Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Gomen Turki pimpinan Encik Tayip Erdogan berusaha untuk "menurunkan kadar faedah dan inflasi" dan pada jangka masa panjang bertujuan menurunkan kadar faedah pada paras sifar.
Beliau berucap demikian dalam satu kongres umum anjuran persatuan perdagangan dan industri atau TUMSIAD.
"Kami berusaha menurunkan kadar faedah pada jangka masa panjang supaya rakyat meningkatkan pendapatan mereka melalui kerja keras, bukan melalui untung faedah," kata Erdogan. Gomen beliau pada akhirnya akan cuba menyelaraskan kadar faedah dan kadar inflasi pada paras yg sama.
Bercakap kepada ahli-ahli perniagaan Turki, beliau menjelaskan sejak gomen bawah parti AKP memerintah, Turki mengalami peningkatan ekonomi yg menggalakan. Pada tahun 2002 jualan kereta di pasaran tempatan adalah hanya 96,000 buah. Kini lebih setengah juta kereta dijual. Manakala lebih ramai pelancong datang ke Turki pd suku tahun pertama iaitu 3.6 juta orang pelawat berbanding dengan 2.6 juta orang tahun lepas. Ini kerana kestabilan ekonomi dan politik sejak di bawah pentadbiran AKP, tambah beliau.
Weh...PM negara sekular dah kata jangan makan riba. Tak disebut ianya haram. Nanti jadi fitnah. Silap-silap kena guling!
Err...PM negara Islam kita tak nak ke ajor rakyat jangan makan riba?
Sumber dari HurriyetOnline.com
Nyongket Dengan Mursel Part I
Selamat pagi Mursel.
Moh bersiap, kita nak gi kampong Ana Anne (nenek belah emak), dengor orang baca Yaasin.
Mak Mursel, Pinar, isteri kepada Ilker (anak sedara Mr T) sibuk siapkan Mursel dengan kemeja long-sleeve. Cam nak gi pejabat!
Pinar ni orang Akcakoca, Ilker pun tingga di Akcakoca masa bujang, di apartment mak dia. Bila dah kawin, duduklah deme laki-bini di apartment ni. Teman kalau ngelewor ke Akcakoca (15 minit dari Kg Deredebi), akan tido 2-3 malam di apartment Ilker dan 2-3 malam di apartment Alper tak jauh dari blok deme.
Ilker amat sayangkan teman sebab dia tengok mak dia, si Nevin, sayangkan teman. Kekadang dia berebut dengan isteri Alper ajak teman tido rumoh deme. Lantok kome!
Masa teman lepak kat rumoh Ilker ni, musim dingin. Jadi kekanak kena dipakakan baju berlapih-lapih macam kuih lapih. Bukan senang pakakan baju kat baby, deme rimas dan runsin. Kaki dan tangan bergerak sana-si ni sambe baby tu jerit-jerit tak suka!
Baby kenit ni pun nak dipakakan suor denim. Tapi elok tebal pun.
Pastu balut dengan vest bulu yg teman yakin telah dikait sendiri. Bila dah siap paka semua, baru nampak ceria sikit Mursel ni.
Pas hangkut satnika botoi, lampin, tuala, putin, dan seumpamanya, Mursel kena balut lagi - dengan cap bulu yg teman gerenti Ana Anne dia kait; baby coat dan last sekali dengan baby blanket! Tu gamoknya di negara sejuk deme pangge baby "a bundle of joy"!
Memang macam bundle pun!
Bundle ni diusung dalam lift dan diletak dalam stroller yg ada cover plastik. Ni nak elakkan angin sejuk. Mursel ni cam Helime Baba Anne dia, boh dalam stroller dia tak bisin. Dia tau nak gi nyongket ni.
Cuaca pagi tu amat cantik - mentari cerah. Mursel nampak selesa dan diam.
Teman, Pinar dan Ana Anne Mursel jalan perlahan ke arah pinggir bandar Akcakoca. Antara tempat kami tempuh ialah tanah perkuburan. Seperti teman penah tulis dulu, tanah wakaf di Turki cam taman - elok berjaga.
Beberapa kubur yang paling dekat dengan jalan. Tanah wakaf dengan blok apartment deme ni lebih korang 200 meter.
Bila kami masuk ke jalan kampong, teman nampak banyak ladang hazelnut. Kalau ada tanah kosong, mesti deme tanam pokok ni. Belakang blok Alper pun ada orang kampong tanam pokok hazelnut.
Salah sebuah rumoh kampong. Teman agak rumoh ni dibina mungkin tahun 70an.
Perlahan-lahan kami nyusur jalan kampong. Sebenornya agak jauh gak kami menapak ni - ada 3 km gitu. Mungkin sebab cuaca dingin, tak terasa penat. Mursel tak buat sebarang bunyi. Dia terlena kena ayunan stroller tu.
Dreber treler biru tu ada menegur kami dan tanya nak numpang ke?
Mak Pinar kata, "Tak per, tima kasih!"
Sambe berjalan, kedua beranak ni pot-pet, pot-pet. Mak Pinar datang dari daerah Laut Hitam yg agak jauh jugak. Putih orangnya. Pinar tak bape putih, warna kulit cerah sikit dari teman, berambut hitam berkilat.
Sampai satu peringkat, agak membukit gak jalan ni.
Kendian kami tempuh banyak rumoh-rumoh orang kampong. Seperti biasa, bila cuaca cerah cam ni, gemor sangat kaum ibu menjemur satnika mende yang patut dijemur.
"Nak kemana tu?" ablah tu tegur.
"Nak gi romah sipolan dengor baca Yaasin!" jawab mak Pinar.
"Tu sapa..." dia maksudkan pompuan Malaya ni.
"Yengge kami," jawab Pinar. Yengge tu mak sedara.
"Hosgeldeniz!" pompuan gempal tu kata 'Selamat Datang' kat teman.
Teman amik gambor dia. Cepat-cepat dia perbetulkan skaf dia.
To be continued...
Bila teman di rumoh Pinar, dia melayan teman sebaik Ilker melayan teman. Mungkin Ilker dah ajor kat dia supaya melayan teman sebaik mungkin. Walaupun dia sibuk urus rumoh dan baby Mursel, idok dia biorkan teman buat koje. Kecuali teman offer nak tolong.
Bila malam waktu tengok TV, mesti ada snack dan cay panas. Ilker akan sibuk menambah cay teman dan tanya nak makan apa lagi.
Kalau dok dengan Ilker, teman banyak makan vegeterian sebab Ilker cam Uncle T dia, kurang makan daging. Deme ni asyik baham sayur dan roti dan bahan tenusu. Tapi mak oii...Ilker ni lebih tinggi dari Mr T, rasanya dia ni 190 cm!
Meh baham sayur kome...
1) Kat sini tak sebok pasal riba.... duduk 'beriba' suka lah...
ReplyDelete2) Baby tu pipi dia merah macam santa klaus!
3) Kubor baru kat malaya ni sekarang pon dah banyak dah kemas-kemas... teratur siam bernombor lagi... Kalau yg tradisional tu dah sah-sah ada hantu!
lalallalalalalalalaal
ReplyDeleteSalam Yong,Tie suka betul baca pengalaman yong ni. Sampaikan tak tahu nak komen apa... hehe..
ReplyDeleteCorak pemakanan kat sana berbeza betul, kan... macam ratah je. Tapi tak pe. Janji kenyang dan sedap, :)
salam
ReplyDeletemakin berubah turki ni
Badan teman tak baper semiak haghi ni. Maleh nak nulih. Teman kopi pes N3 Yong kat blog teman.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Halima....
ReplyDeleteheheheh...kat sini riba tu jadi hasil negare.....
kesian awok nengok kan si Mursel tu kene balot.....
kalo kat sini....silap2 naik ruam baby nanti.....
Salam Yob Gedek, sapa yg suka dok beriba tu? Kalau Big Mama, gerenti patah peha Bijan!
ReplyDeleteDeme tu putih, bila kena sejuk mmg meroh pipi macam stroberi!
Haa tp kubur kat Kolopelah tu cam kubur kat Akcakoca. Ater negara kita panas, cpt jer belukar naik Yob!
Salam Yob PO, tukor ler lagu lain pulak!
ReplyDeleteSalam Kak Halima
ReplyDeleteBetul kata gomen Turki tu kak, jangan makan rasuah..makan sayur lagi best, sihat walafiat.
Kak comelnya Mursel tu kak, lagi di nalut lagi cute, geram nengok.
Bestnya nyongket kt kampung tu, cantik pemandangannya..
Assalam Yong Tie, memang deme ni makan cam meratah, kalau makan ikan siap 10-15 ekor sorang!
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Brutal, Turki ni sama jer dgn Malaysia Yob, cuma kita berdegor-degor ngaku "Malaysia sebuah negara Islam...kung kang..kung ...kang!" Kalau masuk solat fardhu, ada surau atau masjid penuh cam solat jumaat!
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Sniper, ater banyok makan doyan ker? Dah kopi pes tu bagi kredit kat blog Yong tau!
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Shahril, udoh sedap makan riba deme tu, kalau tak makan kuruih nanti! Kalau baby kena ruam mungkin sebab pakaian tu kain sintetik, bukan kain dr bahan asli cam kapas kot.
ReplyDeleteSalam Yong UmmiRoss, ha ha..betoi tu, "Jangan Makan Riba, Makan Sayur!" Ni slogan baru kita! Ater bebudak kekecik memang comey. Ilker masa kecik pun comey. Tapi kampong Deredebi lagi cantik Yong!
ReplyDeletesalam yong...
ReplyDeletepemimpin islam ni ramai yg amik agama sekerat, dunia sekerat... masuk ikot mana yg berkenan je..
p/s:kim salam kat mr.T hehehe
Salam Yong;
ReplyDeleteNegara ni menghalalkan Riba, pemimpinnya peneraju utama Riba.
Bile le keme nak nyongket ke Turki ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Ustaz, iman pun dah tinggal sekerat! InsyaAllah nati akak kabor...
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob ISA, sebab deme suka tengok lap-dancing, tu sebab deme gemor riba!
ReplyDeleteSalam Yob Sharouk, bila2 pun buleh nyongket sana Yob...saya tunggu!
ReplyDeletecute nye baby..
ReplyDeletetahn ek makan sayur je..
kalo sayamau teketar2 cari nasik ;)
kak halima yg disayang..
ReplyDeletekalo nok hapuih riba, nanti kate di deme..gile !! nok lingkop negaghe ke ??? riba ok..judi ok.. inilah negaghe islam terpimpin namenye.. hebat tak??? kihkihkih..
agaknya, hazelnut di sana mcm pokok rambutan kat sini yak.. kan ke kebanyakan rumah kat sini, deme gemo nanam rambutan.. idok pun mangge..
Assalamualaikum Yong Tihara, sayur atau salad deme makan dgn roti, idok ler terketor2.
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Mad Adikku, kalau dah biasa makan mende haram, yg lain semua rasa OK!
ReplyDeleteHazelnut ni tak cam buah mutan atau mangga Yob, kalau epal, pear, anggur ya. Hazelnut ni cam pokok getah atau kelapa sawit, dia ditanam berladang!