Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Dah getik teman nak layan isu-isu manusia ni. Nak layan natang pulak. Tak tension dan stress layan deme ni. Kalau teman ada kat Basaksehir, Istanbul, kul 7:30 pagi gitu sementara teman siapkan kahvalti, teman akan bukak tingkap balkon kat dapur. Teman akan letak beberapa cebisan roti yang dah keras kematu kat ledge tingkap untuk burung gagak dan merpati sambil berniat sedekah bagi pihak Mr T.
Kalau teman tunggu nak nengok deme makan, deme tak datang. Jadi teman intai dari balkon salon. Kekadang pak itam yang datang, kekadang merpati yang singgah. Selalunya pak itam ler. Teman kalih 5 saat, roti tu dah lesap. Cekap bebenor!
Kalau burung merpati, dia lebih tertib dan bersopan. Kalau buleh dia nak bagi salam dulu. Selalunya yang datang solo jer, paling rama 2-3 ekor.
Dia nampak teman. Malu ler pulak nak patuk roti tu. Kalau si gagak, nampak kelibat kita dari jauh dia tak akan turun hinggap. Teman nyorok balik langsir pun dia tau, dan tak akan datang. Anti-sosial punya burung.
Jeling-jeling pulak. Makan ler, teman sedekah.
Ada masa teman boh roti atau biskut kat balkon salon. Sini ada pintu. Kalau cuaca cantik dan mentari bersinar, ewaaah , teman suka ler bukak pintu ni luas-luas. Tapi kalau Mr T ada, bukak kejap jer. Dia gaduh sejuk, sejuk.
Hmmm...kalau yang burung itam ni, cam penyamun jer datang. Bergerombolan dan bising pulak tu. Sekelip mata roti tu lebuh!
Teman boh lagi. Sepasang merpati hinggap berhati-hati, lemah-lembut gaya deme. Makan pun penuh beradap:
"Silakan Ayang..."
"Yob ler dulu...hik, hik!"
Tu hewan kat bandar. Kat Kampong Deredebi pun ada hewan. Yang femes antaranya si Karabas. Kalau dia lalu bawoh rumah mertua, teman panggil, "Karabas, Karabas!" dia akan mendongak. Dia minta makananlah tu. Teman pun campak roti sekeping. Ni kira snack jer. Kang tengah hari atau malam dia panda naik tangga ke beranda dan menyalak mintak roti. Selalunya mertua bagi 2-3 potong roti. Dah dapat dia turun.
Sekali tu teman nampak Karabas minum ayor susu yang mengalir dari dapur. Susu tu lebihan keju yang mertua buang. Jenuh dia minum susu si Fistig ari tu. Sihat ler hewan kat Kg Deredebi ni - makan roti dengan susu!
Selain dari Karabas, si Mafia ni sekali-sekala naik beranda rumoh Mr T cari makan. Kalau teman nampak, teman bagi sekeping roti. Walaupun dia ni kucing tak bertuan, elok jer badan dia berisi.
Yang paling elok makannya si Freelance. Dia dah dianggap kucing rumoh Mr T sebab Kak Emine selalu boh makanan dalam pinggan ayan kat beranda untuk dia. Kekadang dia dapat gak lauk dan tulang ayam atau daging. Namun, dia tak dibenarkan masuk rumoh.
Kalau Karabas jadi security dog, Freelance ni sebagai rat-chaser, walaupun tikus takder dalam rumoh, cuma kat luar jer. Kekadang berhari-hari dia tak balik. Mesti dok dalam kebun atau ladang skodeng burung! Tengok ler dempak jer badan dia ni.
Sebagai penutup, jamu ler mata dengan makan tengah hari di rumoh Tahsin. Sepinggan boreq berinti keju; sepinggan dolma berinti nasi dan stew sayur panjar. Yang putih tu yoghurt. Seperti biasa makan ala-ala vegetarian. Deme ingat teman ni Fistig kot. Meh kome...!
Salam ziarah dek,
ReplyDeleteBaca beberapa entri sebelum ni, dah terasa macam berada di Turki, :)
Suka benar sedekah kat haiwan ni, kak tie pun ada juga campak biskut atau roti bagi burung2 di luar tu makan. Tak boleh nak bela ayam sebab tinggal di quarters..
susu ngalir camtu jer..?? oohhh sihat2 hewan sana.. sini susu punya lah mahae..
ReplyDeleteada gagak jugak kat sana ya yong.. mmg ganaih sikit dari merpati kan.. mesti semua suka dapat ghoti..
adoi.. teman tak laghat amat nengok hidangan tersaji penoh tu.. meleleh ayor liyor ni.. mesti sedap semua tu..
Singgah sini tengok citer apa hr ni?Anjing pun makan roti ye. Ingatkan makan tulang ke apa. Atau yg ini saja berbeza dgn anjing yg kat M'sia.
ReplyDeleteSalam Perkenalan Yong, selamat datang dan hosgeldeniz! Tima kasih sudi singgah. Bukan jer suka Yong tp kesian sbb kalau musim sejuk mesti diorang lagi lapor. Tambah kat bandar sini tak der sampah bersepah, susah cari makan. Ropanya ada sorang Pakcik yg selalu bagi diorang makan, tu yang diorang lepak kat Basaksehir. Asal kita sedekah kat sapa pun, dpt pahala, ya tak Yong?
ReplyDeleteSalam Yong Mulan, tu susu cayor sisa dr keju, bukan yg pure punya Yong. Tapi masih buleh minum lebihan susu keju kalau nak, tapi cayor bebenor ler. Sukanyer Yong Mulan ni pasa makan2 yek? Nanti akak try cari gambor yg buat dolma tu.
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeletehak3..ketawa besar aii,bila bc statement last tu..
- kenapa banyak kipas duk kat beranda apartment tu?
- kucin n anjin depa baguih,ske makan roti..senang jaga..kucin sini suka curi lauk..
- lagi satu nk tanya..akk penah tak pegi Amasra?..sbb saya suka dengar satu lagu dari sorang rocker dari Turki ni, dia datang dari Amasra..tak silap saya kat situ ada tugu dia, sebab dia dah meninggal accident..
Salam Yong nieda, ha'ah deme makan roti cam tuan deme. Sekali-sekala deme dpt mkn tulang atau kulit ayam.
ReplyDeleteSalam Yong Tihara,
ReplyDeleteJgn tawa kuat2 nanti suami Yong kata apa pulak, baca blog boleh lawak! Oh jiran sedang menjemur kipas dan satnika mende kat balkon dia terutama kerana cuaca panas. Sini deme tak bagi hewan masuk rumoh, jd takder kes kecuarian. Akak belum gi Amasra lagi. Nanti akak check sapa dia si rocker ni.
aduhai..
ReplyDeletetngok hewan makan pun leh jeles d buatnye..
hehe..
Salam perkenalan...
ReplyDeleteSonoknyer tgk burung2 tu makan...especially yg sepasang tu...aternyer iyer..suka kat nama Yob..he..he..he..
Nampak sedap bebenor gambo makanan tu jugak.
Salam Kiut, apa nak jeles kan, Karabas minum dlm longkang!
ReplyDeleteSalam kak...
ReplyDeleteOoh hari ni tengok haiwan2 pulak ye kak, memang kadang2 memerhatikan haiwan ni mendatangkan ketenangan, suka tengok burung2...
Salam Nurul, selamat berkenalan dgn org kampong! Hosgeldeniz! Tima kasih datang. Nampok sedap jer, tapi tak pedas Nurul, kot tak sesuai dgn tekak kita.
ReplyDeletesodapnya....kirim ke Malaysia satu set makanan yang bawah tu =)
ReplyDeleteSalam UmmiRoss, sekali-sekala tukaw fokus...citer hewan lebih menenangkan kekadang! Memang burung cantik dan melagutkan kalau perati diorang.
ReplyDeleteSalam Yob MohamadAzhan, memang sodap tapi kalau dipos mesti basi sampai ke rumoh miker tu. Kalau pompuan buleh ajak ke rumah akak.
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeleteater patut la org2 tua kita kata jinak2 merpati ye..bukannya jinak2 gagak..huhuh..mmg ganehpun gayanya sigagak tu..tapi hatinya baik kut..tak pa kak dah ada kat msia blh mkn dah apa yg teringin dulu masa kat sana idak ler asyik vegi je..
Salam Asma, tu lah jinak2 merpati tp bila kita nak tangkap deme lari! Ya sekarang banyak makan lauk terutama ikan. Tapi kena kontrol gak, kang badan naik cam belon baru Mr T pengsan!
ReplyDeletekekekek makan ala2 vegetarian...skrg kak lima dah balik sini, dah puas le makan lauk ye?
ReplyDeleteSebab tu orang kata "jinak-jinak merpati.... nak di pegang, lari"
ReplyDeleteIsu manusia sekarang memang getik... kecuali isu kak mah...
Salam Yong Ina, haa skrng dah puas makan daging dan ikan...qadho!
ReplyDeleteSalam Yob Gedek, betoi tu Yob! Eh perasan dak, imej Kak Mah amat korang sejak kempen pilihanraya negeriSarawak ni? Orang kata dia ni liability...He he...tau tak per!
ReplyDelete