Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, April 21, 2011

Alex De Souza Minta Jadi Rakyat Turki...Moh Buat Dolma!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Kapten dan pemain Kelab Fenerbahce berasal dari Brazil, Alex de Souza, telah menyatakan hasratnya menjadi warga Turki ketika bertemu PM Erdogan.

Kelmarin Erdogan telah menerima kehadiran pemain tersebut dan Presiden Kelab utama Istanbul tu di pejabat Perdana Menteri. De Souza sendiri menyuarakan hasratnya kepada Erdogan. Perdana Menteri Turki tersebut dengan seloroh bertanya sama ada De Souza udah pilih satu nama Turki. Dalam pertemuan tersebut De Souza menghadiahkan 4 helai jersi Kelab Fenerbahce kepada Erdogan.

Walaupun jika memperolehi kerakyatan Turki, De Souza tidak boleh bermain untuk Turki kerana dia telah bermain untuk Brazil. De Souza telah bermain dengan kelab Fenerbahce sejak tahun 2004 dan telah score lebih 100 gol. Peraturan dalam liga bolasepak Turki, setiap kelab boleh sign 10 orang pemain asing dalam satu musim dan hanya 6 orang pemain impot boleh bermain di padang dalam satu game.

Setakat ini, Fenerbahce menduduki tangga kedua dalam liga bolasepak Turki musim ini.



Ari ni nak kongsi resepi cam ner nak buat yaprak dolma, atau dolma daun. Kome buleh guna daun anggur (hah...tak der pulak!), daun panjar (pun tak der kat malaysia) atau daun kobis, hah...yang ni buleh!

Bersihkan daun ni dan celur. Jangan sampai bonyeh atau lembik tau. Kat atas ni gambor daun panjar yang buleh ditanam dalam musim dingin. Kalau musim panas deme suka guna daun anggur.



Untuk inti dolma, kome kena chop bawang besor, banyaklah juga. Tumis bawang tu sampai lembut.



Pastu masukkan beras. Tapi di Turki deme guna beras yang seakan pulut, guna beras Malaysia buleh tapi tak kenyallah kecuali kome guna beras pulut. Masukkan beras dan kaco lebih korang 4-5 minit. Kendian masukkan ayor tapi jangan banyak. Sekadar bagi beras tu separuh masak jer. Tutup periok dan biorkan ayor kering.



Hiris daun sup atau daun ketumbar. Suka ati kome nak yang mana. Angkat nasi dari dapur. Tabur hirisan daun dalam nasi separuh masak tadi. Gaul rata.



Amik sehelai daun anggur/panjar/kobis. Kalau besor potong atau kerat dua. Boh sesudu kecik nasi dalam daun, pastu gulung cam kome gulung cerut. Tak penah gulung cerut? Laa...tak penah hisap cerut ke!
Ok, gulung cam kome gulung popiah tapi janganlah gedebab besornya, halus jer cam Kak Emine buat ni.



Ni ropa kalau dah siap digulung, panjang lebih korang 2 inci/2-3 cm.



Masukkan dolma yang dah siap ni dalam periok, tabur dengan bawang yang dihiris kasar. Curah ayor bancuhan tomato puri. Tabur garam sesudu ke. Ha.. ha..teman main agak-agak jer ni!



Tuang ayor dalam periok ni agak-agak separuh periok. Ayor sikit tu untuk steam nasi yang dah separuh masak tadi, tutup periok dan masak atas api sederhana dalam 20 minit. Ha..ha..teman main agak-agak lagi!

Dolma ni kira menu istimewa gak, bukan dibuat selalu. Kalau kome rasa inti Kak Emine ni cam boring jer, kome buleh boh daging cincang dalam nasi tu. Tumis dulu daging tu. Orang Malaysia kan kreatif dalam bab-bab makan nih!



Tu kalau dok dengan deme, asyik-asyik makan sayur. Rasa sekerabat dengan Kara Kiz dan Fistig pulak (lembu-lemu Kak Emine dan Nevin). Bila balik Istanbul, teman pekena ayam/daging/lamb dan salami tiap ari. Rasa cam cannibal pulak!



Mr T tak bape suka makan daging jadi teman kena selalu mereka salad berbagai ropa dan rasa. Nanti dia puji "Wonderful!"
Meh kome...!


Keputusan Teka-Tikam 'Apa Itu Hamam?'

Teman pilih jawaban blogger Dangarumbia kerana penerangan dia lebih detailed.
Tahniah!
Yang lain buleh try lagi! Yong Danga...meh bagi alamat dan nama penuh ke hellibra2@hotmail.com

8 comments:

  1. ada org tu boleh menulis jer ,, buek nya ermmm entah lah,,,

    ReplyDelete
  2. Salam Yob PO, sapa tu, sapa tuuuu...?

    ReplyDelete
  3. Selam Yong Halime,
    Nasilsiniz? Sedapnya nampak dolma Kak Yong.. memang orang karadeniz cara buat dolma begini ye Yong.. input baru nih! Thanks for sharing! Allah razi olsun!

    ReplyDelete
  4. Selamunaleykum Ayza Hanim, iyim, tessekurler! Ada cara lain ker buat dolma ni? Tempat Ayza cam ner, kat Denizli kan? Which part of Turki tu?

    ReplyDelete
  5. salam ..apa rasa dolma tu..nampak macam sedap je...kalau suruh buat sendiri memang tak pandai ni...

    ReplyDelete
  6. salam yong rohaya, rasa dia aka-akan ketupat palas makan daam daun! Tengok gambor dan cara-cara yg akak tulis, buleh jer ikut.

    ReplyDelete
  7. Aleykum selam Yong Halime,
    Di Denizli ni, Anne saya ajar lain sikit Yong. Bawang tu bila dah tumis, masukkan salca (tomato puree) dan biar dia garing sikit, then masukkan kiyma (daging kisar), kacau rata lepas tu masukkan bulgur (gandum utk buat dolma) atau beras pun buleh juga. Masuk air sikit, masak sampai sedikit kembang dah bulgur tu, baru balut ngan yaprak (daun anggur).. Time dah siap balut dan nak masak balik, masuk dlm periuk letak air sikit dan api kecik. Kira mcm steam sikit lagi supaya bulgur/beras dlm tu masak penuh.

    Yong tau Pamukkale tak? Denizli kat situlah Yong..

    ReplyDelete
  8. makanan yg kreatif meningktkn selera ! yeah ! :p
    teman baru nk meneka..rupenye udah ade pmng.. :)

    ReplyDelete