Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label karipap daging. Show all posts
Showing posts with label karipap daging. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Parti Erdogan Tak Akan Calonkan Wanita Bertudung...Meh Buat Butter

Seorang wanita dan rakan menunjukkan flyer mengenai tuntutan mereka kepada parti-parti politik yg akan bertanding dalam PRU Turki bulan Jun ini


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Setelah perbincangan panjang, menurut satu sumber, parti pemerintah AKP yang diterajui YAB Tayyib Erdogan mengambil keputusan tidak akan mencalonkan 20 orang pemohon wanita bertudung bertanding dalam PRU Turki bulan Jun ini. Sebaliknya parti AK akan membincangkan masalah tudung sebagai salah satu isu yang akan diperbincangkan dalam usaha meminda perlembagaan negara yang akan ditekankan selepas PRU pada 12 Jun.

Para pemimpin tertinggi parti AK berpendapat, isu calon wanita ini jika diteruskan akan menjejas situasi di universiti, di mana para mahasiswa wanita yang bertudung kini tak der masalah masuk belajor. Dulu-dulu sebelum Parti AK memerintah, pelajar bertudung tak boleh belajor di universiti gomen.

Para pegawai Parti AK tidak memberi komen ke atas laporan ini. Namun beberapa parti konservatif seperti SP, BDP dan HSP berkemungkinan akan mencalonkan wanita-wanita bertudung untuk bertanding kerusi parlimen.

Sementara itu, satu platform yang melaung, "Tiada Calon Wanita Bertudung - Tiada Undi!" telah mengadakan protes di depan parlimen Turki pada hari Jumaat, dan menggesa parti-parti yang bertanding mencalonkan wanita bertudung bertanding dalam PRU ini.

Parti AK mengambil jalan berhati-hati dalam isu melantik wanita bertudung sebagai calon pilihanraya kerana mungkin tidak mau dilihat sebagai cuba memasukkkan polisi Islamik dalam urusan pentadbiran. Parti ni pernah dibawa ke mahkamah agar ditutup pada awal tahun ia memerintah kerana dikatakan cuba menggugat sekularisme di Turki. Dalam perbicaraan tu, parti AKP selamat dari ditutup oleh para hakim yang bersidang tapi peruntukan untuk gomen Erdogan dipotong!

Cisss...di Turki rakyat bebas mendakwa dan mengheret gomen ke mahkamah dan disuruh tutup! If only we could do that here...sigh!

Berita dan gambor dari Today's Zaman



Ada kawan blogger tanya, cam ner teman dapat bawok balik sekilo butter dari susu si Kara Kiz (lembu Kak Emine). Haa...ari ni moh mengkome belajor cara-cara nak dapatkan butter asli! Memola, beli sebijik mesin churning butter. Tu yang besor dekat dindin tuh!



Kalau nak churn butter dalam mende ni, elok susunya banyok - korang-korang 5 litre. Ni Kak Emine boh 10 litre kot, perahan susu dari tetek Kara Kiz sepagi dan sepetang. Laju dia musing mesin ni, tengok cam twister susu tu pusing. Atau seropa ayor pusing!

Dulu sebelum beli mesin ni, deme main goncang susu dalam botoi besor, tapi penat ler. Kena goncang dekat 30 minit baru dapat lemak dia.



Mesin ni berpusing 30-40 minit. Lelama lemak dia timbui...tu yang kunin-kunin kat atas.



Pas 45 minit gitu, tutup suis. Amik bekas dan senduk; kome kaut ler lemak yang timbui tu. Kalau kome nak masin sikit, boh garam masa dia berpusin tadi, kalau tak nak masin jangan boh apa-apa...lemak jer rasa nanti!



Kaut-kaut lemak yang timbui tu sampai clear . Kendian ayor yang terkaut, tuang masuk balik dalam mesin tu. Jangan buang. Buleh minum ayor susu tu cam ayran atau lassi. Berkhasiat ayor ni...masam ler sikit kalau susu semalam. Alaa...tempoyak lagikan kome melantok!



Kak Emine kutip selagi ada.



Nilah ropa butter kampong - tanpa bahan pengawet dan pewarna. Piyor kome! Dapat lebih korang 2 1/2 kg ni. Cantik kan werne dia...gebu jer cam aiskrim!



Yang ni Kak Emine churn ari lain...dapat sekilo. Dia tanya teman nak ke bawok balik Malaysia?
"Nak, nak...!" teman kabor. Sapa tak nak, butter baru dan bersih dan yang penting FREE! Buleh teman guna makan dengan roti atau buat karipap atau pie nanti! Yang dalam bundut kat paip tu keju sedang dimampatkan.



Masa sarapan, of coz, teman guna butter baru atas roti bakor teman!



Selain roti bakor, kami goren kentang kampong. Teman suka bebenor kahvalti yang ada menu roti bakor dan kentang goren ni.



Semalam, he..he..., ada dating dengan sorang blogger cute dari KL. Kami gi makan-makan kat SACC dan sembang-sembang. Ehhh...dia bawok cenderakalbu untuk teman ler! Hmmm cantiiiikkknya....terima kasih Adik Comey! Lemuih jer kain pashmina nih. Bila nak pakai ni? Nanti arr...balik Istanbul musim dingin tahun depan, InsyaAllah.




Btw, ni butter Kara Kiz yang teman hangkut naik kapalterobang ke Shah Alam. 2 ari lepas teman buat karipap dengan butter ni. Dapat ler 25 biji, simpan dalam peti ais untuk makan bila nak. Bila blogger Comey tu datang, rezki dia dapat makan karipap daging teman tuh!



Teman pelawa dia ke flat kecik teman. Kami main-main batu seremban dan skipping. Untuk minum teh, teman jamu dia karipap daging; keju mozarella (cam tali pisang tu) dari Turki; biskut hazelnut, hazelnut mertua dan walnut Kak Emine; dan coklat.

Bergurau dan bermain kami sampai petang. Pas magrib blogger Comey balik KL. Jalan bebaik tau. Jangan layan jantan lahanat merata tu. Terima kasih sudi bergurau-senda dengan Cikgu ya. Nanti datang lagi!