Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label dolma. Show all posts
Showing posts with label dolma. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

MOH NYONGKET RUMOH JIRAN TURKI!

Tulih nama ataih saljuuu...ni Mak Long mesti hingaq sukaaa!


Nevin sedang menggendong Mursel Taha


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

meh ikut teman dan adik ipor Mr T nyongket rumoh Halah Saniah (Halah maksudnya Mak Saudara, adik-beradik perempuan bapak; kalau pompuan yg kawin dgn uncle deme, deme pangge Yengge). Rumoh dia lebih korang 30 meter dr rumoh mertua.



Memola ikat si Mursel Taha cam gini.
Nak dukung payah sebab deme besor dan dibesorkan lagi dengan satnika baju, kot tebei. Ni memang cara bawok baby Turki sejak berzaman terutama di kawasan kampong.



Pastu balut pulak dgn kain besor atau selendang besor. Kalau di bandar deme boh baby yg masih kecik dlm bakui baby, atau kalau dah buleh duduk, dalam stroller ler.



Sampa rumoh Halah, Mursel main dgn suami Halah. Dia tak penah rasa bosan atau meragam bosan sebab dia tau apa yg dia buleh buat jadi terhibur.
Main bawoh rak pinggan mangkok pun orait, kan Mursel?


Halah Saniah yg suka pot-pet, pot-pet...

Ari kami datang Halah tengah buat dolma kobih. Memola dia rebuih kobih tu agak-agak sampai lembut, jangan bonyeh tau!



Pastu dia tumih nasi - tumih bawang dan herba kekik dgn minyak, boh sikit tomato puree, masukkan beras, garam sikit, tambah ayor sikit dan kaco-kaco sampa 3/4 masak.
Pastu bungkuih ler nasi tu dlm daun kobih tu.
Boh sikit jer, sesudu.



Dah siap gulung, boh dlm poyok, boh ayor separa poyok tu, tutup poyok dan masak dgn api sederhana.
Agak 15-20 minit siap ler dolma kobih!
Kome pun buleh buat.


Reklam (Iklan)!

Iklan lagi - arit tu baru promo, rega pun tak sebut dah order. Stokin aritu kita panggei stokin etnik yaa, rega RM25 sepasang. Mahei ler sikit sebab susoh ngaitnyer. Setiap belian yg stokin tu dpt sebungkuih kecik herba Turki.
Yang ni apa pulak?
Stokin gak tapi dikait oleh surirumah Istanbul. Ropa deme kemetot...


Werne ijo.

...tapi bila disarung ke kaki teman yg comey ni, bertambah comeynyer. Rega RM15 sepasang jer, sebab tak banyak loreknyer. Setiap belian dapat herba jugak. Sapa rasa nak kensel stokin etnik dari Kg Deredebi, teman OK jer. Teman pun tak order banyak pun sebab takut lambat nak siap. Order utk stokin etnik dah ditutup yek kome!


Saiz utk kaki 6-7 gitu, saiz gajah. Kaki teman 5 jer he heh!

Ni sebenornya werne pink, tapi kuar gambor macam oren. Tempah ler kalau nak lagi sepasang. RM15, hasil koje tangan surirumoh di Basaksehir, Istanbul!
Buat tempahan kat ruang komen dan antor nama dan address ke hellibra2@hotmail.com...



Mr T belanja makan kofte (pegedil daging) on the way balik ke Istanbul ahad lepas. Kofte dimakan dgn roti goren!



Dengan side-dish salad timun dan tomato...silakan kome, jangan malu!

Thursday, May 5, 2011

Polis Eskot Erdogan Diserang!..Moh Nengok Pasar Tani Akcakoca, Laut Hitam.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam polis eskot rombongan PM Erdogan telah diserang oleh kumpulan pengganas. Sorang anggota polis terbunuh dan 2 orang cedera bila kumpulan bersenjata yg tidak dikenali menembak kereta peronda polis yg mengiringi bas para wartawan yg mengikuti kempen pilihanraya Erdogan di Kastamonu.

Alhamdulillah Erdogan selamat sebab lepas berucap di Kastamonu tu, dia naik kopter ke daerah lain pulak. Menurut NTV, pihak pengganas telah melontar grenade ke arah kereta pengiring polis tu dan ianya ditala pulak dengan tembakan mesin gun bila keta tu terbakor!

Isyyy...jadi ahli politik kat Turki ni bahaya. Bukan jer PM dan menteri kabinet dia buleh jadi target, yang jadi ketua pembangkang pun dikawal rapi cam perdana menteri; begitu juga ahli parlimen dan datuk bandar! Memasing ada bodyguards dan bawok pistol!

Sumber berita dan gambor dari Today's Zaman



Ok, moh tinggakan berita violent dan gory ni. Tak abih-abis kisah bunuh dan assasination...sakit ati. Kalau Osama dah dibunuh, bior ler. Kita ucapkan takziah dan hadiah Al-Fatihah. Sama ada dia pengganas atau bukan, itu Tuhan jer yang tau. Tapi cara USA masuk Pakistan dan buat sendiri-sendiri, memang kuang ajor!

Untuk menyejukkan suasana, meh tengok gambor kekanak. Kalau kome tak sejuk gak, tak tau ler.
Teman lepak kat rumoh Ilker di bandar Akcakoca, Laut Hitam, masa musim dingin baru ni. Banyak gambor anak sulung dia si Mursel teman amik. Ni Mursel dengan sepupu dia. Nama dia teman lupa.



Mari ikut teman gi tengok pasar tani di pinggir bandar Akcakoca. Kecik jer pasar ni, tiap ari jumaat, dibuat tak jauh dari esplanade ni, dekat sebuah masjid.



Ni bas Majlis Perbandaran Akcakoca, tapi tempat pasar tani ni tak jauh dari apartment Ilker, 1/2 km jer, jadi teman jalan kaki. Pusat bandar dia lebih korang 2.5 Km; kalau malas baru teman naik bas. Tapi lazimnya teman jalan kaki sebab bila lalu sepanjang tepi laut dengan suhu yang nyaman, rugi ler naik bas.



Pasar tani ni kebayakan penjualnya pompuan kampong. Deme jual hasil kampong yang deme tanam atau buat sendiri atau yang dipetik (seperti buah-buahan, kekacang, herba dll) di keliling rumoh atau kampong deme.

Ni Ablah yg sedang jual sayor, kacang walnut, dan keju kampong rasanya...



Yang ni Ablah (kakak) jual sayur salad marun; daun anggur yg dah direbus untuk buat dolma nasi; hazelnut dan jagung dalam plastik tu; buah epal yang gerenti dari laman rumoh dia dan susu lembu segor dalam botoi. Sah-sah ni hasil kampong dia!

Sejambak marun tu mau RM3 jer; buah epal sekilo RM2-RM3. Salad deme tu besor-besor...



Jualan dari Ablah ni jenis kekacang pulak dan herba seperti mint dan oregano. Herba kerin deme muroh bebenor. Untuk RM4 kome buleh dapat dekat setengah kilo. Kat supermarket kita, sebotoi oregano dari Itali seberat 30 gram mau kena bayor RM8!
Tu sebab teman hangkut balik dekat 1/2 kilo ke Shah Alam, sebab teman suka tabur dalam salad, sup, kuah spegeti, kentang goreng, buat marinate lambchops dan memacam lagi kome.

Sapa nak 30 gram oregano Turki teman, angkat tangan!
Sapa memola angkat tangan, dia dapat!


Tapi mungkin teman antor lambat sikit, sebab teman mungkin lepak kat Pahang ni berbulan kome. Tak pe, herba tak basi walaupun berbulan-bulan dan setahun pun.



Ablah ni pulak specialised dalam pelbagai makarna (pasta) dan hasil yang dibuat dari tepung. Makarna Turki dia pendek-pendek 2-3 cm panjang. Kalau deme nak makan yang panjang atau yg berlubang seperti penne, tagiatelle, vermecelli, makaroni, shell, deme beli kat kedai.

Walnut yg dikutip dari pokok utan atau yg tumbuh di keliling kampong turut dijual selain hazelnut. Susu lembu fresh pun ada. Memang barang organik kome!



Teman idok penah tengok mende kaler-kaler ni kome. Dibuat dari tepung dan di potong kekecik dan dijemur. Deme guna ni untuk dijadikan bahan thickening untuk buat sup. Selain dari tu, home-baked roti pun ada!




Yang ni bukan hasil kampong Laut Hitam. Ni dijual oleh peniaga ptofesional. Buah zaitun tumbuh di wilayah Mediterranean Turki di wilayah Laut Aegean. Kawasan ni tak jauh dari Greece dan dulunya ada kawasan kat sini kome kenali sebagai Sparta dan Troy, cam dalam citer Troy tu. Tapi kedua-dua kawasan ni sekarang tertakluk dalam Republik Turki dan dipanggil Isparta dan Troiya.

Wilayah Laut Aegean ni banyak hasilkan buah zaitun yg dijeruk dan of coz...minyak zaitun!



Pas penat nyongket kat pasar tani tu, meh makan hurma (pisang kaki) yang Pinar peram kat balkon deme. Pisang kaki ni tak diperam dalam beras atau bawah katil cam kita peram buah ciku atau pisang, tapi dibior bersejuk dan berpanas di luor tingkap kat balkon.
Bila dah elok ranum, waaaahh...berlendior jer...manis dan juicy kome!



Seperti yang teman labun sebelum ni, kalau dok rumoh Ilker, teman banyak makan sayur, salad, kekacang...err vegetarian ler.
Ni salah satu menu lazim deme - cili ijo dan tomato ditumis. Makan dengan roti. Tapi cili deme tak pedas, rasa cam makan sayur goreng biasa jer.


Masa dok rumoh Ilker dan Pinar ni teman sempat rakam cara buat dolma cili capsicum. Ari ni kome nengok jer yg dah siap yek. Meh makan dolma biber kome... (biber tu cili)!

Thursday, April 21, 2011

Alex De Souza Minta Jadi Rakyat Turki...Moh Buat Dolma!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Kapten dan pemain Kelab Fenerbahce berasal dari Brazil, Alex de Souza, telah menyatakan hasratnya menjadi warga Turki ketika bertemu PM Erdogan.

Kelmarin Erdogan telah menerima kehadiran pemain tersebut dan Presiden Kelab utama Istanbul tu di pejabat Perdana Menteri. De Souza sendiri menyuarakan hasratnya kepada Erdogan. Perdana Menteri Turki tersebut dengan seloroh bertanya sama ada De Souza udah pilih satu nama Turki. Dalam pertemuan tersebut De Souza menghadiahkan 4 helai jersi Kelab Fenerbahce kepada Erdogan.

Walaupun jika memperolehi kerakyatan Turki, De Souza tidak boleh bermain untuk Turki kerana dia telah bermain untuk Brazil. De Souza telah bermain dengan kelab Fenerbahce sejak tahun 2004 dan telah score lebih 100 gol. Peraturan dalam liga bolasepak Turki, setiap kelab boleh sign 10 orang pemain asing dalam satu musim dan hanya 6 orang pemain impot boleh bermain di padang dalam satu game.

Setakat ini, Fenerbahce menduduki tangga kedua dalam liga bolasepak Turki musim ini.



Ari ni nak kongsi resepi cam ner nak buat yaprak dolma, atau dolma daun. Kome buleh guna daun anggur (hah...tak der pulak!), daun panjar (pun tak der kat malaysia) atau daun kobis, hah...yang ni buleh!

Bersihkan daun ni dan celur. Jangan sampai bonyeh atau lembik tau. Kat atas ni gambor daun panjar yang buleh ditanam dalam musim dingin. Kalau musim panas deme suka guna daun anggur.



Untuk inti dolma, kome kena chop bawang besor, banyaklah juga. Tumis bawang tu sampai lembut.



Pastu masukkan beras. Tapi di Turki deme guna beras yang seakan pulut, guna beras Malaysia buleh tapi tak kenyallah kecuali kome guna beras pulut. Masukkan beras dan kaco lebih korang 4-5 minit. Kendian masukkan ayor tapi jangan banyak. Sekadar bagi beras tu separuh masak jer. Tutup periok dan biorkan ayor kering.



Hiris daun sup atau daun ketumbar. Suka ati kome nak yang mana. Angkat nasi dari dapur. Tabur hirisan daun dalam nasi separuh masak tadi. Gaul rata.



Amik sehelai daun anggur/panjar/kobis. Kalau besor potong atau kerat dua. Boh sesudu kecik nasi dalam daun, pastu gulung cam kome gulung cerut. Tak penah gulung cerut? Laa...tak penah hisap cerut ke!
Ok, gulung cam kome gulung popiah tapi janganlah gedebab besornya, halus jer cam Kak Emine buat ni.



Ni ropa kalau dah siap digulung, panjang lebih korang 2 inci/2-3 cm.



Masukkan dolma yang dah siap ni dalam periok, tabur dengan bawang yang dihiris kasar. Curah ayor bancuhan tomato puri. Tabur garam sesudu ke. Ha.. ha..teman main agak-agak jer ni!



Tuang ayor dalam periok ni agak-agak separuh periok. Ayor sikit tu untuk steam nasi yang dah separuh masak tadi, tutup periok dan masak atas api sederhana dalam 20 minit. Ha..ha..teman main agak-agak lagi!

Dolma ni kira menu istimewa gak, bukan dibuat selalu. Kalau kome rasa inti Kak Emine ni cam boring jer, kome buleh boh daging cincang dalam nasi tu. Tumis dulu daging tu. Orang Malaysia kan kreatif dalam bab-bab makan nih!



Tu kalau dok dengan deme, asyik-asyik makan sayur. Rasa sekerabat dengan Kara Kiz dan Fistig pulak (lembu-lemu Kak Emine dan Nevin). Bila balik Istanbul, teman pekena ayam/daging/lamb dan salami tiap ari. Rasa cam cannibal pulak!



Mr T tak bape suka makan daging jadi teman kena selalu mereka salad berbagai ropa dan rasa. Nanti dia puji "Wonderful!"
Meh kome...!


Keputusan Teka-Tikam 'Apa Itu Hamam?'

Teman pilih jawaban blogger Dangarumbia kerana penerangan dia lebih detailed.
Tahniah!
Yang lain buleh try lagi! Yong Danga...meh bagi alamat dan nama penuh ke hellibra2@hotmail.com