Moh Kite Follow Sesame...

Friday, April 8, 2011

Dosa Lampau Hantui Para Jeneral Turki, Mana Mau Lari!

Para Jeneral lahanat yang rampas kuasa dalam tahun 1980 bagi tabik kat kubur Pokcik Kemal lahanat.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Setelah lebih 30 tahun terperap, kini Pejabat Pendakwaraya di Ankara telah melantik sorang pendakwa, Murat Demir, untuk meneliti lebih 1,000 aduan dakwaan ke atas dalang-dalang yang telah merampas kuasa pada September 12, 1980.

Satu referendum memungkinkan kes ini dibuka tahun lepas, dan kebanyakan aduan dakwaan dibuat ke atas bekas Jeneral Kenan Evren, yg juga bekas Presiden dan Chief of General Staff dan konco-konco dia yg menjatuhkan gomen pilihan rakyat masa tu.

"Walaupun memakan masa, tapi penyiasatan dah bermula," kata seorang bekas pendakwa yg dipecat kerana cuba membuka kes ni. Dalam referendum tahun lepas, rakyat Turki berjaya meminda peruntukan perlembagaan yg menghalang lahanat-lahanat ini didakwa kerana dilindungi imuniti bawah artikel 15.

Dalam rampasan kuasa tentera September 12 1980 itu, ramai rakyat yg teraninaya! Lebih 650,000 orang telah ditahan dan lebih sejuta fail telah dibuka untuk mendakwa deme ni. Lebih 230,000 orang telah naik mahkamah, kebanyakannya bermotif politik; 517 telah dijatuhi hukuman mati; yang mana 50 orang dari deme ni telah menjalani hukuman tu.

Keadaan penjara yang tak memuaskan dan seksaan oleh pegawai penjara, 299 orang lagi mati. 14 orang mati kerana mogok lapor; 16 ditembak mati bila cuba melarikan diri dan 43 mati membunuh diri! Ni semua insiden-insiden ekoran kekejaman regim tentera pada masa tu.

Hah...apa lagi, cari dan dakwa para Jeneral ni yang telah menghuru-harakan negara, tangkap dan seksa orang yang tak berdosa. Lepas 30 tahun deme ingat buleh escape? Tapi bekas Presiden Kenan tu yang sekarang masih hidup ada kata, kalau dia ditangkap dan didakwa, dia akan bunuh diri. Ni cakap orang sekular lahanat yang tak hengat Tuhan. Mungkin dia ni kapior!

Antara yg merengkok dalam penjara termasuk Mr T. Masa tu dia belajor lagi kat universiti. Tapi Alhamdulillah pihak pendakwa gagal mensabitkan dia. Hakim kata, "Buang kes!" Kalau idak, dia jadi sebahagian dari statistik jer!

Di Malaysia nanti, kalau diizinkanNya, kita bukak fail. Banyak fail-fail yang akan dibukak untuk kes-kes misteri - pompuan asing hilang kena letup; duit billion-billion RM lesap di awangan; kes bunuh dalam lokap; kes orang jatuh tingkap...isy, isy, isyyy...misterinya!

Gambor dan berita dari Today's Zaman




Meh kita belajor buat roti berinti di Kg Deredebi. Memula bancoh tepung cam nak buat roti tu. Tapi jangan tanya teman, teman tak tau bancuhan dia!



Pastu, kome giling ler dengan rolling pin ni. Buat nipis-nipis cam si Nevin buat ni.




Kome suka inti apa? Apa-apa inti pun buleh. Ni Nevin boh inti daging cincang. Kome kena ler tumis daging tu dulu, ikut suka nak boh apa - kari ke, rempah ke, ganja ke...





Rata-ratakan inti ni supaya berselerak. Kalau kome nak boh sikit ke, banyak ke, ikut suka kome ler.




Kendian gulung cam kome gulung popiah gitu....




Elok gulung tu, kome letak dalam baking pan. Sebelum tu kome boh minyak dalam pan tu dulu, kang lekat pulak roti tu!




Buatlah proses mencanai dan menggulung ni sampai kome dapat penuhkan baking pan ni.




Bila inti daging abis, Nevin boh inti kentang pulak. Memang dia nak guna 2-3 jenis inti. Kentang rebuslah dulu dan pepandai ler mengkome nak boh perasa apa pun!




Selain inti kentang dan daging, Nevin boh inti keju kampong. Dia dapat buat 2 baking pan, satu besor dan satu kecik.




Pastu, dia tuang minyak atas roti tu. Jangan sampai banjir pulak, just enough bagi berkilat jer.




Kendian dia amik telur 2 biji, dipukul-pukul dan diboh sikit yoghurt. Kaco-kaco bagi mesra sikit.




Dia sapu camporan telur dan yoghurt tadi atas roti tadi. Cam bagi paka mekap ler, lawor sikit! Pastu dibakor dalam soba (dapor kayu), yang tak der temperature control, pepanda dia nak boh sikit atau banyak kayu api ni. Pas 10-15 minit dia check dan pusing pan tu supaya masak rata.




Dalam 35-40 minit masak dah. Dia hidang yang dalam pan kecik. Bawak terus tak tunggu sejuk kome!




Pan
yang kecik ni sebesor dulang cawan tau. Tu dia potong untuk teman! Teman kata nak yang ada inti daging!




Kami makan empat orang - teman, mertua, Nevin dan sorang jiran. Sampai licin kami makan, tinggal seredak jer. Yang teman makan ni ada inti daging dan kentang. Rasa dia memang lezet - atas dia rangup sebab disapu telur dan yoghurt! Meh kome makan sama...

26 comments:

  1. dh lama kes depa tu, br nk siasat balik..
    payoh jg tu ye nk selesaikn..

    oh akak..
    suka sngguh mnggoda TK ngn masak2 mkn2 ni..
    terliur yang amat ni..

    ReplyDelete
  2. Nasib baik betul Mr T kan kak, alhamdulillah.
    Sedapnya roti tu makan panas2 kan kak..

    ReplyDelete
  3. macam sedap ajer roti tu. Tanyalah Nevin camana bancuhan roti tu. heheheh

    ReplyDelete
  4. Salam Kiut,dulu diorang tak leh dakwa sbb ada kekebalan dalam perlembagaan, skrng tak kebal, buleh heret sesapa yg suspek ke mahkamah. Maaf yer sbb akak goda U all dgn resepi Nevin ni!

    ReplyDelete
  5. Salam UmmiRoss, umur dia dipanjangkan sbb dia belum jumpa akak lagi kat Msia! Lampau sedap Yong, sampai tak sedor kami abiskan sekali ngadap!

    ReplyDelete
  6. Salam Yong Harleena, bancuhan tepung tu cam buat roti biasa kot, yang inti tu kita buleh mereka-reka kot. Pe kabor Yong?

    ReplyDelete
  7. Tak munkin berlaku 'bukak file lama' kat malaya...

    Malaya kan boleh...?

    Haha!

    ReplyDelete
  8. Salam Yob Gedek, InsyaAllah buleh...kalau gomen bertukar tampuk....hua hua ha!

    ReplyDelete
  9. Panjang umo Mr T sebab nak dijodohkan ngan Helime Baba Anne dulu.. baru leh makan roti Deridebi yang sedap tu... bentuk roti bila dah masak dan dipotong mcm pizza pun ada... teman pun suka makan roti, memang bleh licin satu pan tu kalo makan.. tanya la Nevin resepi bancuhan tepung roti tu mcmana bagi sedap begitu rupe...

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kuih tu,terasa nak makan lah

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu Nuzhah, tulah dinamakan jodoh, memang pjng umoq dia, Alhamdulillah. Rangup tau kulit luor dia. Kalau akak buat, akak boh banyak2 inti dia. Bancuhan dia rasanya tepung, ayor dan yeast jer Cikgu!

    ReplyDelete
  12. Salam Yong Zmah, roti ni Yong...roti gulung berinti. Sedap tak sedap, kami berempat makan satu pan kecik tu sekali hadap. Makan panas2 dgn diluor cuaca sejuk!

    ReplyDelete
  13. paling ku nak tahu..pasal pempuan kena letup dengan tambi nandek yg ghaib tu...Tuhan saje yang tahu..

    sedap nye roti pan tu cam piza..makan panas2 mmg bestt :

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap dan nampak simple nak buat tp langsung x terpk idea cam gini heheh

    ReplyDelete
  15. Salam Yong Tihara, pompuan tu tengah berkeliaran cari mangsa...tambi tu tunggu masa nak balik Msia...he he! Memang sedap roti tu Yong, makan hampir tak hengat!

    ReplyDelete
  16. Salam Ali, bula cuba try nanti, boh inti yg best-best tau!

    ReplyDelete
  17. Salam Fuzjee, bukan macam sedap...dah memang sedap!

    ReplyDelete
  18. kak halima,

    kalu kat msia start bukak file, entah berapa puluh orang akan terjunterjatuh dari bangunan nanti...

    kalau akak rasa nak buat roti berinti tu kat sini, nnt cakap tau, saya nak rasa :)

    ReplyDelete
  19. Salam Yong Dyanna, he he...semua pejabat gomen skng kena buat ground floor jer dan mesti ada CCTV, terutama jabatan yg suka bergurau-senda dgn suspek! Ha ha...baru beli buku masak ...tak pandai buat roti, buat karipap pun baru pas!

    ReplyDelete
  20. salam yong...
    kamal ataturk ye yong ?
    dia mmg jahatt ... kat dunia lg allah dah aibkan dia,betoi dak ? rasekan akibatnye melawan Tuhan

    ReplyDelete
  21. Sedapnya roti tu....buleh bagi detail sikit tak resepinye mengkome...hehhehe

    ReplyDelete
  22. Salam UmmiHanie, Kamal ler deme para Jeneral suka bagi tabik! Adat kafirun! Tak tau ler dia ni kena lahanat ke tapi itu urusan Allah. Kita doakan kita selamat di dunia dan akhirat!

    ReplyDelete
  23. Salam Fadzli, akak tak tau bahan2 dough tu tapi lazimnya tepung gandum, ayor dan ragi jer. Pas uli, simpan jap 30 minit sebelum dicanai. Inti suka ati nak boh apa.

    ReplyDelete