Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, April 23, 2011

Food Porn - Itik Kangkang...dan Solat Atas Jalan Di Istanbul!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Teman sakit pinggang arr. Dok lama sangat dalam bas.
Nyongket ke Kuantan ada aktiviti seni dan budaya Melayu 3 malam. Pastu cabut ke Bandar Muadzam lepak 4 malam di rumoh ex-housemate.

Semalam balik naik bas tapi bas tak lalu hi-way, tapi lalu jalan kampong. Teman suke!
Kat Kole Pilah drebar berhenti kat gerai kampong tepi jalan. Nampak cam Ok, bukan cam restoran kat tepi jalan kat Tapah tu. Ni gerai orang kampong punya. Siap deme bina tandas, bersih gak.
Nama gerai yang kami singgah 'Lomang Apak' tapi tak der pulak deme bakor lemang. Bukan arinya kot atau belum dimasak.




Seberang jalan ada tanah wakaf. Dari jauh nampak bersih dan berjaga. Ni pertama kali teman nampak tanah wakaf orang Islam yang dijaga rapi. Ahhh...mungkin sebab tepi jalan raya, mudah bagi waris nak ziarah dan bersihkan. Lazimnya tanah wakaf ni nuuun...jauh dalam semak belukar, Uncle Seeker pun takut nak gi masuk!



Deme ada jual pisang goren. Teman beli RM2...banyak gak. Ada lagi belen dalam peti ais teman. Petang nanti nak heat up, buleh buat minum petang dengan teh panas!



Sorang Yob tengah perbetoikan kayu utan. Buat pe ni? Haa...ropanya di Nogori 9 ni femes dengan daging smoked - daging lembu salai, daging puyuh salai, daging itik salai dan ikan keli salai!



Ni Yob yang menyalai dan memperasapkan daging pelbagai tu. Teman banyak tanya itu ini, sabor jer dia layan Yong ni. Teman tanya kayu apa dia guna. Kalau resepi barat, deme guna kayu tertentu untuk salai atau grill, nak bagi bau kayu yang harum pada daging.

Ropanya ada gak kayu yang beracun, kata Yob baju meroh ni. Kome jangan pepanda guna sebarang kayu nak buat Barbeque kambens ke misalnya...



Bahagian ayam yg sedang kena perasap dik kayu utan tu. Kena asap bara jer, tak der api yang meliang-liuk!



Teman biasa nengok itik panggang kat restoren Cina.
Nilah pertama kali teman nengok itik salai yang terkangkang dijual oleh orang Melayu. Buruk bebenor ropanya...idok ler teman berselera nak melinyer!
Cun kan...err... itik tu?



Segerombolan ikan keli yang dah kering kena asap. Ni mungkin kena fogging sejak dari semalam!



Beberapa ekor burung puyuh sedang santai kena fogging. Teman lupa nak tanya bape lama diletak atas grill tu sebelum digantung kena smoking pulak. Tapi yang teman dapat nengok, yang digantung semuanya kaler dah malap dan kelam.



Ada beberapa keping daging lembu batang pinang yang masih agak merah tergantung. Ni jer yang berjaya menggoda teman. Teman idok nak beli yg dah kelam dan malap kena asap. Teman bukan perokok!

"Bape ni?", teman tanya.
"RM35 sekilo," kata Yob baju meroh.
Teman pilih 2 keping. Deme timbang 270 gram. Kena RM10. Ada extra pulak tu. Hah...nanti buleh makan daging salai Kole Pilah!



Citer kat Istanbul pulak. Satu ari teman gi Eminonu nak shopping. Sebab jatuh pada ari Jumaat, dapat teman usya Yob-yob Turki berebut nak solat jumaat...atas sokak. Bukan takder surau atau masjid, tapi kalau yang dekat surau ni, cepat penuh sebab surau kecik.
Banyak surau dan masjid di keliling Grand Bazar ni, tapi selalu penuh.



Sementara nunggu orang jantan solat, yang tine dok tunggu diluor surau. Nanti abis deme berjemaah, kami yang tine akan masuk pulak.



Kebanyakan yang solat atas sokak ni pekerja dan pembeli yang keja berdekatan kedai/gerai di sekitarnya.



Berebut deme menyusun sejadah dan mulakan solat sunat. Ada gak pelancong asing yang amik gambor deme ni. Heran deme nengok orang Islam solat atas jalan!



Masa ni tengah dengor khutbah. Ropa-ropanya ada 2 buah surau dekat sini. Ada 2 kumpulan jemaah kat atas jalan ni. 1 ikut khutbah surau yang dekat luor, satu kumpulan ikut khutbah yang surau kat dalam sikit.



Memola nampak semua solat sama serentak.



Sekali tu kami nampak, Yob yg kot labuh ni tak ikut imam yang surau di dalam sebaliknya dia ikut imam yang surau belah luor. Jadilah cam orang solat berimamkan dua imam!



Ni lah pemandangan yang lumrah kita tengok di luar Grand Bazar, Istanbul, tiap ari jumaat. Sekular ke tak sekular Turki ni, syiar Islam tetap bersemarak...kome jangan riso!
Abih, kome ingat Malaysia ni negara Islam ke?
Think again...



Meh makan tengah hari berlaukkan ikan hamsi yang hanya buleh ditangkap sewaktu musim dingin. Yang bergulung warna ijo gelap tu, itulah dolma...resepinya cam dalam entry teman semalam. Meh kome makan...

P.S Err...esok teman nyongket balik kampong 3-4 ari ye. Entry rehat ler sepanjang teman di kampong nanti. Sian flat teman, selalu kena tingga!

P.S Yong Dangarumbia tolong contact email teman dan tinggalkan nama penuh dan alamat romah, nak antor hadiah teka-tikam nih!

38 comments:

  1. Haaa! Dapat idea!

    Jom kita jual ikan keli salai kat istanbul lepas solat jumaat....!?

    ReplyDelete
  2. Terbayang2 pulak suasana waktu solat Jumaat di Masjid India...

    ReplyDelete
  3. Salam Yob Gedek, hua..har..har..kalau miker dpt jual sekor, akak tabik spring! Orang Turki teramat payah makan benda2 asing, skema diorang nih!

    ReplyDelete
  4. Salam KakCik, masjid India kat ner? Yg ada bazar tu? Hmm kat situ pun ramai jemaah solat atas jalan kan?

    ReplyDelete
  5. akak,,,, nak betul kan perkataan akak tu,,, bukan nya Kole Pilah! tetapi KOLOPELAH ini lah perkataan yg betul ,,,,, lain kali rujuk lah dgn den ni hah..

    ReplyDelete
  6. salam Yob PO, he he...akak diampunkan sbb akak foreigner di nogori itu!

    ReplyDelete
  7. salam akak..ape kabar?teruja tgk makanan tu akak..hehhe

    ReplyDelete
  8. kak halima yg dihormati..
    teruja plk saya tengok makanan kat restoran tu..sayangnya terlalu jauh nak pegi..
    sembahyang kat turki tu ramai jgk jemaahnya ye.. kat mesia ni surau byk yg kosong..agaknya sebab dah byk sangat dibina surau atau makin ramai yg tak sembahyang kot..

    ReplyDelete
  9. Salam Yong Ceria, Alhamdulillah sihat, semoga Cik Ceria pun ceria selalu. Kalau yg baru panggang memang nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
  10. Salam Yob Mad, dah semakin sihat ke Yob? Semoga begitulah hendaknya. Lain kali bawok anak isteri jenajalan di Kolopelah (kata Yob PO), banyak daging slai kat situ! Haa..kat Mesia memang banyak surau tp yg rajin berjemaah ada beberapa kerat jer.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Mana komen teman tadi? Tak mandang ropenye. Dah tak ingat ape mende yang teman tulih...yokanyelah

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Halima

    Waa nyongket dan makan2, ni yang best ni.Depa ni nampak cam senang je nak sembahyang, mana2 pun boleh bentang je sejadah kan, suka tengok ..

    ReplyDelete
  13. salam kak,
    "kole pilah" tu versi perak..ok la sbb kak helima kan org perak...negara islam ke kita? tah la kilang arakpun byk..pusat judi pun byk..mcm mana nak kata negara islamnya..selamat blk ke kg kak..

    ReplyDelete
  14. Salam Cikgu Humairi, komen cikgu dah 2 kali hilang...ngape yek? Tak per ler, asalkan cikgu ada singgah, tima kasih!

    ReplyDelete
  15. Salam Yong UmmiRoss, bila dah jalan2 kenalah makan2 kan? Yalah solat buleh kat mana2 kan, asalkan tak najis. Hendak seribu daya kan Yong!

    ReplyDelete
  16. Salam Asma, ada org kita sibuk kata negara org sekular walhal negara kita pun sama. PERANGAI org atas cam lahanat!Semoga kita berubah menjadi lebih baik, InsyaAllah. Tim kasih, nak jumpa mak lagi kat kg tu.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum yong halima...tiap kali jengah sini mesti rasa lapar he he he...

    bersihnya kat sana...

    ReplyDelete
  18. betul la kata apple hijau.... bersihnya....

    ReplyDelete
  19. WalaikumSalam Yong Yesil Elma, saja nak goda pengunjung akak supaya lapar selalu dan rajin memasak. Ha'ah agak bersih bandar deme.

    ReplyDelete
  20. Salam Ali, boleh dikatakan negara deme tu bersih...Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  21. oohh.. gitu cara nak buat dolma.. menggoda betol..

    rasa nak cari itik salai, daging salai tang ni jugoks.. tak pernah rasa...

    ReplyDelete
  22. Best lah tengok gambar Istanbul...kak Yong

    ReplyDelete
  23. Salam Yong...suka tgk derang sembahyang kat tepi jalan. Bersihnyer kat sana. Terpegun.

    ReplyDelete
  24. salam yong,

    teman belum teringin nk melahap itik ..hehe
    kangkang ke idak ke..blum ade selera... :p

    ReplyDelete
  25. teman kalo lapo teman datang blog yong ni. banyak citer pasal makan2 haha

    ReplyDelete
  26. Salam Yong,

    Ni Tie dari Dangarumbia. Email Tie, kaytieze@gmail.com... nanti Tie email kat Yong, ya..

    ReplyDelete
  27. laluan biasa kalau saya nak balik ke pahang... sejak 12 tahun yang lalu

    ReplyDelete
  28. waaa....best nya...
    gi jalan2 cari makan....

    ReplyDelete
  29. mmg tak selera tgk itik salai tu..tapi klu yg nonya jual nampak sedap je...teringin sgt nak membelinya

    ReplyDelete
  30. Salam Yong Mulan, ah'ah...senang jer nak buat dolma tu. Kalau kepingin nak try daging/itik salai tu, ikut laluan jalan biasa (bukan hi-way) dan lalu ke Kuala Pilah, jumpalah gerai Lomang Apak nih! Happy hunting Yong!

    ReplyDelete
  31. Salam Yong Zmah, nanti berbiking ke Istanbul ya...

    ReplyDelete
  32. Salam Yong Nurul, memang agak bersih bandar deme. Deme mmg buleh solat kat luor, sejuk...kalau kat Malaysia mau berpeluh2!

    ReplyDelete
  33. Salam Yong Ummi Hanie, he he...tapi akak penah rasa itik panggang, sedap gak. Tapi yg kangkang ni kurang rasa tergoda...he he!

    ReplyDelete
  34. Salam Ustaz, he he...pas dah tengok blog akak, terus ke dapur ke atau terus ke kedai mamak?

    ReplyDelete
  35. Salam Yong Tie, ok noted, tima kasih!

    ReplyDelete
  36. Salam Yob Edz, haa ni Yob yg biasa lalu sini, ada penah try ke daging itik tu? Sedap tak Yob?

    ReplyDelete
  37. Salam Yong datuk Eita, Lain kali meh ikut akak jalan2.

    ReplyDelete
  38. Salam Yong Munna, ha'ah yg itik kangkang tu nampak malap dan kelam tp mungkin sedap, tp yg org Cina jual tu nampak cantik sbb dah diboh pewarna merah dan dilumur minyak (babi?!

    ReplyDelete