Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, April 10, 2011

Parti Erdogan Tak Akan Calonkan Wanita Bertudung...Meh Buat Butter

Seorang wanita dan rakan menunjukkan flyer mengenai tuntutan mereka kepada parti-parti politik yg akan bertanding dalam PRU Turki bulan Jun ini


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Setelah perbincangan panjang, menurut satu sumber, parti pemerintah AKP yang diterajui YAB Tayyib Erdogan mengambil keputusan tidak akan mencalonkan 20 orang pemohon wanita bertudung bertanding dalam PRU Turki bulan Jun ini. Sebaliknya parti AK akan membincangkan masalah tudung sebagai salah satu isu yang akan diperbincangkan dalam usaha meminda perlembagaan negara yang akan ditekankan selepas PRU pada 12 Jun.

Para pemimpin tertinggi parti AK berpendapat, isu calon wanita ini jika diteruskan akan menjejas situasi di universiti, di mana para mahasiswa wanita yang bertudung kini tak der masalah masuk belajor. Dulu-dulu sebelum Parti AK memerintah, pelajar bertudung tak boleh belajor di universiti gomen.

Para pegawai Parti AK tidak memberi komen ke atas laporan ini. Namun beberapa parti konservatif seperti SP, BDP dan HSP berkemungkinan akan mencalonkan wanita-wanita bertudung untuk bertanding kerusi parlimen.

Sementara itu, satu platform yang melaung, "Tiada Calon Wanita Bertudung - Tiada Undi!" telah mengadakan protes di depan parlimen Turki pada hari Jumaat, dan menggesa parti-parti yang bertanding mencalonkan wanita bertudung bertanding dalam PRU ini.

Parti AK mengambil jalan berhati-hati dalam isu melantik wanita bertudung sebagai calon pilihanraya kerana mungkin tidak mau dilihat sebagai cuba memasukkkan polisi Islamik dalam urusan pentadbiran. Parti ni pernah dibawa ke mahkamah agar ditutup pada awal tahun ia memerintah kerana dikatakan cuba menggugat sekularisme di Turki. Dalam perbicaraan tu, parti AKP selamat dari ditutup oleh para hakim yang bersidang tapi peruntukan untuk gomen Erdogan dipotong!

Cisss...di Turki rakyat bebas mendakwa dan mengheret gomen ke mahkamah dan disuruh tutup! If only we could do that here...sigh!

Berita dan gambor dari Today's Zaman



Ada kawan blogger tanya, cam ner teman dapat bawok balik sekilo butter dari susu si Kara Kiz (lembu Kak Emine). Haa...ari ni moh mengkome belajor cara-cara nak dapatkan butter asli! Memola, beli sebijik mesin churning butter. Tu yang besor dekat dindin tuh!



Kalau nak churn butter dalam mende ni, elok susunya banyok - korang-korang 5 litre. Ni Kak Emine boh 10 litre kot, perahan susu dari tetek Kara Kiz sepagi dan sepetang. Laju dia musing mesin ni, tengok cam twister susu tu pusing. Atau seropa ayor pusing!

Dulu sebelum beli mesin ni, deme main goncang susu dalam botoi besor, tapi penat ler. Kena goncang dekat 30 minit baru dapat lemak dia.



Mesin ni berpusing 30-40 minit. Lelama lemak dia timbui...tu yang kunin-kunin kat atas.



Pas 45 minit gitu, tutup suis. Amik bekas dan senduk; kome kaut ler lemak yang timbui tu. Kalau kome nak masin sikit, boh garam masa dia berpusin tadi, kalau tak nak masin jangan boh apa-apa...lemak jer rasa nanti!



Kaut-kaut lemak yang timbui tu sampai clear . Kendian ayor yang terkaut, tuang masuk balik dalam mesin tu. Jangan buang. Buleh minum ayor susu tu cam ayran atau lassi. Berkhasiat ayor ni...masam ler sikit kalau susu semalam. Alaa...tempoyak lagikan kome melantok!



Kak Emine kutip selagi ada.



Nilah ropa butter kampong - tanpa bahan pengawet dan pewarna. Piyor kome! Dapat lebih korang 2 1/2 kg ni. Cantik kan werne dia...gebu jer cam aiskrim!



Yang ni Kak Emine churn ari lain...dapat sekilo. Dia tanya teman nak ke bawok balik Malaysia?
"Nak, nak...!" teman kabor. Sapa tak nak, butter baru dan bersih dan yang penting FREE! Buleh teman guna makan dengan roti atau buat karipap atau pie nanti! Yang dalam bundut kat paip tu keju sedang dimampatkan.



Masa sarapan, of coz, teman guna butter baru atas roti bakor teman!



Selain roti bakor, kami goren kentang kampong. Teman suka bebenor kahvalti yang ada menu roti bakor dan kentang goren ni.



Semalam, he..he..., ada dating dengan sorang blogger cute dari KL. Kami gi makan-makan kat SACC dan sembang-sembang. Ehhh...dia bawok cenderakalbu untuk teman ler! Hmmm cantiiiikkknya....terima kasih Adik Comey! Lemuih jer kain pashmina nih. Bila nak pakai ni? Nanti arr...balik Istanbul musim dingin tahun depan, InsyaAllah.




Btw, ni butter Kara Kiz yang teman hangkut naik kapalterobang ke Shah Alam. 2 ari lepas teman buat karipap dengan butter ni. Dapat ler 25 biji, simpan dalam peti ais untuk makan bila nak. Bila blogger Comey tu datang, rezki dia dapat makan karipap daging teman tuh!



Teman pelawa dia ke flat kecik teman. Kami main-main batu seremban dan skipping. Untuk minum teh, teman jamu dia karipap daging; keju mozarella (cam tali pisang tu) dari Turki; biskut hazelnut, hazelnut mertua dan walnut Kak Emine; dan coklat.

Bergurau dan bermain kami sampai petang. Pas magrib blogger Comey balik KL. Jalan bebaik tau. Jangan layan jantan lahanat merata tu. Terima kasih sudi bergurau-senda dengan Cikgu ya. Nanti datang lagi!


31 comments:

  1. Salam Helli,
    Nak kena suruh Mak Long hang buat sendiri jugak la butter nih nampak gayanya...

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Long, kalau ada susu lembu fresh dan ada tangan yg kuat nak goncang botoi kaca, apa salahnye! Goncang, goncang jer jgn berhenti sampai nampak lemak timbui tu nanti! 20 minit gitu. Selamat mencuba!

    ReplyDelete
  3. wah..
    mentega fresh gitu..
    best nye..

    kak..........
    buahtangan dari turki dah sampai...
    wiwitt..
    tima kasih..

    ReplyDelete
  4. sipakah blogger comey itu..he3
    sedap nya kentang..i loikee

    ReplyDelete
  5. Salam kiut, hmm memang lezet! Dah sampai? Haa sonoklah tu yek?

    ReplyDelete
  6. Salam Yong Tihara, blogger comey tu blogger cun! Dia pemalu...tak buleh kabor. Ni kentang fresh, bukan yg frozen, mmg lezet!

    ReplyDelete
  7. Kak Halima - kalu goncang susu tue dgn tangan bkn stkt 30 mnt, 10 mnt pun lemak kat tgn boleh ilang! hahahha

    ReplyDelete
  8. salam kak yong, untungnya dapat peluang sediakan mentega asli.

    ReplyDelete
  9. Salam kak Halima
    Waa seronok nampaknya sesi pertemuan dgn blogger comey tu kak, harap satu hari dapat jugak main batu seremban dgn akak hehe...

    ReplyDelete
  10. wuiihh.... gitu ropanya nak buat butter.. macam senang je yek... tapi nak kasi dia pusing tu yg tak tahan kot..

    best kan dapat semua yg fresh2...

    ReplyDelete
  11. Salam Ali, kalau dudlu guna botoi menggoncang 1 litre je kot atau mungkin deme ada peralatan memukul tradisional yg akak tak tau. mesti deme ada alat yg akak tak tanya. memang buleh tercabut tngan kalu goncang 5 litre!

    ReplyDelete
  12. Salam Miz Nina, untungnya kalau kita dpt jumpa!

    ReplyDelete
  13. Salam Yong UmmiRoss, kalau kita jumpa kita main pondok-pondok.. he...he!

    ReplyDelete
  14. Salam Yong Mulan, ya senang je. Kalau sikit, satu litre ke, goncang jer dalam botoi agak 10-15 minit buleh kot. Tapi guna susu fresh ler, kalau susu kotak akak tak tau buleh ke tak.

    ReplyDelete
  15. salam
    turki negara sekular apa nak heran..
    yg sedap tang makan makan ni lagi layan

    ReplyDelete
  16. Salam Yob Brutal, betoi Yob, tapi kita doakan nanti ada perubahan positif...minta yg baik2 kan. Suka makan2 ya? Samalah kita!

    ReplyDelete
  17. Mak ai!

    TV gantong kat atas macam kedai mamak!

    Kentang dorang sama tak dengan kentang kita...?

    ReplyDelete
  18. Salam Yob Gedek, dulu tv kat meja, tp cucu2 Mr T ni ganas, hampir tak pelingkup tv tu, jadi nenek deme ubah ke atas! Kita mana ada tanam kentang Yob. Tp kentang yg teman makan, cam sesuai buat mash potato!

    ReplyDelete
  19. salam,OOoo senang je nak buat,ingakkan susah.
    Banyakan lagi buat N3 tentang cara2 masakan turki.

    ReplyDelete
  20. Salam Yob Joyiman, yaaaa gitu jer nak buat, senang je...tak yah boh apa2. Kalau nak pakai sendiri, Yob cari botoi kaca yg mulut dia besor (senang nak masuk tangan), boh 2 litre susu fresh (susu kotak dari supermarket saya tak pasti, mungkin dh takder lemak), pastu Yob alun-alun kiri-kanan secara konsisten dalam 10-15 minit, nanti timbul lemak. Lagi lama, lagi padu lemak tu.

    ReplyDelete
  21. ooo gitu cara buat butter ye kak Lima?amik lelemak dia je ye?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Kak Halima...
    ghase sghonok pulak dok turki ni ye....
    semue bende kite ndak ade kat sekeliling kite.....ghajin dengan tak ghajin nak buat jee....

    ReplyDelete
  23. Salam Yong Ina, yee gitu, yg timbui tu ler lemak lembu tu, cam margarin, buleh buat tumis! yang lebih tu ayor susu, buleh buat minum!

    ReplyDelete
  24. Salam Yob Shahril, kalau dok kampong deme, hampir semua hasil makanan deme usaha sendiri. Kita kat sini patutnya tak payah beli banyak sayuran sbb musim panas sepanjang tahun, tp kita tak manfaatkan cuaca dan tanah, ayik beliiiii jer!

    ReplyDelete
  25. terliur teman nengok makanan2 tu, ngah lapo ni yong

    ReplyDelete
  26. Yong Halima,
    seronok yong dapat tengok sendiri orang buat mentega. Yati dulu pernah tengok kat tv je. Dia perah susu lembu fresh, pastu dia pusing macam gambor kat atas tu juga. Nanti boleh jadi cheese juga kan yong.
    Yong terer main batu seremban ya? ^_^

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Salam Ustaz, lain kali makan kenyang2 dulu sebelum ziarah blog akak ni. Tu pi lap ayor liur tu dulu...

    ReplyDelete
  29. Salam Yong Yati, macam National Geographic ler blog akak ni yek? Tang cheese tu, kena masak dulu susu ni, kena tapis, kena boh garam sikit, kena mampat. Proses buat cheese cer cari n3 dlm bulan Februari Yong. Main seremban buleh sikit2 tp skipping yg laju!

    ReplyDelete
  30. Salam kak...oooo macam tu ka, kalu dalam botol lak macamana...sebab pakcik ada bela lembu susu, leh try buat butter tu...hehehehe

    ReplyDelete
  31. Salam Fadzli, yee cam tu ...senang tak der boh apa-apa. Kalau setakat 1-3 liter, awak guna botol kaca yang mulut besar sebab nanti nak masukkan senduk. Eloknya 1-2 liter, awak ayun-ayun secara konsisten 15-20 minit, nanti timbul lemak tu. Kaut dan simpan dalam peti ais.

    ReplyDelete