD dia satu, yeah, yeah!








Sunday, May 29, 2011

558 Yili Kutlu Olsun/ Selamat Ulangtahun ke 558 Istanbul!


Pancaragam Janissary sedang buat persembahan di Zetinburnu, Istanbul.


Assalamualikum Mengkome Semua,

Alhamdulillah dapat balik bersiaran. Entah apa masalahnya teman tak buleh sign in dalam blog Mohkembara. Godek sana, godek sini, tanya kawan, tak buleh jugak. 4-5 ari frust gaban. Pastu teringat sorang kawan blogger yg Otai dalam bab-bab IT ni. Dia kata buat camni, cam gitu. Alhamdulillah berjaya!

Terima kasih Yob Joyiman kerana sudi meluangkan masa mengajor teman yg buta IT ni. Semoga Allah memberkati ilmu Yob tu. Dan juga terima kasih pada Yob ISA yg berusaha juga menasihati teman camner nak selesaikan masalh ni.

Gambor di atas menunjukkan kumpulan ala-ala Janissary membuat pertunjukan perbarisan kumpulan pancaragam mehter yang diadakan saban tahun sempena ulangtahun penawanan Kota Constantinople oleh tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Mehmet Al-Fatih.

Janissary ni asalnya anak-anak kuarga dari wilayah Uthmaniah yg diamik dari setiap pelusuk negara terutama di Eropah masa deme kekecik lagi. Deme dibawa ke Istanbul dan diIslamkan (kalau yg bukan Islam), diajor mace dan menulis dan seni ketenteraan. Taat setia deme hanya kepada Sultan dan deme ni memang askar yg terlatih. Tu sebab muka orang Turki ni ada berbagai bentuk dan kaler sebab kekanak yg dibawa ke Istanbul masa tu datang dari Hungary, Romania, Greece, Serbia, Georgia, wilayah Caucasus, Albania, Bosnia, Azerbaijan dsb.

Sultan Fatih menukar nama Constantinople kepada Islambul. Baginda mengumpul para saintis, artis, ulamak, arkitek dan satnika negarawan dan ilmuan untuk membina Islambul menjadi salah sebuah bandaraya terkemuka dan penting di zamannya!

Sultam Mehmet, pada hari kedua kota itu ditawan, telah mengarahkan askar-askar baginda tidak mengelewor di jalanraya Islambul agar tidak menakutkan rakyat tempatan (masa tu ramai lagi rakyat Kristian Byzantium kat situ), dan sebaliknya pada hari yang sama melantik sorang Datuk Bandar mengurus kota baru ni.Kalau dulu arahan dan perintah datang dari istana dan kota batu, kini ia datang dari pejabat Datuk Bandar; maka lahirlah satu konsep pengurusan yg lebih rakyat-friendly! Hmmm... bila lagi sistem pemerintahan yg lebih mesra-rakyat ni nak wujud semula.

Sumber berita dan gambor dari Hurriyetdailynews.com




Meh ikut teman ngelewor di Grand Bazaar yg wujud sejad kurun ke 15 ni kome. Ia terletak di Eminonu, Istanbul, dekat dengan laut dan daerah Sultan Ahmet. Ropa Grand Bazar ni cam masjid dan dia banyak lorong. Ada beribu kedai dan butik dalamnya, dan di luor banyak lagi kedai dan gedung. Sebulan nyongket pun tak abih!

Ni salah satu pintu masuk ke dalam Grand Bazar atau Kapali Carsi. Teman kalau masuk pun nak cuci mater. Kalau nak membeli teman beli yang kat luor ni, lebih mesra-poket!



Ni kedai yg jual keju, jeruk, barangan kering dan daging awet seperti sosej, salami dan yg berkeping-keping tu, daging salai gamaknya.
Kalau lapor jangan masuk kedai cam ni, nanti rasa teruih nak baham daging-daging yg tergantung tu!



Ni kedai kat luor bazar. Banyak kedai cam ni. Pilih jer, gelas, periuk belanga, garfu, sudu, teko teh dan pelbagai barangan dapur. Kalau tak kuat iman, mau kaya lagi Yob gempal nih!
Sib baik Mr T dah beli semua kelengkapan apartment kat Istanbul. Teman sampai, basuh kaki jer!



Peralatan untuk buat teh dan kopi. Ada dari brass dan ada dari stainless steel. Berliau-kilauan dan memancor-mancor!



Kedai yg jual peralatan tunang-lanang! Deme ni tak semeriah dalam bab menghias barangan tunang kawin ni. Bab ni orang Melayu menang! Dan membazir!



Toilet paper pun nak cantik! Deme memang paka tisu tandas ni tapi deme tetap bersuci gak cam kita...jangan riso yek!



Bekas untuk boh tisu lap tangan. Ada gak teman beli 2-3 biji bawok balik Malaysia ari tu!
Muroh je, tak sampa RM10 satu.



Haa yang ni bukan cucuk sanggui. Tapi untuk cungkil gigi. Atau cucuk makanan kekenit cam sosej masa jamuan ringan tu. Punyalah comey tak sampa ati nak guna cungkil gigi!



Subang yg dibuat dengan timah kot, ringan dan muroh, 1 Euro jer. Sebenornya kedai dan gebung yg jual aksesori wanita punyalah banyak dan pelbagai, teman tak tau mana nak tengok. Beratus-ratus kedai, rambang mata!



Butik yg menjual pakaian bertunang dan masa berinai. Yang kat bawah tu peralatan hantaran deme. Ni kira adat lama, deme suka warna meroh dan meroh hati. Tapi bila ari sain surat nikah, deme paka gaun putih siap dengan veil cam Kate Middleton!



Ni lagi satu pintu masuk. Teman main intai jer, malas nak masuk. Rega kat dalam ni rega untuk pelancong yek. Kalau kome masuk sorang, kalau ilang jangan nangis. Tanya jer kat para pekedai tu. Deme buleh speaking 5-7 bahasa termasuk BM!
"Mari, mari...sila masuk...murah, murah!" deme laung.
"Tengok percuma!" kata lagi sorang.
Menunjukkan betapa ramanya rakyat Malaysia melabur di Grand Bazar nih!



Ni ropa salah satu kedai yg jual aksesori wanita. Cantik-cantik dan unik kome. Yang ada kat kedai dan mall di Malaysia ni seciput jer!




Baik Yong maupun Yob memang suka membeli-belah di Eminonu ni. Bendera kat atas tergantung tu ialah bendera kelab bolasepak Galatasaray dan Fenerbahce - 2 kelab terkemuka di Istanbul dan juga musuh ketat. Kalau salah satu kelab ni menang, esoknya bendera kelab tu akan digantung dan ada dibuat lelangit dipasang kat laluan ni, cam bumbung!
Manakala penyokong kelab yg kalah akan bertumbuk dengan penyokong yg menang!



Sebagai penutup, meh jamu selera waktu kahvalti di rumoh anak tiri teman si Tahsin.
Ada 2 jenis keju - keju putih dan keju pintal; 2 jenis salad dan marmalade epal, madu kampong dan sirap anggur, makan bersama roti.
Sarapan yg sihat dan sejahtera.
Meh kome...!

Wednesday, April 13, 2011

Terkemut-kemut...


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Tak der yang erotika entry teman ni. Cuma nak ngomel pasa internet connection 3-4 ari ni semput, semput dan terkemut-kemut...tak tau pasa pe. Jenuh nunggu satu page kuar. Nak blog walk pun sama...ngantuk nunggunyer!

Jadi entry ari ni merapu-meraban, tak der isu fokus sebab nak upload gambor punya lama. Kome nengok jer gambor 5-6 keping yang teman amik beberapa hari sebelum teman balik ke Malaysia.

Gambor atas ni macam pancor ler, terdapat di banyak tempat dalam bandar Istanbul dan bandar besor kat Turki. Ia tempat orang awam guna untuk minum dan amik ayor. Mungkin zaman dedulu Sultan Uthmaniah dan Sultanah bina pancor ni untuk kemudahan rakyat jelata. Tapi pancor ni masih wujud dan dimanfaatkan oleh penduduk Turki. Err...tapi tak bulehlah bermandi dan bersabun kat situ yek!




Kat Eminonu, Istanbul ada tempat tukang pengilat kasut dudok menunggu pelanggan. Deme guna peralatan dalam kotak besi (?) dan alat untuk tugasannya disimpan dalam bekas tradisional. Ada 3-4 orang deme ni duduk kat dataran Yeni Cami (Masjid Baru) menunggu pelanggan. Teman lupa nak tanya bape Lira sekali kilat.



Yob PO mesti suka nengok gambor ni. Hewan ni idok ler idup. Keras jer. Tak tau ngape hewan awet ni diletak depan kedai jual baju pompuan. Sebagai gimmik kot. Panda mengkome menarik tumpuan pelanggan yek! Gambor dirakam di kedai-kedai dekat Grand Bazar.



Something old, something new
. Dalam perjalanan ke Eminonu, anak tiri teman drive sepanjang pantai/tebing. Sepanjang jalan di sini kome masih buleh nampak bangunan lama zaman Kristian Byzantin lagi. Ni sebahagian tembok yang mengelilingi Constantinople sebelum ia jatuh ke tangan Sultan Fatih. Sebahagian temboknya dah runtuh; sebahagian tempat ada yang bersambung dengan bangunan baru...



Akhir kata, nikmatilah jamuan makan malam di rumah Tahsin, hasil tangan Zuleyha. Yang macam karipap tu inti dia keju kampong; yang 3 ketul tu pastry amende dan salad.
Dengan izin Mr T, esok teman menyongket 4 ari. Kalau teman sibuk tengok itu ini, mungkin tak sempat buat entry...so, sekian laporan untuk kali ini.