Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, April 7, 2011

Kristian Koptik dan Ikhwanul Muslimeen Mula Berdialog...Main Masak-masak!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Menurut satu laporan Al Masry Al Youm, 3 pertubuhan Kristian Mesir telah mencapai kata sepakat bertemu dengan kumpulan Ikhwanul Muslimeen untuk berdialog. Perbincangan telah di adakan oleh wakil-wakil dari Ikhwanul Mudlimeen dan Kumpulan-kumpulan Kristian ini iaitu The Union of Coptic Youth, The World Student Christian Federation dan General Authority for Christian Youth Assoc. di Masjid Assad Ibn al-Furat di Dokki.

Walaupun Gereja Ortodoks Koptik telah menafikan memulakan pertemuan ini, beberapa bioskop dan pendita telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin dari kumpulan Islamik ini.

Di Sharabeyya, satu delegasi dari Ikhwanul Muslimeen telah bertemu dengan pemimpin dari Mar Girgis Church dan The Virgin Mary Church dan telah mengadakan dialog bertajuk "One Nation Vision" (bunyi macam 'Visi 1Mesir!').

Pihak Ikhwanul Muslimeen berpendapat seharusnya dialog di antara kedua-dua pihak diadakan secara berkala. Namun, Rami Kamel, Koordinator untuk Pergerakan Belia Koptik, berkata kumpulannya menolak berdialog dengan kumpulan Ikhwan. Kamel menegaskan dia tak akan duduk semeja dengan kumpulan Ikhwan sehingga Ikhwan memohon maaf kepada rakyat Mesir dan kumpulan Kristian Koptik kerana melayani orang Koptik seperti rakyat kelas kedua!

Haa...sekorang-korangnya, rakyat Mesir dari 2 golongan agama berbeza mau gak berjumpa dan bermesra demi kebaikan bersama menuju ke arah Visi 1Mesir. Orang Islam Mesir pun tak hingor orang Kristian guna perkataan 'Allah' dalam sembahyang dan doa deme. Small matter, takder hal. Tu memang bahasa Arab. Islam ke Kristian ke, deme bangsa Arab. Kalau bukak channel Kristian (masa teman kat Istanbul), kalau teman tak perasan lambang salib dan ikon Jesus dan Mary, mati-mati teman ingat deme baca ayat-ayat suci Al-Quran. Perkataan Allah, salam dan seumpamanya, mesra dibibir pendita-pendita deme. Kat Malaysia jer mende ni jadi isu - yang dimainkan oleh pohlihtikus mondok!



It's Spring Time in the northern hemisphere folks
! Cikgu Nuzhah mintak buat ler entry pasa musim bunga, panas dan luruh pulak. OKlah, nanti teman kerobek kotak simpanan gambor-gambor teman bawoh katei tu.

Jumpa sekeping gambor yang teman amik 2 tahun lepas. Ni ada si Beza, Esra, Fatma, Enver (dak jantan tu) dan sepupu Beza berposing kat tebing sungai Deredebi. Masa tu kami baru lepas berkelah - buat ayor cay panas, kentang rebus dan kacang hazel! Tak mandi weh, sejuk. Main randok-randok ayor dan bergambor. Lain kali teman korek gambor lain yek!



Ni nak citer budak jantan main masak-masak. Kome kalau nampak budak jantan main masak-masak jangan halang. Biorkan. Jangan asyik lepaskan deme main pistol-pistol dan tembak-tembak jer. Sebenornya anak-anak ni suka niru apa yang mak pak deme buat.

Ni Bahrican, anak Alper, yang tinggal di bandar Akcakoca, sedang bermain masak-masak. Rasanya dia guna mainan kakak dia si Zeynep.



Dengan memanjat kabinet dapur apartment deme, dia buat persiapan nak bancuh ayor teh. Mak dia Fatma tak halang dia bermain atas kabinet. Ni dah kira baik ni, dia main masak-masak. Kalau dia buat mood terrorist dia, mak dengan anak akan beramuk! Bior ler dia dok diam main masak-masak.



M
ainan kat Turki ni sama cam perkakas dapur yang deme guna seharian. Teko cay ada bertingkat! Sebelum ni dia dah isikan ayor paip dalam teko tu.



Pas ayor tu 'masak', dia tuang dalam gelas.



"Helime Baba Anne nak segelas?" Bahrican tanya teman. Teman jawab dah kenyang.



Dia buat muka cute. Masa ni memang dia nampak comey. Kalau mood dia tak baik, rasa nak bagi dia sedas jugak!



Pastu dia kerabat apa pulak dah. Mak dia tegur, dia buat derkkk!



Kendian, ikut tradisi, elok bawak minum kat sofra (meja makan). Ni baru betoi dia guna gelas cay.



Betoi-betoi dia minum cay yang dia 'bancoh' tadi. Lepas minum, dia belah ke salon, tinggalkan dapor bersepah. Dan masa ni dia dah tanggalkan seluar dia. Seluar dia dah basah kena ayor yang tumpah. Mana Fatma tak hingor! (Bising!)



Ada masa si Bahrican ni mau gak buat homework dia. Dia sekarang dalam kelas tadika. Tapi kekadang dia tak abis buat homework ni. Mak dia ler kena abiskan koje sekolah dia.



Bila ada mood, kakak Bahrican akan bersolat. Ni dia ada semangat nak solat sebab teman bagi dia scarf baru, yang teman beli kat PKNS, Shah Alam.



Breakfast
di rumah Alper agak simple, berbanding di rumah Tahsin. Pagi tu Fatma bakor roti yang dia boh keju. Kalau dia rajin, sempat ler dia goreng fries atau sucuk (sejenis sosej berempah). Tapi Fatma agak sibuk masa ni sebab nak kena gi sekolah untuk meeting PIBG!

15 comments:

  1. Apa2 visi pun kalau dibuat dengan niat untuk kebaikan dan mendapat redha Allah, insyaAllah ada barakahnya, nikmatnya akan sampai pada rakyat kan kak...

    ReplyDelete
  2. dalam satu entry mesti paling kurang 2 citer kn?
    hal masalah dunia dan keluarga..
    hehe..
    mmg menarik sokmo..

    ReplyDelete
  3. Salam UmmiRoss, Begitulah sepatutnya...buat apa2 pun kerana Allah.

    ReplyDelete
  4. Salam Kiut, utk memenuhi citarasa pembaca yg kebyakannya berpendidikan, kena boh hal2 global dan hal2 yg ringan2 utk mengurangkan stress harian, cam 2 in 1 hi hi hi!

    ReplyDelete
  5. nape tak ajak Tuan Guru Besar Najib Razak sama dalam perjumpaan itu, supaya TGBNR kenal siapa ulamak siapa pengganas... :)

    ReplyDelete
  6. Poli-tikus kita terlalubanyak bermain politik sedangkan ia hanya bahasa arab,begitu juga dengan tidak membenarkan org.bukan islam memegang al-quran atau membacanya,bagai mana mereka hendak mengatauhi islam kalau kita melarangnya.

    minda org.melayu sudah ditanam dengan islam itu melayu,melayu itu islam,sedangkan semakin ramai melayu sudah memeluk kristian,kalau tidak darimana datangnya persatuan melayu kristian
    ini yg disorok oleh kera-jaan dari pengatauhan org.ramai.

    ReplyDelete
  7. Salam Yob Baginda, Tuan Guru Bijan sibuk mengarah filem pendek black n white, tak sempat nak join mesyuarat...huah, ha, hah, hah!

    ReplyDelete
  8. Salam Yob Joyiman, eh mana buleh, Islam tu hak Melayu jer...kata gerombolan karat biru hua..ha..hah! Kenalah bisin-bisin Yob, barulah Melayu leka kena tipu dgn isu remeh-temeh.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Kiranya Malaysia ni nirule ye...visi 1Mesir tu...

    ReplyDelete
  10. Sy hrp dpt jadi bapa yg berjaya menjadi cth dan mendidik anak2 sy nnt. Rsnya itu plg berkesan nak block mentaliliti TGB and the geng

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu Humairi, dan Malaysia niru 1Israel APCO!

    ReplyDelete
  12. SalamAli, InsyaAllah awak buleh jadi bapa mithali...akak doakan yg sama utk semua rakan2 blogger kita!

    ReplyDelete
  13. Dorang punya gelas teh memang kecik-kecik kan? Macam mainan je...

    Tak puas minom!

    ReplyDelete
  14. Salam Yob Gedek, ha'ah kecik tapi minumlah 10 kali pun tak per!

    ReplyDelete
  15. memang suka kalau nengok bebudak main, diorang kreatif...tapi kalu bueh, sakit kepale juge...

    ReplyDelete