Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, April 20, 2011

Moh Skodeng Rumah Mr T di Kampong Deredebi, Laut Hitam, Turki


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Moh susup-sasap dalam rumoh kampong Mr T. Selain apartment di Basaksehir, Istanbul, ni rumoh yang kat Kampong Deredebi dan sebuah lagi rumoh ladang atas bukit. Mr T based kat Istanbul sebab urusan koje.

Ni ropa Kampong Deredebi di musim dingin. Rumoh ni sunyi sikit masa musim dingin sebab hanya Kak Emine yg tinggal kecuali bila Tahsin dan kuarga balik ujung minggu. Kg Deredebi jadi meriah pada musim bunga dan lebih lagi masa musim panas bila musim hazelnut dipetik. Masa ni sekolah di Turki cuti 3 bulan untuk summer holiday dan ramai penduduk yg dok dibandar balik buat koje memetik hazelnut.



Ni ropa suasana di musim luruh atau dekat musim bunga.



Rumoh Mr T 2 tingkat. Ground floor dah diduduki kuarga Tahsin bila dia balik. Tingkat satu ada master bedroom, dapur dan salon dan toilet utk tetamu. Tingkat 2 ada 4 bilik tido dan semua ada attached bathroom dan toilet. Ground floor ada 1 bilik tidor dan bath dan salon dan toilet untuk tetamu. Untuk jaga privacy anak dan menantu dan tetamu, semua bilik tido dan kedua-dua salon ada toilet. Ya, ada 6 bilik ayor dan 8 toilet!
Ni tangga dari tingkat satu ke tingkat 2.
Kelihatan Freelance sedang santai.



Di balkon dekat salon, Kak Emine selalu simpan kekacang seperti walnut dan buah epal, hurma (buah pisang kaki?), tempat jemuran dll.
Teman tak perasan kami ada pokok hurma dan tak tau kat mana. Mungkin pokok dia kat kebun atau pokok liar. Gambor ni menunjukkan buah hurma, manis dan juicy. Dia masak bukan kat pokok. Sementara tu, hazelnut disimpan dalam stor.



Ni salon tingkat 1. Kalau ada tetamu lelaki yang bukan sedara-mara, deme dok sini. Tetamu pompuan akan dok berlonggok kat dapur. Tapi salon sejuk kalau tak dipasang api kat soba tu. Pintu yg belah kanan tu toilet utk tetamu. Tempat ni selalunya tak diguna kecuali oleh tetamu atau bila bebudak bermain.



Master bedroom.
Yang tengah tu soba pemanas dan kayu api kat meja tu. Kak Emine tak tido sini bila dia sorang, dia tido kat dapur yg memang selalu panas.



Mesti kome yg biasa baca blog teman kenal tempat ni. Bahagian rumoh yg popular iaitu dapur. Kat sini deme rajin lepak sebab panas. Teman pun tido sini masa musim dingin baru-baru ni sebab tak kosa pasang api kat bilik tido di tingkat atas.



Walaupun ni rumoh kampong, kemudahan moden siap semua. Kak Emine ada dapur masak tradisional dan dapur gas. Sini dia boh washing machine. Cuma dishwasher dia tak nak beli sebab jarang basuh pinggan mangkok banyak-banyak.



Kalau nak makan atau buat koje, deme bentang kain sofra sebab tak mau mengotorkan carpet.



Kak Emine tengah bancuh dough untuk buat roti.



Dia guna tepung, ayor dan ragi jer. Pas gaul, kena biorkan 30 minit.



Di kampong deme bakor roti daam dapor tradisional cam yang ni. Nak kawal suhu, pepanda ler deme boh kayu banyak ke sikit.



Ni dah masak sebiji roti yg sebesor dulang, berat 2 kg kot.



Kalau roti yg baru masak, segera kami makan sikit masa masih panas-panas tu. Sapu butter kampong atau colek dengan madu asli. Kulit luor rangup tapi dalam lembut.



Roti dimakan dengan hampir setiap menu, pagi petang. Yang bergulung tu dolma. Lain kali teman buat entry pasa dolma.



Salad Turki - tomato, timun/lobak dan salad daun marun. Salad marun ditanam sepanjang musim.



Kahvalti
di rumoh mertua. Roti, keju putih, kofte daging lembu dan kacang walnut. Kalau teman ada kat kampong, deme selalu goren kofte sebab deme tau teman suka makan daging. Meh kome...

27 comments:

  1. Wow! Besnya rumah ni!

    Rumah MrT ni kategori rumah besar atau sederhana kalau bandin dengan rumah lain kat kg ni...?

    Yg tersuson kat tingkap tu tomato ke? Mengapa kah?

    ReplyDelete
  2. besar dan sangat bersih umah mr.T..

    ReplyDelete
  3. sonok tengok views kat sana..
    ingatkan limau yg duk berceretek tu..
    cer maksu bawok buoh deghoyan..
    deme ske tak..tehehe :)

    ReplyDelete
  4. Salam Yob Gedek, kebanyakan rumoh kat kampong ni double story, rumoh kami triple, so buleh kata besor gak. Dan rumah dia ada paling banyak bath dan toilet, sbb Mr T nak bagi privasi pd anak dan menantu dan tetamu. Tulah buah hurma atau buah pisang kaki tapi akak rasa yg hurma ni lebih manis dan juicy dr yg akak penah makan yg terjual kat supermarket kita.

    ReplyDelete
  5. Salam Kiut, agak besor dan bersih memang amat bersih.

    ReplyDelete
  6. Salam Yong Tihara, cantik Kg Deredebi ni, hijau di musim bunga dan panas dan sejuk berkabus di musim dingin. Tu buah hurma kat balkon tu. Kalau teman bawok doyan mesti deme pengsan!

    ReplyDelete
  7. Salam kak halima..

    kemas dan cantik je rumah..seronok betul tgk gamba2 ni..thanks for sharing..

    ReplyDelete
  8. syoknya dapat sekodeng umah oghang Turki.. suka tgk dekorasi deme... banyaknya bilik kat umah Mr T, anak cucu cicit menantu balik xjadi masalah nak tido kat mana pun... ater teman suka kacang walnut tu, yg akak bagi dah abih teman kutip walnut dulu...hehe...

    ReplyDelete
  9. @Salam kak Halima

    Seronok rumah besar bila kumpul ramai2..kampung pun cantik,makanan pun fresh,kelengkapan cukup, best2...

    ReplyDelete
  10. Salam Cikgu Wan, tima kasih...deme mmg pengemas bangsanya!

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu Wan, ya deme bangsa yg pengemas. Sama2!

    ReplyDelete
  12. Salam Cikgu Nuzhah, kira rumoh kg Mr T deko dia ringkas dan praktikal. Mr T fikir elok anak2 dpt privacy jadi dia buat bilik sorang sebiji siap dgn attached bath dan toilet. Suka dgor abis makan kacang2 tu.

    ReplyDelete
  13. Salam UmmiRoss, Alhamdulillah semua cukup tp akak tak suka rumah besar. Susah nak kemas, nasib baik menantu yg kemas dan cuci! Kak Emine tak suruh akak buat keja melainkan akak buat sukarela!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Kak Halima.....
    Besonyyyeeee ghumah Mr T ni.....kalo kat Malaysia ni mau rege jatoh RM300k ke ateh niii...... perghhhh.....bilik ayo dengan toilet sikit punye banyak.....takde masalah nak beghebot toilet.......

    ReplyDelete
  15. Bestnya salji Kak Yong,nak main salji lah...(bilalah nak sampai ke Turki ni????)

    ReplyDelete
  16. memang dapor popular tu tempat feveret teman...!!!
    pengsan la teman kalo duduk umah bertingkat2 tu.. takut pon ada.. banyok nya kawasan..

    sofra tu macam seperah kat malaya ni kan..

    maakk aiii roti 2kg.. memang sedap makan masa panas2.. ganbor2 kat last2 tu memang menggiorkan..

    ReplyDelete
  17. sedapnyer roti tuu...terliur...nasik baik saya tak pregnant kak halimah...hehehe..

    ReplyDelete
  18. Salam Yong Zmah, salji kat Kg Deredebi kejap jer, tahan 10 ari gitu. Satu ari InsyaAllah samapi ler cikgu.

    ReplyDelete
  19. Salam Yong Mulan, kalau tak minat mengemas, rumah Mr T ni memang satu nightmare. Nasib baik ada 2 menantu yg tolong kemas bila deme balik. Ha'ah sofra tu saprah. Nanti akak try buat rotilah...

    ReplyDelete
  20. salam yong.. adeh cantik nyer gambor rumah dalam salji... terlior teman nak pegi sane hu3

    ReplyDelete
  21. salam kak,
    agak ye besonya roti tu jadinya, 2kg berat tu, salad daun marun tu rasanya mcm daun salad kat sini ke..teringin nak try buat salad turki tu..makan gitu je la ye gamaknya..tak de campur bahan2 lain lagi?

    p/s saya ada pos something untuk kak, ada dapat tak?

    ReplyDelete
  22. Beshnyer masuk blog Yong nie...sonok teman tgk mcm2 gambo ada...roti & buah2an nampak cam sedap ajer. Terliur teman dibuatnyer.

    ReplyDelete
  23. Salam Ustaz Republik, asyik terlior jer, makan terlior, nengok salji terlior...abis melimpah!

    ReplyDelete
  24. Salam Uztaz Republik, asyik terlior jer...melimpah dah nih!

    ReplyDelete
  25. Salam Asma, marun tu kalau ada kat Msia tumbuh kat Cameron Highland jer. Itu sebagian dr hidangan, adalah menu lain kat atas meja he he...Eh...ada pos ke? Akak tengah nyongket ni, seminggu takder kat rumah. OK nanti akak check sampai Shah Alam...tima kasih!!!!

    ReplyDelete
  26. Salam Nurul, ni namanya blog nyongket...jalan2 mesti nak makan! Boleh nanti try satu dua resepi Turki ye?

    ReplyDelete